Anda di halaman 1dari 15

Penyampai Tajuk Lokasi Tarikh

: TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID : UPACARA PENUTUPAN HARI SASTERA `93 : : 07-06-1993

Terlebih dahulu, saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak penganjur, iaitu Kerajaan Negeri Selangor, dan GAPENA yang telah sudi mengundang saya untuk menyempurnakan penutupan Hari Sastera `93 ini. Setinggi-tinggi tahniah ditujukan kepada Y.Bhg. Professor Dato' Ismail Hussein, guru saya semasa menuntut di Universiti Malaya, di atas penganugerahan darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di -Pertuan Agong baru-baru ini. Kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan sesungguhnya menjadi unsur yang sangat penting dalam mencorak dan mempertingkatkan tamadun dan martabat sesuatu bangsa. Kita sedia maklum bahawa pemikiran masyarakat adalah dipengaruhi oleh bahan -bahan bacaan dan penulisan samada dalam bentuk nasihat, sistem nilai, dorongan, wawasan dan seumpamanya. Masyarakat Melayu amat terkenal dengan nilai- nilai kesopanan dan kesusilaan, berbudi bahasa, suka berkhayal, kesetiaan, beradat dan berpantang larang. Barangkali fenomina seperti in wujud oleh kerana masyarakat Melayu dari zaman ke zaman telah membaca has il-hasil karya yang menekankan sistem nilai, adat, alam fantasi dan cerita - cerita dongeng. Sebagai contohnya, kita tentu masih ingat bagaimana "Nakhoda Tenggang" iaitu cerita lisan orang-orang Melayu memberikan kesan pengajaran moral yang menyebabkan ana k-anak takut menderhaka kepada ibu- bapa. Semangat kepahlawanan dan kesetiaan yang dipancarkan d dalam beberapa hikayat lama telah menanamkan sistem nilai itu kepada bangsa Melayu. Pada masa ini, keseluruhan usaha sedang digembelingkan untuk membantu hasat menjadikan r Malaysia sebuah negara maju dalam semua bidang menjelang tahun 2020. Apabila Malaysia melangkah maju kepada sebuah negara perindustrian, pada ketika yang sama, langkah langkah perlu diambil untuk menerapkan nilai nilai baru. Di tempat kerja, rakyat Malaysia seharusnya mengamalkan disiplin yang tinggi, berusaha untuk mencapai kecemerlangan, dan mengamalkan sifat-sifat positif seperti kejujuran, ketekunan, semangat bekerjasama serta berdaya kreatif. Kedudukan orang-orang Melayu telah bertambah baik dari setahun ke setahun. Peratusan mereka di dalam bidang professional telah mencapai tahap 29.4% pada tahun 1991, iaitu professional berdaftar seperti doktor, jurutera, akitek, dan akauntan. Ramai juga orang orang Melayu yang telah berjaya di dalam perdagangan dan perindustrian. Dalam pada itu, ada pula yang telah mengalami kegagalan hasil daripada amalan -amalan negatif seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Biarpun demikian, pepatah Melayu memberi ingatan kepada kita supaya "melihat tuah pada yang menang, melihat contoh pada yang sudah". Dari segi pengaruh sosiobudaya pula, Malaysia dicurah dengan pelbagai corak budaya. Oleh kerana negara kita mempunyai bilangan penduduk remaja yang ramai, maka pasaran bag peralatan hiburan dan apa saja dalam segi itu amat laris dan berpengaruh. Media asing yang canggih juga boleh mempengaruhi kehidupan remaja kita. Mereka kini juga terdedah kepada gejala-gejala dan penyakit moden seperti penagihan dadah dan jangkitan AIDS. Kita juga menghadapi generasi baru yang kian hari bersifat materialistik, dan kegemaran yang berlebihan kepada hiburan dan keseronokan, kemerosotan akhlak dan pencemaran budaya Tamaddun Melayu menjelang abad ke -21 hendaklah berteraskan kepada budaya membaca, ilmu sains dan teknologi. Satu daripada ciri masyarakat maju yang perlu dicontohi ialah kecekapan dalam menimba ilmu pengetahuan, khususnya ilmu sains dan teknologi yang direka dengan ilmu pengetahuan yang terkumpul. Dalam hubungan ini, soalan -soalan yang boleh ditanya ialah : sudahk ah budaya suka membaca itu menerap di seluruh anggota masyarakat kita? Apakah tahap pencapaian ilmu pengetahuan orang- orang Melayu telah mencukupi bagi membolehkan mereka mencipta

lebih banyak lagi teknologi baru? Seorang yang suka membaca adalah bakal me rubah dunia. Takkah pepatah Melayu juga yang menyatakan : "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga"? Satu lagi faktor yang penting bagi mengasaskan kecemerlangan tamaddun Melayu di abad ke-21 ialah perlunya diwujudkan insan Melayu yang am anah, bertanggungjawab dan berani kerana benar. Salah satu nilai yang perlu ditanamkan ialah semangat saling bantu-membantu di antara usahawan-usahawan Melayu yang telah berjaya, untuk memupuk semangat "persyarikatan orang -orang Melayu". Salah satu alat yang boleh digunakan bagi menggerakkan usaha ke arah penerapan nilai -nilai yang berkenaan itu ke atas orang-orang Melayu khususnya adalah menerusi penulisan. Saudara-saudari yang menguasai alat ini perlulah menggunakan daya penulisan dan daya kreatif bagi menggerakkan pemikiran orang-orang Melayu samada dari segi penulisan sejarah, puisi, novel, cerpen, penyelidikan dan lain -lain. Golongan penulis telah dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan ketajaman pemikiran. Mata pena saudara -saudari adalah lebih tajam dari sebilah pedang. Para penulis boleh membuatkan pembaca menangis, sedih dan gembira, gelisah, takut, khayal, berani dan pelbagai perasaan lagi. Sesungguhnya saudara -saudari sekelian adalah penggubal pemikiran dan pengungkap citarasa bangsa Me laysia, pendidik akal dan nubari umat, pemupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa bangsa, penyubur budaya ilmu, dan pemantap daya juang umat Melayu. Apa yang paling ditakuti ialah ketajaman pena yang boleh mencemarkan maruah bangsa. William Alfred, seorang Professor of Humanities daripada Harvard University pernah berkata: "Believe that you are a writer. One of the most difficult things to do in a commercial society is to think yourself as somebody whose main business is to tell the truth with anger or love". Saya penuh yakin bahawa sasterawan murahan, budayawan picisan yang boleh dibel dan diupah untuk menyebarkan budaya erotik, budaya picisan dan budaya fitnah tidak ada d kalangan kita pada petang ini. Perkhidmatan awam adalah merupakan satu institusi yang penting di dalam masyarakat Malaysia. Anggota-anggota perkhidmatan awam adalah diberi dua belas tonggak yang boleh mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang berkualiti, produktif dan bertatatertib, iaitu menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseron okan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta. Kita dikenali daripada apa yang kita la kukan berulangkali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan, tetapi satu tabiat. Tabiat yang baik kekal sepanjang hayat. Pada fikiran saya, intipati daripada masalah nilai dan etika di dalam perkhidmatan awam ialah bagaimana penjawat awam menanam tabiat dan amalan yang baik di dalam semua aspek kehidupannya. Para sasterawan dan budayawan boleh memberi sumbangan kepada Perkhidmatan awam menerusi daya penulisan ataupun pementasan mengenai nilai dan etika seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi atau pun mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan awam. Justeru itu, saya suka mencadangkan supaya GAPENA dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) di Jabatan Perdana Menteri memulakan perbincangan mengenai anugerah yang sesuai bagi penulisan yang te rbaik samada novel, puisi, karangan ataupun penyelidikan yang boleh menjadi daya pemupuk dan penggerak kepada anggota anggota perkhidmatan awam. Karya-karya yang terbaik itu akan memperkaya khazanah bahan-bahan bacaan kepada perkhidmatan awam. Untuk menera nilai-nilai itu dan untuk p menyampaikan mesejnya dengan secara lebih berkesan, perkhidmatan awam boleh mengadakan acara-acara diklamasi sajak, ataupun mengadakan pertunjukan pementasan (theatrical play) bagi novel atau cerpen yang terpilih sebagai salah satu daripada acara menyambut Hari Kualiti Perkhidmatan Awam yang diadakan pada 31 Oktober tiap -tiap tahun. Dengan ini, saya adalah dengan amat sukacita menutup dengan rasminya "Hari Sastera `93" ini.

GALAKKAN TABIAT MEMBACA

PADA musim cuti persekolahan, lazimnya kita akan mengambil peluang untuk bercuti dan melawat tempat yang agak jauh.

Sama ada berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan awam, satu benda yang patut dibawa bersama adalah buku. Perjalanan yang jauh atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas memberikan kita ruang masa untuk membaca sama ada untuk diri sendiri atau untuk anak -anak. Membaca buku ketika dalam kenderaan akan mempamerkan contoh baik kepada anak-anak mengenai tabiat mengisi masa dengan cara yang berfaeda h. Galakkan mereka membaca dengan membawa bersama buku atau majalah yang diletakkan dalam kenderaan pada tempat yang mudah dicapai. Elok diletak pada poket di belakang kerusi hadapan atau di bahagian atas kerusi belakang dan bukan dalam beg atau tempat le tak barang yang sukar diambil. Selain membaca anda dapat melatih kemahiran anak -anak membaca melalui permainan perkataan seperti silang kata yang mengasah minda. Bagi anak-anak yang sudah pandai membaca, anda boleh melakukan kuiz bagi menguji kefahamannya mengenai apa yang sudah dibaca. Gunakan ruang masa sebaik mungkin terutama buat anda yang pada hari kebiasaannya sibuk di tempat kerja dan mempunyai ruang masa terhad untuk membaca bersama anak-anak. Ini peluang anda untuk mendidik dan menggalakkan mer eka membaca. Teknik Jepun dikenali sebagai shichida antara kaedah yang baik dicuba kerana keberkesanannya.
y Ketika anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap dengan dirinya sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan dirinya dan nyatakan sifat dirinya yang positif.

Ini kerana ketika tidur-tidur ayam ini, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur, tetapi ia perlu dilakukan seikhlas hati. Ketika itu, ramas jari atau tangan anak supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur ayam. Bahkan Islam sendiri menggalakkan ibu bapa bercakap atau berdoa dengan anak-anak ketika dalam proses anak-anak hendak tidur.
y Guna kad untuk mengajar anak yang dilakukan secara cepat. Ini kerana apabila ditunjuk kad secara laju atau cepat, otak kanan beke rja keras untuk menangkap perkara yang ditunjukkan.

y Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. Oleh itu, anak-anak yang bermain tanah liat, melukis, menggunting kertas dan origami sebenarnya mengaktifkan penggunaan otak kanan.

Cara itu menjadi amalan bangsa Cina dan Jepun sehingga menjadi bangsa yang bijak pandai dalam meneroka serta mencetuskan teknologi dan pemikiran baru.
y Jangan marah atau tengking anak kerana mereka ini boleh menyimpan semua kemarahan yang dilontarkan dalam otak kiri. Untuk itu, sekiranya anda terlalu marah pada anak-anak, meminta maaf daripadanya. y Jika ingin meningkatkan daya imaginasi yang tinggi, lakukan perkara seperti bercerita dengan anak-anak dan buat-buat lupa mengenai cerita itu lalu meminta mereka sendiri menyambung dan bercerita kepada anda.

Menerusi cara itu, anda akan dapat melihat sejauh mana kematangan mereka walaupun ceritanya agak merapu.
y Main teka-teki bersama anak-anak dengan mengambil barangan dalam kotak tisu dan meneka isi kandungannya.

Gambaran yang boleh anda berikan seperti warna dan bunyi yang boleh diteka, sekadar mengaktifkan otak kanan mereka.
y Tukar larangan atau perkataan jangan bising kepada perkataan lebih berhemah seperti tolong senyap dalam usaha memotivasikan mereka.

sumber petikan: http://www.hmetro.com.my Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

::Guru gemilang hasilkan pelajar cemerlang::


SAMBUTAN Hari Guru diharapkan mencetuskan semangat dan keazaman kira-kira 300,000 guru seluruh negara bagi meneruskan perjuangan mendidik dengan ikhlas serta berdedikasi dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan berkualiti. Walaupun kini beban tugas mendidik pelajar semakin berat dan bertamba h, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan negara, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin.

Guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap ke pentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran yang berkesan. Kepentingan guru berkualiti perlu dititikberatkan kerana tanpanya sukar untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan menengah. Justeru, guru mesti menghayati tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai kecemerlangan membanggakan. Antara ciri pendidik berkualiti i alah melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Di samping itu, guru berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah kebaikan pendidikan negara. Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan terbaru bidang pendidikan, terutama mengenai kaedah serta pendekatan pengajaran yang berkesan. Selain itu, guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan bertindak mengikut emosi peribadi, seterusnya menganggap tugas mendidik sebagai amal kebajikan atau ibadat yang diberikan ganjaran besar di sisi Allah. Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan harus memiliki motivasi, keyaki nan serta kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti.

Pendidik sebenarnya banyak berkorban demi kepentingan pelajar, termasuk menyelesaikan tugas berkaitan pengajaran sehingga malam di rumah dan gigih memberi persediaan terbaik kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan. Pelajar cemerlang, guru gemilang dan negara terbilang yang diredai Allah. Dalam konteks lebih luas, guru adalah bertanggungjawab untuk mendidik dan memimpin masyarakat. Tidak dinafikan bahawa guru banyak menyumbang khi dmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih -lebih lagi membentuk sahsiah pelajar. Dalam proses pembentukan sahsiah pelajar, guru terlebih dulu perlu mempunyai sahsiah baik untuk dicontohi pelajar. Contoh teladan guru juga banyak membantu pembe ntukan akhlak pelajar. Merekalah yang seharusnya terlebih dulu dilengkapi ciri akhlak mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur. Dari sudut lain, guru juga adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen penyampaiannya tidak berkesan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan amat berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadiny a. Himpunan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi guru yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat. Justeru, semua guru mesti menyedari tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

Renungan :
Bacalah dengan ikhlas dan tawadduk sebelum keluar rumah, niatkan didalam hati terlebih dahulu... " Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berkatilah segala tunjuk ajarku terhadap anak muridku agar mereka dapat mengingati ajaranku dan dapat lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sesungguhnya Engkaulah Pemberi Ilmu yang berkekalan." Sebelum melangkah bacalah : 1. Al-Fatehah 2. Ayatul Kursi 3. Al-Ikhlas 4. Selawat Nabi 1x 1x 1x 10 x

Insyallah tiada apa yang berlaku semasa kepergian dan mengajar dengan penuh kyusuk. Insyallah.....

Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun.

1.1 Pengenalan Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekali gus membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya intelektual yang tinggi dalam zaman mereka . Golongan manusia yang hanya

mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia , sering kali kita saksikan bahawa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu (Wan Mohd. Nor,1997) Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad , menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber -sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekali gus paling menyedihkan dalam sejarah (Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi,1996) kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini (Wan Mohd. Nor,1997) Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani , Yahudi , China , India dan umat Islam di zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat mereka . Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuwan terkenal seperti Socrates , Plato dan juga Aristotle yang banyak mempelopori ilmu falsafah , logik serta geometri . Albert Einstein , Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai diantara tokoh intelektual be rketurunan Yahudi yang berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan moden . Mazhab Konfuciunisme Baru yang mewarnai tamadun China klasik di mana kecenderungan amali telah memberi sumbangan besar kepada manusia sejagat melalui penghasilan kertas , sutera , percetakan , kompas serta ubat meriam . Budaya India Kuno pula yang l ebih memberikan penekanan kepada ilmu yang paling abstrak telah memberikan sumbangan bernilai terhadap bidang astronomi , geometri serta perubatan . Fenomena budaya ilmu itu m ula berubah apabila agama Kristian yang menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan ilmu itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekali gus mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini . (W an Mohd. Nor, 1997) 1.2 Budaya Ilmu Perkataan ilmu pula memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan . Syed Muhammad Naquib al -Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai il mu walaupun ada persamaan mengenainya . Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan Mohd. Nor, 1998) Al -Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din mendefinisikan ilmu itu kepada daya membuat generalisasi , konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan memperoleh kebenaran intelektual . (Hamid Fahmy Zarkasyi , 1990) Maka budaya ilmu yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan boleh diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan mereka . (Mok Soon Sang , 2000) Paul Kennedy (2004), telah menganalisis tentang kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dunia. Beliau mendapati faktor penting yang menentukan kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar ini ialah sikap bangsa tersebut terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmunya. Manakala, Ibn Khaldun (1993), seorang pemikir Islam di abad ke-14 pernah menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan tenaga manusia sert a kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan bangsa itu kuat, tetapi ianya tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan hakiki. Malah telah berlaku beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesua tu bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang baik, lambat -laun akan memeluk dan menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang ditaklukinya. Budaya ilmu dan kemahiran bagi sesebuah masyarakat memberi maksud bahawa keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan dan kemahiran bagi setiap kesempatan. Ia juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, organisasi, mahupun masyarakat diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Di dalam budaya ilmu dan kemahiran, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat, sementara kema hiran pula mampu menjadikan sesuatu ilmu itu lebih bermanfaat kepada semua golongan masyarakat. 1.3 Masyarakat Bertamadun Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim Wan Teh (1997) menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis. Ciri utama yang mendasari sesebuah tamadun ialah pertumbuhan bandar atau ko ta. Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana atau hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal ini kerana ciri -ciri kehidupan di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan pengkhususan kerja, inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Gordon Childe menegaskan bahawa peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di bandar. Bagaimanapun dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh dilihat dengan lebih luas kerana peranan kota telah diambil alih oleh negara bangsa atau kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun sebagai negara bertamadun ( tidak bandar -bandar Tokyo, Hiroshima dan sebagainya ) dan ramai akan menyetujui bahawa b enua Eropah atau tamadun Barat menguasai tamadun lain. Ciri kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai tingkah laku yang luhur dan murni. Hal ini telah di tegaskan melalui perkataan civilize dalam bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan Syed Naguib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi mencerminkan masyarakat bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang Muhajirin di Madinah semasa era Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar memi liki tingkah laku yang terpuji. Kemajuan dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu bertamadun. Rom misalnya terkenal dengan unsur seni bina dan undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah manakala kerajaan bani Abbasiyah semasa pemerintahan Harun al-Rasyid memberi sumbangan yang besar dalam bidang intelektual. Generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat diteruskan. Masya rakat Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib sehingga memasuki era Zaman Jahiliah kerana masyarakat mereka tidak memiliki kemahiran dan buta huruf. Konsep tamadun kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur kemajuan material dan spiritual. Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni bina, pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian dalam aspek kebendaan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mungkin tidak sehebat pencapaian unsur-unsur spiritual yang dimiliki oleh masyarakat Islam ketika itu yang mahu menegakkan agama Islam. 1.4 Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun 1.4.1 Masyarakat Berilmu Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah setentunya akan memiliki beberapa ciri -ciri tertentu yang membezakan

