Anda di halaman 1dari 1

SMJK KWANG HUA

TAMAN ENG ANN, 41150 KLANG

KERTAS CADANGAN AKTIVITI

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :
a. Usaha memulihkan dan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar kelompok galus (gagal G satu) yang difikirkan mempunyai
peluang lebih cerah untuk menghasilkan keputusan yang baik dalam kertas Bahasa Melayu bagi murid-murid 5K5 dan 5K6.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil 1/2019 memutuskan untuk melaksanakan aktiviti mengesan aspek
kelemahan dalam menguasai Rumusan dan Karangan (Pasang Siap) memandangkan bahasa Melayu dijadikan subjek
wajib di sekolah dan murid-murid perlu lulus wajib subjek ini pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

3. OBJEKTIF
a. Pelajar dapat kemahiran teknik menjawab rumusan dan menulis karangan khususnya kertas Bahasa Melayu
b. Pelajar dapat menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah melalui penulisan rumusan dan menulis
karangan menggunakan teknik pasang siap.
c. Pelajar dapat membina keyakinan diri dalam menjawab soalan rumusan dan karangan bahasa Melayu.
d. Pelajar dapat mengukuhkan dan mendalami konsep menulis rumusan dan karangan dengan betul.

5. KUMPULAN SASARAN
a. Pelajar-pelajar yang gagal (G satu) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat
2018 seramai 103 orang.

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada peruntukan kewangan bagi melaksanakan program ini.

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Pengetua, En Law Choon Lee
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Low Bee Hon
Naib Pengerusi : GKMP Bahasa, Pn Tan Chooi Yim
Penyelaras : Ketua Panitia BM, Cik Shamala Ramachandran
Fotografi dan Laporan : Setiausaha Panitia BM, Pn Nor Shahida Adilla Binti Shamsuddin
AJK : Pn. Hairatulnorzili Binti Ibrahim (Penceramah), Pn Pn Nor Shahida Adilla Binti Shamsuddin (Fasilitator)

8. STRATEGI PELAKSANAAN /Skop kajian


a. Guru menyediakan Modul menulis rumusan dan menulis karangan (Pasang Siap) bagi pelajar Harapan Lulus SPM
b. Pelajar dikehendaki membuat latihan dan dipantau oleh guru atau fasilitator.

9. PELAN PENGURUSAN RISIKO

Bil Perkara Perancangan


1 Tarikh Pelaksanaan 28 Jun 2019 (Jumaat)
2 Masa 8.00 – 10.00 pagi

3 Tempat Bilik Seminar

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan jawatankuasa b. Maklum balas murid.

11. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Harapan Lulus G Satu BM SPM dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

12. SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Program Harapan Lulus G Satu BM SPM

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………
(LAW CHOON LEE)
Pengetua
SMJK Kwang Hua, Klang

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai