Anda di halaman 1dari 2

SOALAN: Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysiasemakin

terhakis.Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk
mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.[ 100 markah ]

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.
Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan
diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang,
kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur bawah
tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan
pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk
dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan
yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal
yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman
kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur
dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek
moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal
usulnyakecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan
mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti
dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.Hal ini
bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri
perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui
betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yangmewariskan permainan ini
kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada
satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing danwushu dapat diketengahkan ke arena
sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing?Saya berpendapat bahawa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargaiwarisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini
diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk
pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus
mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan
dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang
diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak
gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi didapur. Selain itu, kita diajar tidak
memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut
lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkandiri kita selain dapat menglakkan anak gadis
daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga
amalan nenek moyang harus dijadikan tunjangkehidupan agar kita berjati diri teguh untuk
menangkis segala godaan anasir yang jahat yangmampu menggadaikan maruah diri dan keluarga.
Oleh itu, janganlah kita menconteng arang dimuka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah
busana.Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan
masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting
dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup
aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya
wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlistidak rasmi seperti
jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan
kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab
berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihatdengan bangganya busana tradisional
kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan dipentas fesyen dunia. Kita harus mengorak
langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh
ibubapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan
hidupmanusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat
yangterdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih
banyakmakan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus
dapatdinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya
menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan
tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pastisejuk hati melihat
kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan
sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah
dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan


golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata
lain,golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita
supayamengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita
bolehlahmembawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat
wau.Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung
dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa maluuntuk
menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu
sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh
memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap
pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati danmenyanjungi
mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh
hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar
menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius
haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita
tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harusmengekalkannya. Jika
kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalamarus perdana ini, ke mana
akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupanini jika kita hanya mampu
merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama
menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai
warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain.Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan
demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Anda mungkin juga menyukai