Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A

[20 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 "Semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal kata Amilia kepada
Zahira.
A sebaik-baiknya
B selama-lamanya
C semahu-mahunya
D seboleh-bolehnya

2 Oleh sebab sudah lama tidak berjumpa, ibu dan kawannya berbual-bual
pelbagai cerita dalam majlis itu.
A oleh
B dalam
C tentang
D kepada

3 Anak Puan Azma telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau
masih tidak dapat menerima itu.
A kenyataan
B penyataan
C pernyataan
D menyatakan

4 Bas yang membawa peserta rombongan ke Kuala Lumpur itu benar tiba
di destinasinya.
A cekap
B mahir
C lambat
D lampau

Soalan 5 - 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
5 Masa yang terlalu sempit menyebabkan mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk
A B
bermalam di situ. Tiada kesalahan.
C D

1
6 Lelaki yang terlibat dalam kejadian ragut semalam berdagu lekuk dan kulitnya
A B C
sawo matang. Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 – 8
Pilih ayat yang menggunakan perkataan huruf condong dengan betulnya.

7 I. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami.


II. Tumbuh-tumbuhan hidup segar selepas hujan.
III. Udara di tepi laut sungguh segar pada waktu senja.
IV. Sistem pengurusan di pejabat itu tidak segar sejak akhir-akhir ini.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I. Baju yang dijemur oleh Wen Ying sudah kering.


II. Penduduk di kawasan itu tidak pernah kering.
III. Waina tidak kering ilmu sebaliknya dia berkongsi ilmu yang dimiliki
dengan rakannya.
IV. Tekak Zafril terasa kering selepas dia bekerja di tengah panas selama
beberapa jam.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 — 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.
9 Dalina menghadiahi ibunya seutas rantai emas yang dibelinya dari Kelantan.
A menghadiahkan seutas rantai emas ibunya
B menghadiahi seutas rantai emas kepada ibunya
C menghadiahkan ibunya seutas rantai
D menghadiahi ibunya seutas rantai

2
10 Sederet rumah kedai musnah dalam suatu pembakaran yang berlaku pada petang
semalam.
A dalam suatu kebakaran
B dalam sesuatu pembakaran
C dalam sesuatu kebakaran
D dalam suatu pembakaran

Soalan 11 — 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11 I. Rumah banglo di atas bukit itu sangat besar sekali.
II. Datuk Lee Chong Wei paling hebat sekali dalam sukan badminton.
III. Pemandangan di gunung itu pada waktu pagi sungguh benar indah.
IV. Ezra mendapat markah paling tinggi dalam ujian Matematik.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B I dan 1V sahaja D II, III dan IV sahaja

12 I. "Mengapakah kamu merahsiakan hal ini daripada saya?" tanya Encik Kishnan
kepada Cik Dewi.
II "Amboi, asyiknya membaca buku hingga tidak sedar saya berada di depan mata!"
kata Erin kepada Wendy.
III "Mana pendapat anda tentang masalah kenaikan harga barang?" tanya wartawan itu
kepada Puan Aniza.
IV Kenderaan bergerak lincah kerana jalan raya sesak akibat hujan lebat.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B I dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13 Peribahasa yang berikut membawa maksud seseorang yang hendak berjaya perlulah
berusaha, kecuali
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
D malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.

3
Soalan 14 — 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah ini.
"Kem balak di timur kacau-bilau. Ada kumpulan katak raksasa
menyerang." Dodo dan Misa tersentak.
"Tujuh orang mati, tuan. Dua puluh Iagi cedera."
Kesemua mereka terpegun.
Menurut Sidek, beratus-ratus ekor haiwan itu menyertai setiap satu serangan.
Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang
sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk,
keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem
balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu. Tindakannya itulah yang
menjerut manusia lain dengan hukuman mati.
"Qadqad ... qraakkk"'
Bunyi itu tiba-tiba kedengaran dari arah laluan kereta api. Sejurus kemudian, deru
loncatan tinggi muncul dari hutan, mengiringi objek-objek bagaikan bola bertanduk
yang terbang laju. Kawasan itu seolah-olah diserbu lingkaran reben gergasi hijau
kuning yang diliukkan angin.
"Lari! Lari!" Sidek menjerit.
Para pekerja bertempiaran meninggalkan tugas masing-masing. Pekerja yang
berdekatan kapal korek terjun ke dalam lombong. Talia sempat melihat seorang lelaki
tumbang dirodok Qadqad.
Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak mereka. Melihat
orang lain berlari ke arah dua bangunan di tepi lombong, mereka juga menuju ke situ.
Kira-kira dua puluh meter di hadapan, Binjah dan kebanyakan pekerja, termasuk
Sidek, berlari memasuki salah satu bangunan. Bangunan yang satu Iagi sudah ditutup.
"Cepat! Cepat!"
Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun, mendadak pula dia ditolak ke tepi
oleh majikannya. Pintu itu ditutup pantas.

Dipetik daripada cerpen "Talia dan Raksasa Qadqad",


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Siapakah yang menetak katak raksasa yang terperangkap di kem balak tersebut
sehingga mati?
A Sidek
B Tuan Binjah
C Mandur kem balak
D Pekerja kapal korek

15 Yang berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam petikan, kecuali

4
A rumah Dodo.
B kawasan hutan.
C stesen kereta api.
D kawasan perlombongan.

16 Tindakannya itulah yang menjerut manusia Iain dengan hukuman mati.


Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah
A air susu dibalas dengan air tuba.
B bagai melepaskan anjing tersepit.
C ditelan mati emak, diluah mati bapa.
D seorang makan cempedak, semua kena getahnya.

17 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan cerpen di atas?
A Katak raksasa menyerang manusia di kawasan hutan sahaja.
B Dua puluh tujuh orang cedera akibat diserang katak raksasa.
C Semua katak raksasa yang terperangkap telah ditetak hingga mati.
D Sidek menutup pintu apabila Dodo dan Misa mahu masuk ke dalam bangunan.

Soalan 18 — 20 berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah ini.

Seketika lagi hari pun Siang. Memerang laki bini lepas makan ia pun pergilah
menghadap Nabi Allah Sulaiman. Kepada masa itu Nabi Allah Sulaiman pun
bersemayam di atas takhta singgahsana kerajaan di hadapan menteri hulubalang rakyat
tentera tiada terpermanai banyaknya, aneka jenis manusia dan jin binatang
berhamparan duduk di tanah menghadap baginda itu, bermacam-macam aduan teriak
mereka itu, semuanya diselesaikan Nabi Allah.
Memerang laki bini pun berdatangkan sembah dengan nyaring suaranya. "Daulat
tuanku, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun; yang sedia
terjunjung di atas otak batu kepala patik hamba yang hina, yang kedua permaklumkan
sembah ke bawah tapak cerpu Duli yang Maha Mulia darihal diri patik yang kedua ini
sangatlah dianiaya oleh Perdana Menteri tuanku, Syah Alam di Rimba. Sepeninggal
patik mencari ayapan didik itu patik tinggalkan ketujuh ekornya menunggu pondok.
Hatta patik pun pulang daripada mencari ayapan itu, patik lihat anak didik itu, tuanku,
berkaparan di halaman pondok patik habis mati semuanya sekali, setengah pecah
kepala, setengah patah kaki patah tangannya. Diperiksa dilihat baik nyatalah bekas
tapak kaki Syah Alam di Rimba, tuanku. Berkeciak sahaja merata-rata halaman patik
itu dan merata-rata kepala buaianbuaian anak didik itu. Pada fikiran patik sah dengan
nyatanya Syah Alam di Rimba membunuh anak-anak didik itu."

Dipetik daripada prosa tradisional "Pelanduk Mengajar Memerang"


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia
18 Maksud rangkai kata tiada terpermanai banyaknya ialah

5
A tidak terkira jumlahnya.
B sangat tinggi santunnya.
C terlalu kecil kawasannya.
D sedikit sahaja bilangannya.

19 Yang berikut merupakan perkara yang diceritakan oleh Memerang kepada Nabi Allah
Sulaiman, kecuali
A Memerang dianiaya oleh Syah Alam di Rimba.
B Memerang mendapati kesemua tujuh ekor anaknya mati.
C Memerang menemui bekas tapak kaki manusia di halaman pondoknya.
D Memerang yakin bahawa Syah Alam di Rimba yang membunuh anak-anaknya.

20 Berdasarkan petikan prosa tradisional, apakah gambaran watak Nabi Allah Sulaiman?
A Pemerintah yang berani
B Bijak menyelesaikan masalah
C Adil dalam memerintah negara
D Tegas dalam membuat keputusan

Anda mungkin juga menyukai