Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A: Bahasa Melayu

( 15 Markah )
Soalan 1
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan e-mel di
bawah ini.

seragam pengunjung keistimewaan masyarakat

dijadikan setanding anggun serupa
kebaikan indah diwartakan

Daripada: Aryani@gmail.com
Kepada: Yusnita@yahoo.com
Perkara: Menara Condong Teluk Intapon

Kepada rakanku yang berada di Ipoh semoga sihat sejahtera. Saya mohon maaf kerana lewat

membalas e-mel kamu tentang ________________Menara Condong Teluk Intan. Menara ini

asalnya ialah menara tangki air yang __________________ menara jam sebagai mercu tanda

bandar Teluk Intan. Kini, menara yang _________________ Menara Pisa, Itali ini sudah

tidak digunakan lagi tetapi landskap yang terhias ________________ menjadi tarikan

____________________ yang datang ke sini. Saya harap maklumat ini dapat membantu

kamu.

[5 markah]
Soalan 2
Baca petikan laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan ke Ladang Ternakan Rusa

Pada 14 Jun 2019, Persatuan Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
ladang ternakan rusa. Ladang rusa itu diberi nama D'Paradise Deer Valley. Ladang tersebut
terletak di Rawang, Selangor. Lawatan itu disertai 44 orang murid dan dua orang guru
penasihat. Mereka bertolak pada pukul 8:00 pagi dan tiba pada pukul 9:30 pagi.
Para peserta diberikan taklimat oleh pengurus ladang itu, iaitu Encik Muhammad
Fathi bin Mohamed Akhbar. Menurut beliau, penternakan rusa kurang mendapat perhatian
para pengusaha. Mereka menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang bernilai tinggi
dan sukar untuk diternak. Sebaliknya, beliau menyangkal dakwaan tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana kos kandang, kos makanan, dan kos perubatan rusa lebih rendah
berbanding dengan kos penternakan lembu dan kambing.
Kemudian, para peserta dibawa melawat ke lot ternakan rusa dan padang ragut. Lot
ternakan rusa itu seluas 1.2 hektar. Uniknya, ladang ternakan rusa ini turut menawarkan
perkhidmatan menghasilkan baka rusa serta pusat jualan induk rusa, anak rusa, tanduk rusa,
serta kulit rusa.
Walaupun keletihan kerana terpaksa berjalan jauh, semua peserta kelihatan gembira.
Mereka banyak menimba pengalaman menarik di ladang tersebut. Secara keseluruhannya,
lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya. Pihak persatuan merancang untuk mengadakan
lebih banyak aktiviti seperti ini pada masa depan.
Disediakan oleh, 20 Jun 2019.
Ahmad Hisyam
(AHMAD HISYAM BIN ZAKUAN)
Setiausaha Persatuan Kemahiran Hidup,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.

(a) Mengapakah penternakan rusa kurang mendapat perhatian para pengusaha?

_______________________________________________________________________

[1 markah]
(b) Keistimewaan ladang ternakan rusa tersebut ialah
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Adakah semua murid wajar menyertai lawatan sambil belajar? Mengapa?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[1 markah]

Soalan 3

Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

LAPORAN PROGRAM KERJAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI INTAN

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan telah menganjurkan
Program Kerjaya pada 12 Julai 2016. Program ini berlangsung di dewan sekolah .

Semua murid tahap satu dan tahap dua terlibat menjayakan pogram ini. Tuan Guru
Besar, Tuan Haji Rafiq telah merasmikan program ini. Beliau mengucapkan syabas dan
tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha gigih mereka menjayakan program ini
dengan cemerlang sekali.

Program kerjaya ini diadakan bertujuan untuk membantu dan membimbing rakan-
rakan yang lain supaya menjadi murid yang berjaya pada masa depan. Selain itu, diharap
program ini dapat membina keyakinan murid agar terus cemerlang dalam pelajaran dan
menjadi murid yang berdisiplin

Pada sebelah pagi, telah diadakan program “Kenali Idola Anda”. Doktor Aleya Bt
Elias telah dijemput untuk menceritakan tentang kerjayanya sebagai doktor pakar di Hospital
Kuala Terengganu. Selain itu, guru cemerlang Negeri Terengganu, Puan Izzati Bt Fitri turut
hadir ketika sesi soal jawab.

Pameran kerjaya turut diadakan. Pasukan bomba, tentera, polis serta usahawan muda
telah terlibat mempamerkan peluang pembelajaran dan peluang kerjaya kepada semua murid.
Murid-murid sungguh berminat dan berusaha mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang
menjadi cita-cita mereka.
Pada sebelah petang, murid-murid Tahap dua telah menulis karangan tentang cita-cita
mereka. Pemenang tempat pertama hingga kelima mendapat hadiah berupa buku cerita dan
sijil penyertaan kepada semua peserta.. Saudari Adibah Bt Rusli telah diumumkan sebagai
Tokoh Pemimpin Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan.

Laporan disediakan oleh, 30 JULAI 2016

Zulaikah
(ZULAIKAH BT MUSA)
Setiausaha
Kelab Rakan Pembimbing

a. Laporan ini ditulis pada ____________________________________ .

[ 1 markah ]
b. Nyatakan tujuan program ini dilangsungkan?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

c. Siapakah tokoh yang terlibat dalam menjayakan program “Kenali Idola Anda”?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
d. Adakah anda bersetuju setiap murid perlu mempunyai cita-cita? Mengapa?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

Anda mungkin juga menyukai