Anda di halaman 1dari 4

BAB 3 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT

KERAJAAN ALAM MELAYU

1. Apakah fungsi batu bersurat kepada masyarakat kerajaan Alam Melayu?


Fungsi batu bersurat kepada masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah
menjadi medium untuk mencatatkan pelbagai maklumat, iaitu
pemerintahan, keagamaan dan undang-undang, membuktikan
keintelektualan, meningkatkan kegiatan persuratan serta menunjukkan
kemahiran memahat.

2. Jelaskan peranan bahasa dan tulisan dalam masyarakat.


Bahasa dan tulisan menjadi alat komunikasi utama, menyimpan rekod-
rekod pemerintahan dan perundangan, menyebarkan ilmu pengetahuan,
mencatat hal keagamaan, menjadi sumber rujukan dan sumber bertulis
kepada ahli sejarah.

3. Pada pendapat anda, apakah faktor kejayaan masyarakat kerajaan Alam


Melayu dalam bidang seni bina?
Pada pendapat saya, faktor kejayaan masyarakat kerajaan Alam Melayu
dalam bidang seni bina ialah galakan pemerintahan, kegigihan rakyat,
patuh kepada arahan raja dan lahirnya ramai artisan.

4. Mengapakah seni bina harus dipelihara dan dipulihara?


Seni buna sejarah harus dipelihara dan dipulihara sebagai bukti kukuh
tentang peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku, menjadi warisan
sejarah negara, seni bina sejarah menjadi sumber pelancongan, untuk
tatapan generasi masa kini dan akan datang, dapat memahami sejarah
tanah air, dapat menjadi inspirasi untuk memajukan seni bina negara,
sumber rujukan sejarah yang penting dan dapat dijadikan sebagai iktibar
untuk mempertahankan kedaulatan negara.

5. Jika anda seorang pemimpin yang cinta akan ilmu persuratan,


bagaimanakah cara untuk menarik minat generasi menghasilkan karya
persuratan?
Jika saya seorang pemimpin yang cinta akan ilmu persuratan, saya akan
mengadakan bengkel penulisan, menyediakan kemudahan infrastruktur
dalam bidang penulisan, menawarkan biasiswa kepada murid yang ingin
memceburu bidang penulisan dan mengadakan pertandingan dalam
kalangan menulis untuk mencari penulis berbakat.

6. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama bagi memastikan negara dapat


menghasilkan yang mengagumkan masyarakat dunia.
Beri pendapat anda.
Pemimpin perlu memberi bantuan biasiswa kepada murid yang
melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang seni bina,
menawarkan lebih banyak kursus seni bina dalam university awam,
generasi muda perlu berani mencuba sesuatu bidang baharu, memberi
anugerah untuk penciptaan baharu dalam bidang kejuruteraan seni bina.

7. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempelajari pelbagai


bahasa?
Pada pandangan saya, kita perlu mempelajari pelbagai bahasa untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkayakan perbendaharaan kata,
bersaing dengan bangsa lain, menjalin hubungan dengan negara lain,
tidak mudah ditipu bangsa asing, memajukan ekonomi negara, medah
memdapat pekerjaan dan meningkatkan keyakinan diri.

8. Pada pandangan anda, apakah faktor kemajuan bidang seni bina negara?
Pada pandangan saya, faktor kemajuan bidang seni bina negara ialah
rakyat yang berimu pengerahuan, kemajuan bidang sains dan teknologi,
sifat keterbukaan pemimpin menerima teknologi luar, Kerjasama antara
rakyat dan pemimpin, kebijaksanaan pemimpin, kemajuan ekonomi
negara, kestabilan politik dan kedudukan kewangan negara yang kukuh.

9. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri pemeintahan dalam sesebuah


negara?
Pada pandangan saya, ciri-ciri pemerintahan dalam sesebuah negara
ialah bijaksana, berwibawa, adil dan jujur, berilmu pengetahuan,
menangani masalah dengan bijak, bertoleransi, bertanggungjawab dan
memiliki sikap positif.

10. Pada pandangan anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memajukan
bidang persuratan negara kita?
Pada pandangan saya, pihak sekolah bolehlah mengadakan pertandingan
menulis puisi moden peringkat sekolah atau daerah, menubuhkan kelab
dan persatuan penulisan kreatif, mengadakan kempen kesedaran untuk
memupuk minat dalam kalangan pelajar, mengadakan bengkel penulisan
kreatif kepada guru dan pelajar, mengadakan bengkel penulisan kreatif
kepada guru, pelajar dan menggalakkan murid mengambil bahagian
dalam penulisan kreatif untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

11. Sebagai murid, bagaimanakah cara anda memartabatkan Bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan?
Sebagai murid, saya akan menggunakan Bahasa Melayu dengan sebutan
yang betul, banyak membaca buku dalam Bahasa Melayu, merujuk
kamus untuk memperbanyakkan perbendahaan kata, menyertai
pertandingan menulis esei, menggunakan Bahasa Melayu semasa
berkomunikasi, menggunakan Bahasa Melayu dalam media sosial,
semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan
menggunakan Bahasa Melayu dan Dewan Bahasa Pustaka perlu
melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa
untuk memperkenalkan Bahasa kebangsaan di peringkat dunia.

12. Bagaimanakah generasi pada masa kini menghargai peninggalan


sejarah?
Generasi pada masa kini perlulah menghargai peninggalan sejarah
dengan menjaga kebersihan di tempat bersejarah, mempromosikan
Kawasan sejarah negara di media sosial, terlibat dalam program khidmat
masyarakat berkaitan proses pemuliharaan dan pemeliharaan dan
mengunjungi tempat peninggalan sejarah.

13. Bagaimanakah anda mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap


agama kaum lain di negara kita?
Saya memahami adat dan budaya kaum lain, mengamalkan prinsip
Rukun Negara, tidak mempersoalkan ajaran dan amalan kaum lain serta
menghadiri majlis dan rumah terbuka kaum lain.

14. Beri cadangan anda untuk mengukuhkan karya persuratan tempatan di


negara kita.
Cadangan saya untuk mengukuhkan karya persuratan tempatan di
negara kita adalah memberikan pendedahan kepada generasi muda,
membanyakkan pertandingna menulis karja, menggalakkan pembacaan
karja persuratan tempatan, meningkatkan kualiti peulisan karya
tempatan.
15. Mengapakah struktur sosial penting dalam kalangan masyarakat
kerajaan Alam Melayu?
Struktur sosial penting kerana melangkan kebijaksana pemimpin,
melicinkan pentadbiran kerajaan, mengukuhkan perpaduan masyarakat
dan meningkat kehidupan masyarakat.

16. Karya-karya persuratan masyarakat silam masih dihargai sehingga kini.


Mengapakah kita perlu berbuat demikian?
Karya-karya persuratan penting sebagai inspirasi masyarakat pada hari
ini, menggambarkan kebijaksanaan masyarakat silam, menjadi rujukan
dan panduan generasi masa kini, menghargai sumbangan masyarakat
silam, mengukuhkan jati diri, meningkatkan semangat nasionalisme,
menarik kemasukan pelancongan asing, menaikkan nama negara.

17. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan bidang seni bina di negara


kita?
Cara untuk meningkatkan bidang seni bina di negara kita adalah
menggunakan bahan yang berkualiti, menjalinkan kerjasama dengan
negara maju yang lain, membanyakkan kajian dan penyelidikan, melatih
ramai tenaga pekerja yang cekap, meningkatkan ilmu pengetahuan,
membanyakkan kursus seni bina di institsi pengajian tinggi,
menggunakan teknologi moden dan mengadakan anugerah inovasi
kepada tokoh yang cemerlang.

18. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan lagi tahap pendidikan di negara kita.
Pada pendapat saya, cara yang boleh dilakukan adalah mengutamakan
sain dan teknologi, menjalinkan kerjasama dengan negara maju yang
lain, melatih lebih ramai tenaga pengajar yang cemerlang,
memperkasaskan peranan agensi dan jabatan berkaitan dan bersedia
menghadapi cabaran.

Anda mungkin juga menyukai