mereka dengan masyarakat yang tiada berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan. Wan Mohd Nor (1997) antara lain menggariskan ciri-ciri tersebut adalah seperti ; a. Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan b. Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat , diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun syura . c. Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat . d. Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan , bantuan , kemudahan , dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan e. Dalam diri dan masyarakat , tidak akan mengiktiraf sifat jahil , bebal dan anti ilmu. f. Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenc i pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran . g. Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat Justeru itu , Wan Mohd. Nor (1997) selanjutnya menambah bahawa masyarakat yang berbudaya ilmu seharusnya memiliki beberapa nilai tertentu, iaitu ; a. Kepentingan Ilmu Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala kebaikan. Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan pekerja yang cekap atau peluang untuk peker jaan lumayan tetapi lebih kepada penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan seterusnya menghayatinya seumur hidup . Pendidikan menurut Ibnu Khaldun (1993) , dapat membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan (Ga mal Abdul Nasir Zakaria , 2003) b. Hasil Ilmiah Yang Berkekalan Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil yang berteraskan ilmiah itu seharusnya merupakan sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan juga manusia , dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat kekal. Bagi ilmuwan non-Muslim , mereka pasti mendapat kemasyhuran nama sepanjang zaman manakala bagi ilmuwan Muslim pula percaya kepada ganjaran pahala amal jariah di akhirat . c. Usaha Keilmuan Yang Berkekalan Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu , anggota masyarakatnya perlu maklum bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian hingga ke liang lahad . d. Hormat-Kritis Terhadap Ilmu Masyarakat berbudaya ilmu juga m esti berani mencari kebenaran dan memperbaiki hasil pemikiran tokoh ilmuwan terdahulu . Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan sejarah di mana Imam Syafii serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Malik . Contoh lain pula Imam al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan unsur dan pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan keagungan para pemikir Yunani tersebut . e. Kesinambungan Tradisi Keilmuan Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sej arah ilmu atau keilmuan juga sebuah nilai yang amat mustahak di mana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta manusia itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik kosong . Khazanah keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya diketahui dan seterusnya direkodkan . f. Kepimpinan Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka setentunya terlebih dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai , memilih dan mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil , bijaksana , berwawasan jauh dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana individu atau kumpulan pemimpin yang mahu memimpin masyarakat , semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dasar dan kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke s emasa bersesuaian dengan keperluan zamannya . g. Pengiktirafan Peranan Wanita Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan membina budaya ilmu dan ketinggian tamadun manusia . Zaman pramoden menyaksikan kaum wanita secara tidak rasmi telah berpe ngaruh besar di dalam peringkat rumah tangga khususnya mengenai urusan penerusan adat resam , penjagaan keluarga dan kemahiran hidup berkeluarga . Ahli sejarah melihat pengabaian pendidikan kaum wanita seperti di dalam tamadun Yunani Kuno dilihat sebagai punca kepada kejatuhan tamadun masyarakat Yunani itu sendiri . Agama Islam pula bersumberkan dari wahyu atau hadis , memerintahkan kepada kaum Muslimin , lelaki dan juga perempua n untuk sama-sama menuntut ilmu pengetahuan dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT di muka bumi ini . Isteri-isteri Rasulullah saw sendiri terutamanya Siti Aisyah adalah sumber rujukan para sahabat khususnya mengenai al -Quran , hadis , fikah selain syair , sejarah Arab , nasab keturunan (salasilah) dan jug a perubatan . Jelas di sini bahawa , kaum wanita memberi kesan kepada sesebuah institusi keluarga. Manakala kekeluargaan pula merupakan paksi kekuatan sesebuah masyarakat .(Hasan Langgulung ,1979) 1.4.2 Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997), menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasa rkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

1.4.3 Keintelektualan Masyarakat Merujuk kepada perkara asas pencarian ilmu pengetahuan itu, proses pencarian ilmu berkait rapat dengan pendidikan manakala pendidikan berkait rapat pula dengan organisasi keilmuan itu sendiri yang mana dalam konteks lumrahnya disebut sebagai instit usi

pengajian atau sekolah (dilihat dari konteks pendidikan formal). Di Malaysia, sejarah pendidikannya menerusi proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa, iaitu: 1. Zaman Pra merdeka (sebelum 1957), 2. Zaman Pasca merdeka (1957-1970), 3. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) 4. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) 5. Zaman Dasar Wawasan 2020 (2001-2010) Evolusi peralihan zaman ini memperlihatkan pelbagai perubahan dan pembaikan sistem pendidikan negara terutamanya dekad terakhir abad ke-20 melalui perlaksanaan dasar-dasar baru dan akta-akta yang dipinda antaranya: 1. Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran dan penginstitusian prasekolah; 2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan; 3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk pembentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; 4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; 5. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan alam pendidikan; 6. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan ku aliti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; 7. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaik taraf menjadi universiti; 8. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Sejajar dengan arus pemodenan ini, fokus masyarakat dunia turut berubah daripada penemuan di bidang pertanian ke zaman indust ri dan yang terkini penyertaan yang meluas dalam bidang teknologi maklumat. Merujuk kepada pandangan pakar dan sarjana ulung dunia, mereka mengatakan bahawa sains dan teknologi boleh merubah segalanya dalam pendapat Keneichi Ohmae(1995), dan Bryan S.Turner (1983) dengan idea zaman Pasca Modenisme. Jika dikaji secara mendalam, semua kebangkitan di atas merujuk kepada perkembangan dan ledakan pesat sains dan teknologi ke dalam masyarakat dunia. Secara amnya, sains dan teknologi banyak meruba h cara hidup dan peradaban manusia sejak zaman dahulu hingga kini, malahan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini semakin meningkat dan turut mempengaruhi cara hidup manusia serta persekitarannya. Perhubungan di antara sains dan teknologi dan masyarakat semakin meningkat dan ketara di masa hadapan. Oleh itu beberapa perubahan am akan berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. Perkembangan sains dan teknologi boleh memberi kesan yang positif atau negatif bergantung kepada pandangan da n penerimaan setiap individu dan masyarakat itu sendiri (Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Terjemahan; Suriah Mohamad). Sikap keterbukaan dan usaha bersungguh-sungguh yang ditonjolkan oleh Malaysia ini terbukti telah memperlihatkan kejayaan. Menurut hasil dapatan daripada kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003, pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek Matematik meningkat daripada tempat ke -16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk negara maju seperti United kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand. Manakala bagi subjek Sains pula, kedudukan Malaysia meningkat dari tempat ke-22 ke tempat ke-20 dan mendahului 30 buah negara lain termasuk Norway dan Itali (Wahid Hashim, 2005). Walau bagaimanapun, Malaysia tidak pernah memandang kejayaan tersebu t sebagai penamat bagi usahanya. Malaysia senantiasa berusaha mencapai matlamat mutlaknya iaitu bagi mencapai status negara cemerlang, gemilang dan terbilang menerusi Wawasan 2020. Usaha ini diteruskan menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis pand uan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan y ang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. 1.4.4 Melahirkan Modal Insan Sesungguhnya, dari pandangan Islam, status dan keutamaan ilmu adalah amat jelas sekali. Perkataan yang paling awal diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w adalah iqra yang membawa maksud bacalah. Hal ini juga menunjukkan betapa Islam memberikan perhatian yang utama dalam hubungan dengan ilmu dan proses pengilmuan (Zakaria Stapa, 2001). Imam Shafie menegaskan bahawa: Sesiapa yang berkehendakkan kepada keduniaan, maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kepada akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu. Hakikatnya, perjalanan sejarah hidup manusia telah mencatatkan secara tepat bahawa ilmu adalah s uatu pengaruh malahan suatu kuasa. Fakta betapa misalnya golong an kecil bangsa Greek dengan pencapaian ilmu mereka, terutamanya yang berpusat di Athen mempunyai pengaruh yang cukup besar ke atas Roman dan bangsa -bangsa lain sehingga ke hari ini (Wan Mohd Nor, 1990). Ilmu juga ternyata merupakan suatu kuasa dan boleh m enjadi teras kekuatan budaya dan kualiti hidup masyarakat. Peter F. Drucker (1999) menjelaskan bahawa ilmu menjadi penentu dalam penguasaan bidang ekonomi. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa kumpulan sosial yang paling utama dan penting dalam zaman akan datang ialah pekerja dan eksekutif yang berilmu pengetahuan dan tahu menggunakan ilmu untuk suatu kerja yang produktif (Zakaria Stapa, 1994). Namun kini, ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam mengalami kemunduran seiring dengan mundurnya kekuasaan polit ik mereka. Sejak keruntuhan Dinasti Abbasiyah (1258) yang sangat menyanjung ulama dan ilmuwan. Ilmu pengetahuan sedikit demi sedikit juga mengalami kemunduran (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Tamadun yang agung kini dilihat bermula dari sebelah dunia Barat. Amerika Syarikat dilihat sebagai teras tamadun Barat mendahului negara-negara lain di dunia dalam pelbagai bidang kira-kira 20 tahun ke hadapan (Hashim Musa, 2004). Pada zaman sebelumnya, sesuatu kuasa lazimnya terhasil daripada penggunaan sumber politik, ekonomi dan ketenteraan, namun kini merubah pendekatan itu dengan menampilkan peranan ilmu khususnya ilmu -ilmu dan teknologi strategis dilihat sebagai suatu kuasa tuntas kerana dengannya, kekayaan dan kekuasaan menyeluruh dapat dijana. 1.4.5 Cabaran Budaya Ilmu Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudaya ilmu pada zaman sekarang . Di antaranya ialah ; 1. Salah tanggapan masyarakat terhadap ilmu. Masyarakat Melayu silam melihat ilmu dan usaha ke arahnya itu hanya sebagai memenuhi kepada keperluan peribadatan sahaja . Contohnya mempelajari ilmu astronomi hanya untuk memastikan waktu -waktu solat atau ketibaan bulan-bulan penting sahaja . Ilmu matematik hanya khusus untuk mengira fidyah , zakat a tau pembahagian harta pusaka (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997). Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai syarat untuk lulus peperiksaan seka li gus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lumayan , kurikulum yang tersedia juga kurang me mberi peluang untuk para pelajar untuk berfikir secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan pengelasan , ilmu tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu terhadap aspek akhlak . (Tajul Ariffin Nordin dan NorAini Dan,2002) Oleh itu , set minda masyarakat yang sempit yang berkemungkinan diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar konsep ilmu yang luas

dapat memberi impak yang sempurna kepada masyarakat. 2. Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem pendidikan. (Tajul Ariffin Nordin dan Dr. Nor Aini Dan,2002). Apabila manusia hanya asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan intelektual secara komersial secara tidak langsung akan menyebabkan terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak lagi dias askan oleh konsep ibadah dan keikhlasan. 3. Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di alam karier (Azyumardi,1999).Usaha membuat kajian dan penyelidikan (resea rch and development) di dalam sektor kerajaan serta swasta sebenarnya memberikan impak besar terhadap kemajuan negara . Tanpa adanya dapatan daripada penyelidikan dan kajian yang berterusan , produktiviti yang dikecapi hanyalah bersifat minima sahaja . 4. Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat yang pincang. Perkara ini dapat dilihat melalui kurangnya peranan ibu bapa yakn i kekeluargaan di dalam budaya ilmu (M.Wasiullah Khan,1989)Realiti zaman sekarang menyaksikan para ibu bapa kurang berperanan sebagai ejen sosialisasi dan role model penting kepada keluarga mereka . Hal ini sama sekali berbeza dengan masyarakat zaman silam yang tidak begitu terdedah dengan pengaruh negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem kekeluargaan yang rapat walaupun pa ra ibu bapa selalunya tiada berpendidikan tinggi . 5. Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada para ilmuwan dan kegiatan intelektual. Ibn Khaldun (1993) di dalam kitab Muqaddimahnya ada menceritakan tentang kepesatan dan kemajuan ilmiah yang dicapai oleh wilayah Islam semasa pemerintahan amir-amir Turki di mana sekolah-sekolah (zawiyah) dan wakaf-wakaf banyak didirikan sebagai industri pelaburan di mana keuntungan yang diperoleh akan digunakan sebagai upah dan insentif serta motivasi bagi para pendidik dan pelajar. Kurangnya usaha mempublisitikan ilmu, tokoh keilmuan dan karya intelektual kepada masyarakat (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997) yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap dunia hiburan dan sukan melalui media massa serta gazet elektronik . 6. Khazanah karya intelektual yang dilupakan. Usaha mengkaji dan menyelidik karya-karya intelektual tokoh-tokoh keilmuan zaman silam perlulah dijalankan , diperkembangkan dan didedahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari masa ke semasa agar segala pengajaran , nilai tujuan , kandungan dan kejayaan atau kegagalan para tokoh ilmuwan tersebut dapat dimanfaatkan secara ho rmatkritis (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997). Persoalannya apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat kita tidak berbudaya ilmu? Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan berbudaya jahil atau bebal , bukan kerana ketiadaan maklumat atau fakta yan g betul tetapi kerana rendahnya sifat rohaniah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997). 1.5 Kesimpulan Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu impian yang terlalu ideal ata u mustahil untuk dicapai . Ini kerana melalui pengalaman sejarah silam , generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani , China , India dan Islam sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai bidang keilmuan. Kecanggihan sains dan teknologi yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang disemai di dalam masyarakat mereka . Ibn Khaldun (1993) sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran (talim) merupakan hal semula jadi di dalam peradaban manusia . Jadi , tidak hairanlah bilamana tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun sesuatu bangsa ber kaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya Rujukan Azyumardi , M.A., 1999 . Esei -Esei Intelektual Muslim & Pendidikan Islam . Indonesia : PT Logos Wacana Ilmu Bryan S ,Turner, (1983) Religion and Social Theory, London: Heinemann. Gamal Abdul Nasir Zakaria , 2003 . Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam . Malaysia , Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hamid Fahmy Zarkasyi 1990. Pemikiran al-Ghazali Tentang Pendidikan . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hasan Langgulung , 1979 . Pendidikan Islam . Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara Hashim Musa, 2004. Encountering the Globalizing West. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Ibn Khaldun , 1993 . Mukadimah Ibn Khaldun (terjemahan). Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Keneichi Ohmae, 1995. The end of the nation state: the rise of regional economies, New York: The Free Press. M.Wasiullah Khan 1989. Pendidikan dan Masyarakat Dalam Islam . Mohamad Nordin Zainuddin(penterjemah) . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi 1992 . Sejarah Islam . Shah Alam : Penerbi t Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Shauki Abd Majid, 2004.Wacana Hadhari dalam Islam, Kuala Lumpur : Anzagan. Mok Soon Sang 2000 . Ilmu Pendidikan Untuk KPLI . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Paul Kennedy, 2004. The Rise and Fall of the Great Powers: E conomic Change and Military Conflict from 1500-2000 New York NY: Random House Peter F. Drucker, (1999) Post -Capital Society Oxford : Butterworth -Heinemann Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan , Dr. 2002 . Pendidikan & Pembangunan Manusia : Pendekatan Bersepadu . Selangor Darul Ehsan , Bandar baru Bangi : As -Syabab Media . Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. International Mathematics Report - International Science Report Technical Report (muat turun pada 30 July 2008 ht tp//www. timss.bc.edu/timss2003i/conference_IR.html Wan Hashim Wan Teh, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu dalam Ismail Hussein, Wan Hashim Wan The dan Ghazali Shafie, 1997. Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Bangi: Penerbit UKM, Wan Mohd Nor Wan Daud, (1990).Penjelasan Budaya Ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997 . Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wan Mohd. Nor Wan Daud 1998 . The Educational Philosophy and Practise of Syed Muhammad Naquib al-Attas : An Exposition of the Original Concept of Islamizaton . Kuala Lumpur : International Institute Of Islamic Thought and Civilization Zakaria Stapa. 1994. Gesaan Rasulullah s.a.w. dan Keunggulan Citra Ummah. Dewan Budaya. (Februari, 1994): 19 -23. Zakaria Stapa. 2001.Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,. Posted by Drmindailmu at 6:16 PM

Tidak ada sesiapa menafikan peri pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan. Menyedari akan hal ini, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur. Di peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan tabiat membaca di kalangan pelajar telah melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi mulia, sahsiah dan tingkah laku. Pada ketika sama, sekolah yang memberi keutamaan terhadap aspek pembacaan di kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan. Tidak hairanlah pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut mengambil pendekatan yang sama apabila mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran AADK/KP/2/2008: Pekeliling K empen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan. Apa yang diharapkan, melalui program membaca pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat. Terbaharu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan secara pembacaan menggantikan hari berkursus. Surat ini menghendaki setiap penjawat awam mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pembacaan buku. Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari

Kaedah Membaca Optimum


TOPIK 1 - Kemahiran Membaca: Satu Pengenalan
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti. Membaca membawa pengertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman. Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut: "Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan." Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa: "Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca." Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses bahan bacaan. Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut.

TOPIK 2 - Falsafah konsep membaca


Kesediaan membaca bergantung kepada konsep kematangan mental. Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca. Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk

peringkat perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. Kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih sebelum mendapat pengajaran bacaan formal di sekolah. Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca. Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan. Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan pendekatan yang ditulis. Pelajar yang menggunakan kaedah membaca paling optimum dipercayai dapat memahami dan menghuraikan kembali bahan yang telah dibacanya itu. Oleh sebab itu, falsafah pembacaan paling optimum mementingkan pemikiran yang berhubungan dengan otak.

TOPIK 3 - Rasional Pembacaan Optimum


Sebelum membaca, anda mestilah berada di dalam kedudukan bersedia atau situasi yang sesuai untuk membaca. Kesediaan membaca bergantung kepada kematangan mental untuk menghalang gangguan-gangguan lain semasa membaca. Sekiranya terdapat gangguan-gangguan tersebut, maka berlaku permasalahan dalam proses pembacaan. Kesediaan membaca sangat penting dalam membentuk tahap perkembangan dan pemahaman anda. Penyerapan remaja kepada bahan bacaan seperti komik, novel, cerpen dan sebagainya akan mewujudkan budaya membaca dalam masyarakat. Budaya membaca merupakan salah satu cara hidup yang menjadikan pembacaan sebagai perlakuan yang sentiasa diamalkan. Bagi melahirkan budaya membaca, ahli masyarakat perlu mempunyai nilai dan sikap suka kepada ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu pengetahuan tersebut untuk kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, anda akan akan menggunakan segala kemahiran yang ada pada diri anda bagi mencapai tingkat pembacaan yang optimum. Hal ini adalah penting kerana ia dapat mengajak anda berfikir untuk membuat rumusan atau kesimpulan daripada maklumat yang telah dibaca itu. Salah satu daripada keistimewaan yang diperolehi daripada kaedah pembacaan paling optimum ialah anda dapat mentafsir dan meramal apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh penulisnya. Dengan ini, secara tidak langsung anda dapat menguasai bahasa dan maksud yang dilahirkan, tersurat atau tersirat.

TOPIK 4 - Ciri-ciri Pembacaan Yang Baik


Anda mestilah mengetahui cara untuk menjadi seorang pembaca yang baik. Pembaca yang baik dapat mencapai tahap pembacaan yang optimum. Ciri pembaca yang baik ialah mesti banyak membaca. Banyak membaca tidak bererti anda dapat memperolehi ilmu dan maklumat sahaja, tetapi dapat memahami hakikat keharusan membaca. Anda juga mesti mempelbagaikan objektif pembacaan mengikut kesesuaian masa, tempat dan jenis bahan bacaan tersebut. Sebagai seorang pembaca yang baik, anda sangat digalakkan supaya memperluaskan skop pembacaan. Jika pelajar mahu menjadi pembaca yang baik, pelajar harus juga membaca buku-buku atau bahan bacaan lain seperti sosio-budaya, ekonomi, politik dan komputer. Dengan skop pembacaan yang sedemikian, dunia pemikiran anda akan menjadia luas dan matang. Salah satu faktor yang ditekankan dalam pembacaan secara optimum ini adalah memastikan bahawa semua bacaan yang dibaca itu difahami dengan sepenuhnya. Tidak ada gunanya anda membaca sekiranya tidak dapat memahami apa yang sedang dibaca. Oleh itu, anda haruslah menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan bacaan serta mengetahui kaedah membaca yang sesuai. Pembaca yang baik tidak akan menerima keseluruhan hujah dan fakta-fakta daripada buku yang dibacanya. Sebaliknya, mereka memiliki keberanian untuk mengemukakan pandangan sendiri. Mereka boleh mengulas kembali buku tersebut dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami itu dalam kehidupan seharian.

Topik 5: JENIS-JENIS BAHAN BACAAN


Sebelum anda mula membaca, pastikan terlebih dahulu anda mengetahui jenis-jeins bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca. Buku teks merupakan "buku rasmi" pelajar yang perlu dibaca. Buku ini bertujuan untuk membimbing para pelajar bagi mendalami sesuatu ilmu. Buku teks ditulis dengan struktur yang membolehkan para pelajar mendapatkan dan memahami asas bidang ilmu secara mudah. Suratkhabar merupakan bahan bacaan yang sangat besar pengaruhnya kepada pembaca di serata dunia. Suratkhabar menyiarkan banyak maklumat dan panduan kepada para pembaca. Anda seharusnya menjadikan suratkhabar sebagai bahan bacaan harian. Dengan membaca suratkhabar, anda seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku di sekeliling dunia kita. Ensiklopedia atau bahan-bahan rujukan yang berteraskan ilmu pengetahuan digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara. Ensiklopedia mengandungi penerangan umum tentang sesuatu perkara. Bahan-bahan rujukan juga memudahkan anda membuat kertas kerja, karangan ataupun esei di samping menyemak kembali tugasan yang telah siap. Bahan-bahan bacaan sedemikian akan meningkatkan kemahiran membaca dan seterusnya menjadi pembaca yang optimum.

BIMBINGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ramai di antara rakan remaja kini akan menghadapi peperiksaan, terutamanya di tingkatan 3 yang akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah dan tingkatan 5 yang akan menempuh Sijil Pelajaran Malaysia. Namun begitu, rakan remaja yang lain juga akan menjalani peperiksaan akhir tahun atau ujian bulanan. Manakala mereka yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi pula sibuk dengan tugasan (assignment), ujian atau peperiksaan di MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KAMPUS

