Anda di halaman 1dari 6

Kertas 2

Bahagian A
Karangan Respons Terhad

Kriteria pemarkahan
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 8 – 10 - Idea relevan dengan tugasan serta huraian jelas
dan menarik
- Bahasa dari segi ayat gramatis, kosa kata luas
dan tepat, serta ejaan dan tanda baca betul,
penggunaan penanda wacana betul dan terdapat
kesalahan bahasa yang minimum
Baik 6–7 - Idea masih relevan dengan tugasan serta
huraian jelas dan menarik
- Bahasa dari segi ayat masih gramatis, kosa kata
luas, serta ejaan dan tanda baca masih betul,
penggunaan penanda wacana betul dan kesalahan
bahasa yang masih minimum
Penguasaan minimum 3–5 - Idea kurang relevan dengan tugasan serta
huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
- Bahasa dari segi ayat kurang gramatis, kosa
kata terhad dan terdapat kesalahan bahasa yang
ketara
Tidak mencapai tahap 0–2 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
penguasaan minimum penguasaan bahasa yang tidak cekap

Cadangan jawapan:

Sebagai pengguna jalan raya, kita bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain.
Banyakpanduan yang boleh kita ikuti semasa berada di jalan raya.

Antara panduan keselamatan jalan raya termasuklah memakai tali pinggang keselamatan sebelum
memulakan perjalanan. Pemakaian tali pinggang mampu mengurangkan impak hentakan kepada tubuh
apabila berlaku kemalangan. Selain itu, pejalan kaki perlulah menggunakan lintasan belang atau jejantas untuk
melintas jalan raya. Hal ini dapat memudahkan kita melintas jalan dengan lebih selamat. Seterusnya, elakkan
penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Kelalaian kita dapat mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Akhir sekali, bayi atau kanak-kanak mestilah menggunakan kerusi keselamatan khusus untuk mereka. Hal in
dapat mencegah mereka daripada tercampak daripada kenderaan apabila berlaku kemalangan.

Kesimpulannya, banyak panduan yang wajar kita patuhi sebagai pengguna jalan raya. Hal ini
dilakukan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain.

2
Bahagian B
Karangan Respons Terbuka

Kriteria Pemarkahan
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 26 – 30 Idea
- Idea relevan dengan tugasan
- Huraian idea jelas, menarik, dan matang
- Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat yang bervariasi dan
gramatis
- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Kesalahan bahasa yang minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik, berkesan dan matang
dengan pemerengganan yang sesuai
- Format menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana yang tepat
- Penggunaan ungkapan menarik yang tepat dan
berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan
kata/frasa yang menarik
Kepujian 20 – 25 Idea
- Idea relevan dengan tugasan
- Huraian idea jelas, menarik
- Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat yang bervariasi dan
gramatis
- Penggunaan kosa kata yang luas
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Kesalahan bahasa yang minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik dan berkesan dengan
pemerengganan yang sesuai
- Format menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai
- Penggunaan ungkapan menarik yang sesuai
dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan
kata/frasa yang menarik
Baik 15 – 19 Idea
- Idea masih relevan dengan tugasan
- Huraian idea masih jelas dan masih menarik
- Contoh yang masih sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat yang masih bervariasi dan
masih gramatis
- Penggunaan kosa kata yang masih luas
- Ejaan dan tanda baca yang masih betul
- Kesalahan bahasa yang masih minimum

3
Pengolahan
- Pengolahan masih menarik dan masih
berkesan dengan pemerengganan yang masih
sesuai
- Format masih menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana yang masih
sesuai
Kurang memuaskan 10 – 14 Idea
- Idea kurang relevan dengan tugasan
- Huraian idea kurang jelas dan kurang
menarik
- Contoh yang kurang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat yang kurang bervariasi dan
kurang gramatis
- Penggunaan kosa kata yang terhad
- Kesalahan bahasa yang ketara
Pengolahan
- Pengolahan kurang menarik dan kurang
berkesan dengan pemerengganan yang
kurang sesuai
- Format kurang menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana yang kurang
sesuai
Tidak mencapai tahap 01 – 09 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
penguasaan minimum penguasaan kemahiran menulis yang lemah
- Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak
menepati kehendak soalan/terpesong

Cadangan jawapan:
Soalan 1

Keunikan Malaysia sebagai sebuah yang terdiri daripada penduduk berbilang kaun negara
sememangnya diakui dan dicontohi oleh negara luar. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India,
Kadazan, Iban, Sikh, dan lain-lain hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang agama dan budaya. Senario
in berlaku hasil permuafakatan dan kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai
keutamaan bagi membina sebuah negara Malaysia yang maju dan sejahtera. Para pemimpin sedar bahawa
perpaduan kaum amat penting diamalkan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Perpaduan yang erat antara berbilang kaum dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Setiap kaum
di Malaysia saling menerima tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga dapat menimbulkan konflik
antara kaum. Pengalaman buruk ketika pergolakan kaum pada 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu memberikan
pengajaran kepada kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia hidup bersatu padu dan sedar bahawa mereka saling memerlukan. Mereka saling
menghormati, bekerjasama, dan bertolak ansur dalam semua perkara kerana tidak mahu pisang berbuah dua
kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum.
Sebagai buktinya, di Malaysia wujud sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), dan sekolah
jenis kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang
sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum dapat hidup dalam keadaan
harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelaslah bahawa masyarakat yang harmoni
mampu dilahirkan lika masyarakat sentiasa mengamalkan perpaduan.

