Anda di halaman 1dari 5

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Soalan :

1. Nyatakan dua jenis buah yang terdapat dalam pantun tersebut.


2. Berdasarkan pantun tersebut , berikan maksud rangkap keempat.
3. Berdasarkan rangkap keempat pantun tersebut, apakah kesannya jika seseorang itu bersikap
malas?
4. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut.
5. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.
6. Nyatakan dua ciri pantun tersebut.
7. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur?
8. Kita mestilah menghindarkan diri daripada memiliki sifat malas. Pada pendapat anda, apakah
kesan negatif sekiranya seseorang itu memiliki sifat malas?
9. Semangat bekerjasama dalam masyarakat semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan semangat ini semakin longgar?
10. Meskipun sering dipinggirkan oleh generasi masa ini, namun puisi tradisional tetap kelihatan
indah dengan penggayaan klasiknya. Apakah cadangan anda tentang usaha yang patut
dilakukan bagi memastikan generasi muda menghargai puisi tradisional?
11. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya hidup kita lebih berjaya?
Soalan :

1. Nyatakan dua jenis buah yang terdapat dalam pantuni tersebut.


Dua jenis buah yang terdapat dalam pantun tersebut ialah buah sintang dan buah senikul

2. Berdasarkan pantun tersebut , berikan maksud rangkap keempat.


Maksud rangkap keempat ialah orang yang malas berusaha akan sentiasa ketinggalan

3. Berdasarkan rangkap keempat pantun tersebut, apakah kesannya jika seseorang itu bersikap
malas?
Orang yang bersikap malas tdak akan Berjaya mencapai apa yang dihajatkannya. Dia juga akan
sentiasa berada dalam keaadaan susah dan miskin kerana tidak berusha mendapatkan rezeki.

4. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut.


Aliterasi : Pengulangan huruf konsonan m ( R5, B2)
Asonasi : Pengulangan huruf konsonan a (R4, B1)
Repitisi : Pengulangan kata ‘buah’ (R5,B1)
Responsi : Pengulangan kata ‘ hitam’ (R3, B1 dan B2)

5. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.


Dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah kita mestilah sentiasa bekerjasama
dan saling bantu-membanu dalam menyelesaikan apa juga masalah. Disamping itu, kita juga
hendaklah mengelakkan diri dari sifat malas.

6. Nyatakan dua ciri pantun tersebut.


Dua ciri pantun ialah terdapat lima rangkap pantun dan setiap rangkap mengandungi dua baris.
Baris pertama ialah pembayang dan baris kedua ialah maksud.
Rima akhirnya ialah aa

7. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur?
Pada pendapat saya, kesan bagi individu yang bayak tidur ialah dia akan jatuh sakit kerana
kurang aktif dalam pergerakkannya. Dia juga akan keciciran dan ketinggalan dalam mencapai
cita-citanya.

8. Kita mestilah menghindarkan diri daripada memiliki sifat malas. Pada pendapat anda, apakah
kesan negatif sekiranya seseorang itu memiliki sifat malas?
Pada pendapat saya, antara kesan negative sekiranya seseorang bersifat malas ialah dia akan
sentiasa ketinggalan dan keciciran. Dia juga akan menjadi kurang peka pada persekitarannya
dan menjadi seperti katak dibawah tempurung.
9. Semangat bekerjasama dalam masyarakat semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan semangat ini semakin longgar?
Pada pendapat saya, antara faktor yang menyebabkan semangat bekerjasama semakin longgar
ialah sikap manusia yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Meraka juga tidak prihatin
terhadap sekeliling. Sikap ini menyebabkan masyarakat semakin kurang bekerjasama.

10. Meskipun sering dipinggirkan oleh generasi masa ini, namun puisi tradisional tetap kelihatan
indah dengan penggayaan klasiknya. Apakah cadangan anda tentang usaha yang patut
dilakukan bagi memastikan generasi muda menghargai puisi tradisional?
Cadangan saya tentang usaha yang patut dilakukan bagi memastikan generasi menghargai
puisi moden ialah dengan mengadakan pendedahan dan juga pertandingan sajak,syair dan
pantun di peringkat sekolah. Kerajaan juga perlulah menyokong program sekolah ini dengan
member bantuan kewangan yang mencukupi.
Mengadakan pertandingan syair,sajak dan pantun pada bulan bahasa yang dilaksanakan
disekolah.

11. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya hidup kita lebih berjaya?
Pada pendapat saya, kita perlulah sentiasa bersikap positif dan tidak malu untuk bertanya pada
yang pakar serta sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan membaca dan menghadiri
bengkel atau kursus supaya hidup kita lebih berjaya.

Anda mungkin juga menyukai