Membaca Apa yang terlintas dalam benak kita ketika mendengar kata itu? Sebagian ada yang berfikir membaca adalah kegiatan yang membosankan. Ada juga yang mengatakan bahwa membaca hanya menyita waktu, tenaga dan pikiran. Bahkan ada yang berasumsi bahwa membaca bukanlah kegiatan yang bermanfaat karena tidak menghasilkan materi. Padahal, kalau kita mau berpikir kritis, kita akan menemukan begitu banyak manfaat dari kegiatan membaca. Dengan membaca suatu bacaan, seseorang dapat menerima informasi, memperdalam pengetahuan, dan meningkatkan kecerdasan. Pemahaman terhadap kehidupan pun akan semakin tajam karena membaca dapat membuka cakrawala untuk berpikir kritis dan sistematis. Hanya dengan melihat dan memahami isi yang tertulis di dalam buku pengetahuan maupun pelajaran, membaca bisa menjadi kegiatan sederhana yang membutuhkan modal sedikit, tapi menuai begitu banyak keuntungan. Kebiasaan membaca adalah ketrampilan yang diperoleh setelah seseorang dilahirkan, bukan ketrampilan bawaan. Oleh karena itu kebiasaan membaca dapat dipupuk, dibina dan dikembangkan. Bagi negara negara berkembang aktivitas membaca pada umumnya adalah untuk memperoleh manfaat langsung. Untuk tujuan akademik membaca adalah untuk memenuhi tuntutan kurikulum sekolah atau Perguruan Tinggi. Buku sebagai media transformasi dan penyebarluasan ilmu dapat menembus batas batas geografis suatu negara, sehingga ilmu pengetahuan dapat dikomunikasikan dan digunakan dengan cepat di berbagai belahan dunia. Semakin banyak membaca buku, semakin bertambah wawasan kita terhadap permasalahan di dunia. Karena itulah buku disebut sebagai jendela dunia. Manfaat Perpustakaan Salah satu unsur penunjang yang paling penting dalam dunia pendidikan tinggi adalah keberadaan sebuah perpustakaan. Adanya sebuah perpustakaan sebagai penyedia fasilitas yang dibutuhkan terutama untuk memenuhi kebutuhan civitas akademik ( Dosen, Staf dan Mahasiswa ) akan sangat dirasakan manfaatnya oleh masyarakat kampus itu sendiri. Didalam penulisan artikel ini, penulis ingin mengkhususkan pembahasan kepada salah satu bagian dari masyarakat kampus yaitu mahasiswa. Seperti kita ketahui bersama, salah satu tujuan utama penyelenggaraan kegiatan belajar di Perguruan Tinggi adalah untuk menciptakan sumber daya manusia yang berkualitas, bukan sekedar memenuhi jumlah minimal SKS yang dibebankan lantas mendapatkan ijazah dan gelar akademik atau profesi. Seseorang akan dikatakan berkualitas apabila ia mempunyai wawasan luas dan mendalam serta tanggap terhadap perkembangan ilmu pengetahuan khususnya pada bidang yang digelutinya. Seorang mahasiswa yang ingin mencapai sukses dalam studinya harus mempunyai strategi khusus dalam memanfaatkan waktu untuk belajar semaksimal mungkin dan senantiasa memprediksi lima atau enam tahun kedepan, pada saat mana ia meninggalkan Perguruan Tinggi dan mengaplikasikan ilmunya dilapangan. Perlu diingat bahwa, belajar mandiri (self education) adalah ciri khas belajar di Perguruan Tinggi, ini berarti bahwa inisiatif untuk belajar aktif dituntut lebih banyak pada mahasiswa, salah satunya dengan memanfaatkan waktu yang tersisa di perpustakaan. Manfaat perpustakaan sangat penting untuk mengasah kemampuan analisis dan pendalam materi perkuliahan. Perpustakaan memiliki bahan pustaka yang beraneka ragam jenisnya. Buku-buku sebanyak mungkin harus dibaca, baik buku yang dianjurkan

dosen maupun buku lain yang tidak dianjurkan. Disarankan agar mahasiswa tidak membatasi diri hanya membaca buku yang dianjurkan dosen tetapi bacalah buku mengenai fenomena yang sama sebanyak mungkin, karena pandangan dari banyak pakar dengan membaca berarti memperluas wawasan kita mengenai objek studi yang kita pelajari. Kurangi Tradisi Lisan, Tingkatkan Tradisi membaca Di era globalisasi dengan kemajuan teknologi, kebanyakan orang cenderung mendengar dan berbicara ketimbang melihat diikuti membaca. Di lembaga lembaga pendidikan pun tradisi lisan mendominasi proses belajar mengajar sehingga minat baca dan ingin memiliki buku-buku ilmu pengetahuan bukanlah prioritas utama atau sama sekali tidak difungsikan secara efisien. Kenyataan menunjukkan adanya dua alternativ pilihan yakni ketika orang dihadapkan dengan buku-buku ilmu pengetahuan dan tayangan film menarik, orang akan cenderung melelahkan indra penglihatan (mata) untuk menonton film berjam jam daripada membaca buku-buku ilmu pengetahuan. Membaca buku-buku ilmu pengetahuan disertai dengan menulis sangat berarti karena mengurangi beban memori ingatan kita. Ilmu pengetahuan hanya dapat diciptakan oleh mereka yang sama sekali terserap dengan aspirasi menuju kebenaran dan pemahaman. Dalam masyarakat pembaca, selalu terkandung pemikiran bahwa dikala orang telah membaca dan menguasai isi ilmu pengetahuan, orang sering sudah menganggap telah menjadi ilmuwan atau peneliti yang hebat. Salah satu etika moral seorang ilmuwan adalah memiliki kesadaran bahwa dia baru mengetahui sebagian dari ilmu itu. Menjadi ilmuwan bukanlah menjadi orang serba tahu, tetapi menjadi orang yang dituntut untuk belajar secara terus menerus dengan jalan banyak membaca buku-buku ilmu pengetahuan. Svami Vivekanda seorang tokoh ilmuwan terkenal mengatakan ilmu pengetahuan dan agama akan bertemu dan berjabat tangan, puisi dan filsafat akan menjadi kawan. Apabila kita dapat mewujudkanya, kita dapat yakin bahwa ia akan terjadi selama lamanya dan bagi semua orang. Kurangilah tradisi lisan, mendengar dengan membaca dan menulis, tukarkan pembelian barang-barang yang tak memberi input bermakna dengan membeli buku-buku ilmu pengetahuan, luangkanlah waktu sejenak dengan membaca di perpustakaan karena masa depan kita ditentukan masa hari ini dan masa hari ini ditentukan masa yang lampau. Kesemuanya diharapkan dapat mengaktualisasikan makna saraswati dengan arif dan bijaksana sehingga dapat mendatangkan dampak positif ke arah kemajuan. Oleh karena itu, jadikanlah budaya membaca bagian dari kehidupan kita yang tak akan terpisahkan.* Written BY : Muktamarudin Fahmi, A.Md Perpustakaan FPPB

Anda mungkin juga menyukai