4
Selain itu, sikap masyarakat yang sentiasa mengamalkan perpaduan dalam kehidupan seharian
berupaya untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Pelancong ketupat, sate, nasi kerabu,
tose, capati, dan lain-lain, pakaian seperti baju kurung, ceongsam, samfu, sari, dan lain-lain, kesenian seperti
tarian inang, permainan tradisional seperti kabadi, dan sebagainya. Keunikan inilah yang menarik kunjungan
pelancong dari Eropah, Timur Tengah, dan Asia Timur ke Malaysia. Mereka ingin melihat kebudayaan
pelbagai kaum di negara ini dengan mata kepala sendiri. Sebagai buktinya, dari Januari hingga September
2019, ketibaan warga asing di Malaysia meningkat daripada 3.7 peratus kepada 20.11 juta orang berbanding
19.39 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2018. Ternyatalah bahawa perpaduan kaum yang menjadi
amalan masyarakat negara ini berupaya untuk menggamit kedatangan pelancong asing.

Kepentingan perpaduan kaum yang lain adalah mampu memperkukuh ekonomi negara. Tiada sesiapa
pun yang dapat menafikan hakikat bahawa faktor utama para pelabur asing berani menanam modal di sesebuah
negara adalah disebabkan kestabilan politik dan dasar kerajaan yang mesra pelabur. Para pelabur tidak mahu
modal yang dikeluarkan oleh mereka di sesebuah negara akan hangus akibat pergolakan yang berlaku di
negara tersebut. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China,
dan negara-negara lain. Sebagai contohnya, Dokumen Kedudukan Pelaburan Antarabangsa yang diterbitkan
Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa jumlah stok pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia
telah meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion dalam suku kedua tahun lalu. Peningkatan
jumlah stok FDI secara berterusan ini menunjukkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan
antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kestabilan politik negara ini ekoran daripada masyarakat
yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan telah membantu untuk memperkukuh ekonomi.

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej
negara di mata dunia. Malaysia pada masa ini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada
usaha pelbagai pihak yang berterusan untuk membina negara Malaysia yang disegani pada peringkat dunia.
Kepimpinan yang ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk
meletakkan Malaysia sebaris negara-negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan
negara-negara dunia ketiga sebagai model dan tokoh yang berani bersuara untuk membela nasib mereka di
pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di pentas antarabangsa kerana kestabilan
masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
sebuah badan bebas yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa
pengiktirafan sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi
aman dan harmoni.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan teras kekuatan Malaysia. Masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama, malahan negara dan memelihara keamanan serta keharmonian.

5
Soalan 2

Ikmal : Nathan, kamu akan menyertal program perkhemahan pasukan beruniform yang dianjurkan
oleh sekolah kita pada minggu depan? Saya akan menyertai aktiviti tersebut.
Nathan : Sudah tentu saya akan menyertai program perkhemahan itu. Saya memang suka menyertai
apa-apa aktiviti di sekolah. Hal ini demikian kerana, semua aktiviti tersebut berfaedah.
Ikmal : Benar kata kamu, Nathan. Satu daripada faedah yang kita peroleh sekiranya menyertai
aktiviti-aktiviti di sekolah adalah dapat memupuk perpaduan kaum. Elemen perpaduan
kaum sememangnya amat penting dalam sesebuah negara yang memiliki masyarakat
pelbagai kaum, seperti Malaysia. Perpaduan kaum dapat mengekalkan keharmonian rakyat
dan keamanan negara kita.
Nathan : Ya, saya setuju. Melalui aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah kita kelak,
saya, kamu, Lee Meng, Zairi, dan rakan-rakan kita yang lain akan bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk mendirikan khemah, memasak makanan, melakukan aktiviti
berkumpulan, membina gajet, dan lain-lain. Aktiviti tersebut tentunya akan memupuk
semangat muhibah dalam kalangan kita.
Ikmal : Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas juga dapat menyemai nilai perpaduan
dalam sanubari murid yang pelbagai kaum dan agama di sekolah. Melalui aktiviti
berkumpulan misalnya, dan pendapat, dan bersatu hati untuk memastikan tugasan tersebut
dapat kita siapkan dengan sebaik-baiknya mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan
oleh guru. Sekiranya tugasan kita dipuji oleh guru, pastilah semua ahli kumpulan berasa
gembira.
Nathan : Tepat sekali kata-kata kamu itu, Ikmal. Di samping itu, program sambutan hari raya yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah umpamanya, antara aktiviti yang merupakan hebat yang
sememangnya dirancang oleh pihak sekolah bertujuan untuk memperkukuh budaya bersatu
antara murid. Melalui aktiviti ini, murid-murid berbangsa Cina dan India berpeluang untuk
mempelajari dan mengalami sendiri budaya kaum Melayu ketika meraikan Hari Raya
Aidifitri. Murid-murid lelaki Cina dan India kelihatan segak mengenakan baju Melayu
lengkap bersamping manakala yang perempuan pula manis berkebaya dan berbaju kurung.
Pada masa yang sama, murid-murid juga bekerjasama untuk menyiapkan tugas mendekorasi
kelas dengan aksesori hari raya untuk memastikan sambutan tersebut berjalan dengan lancar
dan meriah.
Ikmal : Aktiviti gotong-royong yang sering dijalankan di sekolah juga dapat menyemai semangat
Perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah. Sebagai bukti, kita tidak perlu
menjadi seperti pahat dengan penukul sewaktu menjalankan aktiviti gotong-royong di kelas
kita. Kita sentiasa bersedia untuk bekerjasama bagi membersihkan dan menceriakan kelas
dan sekolah kita. Tugas seperti membuang sampah, mengecat dinding, menanam pokok
bunga, dan lain-lain kita lakukan bersama-sama, bak kata orang, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.
Nathan : Seterusnya, aktiviti sukan yang diialankan di sekolah pada setiap tahun semestinya
membantu untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid. Setiap rumah sukan
dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Mereka berlatih bersama-sama dan gigih
berusaha untuk mencapai satu impian, iaitu menjuarai acara sukan yang disertai dan
seterusnya menjuarai kejohanan sukan. Mereka membina semangat kesukanan dan
berkongsi kegembiraan ketika menang atau kesedihan apabila kalah tanpa mengira batas
bangsa dan agama.
Ikmal : Eh, Nathan! Sava minta maaf. Saya minta diri dahulu kerana harus pulang ke rumah
sekarang kerana telah berjanji dengan ayah saya hendak keluar untuk membeli peralatan
berkhemah nanti.
Nathan : Baiklah, Ikmal. Jumpa lagi.
6
Soalan 3

Aspek perpaduan kaum sering menjadi topik dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Kepentingan perpaduan atau integrasi kaum ini adalah untuk memastikan keamanan negara. Oleh itu,
cara-cara untuk memupuk perpaduan kaum wajar dijadikan agenda perdana daiam setiap dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan.

Cara untuk memupuk perpaduan kaum yang pertama adalah melalui aktiviti kemasyarakatan.
Antaranya termasuklah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan atau membaiki kerosakan sesuatu
kemudahan awam di kawasan tempt tinggal. Melalui aktiviti ini, semangat kerjasama dan saling membantu
dapat mengetepikan sika mementingkan diri yang tertanam dalam jiwa masyarakat hari ini. Hal ini demikian
kerana, sumbangan daripada setiap anggota masyarakat amat diperlukan untuk memastikan keberkesanannya.

Dalam usaha memupuk perpaduan, aktiviti ziarah-menziarahi, berbuat baik, dan bertegur sapa sesama
jiran amat digalakkan. Dalam hal ini, peranan ibu bapa ditagih untuk menyemaikan semangat hidup
bermasyarakat dalam jiwa anak-anak mereka tapa mengira warna kulit, budaya, kepercayaan, dan agama.
Semangat ini penting untuk disemaikan dalam kalangan anak-anak sejak kecil bak kata pepatah "melentur
buluh biarlah dari rebungnya". Contoh terdekat untuk melestarikan perpaduan ialah kesediaan dan
keterbukaan anggota masyarakat untuk bersama-sama merayakan hari kebesaran yang disambut oleh pelbagai
kaum di negara kita ini.

Media massa seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk menyebarkan mesej dan informasi
positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai contoh, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan
program yang berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon yang berbilang bangsa. Siaran program begini
sudah pasti dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara beransur-ansur, tambahan lagi
jika unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai
dengan lebih mudah melalui peranan media massa.

Seterusnya, perpaduan kaum juga dapat dibentuk melalui penggunaan bahasa Malaysia, iaitu bahasa
rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah. Hal ini turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain sesuai dengan slogan Bahasa Jiwa Bangsa. Melalui penggabungan ini juga,
semangat patriotik dalam kalangan anak akan dapat disemai. Contohnya, sambutan hari kemerdekaan negara
yang melibatkan murid-murid di sekolah dapat menyedarkan mereka tentang kepentingan menghargai
kemerdekaan dan keamanan rakyat serta negara.

Intihanya, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita ini perlu
diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Semua ini akan dapat dicapai melalui kerjasama dan sokongan
rakyat terhadap usaha kerajaan untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai