Anda di halaman 1dari 15

Bahagian A

[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 hingga 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Puan Lina terpaksa _____________ kaki langsir yang baru dibelinya kerana terlalu labuh.
A memotong C menjahit
B mengelar D melipat

2 Daun-daun kering di halaman rumah berterbangan apabila ______________ angin kencang.

A dihembus C dibuai
B dibawa D ditiup

3 Songkok bapa yang dipakai oleh adik terlalu _________________ sehingga menutupi kedua-dua belah
mata dan telinganya.
A labuh C berat
B besar D luas

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4 Kak Maznah _________ daun sirih untuk dijadikan hantaran perkahwinan anak sulungnya.
A menggubah
B menyusun
C mengatur
D menghias

Soalan 5 hingga 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah tandakan dengan D.
5 Farini meletakkan beberapa buah pelita minyak tanah di sekitar rumahnya pada malam hari raya.
A B C
Tiada kesalahan
D

2
6 Kami sekeluarga tidak menyangka adik berjaya mendapat tempat dua dalam acara lari dalam guni.
A B C
Tiada kesalahan
D
Soalan 7 hingga 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
7 I Faizal tidak dapat mengingati alamat rumah baharunya kerana terlalu panjang.
II Guruh berbunyi alamat hari hendak hujan.
III Haikal membelek-belek beberapa alamat buku cerita itu sebelum membelinya.
IV Alamat program itu adalah untuk memberikan pengalaman baharu kepada murid-murid.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

8 I Masa depan murid-murid cerah jika belajar bersungguh-sungguh.

II Wajah pemuda itu cerah kerana berjaya dalam temu duga.
III Langit cerah walaupun Jabatan Kaji Cuaca mengumumkan hujan.
IV Buah mangga yang cerah itu gugur kerana telah masak.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 hingga 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

9 Cikgu Badrul sedang mengajarkan cara-cara mengikat tali dengan betul.

A mengajar cara
B mengajarkan cara
C mengajar cara-cara
D mengajarkan cara-cara

10 Daging itu dilapah oleh saya dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.
A saya lapah
B dilapah saya
C melapah saya
D dilapah oleh saya

Soalan 11 hingga 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11 I Beberapa orang anggota polis sedang mengadakan tahanan lalu lintas.
II Abang dimarahi ayah kerana asyik menonton televisyen.
III Jambatan yang menghubungkan dua buah kampung itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar.
IV Rumah kami telah dinaiki air sejak petang semalam.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

3
12 I Saya tidak akan mengikut arahannya walaupun dipaksa.
II Pemuda itu memandu keretanya perlahan-lahan sebaik-baik sahaja memasuki kawasan sekolah.
III Adik demam kerana ianya bermain hujan.
IV Walaupun Doktor Azizi seorang jutawan namun dia tidak sombong.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

13 Para pekerja itu bersahaja sahaja melakukan kerja-kerja pembersihan di bangunan paling tinggi.
Peribahasa yang paling sesuai dengan situasi ini ialah
A alah bisa tegal biasa.
B alah membeli menang memakai.
C di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
D malu bertanya sesat jalan.

4
Soalan 14 hingga 17 berdasarkan sajak di bawah.

Kita Umpama Sehelai Daun

kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari

andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daun

bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup

jadilah sehelai daun

hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja

SMAHADZIR
Dipetik daripada antologi Kuingin
Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Berdasarkan rangkap keempat sajak, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak?

A Manusia hendaklah hidup dengan riang dan gembira.
B Manusia seperti sehelai daun yang melalui kehidupan dari bayi, remaja, dewasa dan tua.
C Manusia hendaklah berbakti semasa hidupnya dan meninggalkan jasa untuk dikenang setelah
meninggal dunia.
D Manusia tidak boleh bersikap angkuh sehingga mengabaikan golongan yang lemah.

15 Berikut merupakan kepentingan daun kepada unggas, kecuali

A tempat menari
B tempat bercanda
C tempat berteduh
D tempat mencari makanan

16 Antara unsur alam yang terdapat dalam sajak ini adalah seperti yang berikut, kecuali
A baja
B daun
C unggas
D mentari

17 Apakah tema sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

A Keangkuhan manusia yang akan membinasakan diri.
B Kepentingan membuat jasa dan membantu mereka yang memerlukan.
5
C Perbuatan yang baik akan dibalas baik, begitulah sebaliknya.
D Perbuatan baik yang perlu diamalkan dalam kehidupan manusia.
Soalan 18 hingga 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

"Qadqad ... qraakkk! Qraakkk!"

Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di
bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaji.
Spontan Talia berlari mencari pucuk daun dalut. Selesai mengunyah lumat dan menampalnya di
kepala haiwan itu, dia berteleku, mahu memastikan darah pada luka itu membeku. Dalam seketika,
makhluk itu membuka mata kuning beriris hijau. Dengan dua kali lompatan tinggi, ia pun hilang di balik
hutan.
"Katak bertaring dan bertanduk?" Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan
kepadanya.
Ayahnya, Dodo, menerima kisah itu sebagai khayalan Talia sahaja.
Namun, tanggapan mereka berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih
dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan Talia di denai yang sama heboh diperkatakan.
"Gempal macam disumbat air," kata salah seorang daripada mereka.
"Besar macam mana?" Tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka.
"Dua kali kepala kita!"
Maka tahulah Talia, haiwan yang dirawatnya itu masih anak lagi.
Mereka menambah, empat kakinya berjalur kuning hijau, bercakar panjang. Garang parasnya
usah dikata, nyaris terkencing mereka melihatnya. Sempena bunyi istimewa yang dihasilkan oleh
makhluk itu, mereka menggelarnya "Raksasa Qadqad" .
(Dipetik daripada cerpen "Talia dan Raksasa Qadqad"
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

18 Maksud rangkai kata persis luka akibat dilibas gergaji ialah

A lukanya dilibas dengan gergaji.
B lukanya kelihatan seperti gergaji.
C keadaan luka sama seperti dilibas dengan gergaji.
D bentuk kecederaan yang menyerupai bentuk gergaji

19 Gambaran bentuk raksasa Qadqad yang digambarkan oleh penduduk kampung adalah seperti berikut,
kecuali
A gempal macam disumbat air.
B dua kali saiz kepala manusia.
C empat kakinya berjalur kuning jingga.
D menyerupai katak bertaring dan bertanduk.

20 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan nilai yang terapat dalam diri Talia?
A Kejujuran
B Ketabahan
C Keprihatinan
D Hormat-menghormati

6
BORANG JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF
Arahan : Bulat dan hitamkan jawapan yang betul

7
1 11
A B C D A B C D
A
2 12
A B C D A B C D
A
3 13
A B C D A B C D

4 14
A B C D A B C D

5 15
A B C D A B C D

6 16
A B C D A B C D

7 17
A B C D A B C D

8 18
A B C D A B C D

9 19
A B C D A B C D

10 20
A B C D A B C D

Bahagian B
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
1 Dalam iklan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

KEMPEN MARI MEMBACA

Perpustakaan Negeri Melaka
Pameran Buku dan Mini Karnibal

Tarikh : 15 Februari 2022

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Aktiviti-aktiviti menarik:

 Pertandingan tulisan khat

8
 Pameran anti dadah
 Jualan buku dan majalah
 Pameran insiklopedia sejarah dunia
(i) _____________________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________________

(iii) _____________________________________________________________________________

[3 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Hazim masih belum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran sama ada di dalam negara
dan di luar negara.
______________________________________________________________________________
(ii) Pelbagai tawaran dan promosi dilakukan oleh penjual di musim perayaan untuk menarik
pelanggan agar membeli produk mereka.
______________________________________________________________________________
[2 markah]

3 Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1
PANTUN BUDI
Tenang-tenang air di laut, Bunga cina di atas batu,
Sampan kolek mudik ke tanjung; Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Hati terkenang mulut menyebut, Adat dunia memang begitu,
Budi yang baik rasa nak junjung. Sebab emas budi terbuang.
Anak beruk di tepi pantai,
Yang kurik kundi, Pandai melompat pandai berlari;
Yang merah saga; Biar buruk kain dipakai,
Yang baik budi, Asal hidup pandai berbudi.
Yang indah bahasa.
Tingkap papan kayu bersegi,
Bunga melati bunga di darat, Sampan sakat di Pulau Angsa;
Bunga seroja di tepi kali; Indah tampan kerana budi,
Hina besi kerana karat, Tinggi bangsa kerana bahasa.
Hina manusia tidak berbudi.
Padang emu padang baiduri,
9
Tempat raja membangun kota; (Dipetik daripada "Pantun Budi"
Bijak bertemu dengan jauhari, antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Bagai cincin dengan permata. Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

Petikan 2

KEMPEN
BUDI
BAHAS
A
Jadikan Budi Bahasa Amalan Hidup Kita
1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan dua kesan jika seseorang individu tidak
mengamalkan sikap berbudi bahasa.
[3 markah]
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
2 Nyatakan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut. [3 markah]
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________

3 Pembentukan sikap berbudi bahasa dalam diri anak-anak bergantung pada didikan ibu bapa. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menyemai sikap berbudi bahasa dalam diri anak-
anak? [4 markah]
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________

4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi
(ii) Meniti impian, karya Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon
10
(iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani
Nilai merupakan aspek sastera yang terdapat dalam sesebuah novel. Penulis mengetengahkan beberapa
peristiwa penting yang mengandungi nilai yang tersirat. Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan
pernvataan tersebut dengan mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap nilai yang telah
ditetapkan.
Novel Nilai
Novel Jalan ke Puncak • Kegigihan
• Kejujuran
• Keprihatinan
Novel Jejak MONPUS • Keberanian
• Kasih sayang
• Bertanggungjawab
Novel Meniti Impian • Kerajinan
• Kegigihan
• Kasih sayang
Novel Darah Titik di Semantan • Patriotisme
• Kerjasama
• Kasih sayang
[10 markah]

____________________________________________________

11

Bahagian C
[15 markah]
[masa dicadangkan: 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Lihat maklumat berkaitan Program Lawatan sambil Belajar di bawah dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Program Lawatan sambil Belajar

ke Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2022
Anjuran:
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
SMK Sultan Alauddin
12
Tarikh:
2 April 2022

Masa:
7.30 pagi - 5.00 petang

Bayaran:
RM50.00

Objektif Lawatan
• Memberikan pengalaman baharu kepada murid.
• Menanam sikap sayang akan buku dan menghargai buku dalam diri.

 Sila dapatkan borang penyertaan dan surat kebenaran ibu bapa daripada Cikgu Aisyah
Sulaiman.
 Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan dan surat kebenaran ibu bapa adalah pada
15 Mac 2022.

13

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pada era globalisasi ini, masyarakat terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas
sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya aktiviti rekreasi. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka
sedari sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
Antara kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat ialah aktiviti rekreasi mampu
mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini dikatakan
demikian kerana individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya lantas
mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra
dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa aktiviti rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara
individu dengan individu lain.
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberikan ketenangan jiwa kepada anggota
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat menghayati keindahan alam
sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging,
masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati udara yang segar, seterusnya mampu
memberikan kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi
landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping itu, aktiviti rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang
menyihatkan badan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan
14
udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.
Contohnya, aktiviti seperti sukan ekstrem yang menjadi kegilaan golongan remaja dapat
meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti

15

KERTAS SOALAN TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai