Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A: Bahasa Melayu

( 15 Markah )

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab-soalan yang berikutnya.

Hari minggu itu, Azri tidak berbuat apa-apa di rumah. Dia berasa sangat bosan.
Oleh itu, dia pun mengikut abangnya memancing ikan di Sungai Rasau.
Mereka ke sana dengan menaiki motosikal yang ditunggang oleh abangnya.
Abangnya meminta Azri mengikat tali topi keledar dengan kemas. Abang Azri
menunggang motosikal dengan hati-hati untuk mengelakkan kemalangan.
Apabila tiba di Sungai Rasau, Azri dan abangnya terkejut melihat keadaan sungai
yang agak kotor. Abang Azri yang pertama kali datang ke situ tidak menyangka bahawa
keadaan Sungai Rasau sedemikian. Azri juga ternampak akan tiga orang lelaki yang
merupakan pekerja kilang plastik sedang membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai.
Azri dan abangnya segera meninggalkan tempat itu.
Abang Azri memberitahu ayahnya tentang pencemaran Sungai Rasau. Ayahnya
pun menelefon pihak Jabatan Alam Sekitar. Dua hari kemudian, tiga orang pegawai
Jabatan Alam Sekitar datang lalu meninjau keadaan sungai itu. Mereka terus mengeluarkan
waran agar kilang tersebut menghentikan operasi.
Sejak itu, pihak pekilang membuang sisa bahan kimia di suatu tempat yang
dikhaskan oleh pihak berkuasa. Pegawai Jabatan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih
atas kerjasama Azri, abangnya, dan ayahnya untuk menangani masalah pencemaran alam
sekitar.
a) Apakah tujuan Azri dan abangnya pergi ke Sungai Rasau?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

b) Tandakan ( ) pada setiap pernyataan yang betul dan tandakan ( X ) pada setiap
pernyataan yang salah.

i) Abang Azri yang pernah datang ke kawasan itu terkejut melihat Sungai Rasau
tercemar. ( )
ii) Tiga orang pegawai Jabatan Alam Sekitar meninjau keadaan Sungai Rasau yang
tercemar itu. ( )

[2 markah]
c) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menyedarkan orang ramai agar menjaga
alam sekitar?

Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 2
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KURSUS PERTANIAN KAEDAH FERTIGASI DAN ORGANIK


Anjuran : Persatuan Pekebun Kecil Kuala Selangor dengan pejabat Pejabat Pertanian
Kuala Selangor
Objektif : Memberikan pengetahuan mengenai bidang pertanian kaedah teknologi yang
menjana pendapatan
Tarikh : 26 September 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Hotel De'Palma, Kuala Selangor Terhad
*Terhad kepada 40 orang sahaja kepada 40
orang sahaja.
Aktiviti:
 Bengkel Pertanian
 Demonstrasi Tanaman Kaedah Fertigasi dan Organik
 Khidmat Nasihat dan Bantuan Baja serta Benih
 Ceramah mengenai Pemasaran Hasil
Yuran Penyertaan: RM150 seorang termasuk makan dan minum
Borang penyertaan kursus boleh dapatkan di:
 Pejabat Persatuan Pekebun Kecil Kuala Selangor
 Kaunter Pertanyaan Pejabat Pertanian Kuala Selangor

i) Apakah tujuan Kursus Pertanian Kaedah Fertigasi dan Organik dianjurkan oleh
Persatuan Pekebun Kecil Kuala Selangor?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[1 markah]

ii) Mengapakah pihak penganjur mengehadkan bilangan peserta yang menyertai


kursus ini?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 3
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pameran Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Daerah Kerian
Tarikh : 17-18 Oktober 2020
Tempat : Dataran Kerian, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan
Anjuran : Jabatan Pertanian Daerah Kerian dan Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia

Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah 3.00 petang – 8.00 malam –


Hari 10.00 pagi hari – 2.00 5.00 petang 10.00 malam
petang
Perasmian dan Demonstrasi Ceramah
Pelancaran Masakan Penternakan
Sabtu Produk tradisional dan Lebah Kelulut Persembahan
Pertanian Moden Kebudayaan
Aktiviti Menunggang Kuda dan Persembahan Ayam
Serama
Pertandingan Makan Durian
Pameran Pertanian dan Bazar Agro
Ahad Ceramah Demonstrasi Sesi Bersama
Tanaman Cili Gubahan Bunga Pegawai Majlis Penutup
Secara Pertanian
Fertigasi

i) Berapa harikah program tersebut akan berlangsung?


__________________________________________________________________
[1 markah]

ii) Nyatakan dua acara yang dijalankan pada sebelah pagi sahaja.
a) _______________________________________________________________
b) _______________________________________________________________

[2 markah]
iii) Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah menyertai program seperti yang
dinyatakan dalam iklan dan jadual?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

[2 markah]

Anda mungkin juga menyukai