Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN A

[20 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ketika terbatuk, nasi yang terdapat di dalam mulut adik ______________ ke lantai.

A bersemburan
B bertaburan
C berderaian
D berserakan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Kereta yang dipandu laju di atas jambatan itu terbabas lalu _______________ ke
dalam sungai.

A tersasar
B terperosok
C terpelanting
D terjunam

3 Tayar motosikal abang _________________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

A susut
B lembik
C kempis
D bengkok

1
Soalan 4 hingga Soalan 5

Ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

4 Pembukaan kafe siber hampir-hampir dengan kawasan sekolah menyebabkan banyak

A
murid melencong ke tempat tersebut sewaktu sesi persekolahan. Tiada kesalahan.
B C D

5 Ai Ling dan Jasmine memakai pakaian yang seiras ketika keluar membeli-belah di

A B C

pekan. Tiada kesalahan.

Soalan 6 hingga Soalan 7

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

6 Kejayaan seseorang usahawan di dalam sektor perniagaan bergantung kepada

komunikasi yang berkesan dengan setiap pelanggan.

A di dalam sektor perniagaan bergantung pada

B dalam sektor perniagaan bergantung kepada
C dalam sektor perniagaan bergantung pada
D di dalam sektor perniagaan bergantung kepada

7 Lelaki dari Jerman itu mungkin dapat mengembara ke Afrika.

A enggan patut mengembara

B mahu hendak mengembara
C hendak mesti mengembara
D mungkin dapat mengembara

2
Soalan 8 hingga 9

Arahan: Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8 I Sekarang bapa saya duduk sebagai pengetua sekolah

II Rumah banglo Datuk Chua duduk di hujung lorong itu.
III Ibu duduk menjahit dengan sangat tekun sehingga tidak tersedar saya
memanggilnya.
IV Setelah sekian lama mereka duduk di rumah itu, hari ini mereka terpaksa
meninggalkannya.

A I dan II C I,II dan III

B III dan IV D II, III dan IV

9 I Zaki memesan dua biji telur separuh masak ketika bersarapan di restoran pagi
tadi.
II Ayah sudah masak benar dengan sikap abang yang suka pulang lewat malam.
III “Buah durian hanya akan luruh apabila sudah masak sahaja,” kata datuk
kepada adik.
IV Seseorang remaja perlu berfikir dengan masak sebelum membuat keputusan
agar tidak menyesal di kemudian hari.

A I dan II C I,II dan III

B III dan IV D II, III dan IV

Soalan 10 hingga Soalan 11

Pilih ayat-ayat yang betul.

10 I Bas sekolah yang kami naiki masih baru malahan tayarnya sudah tiada bunga lagi.
II Rancangan televisyen itu tidak banyak penontonnya tambahan pula disiarkan pada
lewat malam
III Penggunaan telefon bimbit memerlukan belanja yang besar tetapi tetap menjadi
pilihan remaja
IV Ayah sedang mencuci kereta sementara abang sedang menyiram pokok bunga.

A I dan II C I, II dan III

B III dan IV D II, III dan IV

3
11 I Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.
II Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
III Guru-guru perlu menyebarkan maklumat bahaya pencemaran alam kepada murid-
murid
IV Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk
mengelakkan konflik.

A I dan IV C III dan IV

B II dan III D I, II dan III

Soalan 12 hingga Soalan 13

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal

12 Pelbagai kaedah perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan pantun
tradisi tidak dilupakan oleh remaja.

A Pantun Melayu perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman.

B Untuk memastikan pantun tidak pupus , banyak usaha telah dilakukan oleh
pelbagai pihak.

C Pantun tradisional Melayu seperti pantun akan dipastikan kekal oleh kerajaan
supaya usaha mereka tidak ditelan zaman.

D Semua orang harus menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan puisi

tradisional Melayu seperti pantun tidak hilang ditelan zaman.

13 “ Halim, kamu haruslah lebih fokus ketika berada di dalam kelas agar tidak
ketinggalan dalam pelajaran,” kata Cikgu Zamri.

A Cikgu Zamri berpesan kepada Halim bahawa dia akan ketinggalan dalam
pelajaran jika dia tidak fokus dalam kelas

B Cikgu Zamri mengingati Halim supaya tidak fokus di dalam kelas agar tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

C Cikgu Zamri memberi amaran kepada Halim agar sentiasa fokus dalam
pelajaran supaya tidak ketinggalan .

D Halim memberitahu Cikgu Zamri bahawa dia akan lebih fokus di dalam kelas
agar dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

4
Soalan 14 hingga Soalan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai

14 Dengan sekali pandang sahaja,ketua jurulatih badminton negara sudah dapat

mengesan bakat besar yang dimiliki pemain muda negara. Peribahasa yang paling

sesuai ialah

A alah bisa tegal biasa

B menatang minyak yang penuh

C bagai ayam disambar helang

D hanya jauhari yang mengenal manikam

15 Faizul berasa sungguh sedih kerana ibunya telah meninggal dunia. Dua bulan
kemudian ayahnya pula terlibat dalam kemalangan di jalan raya. Nasib yang menimpa
Faizul ibarat

A luka hilang, parut tinggal juga

B sudah jatuh ditimpa tangga

C membuka pekung di dada

D makan hati berulam jantung

5
Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca sajak di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Senja di Palang Besi

Senja mula menangis

remang membongkar sendu

mengutus kuntum-kuntum serakam cahaya

berlari di celah jambangan bunga dedawai

menari mengikat ramah kekosongan

dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja

yang dulu melakar bahagia

kini merayap sayu membelai jemari malam

dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam

dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin

rentet susun bibir palang besi dingin itu

menjerut resah berteleku dalam hening

bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

menghantar pergi erti keriuhan

jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri

bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian

hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

PENA ALAM

(Dipetik daripada sajak “Senja di Palang Besi”, antologi Bintang

Tingkatan 3, Kementerian
6 pendidikan Malaysia)
16 Berdasarkan rangkap pertama sajak di atas, apakah yang dilihat oleh penyajak?

A Tebaran cahaya senja yang semakin suram

B Suasana malam yang sunyi sepi

C Keadaan dirinya yang dihantui kekesalan

D Sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar.

17 Yang berikut ialah perasaan penyajak ketika berada di dalam penjara, kecuali

A terbuang C sedih

B terasing D benci

18 Apakah unsur gaya bahasa bagai perkataan dalam seperti yang terdapat dalam
rangkap kedua baris keempat hingga keenam sajak?

A Responsi C Epifora

B Asonansi D Anafora

19 Pernyataan yang berikut benar tentang bentuk sajak ini, kecuali

A berbentuk bebas

B terdiri daripada tiga rangkap

C rima akhir setiap rangkap ialah abab

D mempunyai tiga hingga lapan patah kata sebaris

20 Apakah tema sajak Senja di Palang Besi?

A Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel penjara.

B Kegagalan menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh Tuhan

akan mengundang musibah.

C Balasan terhadap seseorang kerana kesalahan yang pernah dilakukannya.

D Persepsi negatif masyarakat terhadap bekas banduan.

7
Kertas jawapan bahagian A

1. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

2. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

3. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

4. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

5. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

6. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

7. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

8. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

9. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

10. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

11. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

12. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

13. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

14. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

15. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

16. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

17. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

18. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

19. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

20. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

Arahan : Hitamkan menggunakan pensel 2b

8
BAHAGIAN B

[25 markah ]

Soalan 1 (a)
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa.Kenal pasti kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Para pemandu kereta dan penunggang motosikal dinasihati berhati-hati ketika melalui
selekoh yang merbahaya itu.

_____________________________________________________________________

ii) Emak memasukkan telur putih ke dalam adunan kuih yang sedang dibuatnya.

__________________________________________________________________

iii) Kedua-dua pasukan bola sepak negeri Johor dan Pahang itu saling berbalas-balas
serangan ke arah gol lawan masing-masing.

_________________________________________________________________

[ 3 markah]

Soalan 1 (b)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan.Kenal pasti kesalahan ejaan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Mesyuarat Agung Koperasi SMK Sri Jaya kali ke20 telah berlangsung dengan
jayanya.

_____________________________________________________________

ii) Azman Adnan merupakan seorang lagenda dalam arena bola sepak Negara.

_____________________________________________________________
[ 2
markah]

9
SOALAN 2

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1

Akhirnya akulah yang akan membawa tapai ubi itu ke warung-warung

berdekatan. Sudah menjadi rutin. Aku dan tapai, tapai dan aku seperti ada
keserasiannya.

Setelah aku di universiti, baru aku sedar betapa bapa dan emak banyak
berjasa kepadaku. Berkat hasil jualan tapai, aku adik-beradik berjaya juga
menjejakkan kaki ke menara gading. Aku sendiri tidak menyangka aku diterima
masuk ke fakulti perubatan setelah hampir dua tahun aku belajar di sebuah
pusat matrikulasi.

BAHAN 2

Nafisa menutup komputer ribanya. Dia berasa lega kerana berjaya

menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Nafisa merenung jauh
ke luar jendela. Dia teringat akan ibunya di kampung. Rindu benar dia kepada
wanita itu. Dulu, Nafisa membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih-kuih di
sebuah gerai. Ibunya mahu mengumpul wang untuk membiayai pengajiannya di
menara gading. Berkat kegigihan ibunya berniaga secara kecil-kecilan, Nafisa
berjaya melangkah ke universiti. Pengorbanan ibunya itu tidak terkira nilainya.

i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan rutin “aku” dan Nafisa sebelum
melanjutkan pelajaran di universiti. [ 3 markah]

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

10
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara “aku” dengan Nafisa.

[3 markah ]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

iii) Pengorbanan ibu dan bapa untuk membesarkan anak-anak wajar dihargai dan
diberikan balasan yang sebaiknya.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk
membalas jasa ibu bapa? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

11
Soalan 3

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

(ii) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

(iii) Chot karya Azizi Haji Abdullah

(iv) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

Latar masyarakat ialah gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam
sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap dan sebagainya.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, buktikan pernyataan tersebut dengan
mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar masyarakat yang telah
ditetapkan.

NOVEL LATAR MASYARAKAT

Hempasan Ombak  Masyarakat yang bertanggungjawab

 Masyarakat yang terbelenggu dengan masalah hutang
Karya Zailiani Taslim  Masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain

[ 10 markah]

12
__________________________________________________________________________________

13
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Bahagian C terdiri daripada dua soalan, iaitu Bahagian C (i) dan Bahagian C (ii). Anda
dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

BAHAGIAN C (i)
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang

panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

CARA-CARA PENJAGAAN GIGI

 Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali

sehari.
 Makan makanan yang mengandungi kalsium

 Mengurangkan pengambilan makanan bergula

 Menjalani pemeriksaan gigi

14
BAHAGIAN C (ii)
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan bahasa Melayu di Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

“ Bahasa Jiwa Bangsa”, itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan kaitan
sesuatu bahasa kepada kaum-kaum di Malaysia. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi melahirkan sebuah rumpun
bernama Malaysia. Hal ini dianggap penting kerana negara kita mempunyai masyarakat
majmuk. Bahasa merupakan antara penanda jati diri penting bagi sesuatu bangsa dan negara.
Jati diri bahasa dari sudut nasional dapat diwujudkan dan dipemerkan melalui pelbagai cara.
Satu daripadanya adalah dengan menjadikan sesuatu bahasa sebagai lambang dan simbol
negara. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan bahasa berkenaan sama ada sebagai
bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi negara Malaysia. Bahasa Melayu
merupakan simbol perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat negara ini yang berasal
daripada pelbagai bangsa. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai wahana iaitu bahasa milik
bersama yang digunakan untuk tujuan komunikasi dalam kalangan rakyat negara ini. Selain
itu, bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang dapat memberikan citra kepada
Malaysia sebagai satu unit atau entiti politik dan budaya Melayu.

Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam sistem pendidikan pula termaktub dalam beberapa akta pelajaran, antaranya Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1995. Walaupun bahasa Melayu menduduki hierarki
tertinggi bahasa di Malaysia, namun bahasa-bahasa lain masih diberikan tempat. Bahasa
Mandarin dan bahasa Tamil dibenarkan untuk digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah pada peringkat pendidikan rendah manakala bahasa Inggeris merupakan
subjek penting dan wajib pada semua peringkat pendidikan. Kini bahasa Melayu berfungsi
sebagai bahasa ilmu setara dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di
institusi pengajian tinggi awam atau swasta di negara Malaysia.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam Pelita Bahasa, Februari 2015 )

15
Ruang jawapan sama ada bahagian C (i) atau bahagian (ii)

___________________________________________________________________________

16
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
-KERTAS SOALAN TAMAT-

17

Anda mungkin juga menyukai