Anda di halaman 1dari 8

ULANG KAJI 1: BAHAGIAN A

[20 Markah]

Soalan 1- 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke arah _____ kehidupan
rakyatnya yang sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.
A. Tenteram
B. ditenteramkan
C. Penenteraman
D. Ketenteraman

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Fuad _____ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.


A. Menarik
B. Memapah
C. Menuntun
D. Menunggang

3. Perabot yang dihasilkan ____ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.
A. dari
B. bagi
C. untuk
D. daripada

4. Pegawai yang disyaki ____ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
A. makan hati
B. makan gaji
C. makan suap
D. makan angin
Soalan 5 dan soalan 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Ahli sains-ahli sains negara telah menjalankan uji kaji terhadap struktur tanah yang
A B
terdapat di Kutub Utara pada penghujung tahun ini. Tiada kesalahan
C D

6. Tuk Wan menceritakan tentang pengalamannya semasa menjadi buruh paksa Jepun di
A B C
Siam. Tiada kesalahan.
B

Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7. I. Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.


II. Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
III. Fikirlah secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan.
IV.Air perigi semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

8. I. Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.


II.Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.
III. Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan segar.
IV. Pokok-pokok yang yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
Soalan 9 dan soalan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9. Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.


A. bertanya saya
B. ditanyakan saya
C. bertanya kepada saya
D. bertanyakan kepada saya

10. Ujian lisan berlangsung selama satu jam setengah.


A. jam satu setengah
B. satu setengah jam
C. setengah satu jam
D. satu jam setengah

Soalan 11 dan soalan 12


Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.


II. Kami keluar dari Raju klinik pada pukul 9.00 malam.
III. Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
IV. Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00 pagi.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

12. I. Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
II. Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.
III.Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam kepada
murid-murid.
IV. Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk mengelakkan
konflik.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13. Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya
menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
A. lain padang lain belalang.
B. rambut sama hitam, hati lain-lain.
C. bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan puisi di bawah.


PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur


adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin


pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.

MAHWA MOHAMED

Dipetik daripada sajak ‘Pada Sekuntum Mawar’,


antologi Baik Budi,Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Apakah maksud penyajak dalam rangkap ketiga sajak di atas?

A Setiap gadis perlu menjaga maruah diri.

B Setiap gadis perlu rajin menuntut ilmu.

C Seseorang perlu tabah menghadapi ujian kehidupan.

D Seseorang anak perlu menghargai pengorbanan ibu.


15 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar, kecuali

A kasih sayang

B rasional

C hemah tinggi

D keberanian

16
Merenung pada malam yang kematian
angin

Pengulangan bunyi konsonan ‘n’ dalam baris di atas ialah unsur bunyi

A epifora

B asonansi

C aliterasi

D anafora

17 Persoalan yang terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar ialah

A persoalan sikap sesetengah anak yang terlibat dalam pergaulan bebas.

B persoalan kesedihan seorang ibu jika maruah anaknya tercemar.

C persoalan keberanian seorang gadis dalam menempuh kehidupan.

D persoalan ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.


Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan drama di bawah.

HAKIM : Well done...well done... Apakah kamu sudah faham wahai


Akinomoto?

TERTUDUH II : Akakuku makakiki toko fakahaka daka hakaraka pendakakakawoko


gukunoko bakahakasaka makaleke sikiyaka.

PENTERJEMAH : Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pihak
pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu.

HAKIM : Ya, ya, ya...saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30
tahun, seharusnya kita menggunakan bahasa Melayu...bahasa
kebangsaan kita di dalam mahkamah yang mulia ini. Ya, pendakwa
raya, sila huraikan menurut bahasa Melayu.

PENDAKWA RAYA: Perintah dijunjung, ya yang arif.


Adapun istilah “beruk” itu menurut kamus yang tersebut itu dan
apabila diterjemahkan, maknanya ialah sejenis binatang yang
mempunyai ekor pendek dan badannya penuh dengan “bulus” ... eh,
maaf ... bulu... dan ia sangat suka makan pisang, (menunjukkan
dengan ibu jari ke arah HAKIM sambil tersengih-sengih) sama
dengan hobi tuan.

Dipetik daripada drama ‘Mahkamah’,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,

Kementerian Pendidikan Malaysia

18 Apakah masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II?

A tidak diwakili oleh peguam bela untuk membela diri.


B tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
C pihak pendakwa raya enggan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
D tidak memahami bahasa Inggeris dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan
bahasa Melayu.
19 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam drama di atas, kecuali

A nilai rasional

B nilai keadilan

C nilai setiakawan

D nilai kebijaksanaan

20 Pilih pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.

I. Kita hendaklah bersikap rajin.


II. Kita haruslah berusaha untuk berjaya dalam kehidupan.
III. Kita perlulah amanah semasa melaksanakan tugas.
IV. Kita mestilah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai