Anda di halaman 1dari 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,jutaan apresiasi kepada

pimpinan majlis,saf hakim yang cakna dengan keadilan,barisan warga pendidik


budiman,seterusnya generasi pendukung wacana warisan negara.

Assalamualaikum,salam Malaysia Madani dan salam anak baik lagi cerdik.

Generasi madani pewaris warisan negara,begitulah mauduk pidato yang akan saya sampaikan
buat pencetus minda generasi hari ini. Sebelum menjelmakan butir-butir bicara bermadah,
mohon diizinkan untuk mendefisinikan mauduk pidato daripada aspek hurufiah. Memelihara
warisan bermaksud menjaga,memulihara dan memelihara harta peninggalan ataupun pusaka
yang ditinggalkan kepada pewaris. Manakala,tugas generasi madani pula bermaksud peranan
generasi pada zaman kini untuk memperluaskan warisan dalam kalangan golongan muda.
Memelihara warisan merupakan salah satu cara generasi madani dapat mengekalkan identiti
dan kesinambungan budaya sesebuah masyarakat atau negara. Sebagai contoh,memahami
tradisi dan mengekalkan tradisi dapat mendedahkan mereka dengan adat resam dan tradisi
yang telah menjadi identity sesebuah masyarakat. Dengan berbuat demikian,mereka akan
mudah mempelajari warisan negara dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Hal ini
dikatakan demikian supaya dapat menerapkan nilai warisan budaya dalam kehidupan
seharian seperti memakai baju batik pada setiap hari Khamis bagi semua kakitangan awam di
Malaysia dapat menghidupkan dan memelihara warisan kita sebagai satu kebanggaan. Oleh
itu, secara holistiknya, Malaysia di pentas dunia membawa implikasi yang mendalam
iaitu,keadaan negara yang kita cintai ini dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

Hadirin yang Budiman,


Indikator yang kedua,kita dapat menggunakan platform media massa untuk membuka
Kembali mata golongan muda yang dibawa arus hiburan dan seni budaya asing. Sebagai
contoh,filem Matkilau yang mempunyai unsur-unsur seni dan budaya. Filem ini mengisahkan
pahlawan Melayu yang berjuang mempertahankan tanah Pahang daripada dijajah penjajah
British . Hal ini dikatakan demikian ia boleh menyemai minat golongan muda terhadap seni
dan budaya masyarakat kita. Pada masa yang sama,pihak berkuasa juga hendaklah
mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita-cerita rakyat yang berkaitan dengan
seni,budaya dan kepercayaan masyarakat kita di seluruh platform media massa. Walaupun
usaha ini mengambil masa yang lama untuk memperlihatkan hasilnya,sekurang-kurangnya
kita telah mendedahkan warisan salah satu kaum di negara kita kepada golongan muda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Indikator yang ketiga, melakukan lawatan ke tapak warisan juga dapat membantu menarik
minat golongan muda untuk mendalami warisan negara. Buktinya, menurut artikel suara
Sarawak pada tahun 2023,Taman Negara Mulu yang meliputi kawasan kira-kira 529
kilometer persegi menjadi salah satu destinasi pelancongan. Setakat ogos 2023,jumlah
pengunjung yang menggunakan Lapangan Terbang Mulu seramai 58 446 orang.Hal ini
disebabkan oleh tapak warisan mempunyai banyak perkara yang dapat kita ambil sebagai
iktibar. Melalui Sejarah yang terdapat di Kawasan tapak warisan tersebut,kita dapat
menghargai jasa-jasa perjuangan para pejuang dan mengukir perjuangan mereka di jiwa. Pada
masa yang sama,kita dapat mempelajari tentang peninggalan yang ditinggalkan orang yang
terdahulu. Setiap peninggalan yang ditinggalkan merupakan revolusi Masyarakat pada masa
itu. Dengan peninggalan tersebut,Masyarakat pada hari ini dapat membuat inovasi
berdasarkan teknologi pada zaman dahulu. Sebagai contoh,pembuatan pisau berdasarkan batu
tajam. Tuntasnya,perkara seperti peninggalan zaman dahulu kala dapat menjadi inspirasi
kepada generasi madani dalam mencipta teknologi baharu.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menoktahkan kata-kata sakti ini,kita perlu sedar,pembudayaan warisan dan
pusaka negara semakin pudar dalam kalangan generasi madani. Hal ini akan menyebabkan
mereka melupakan warisan negara kita bagai kacang melupakan kulitnya. Beringatlah,jangan
pisang berbuah dua kali, apabila kita sentiasa mengejar budaya barat,menjadikan kita lalai
dan lupa budaya sendiri seperti dahulu kala. Tanamkan tekad di dalam hati,bulatkan azam
penuh bermisi,kekalkan semula warisan negara Malaysia,biar negara tersohor di dunia.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai