Anda di halaman 1dari 11

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini ialah peribahasa

yang perlu kita jadikan pegangan dan panduan dalam usaha untuk
memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk
satu tempoh tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa
permainan tradisional semakin ditelan zaman seiring dengan  arus
pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan elektronik
semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini.
Dalam konteks ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng
oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan elektronik yang
semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia.
Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya
warisan daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja secara
perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering yang terbang ditiup
angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh
jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita
sedar atau tidak banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan
bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang sering menerjah dan
menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan pelbagai
pihak untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh
dilakukan ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan
mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan tradisional
ke tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa
yang konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta disegarkan
dengan lebih terperinci demi kemaslahatan semua pihak yang masih
tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan panduan.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa


memainkan peranan yang signifikan dalam usaha untuk
memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda
khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering
menjadi suri teladan untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat
dewasa. Hal ini adalah kerana, setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi
anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak permainan
tradisional sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang
dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing. Dalam konteks
ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya satu ketika
dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan
permainan tradisional. Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah
melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara langsung, anak-anak
dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang
teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan
mereka maka, permainan  tradisional ini akan kekal sepanjang zaman
walaupun sudah berdekad-dekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa
amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan
tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari
generasi ke generasi.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah


juga merupakan salah satu usaha yang penting untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam
konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional
kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh
menganjurkan kelab permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha-
usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk
menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan,
pihak persatuan boleh menjemput tetamu dari luar  yang mahir dalam
permainan tradisional untuk membimbing mereka tentang cara dan
teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung, para
pelajar dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik lagi
kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak
sekolah boleh mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang
boleh disertai oleh para pelajar dan guru. Bertitik tolak daripada itu,
pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan permainan
tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan para
pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional. Secara tidak
langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan
tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar.
Begitu juga halnya dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu
ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah memainkan
peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan
remaja di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah


media massa perlu memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media
massa merupakan suatu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu
berita dengan cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak
media massa boleh menghebahkan tentang permainan tradisional
melalui surat khabar, majalah, radio, Internet dan televisyen. Tambahan
pula, media massa boleh menganjurkan pertandingan melalui program
seperti jom heboh dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling
nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-iklan yang menarik
mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar
akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan
tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media
massa mampu mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau
dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai salah satu
acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala
dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar seperti Thailand
kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu menandingi
Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
seantero dunia tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa
dan negara. Jelaslah bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih
giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional yang
diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat
lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia
tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
       
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg
penting dalam mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak
daripada itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan
dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional dengan
mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan
kebangsaan. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang
hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa  yang sama, pihak
kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia
sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat
membuka mata bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke
peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai
contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai
pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan
layang-layang yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban
tahun.  Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia tidak mudah untuk
melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata rakyat.
Dalam konteks  ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program
Cintai Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan
mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam. Dengan
cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman
akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan
permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh
masyarakat Malaysia hingga ke tahap antarabangsa.     

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai


akhirul kalam seluruh masyarakat Malaysia tidak seharusnya
membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti permainan
tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu
ini akan dapat ditangani oleh masyarakat Malaysia dan warisan paling
berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke generasi akan datang.
Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin
akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang
hanya diketahui namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat
mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan tradisional untuk
diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik tolak
daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil
inisiatif yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat
memanifestasikan generasi pewaris negara yang tidak akan melupakan
warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini,
generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara
agar dapat menyanjung dan menghargai warisan negara dari rebungnya
lagi. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-
sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan
tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur di dalam hati, fikiran
dan diri masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan
komitmen yang padu daripada semua pihak dan bukannya hanya sekadar
hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan bagi
mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita yang
ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-
sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan
negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi
kudsi Wawasan 2020.
Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang
besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan
mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang
berpaksikan slogan  “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan
rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati
kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama
dilapah. IKS  telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan
batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan
negara.

Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya
penduduk di luar bandar.  Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan
luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.  Sebagai contoh  kilang
membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan  dan lain-lain lagi.  Pengusaha
kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di
pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan penjualannya
tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk
mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk
IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah
dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran
dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. 
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan
penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
        
Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan
hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang
membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta
memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15
hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos
serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam
kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu
tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang
prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan
perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada
mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja
tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang
tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.
Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu
meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan
bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini
adalah daripada hasil  pertanian, perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok
memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian
seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan 
perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung
yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum
ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan.
Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat.
Secara   tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan
dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani
dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan
mentah yang semakin  meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA,
MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan
kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana 
kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar
kemiskinan  rakyat di negara kita yang tercinta ini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke
separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada
penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya
ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum
bahawa para pelancong suka membeli  kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia
terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi
warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu
sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan
melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk  membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah  kepada rakan-
rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “tak
tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia  akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya
perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa
malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya,  terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada
masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang
ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini
sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan
meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar
negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah
terserlah.  Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta
individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah
diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS.
Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran  di peringkat tempatan dan
juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini, sektor perindustrian harus diberikan
tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan
pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi
negara, semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk
dimajukan dan dijangka akan banyak memberikan  sumbangan kepada ekonomi
negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat
oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak
zaman nenek moyang mereka.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa industri desa merupakan salah satu
industri yang banyak memberikan peluang pekarjaan kepada penduduk desa.
Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi
perut dengan ubi kayu. Jika industri desa ini dimajukan, peluang pekerjaan akan
bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan.

 Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan
pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus
sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa
sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini
harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan
produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus
meningkatkan pendapatan Negara kita.  Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan
berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk
menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia
.

 Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha


yang baru sahaja menceburkan diri dalam industri ini. Kerajaan boleh memberikan
bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu
banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraf tangan dan
makanan tradisional Selain itu, kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu Daerah
Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan
memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan
bimbingan, latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai
contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu
Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut
untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.

 Pihak kerajaan juga perlu mendorong rakyat Malaysia agar membeli barang
buatan desa melalui kempen yang dilaksanakan. Pihak kerajaan perlu bersikap proaktif
dengan mewajibkan kakitangan kerajaan agar memakai baju batik pada setiap hari
Khamis. Pihak kerajaan harus mempromosikan hasil industri desa dan kain batik ke
seantero dunia. Sehubungan dengan itu, para pelancong asing akan tertarik dengan
keunikan kain batik. Natijahnya, industri pelancongan akan turut berkembang
maju. Kerajaan juga hendaklah menyediakan bantuan berupa peralatan moden dan
canggih seperti bot berteknologi canggih kepada para nelayan. Hal ini membolehkan
para nelayan meningkatkan hasil tangkapan ikan dan seterusnya mempelbagaikan
produk yang berasal daripada ikan, misalnya ikan kering dan keropok lekor.

Pengusaha industri desa perlulah merealisasikan corak, nilai estetika dan


keaslian produk industri desa yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan
industri tradisional negara. Selaras dengan itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai
formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik
ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa.
 Selain itu, pengusaha industri desa haruslah bijak mencari peluang dan platform
dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat
domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri desa mengaplikasikan
pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari
nanti produk industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk
industri tradisional antarabangsa. Tuntasnya pengusaha industri desa haruslah lebih
berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar
industri tradisional dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global.
Penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan
kualiti industri desa. Penghasilan produk industri desa yang semakin meningkat dan
berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan
kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh,
penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan
dengan pembuatan makanan tradisional. Jelaslah bahawa penggunaan alat teknologi
moden, akan menarik lebih banyak lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam
industri desa.
Konsep pelaksanaan industri kecil-kecilan yang dilaksanakan berdasarkan produk-
produk yang sedia wujud di kampung-kampung berkenaan boleh dijadikan sebagai
menambah pendapatan selain memberikan khidmat runding cara atau bantuan mesin di
bawah pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MARDI.

Di samping itu, peranan media massa amat penting dalam usaha untuk
mengembangkan industri desa ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan
produk industri desa kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus
pemodenan, peranan media massa dalam usaha mengekalkan industri desa amat
penting sekali. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran
generasi muda sekarang,   untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang
keunikan barangan kraf tangan.
 Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan
kepelbagaian barangan industri tradisional seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni
sulaman, hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu,
peranan media massa menerusi promosi hasil industri desa sememangnya tepat
kerana kewujudan media elektronik sebagai medium untuk mempromosikan hasil
industri desa selari dengan gaya hidup moden generasi muda pada alaf baru ini.
Lagipun,  rakyat Malaysia mempunyai televisyen di rumah masing-masing.
Media massa juga boleh mengiklankan barangan industri desa sebagai selingan
semasa menayangkan sesuatu rancangan. Rakyat akan dapat maklumat terkini
berkaitan barangan buatan Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa media massa
bertanggungjawab menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran industri desa.

Sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan industri industri
desa. Pihak sekolah haruslah mendedahkan maklumat kepada para pelajar dengan
lebih mendalam lagi tentang kesenian industri desa, supaya industri industri ini tidak
lenyap ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah boleh menganjurkan pameran dan
mengadakan pertandingan hasil industri desa,  supaya para pelajar akan terdedah
kepada barangan hasil industri  desa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar pada
masa ini lebih cenderung memilih barangan moden dan berjenama daripada barangan
hasil industri desa. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih
menerapkan kesenian industri desa. Dengan adanya kelab-kelab sebegini industri desa
tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat
yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan barangan industri desa
mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri. 
Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan
negara. Guru-guru boleh menerangkan kebaikan membeli barangan industri desa
kepada murid-murid.  Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan
menggunakan barangan industri desa.Oleh hal yang demikian, guru ialah suri teladan
kepada pelajar.
Ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan
industri desa. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan
barangan buatan Malaysia di rumah.Contohnya, perabot, pakaian, makanan dan
barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak
kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu
menunjukkan teladan kepada anak-anak.

 Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada


masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan  perkapita negara.
Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan
luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan
hasil industri tradisional. Para pengusaha  industri ini juga harus melakukan anjakan
paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri tradisional di negara kita
dapat dimajukan ke tahap 

Anda mungkin juga menyukai