Anda di halaman 1dari 3

TIPS MENULIS ULASAN

1. MEMPUNYAI SATU PERENGGAN


2. TIDAK KURANG DARIPADA 80 PATAH PERKATAAN DAN TIDAK MELEBIHI 100
3. MEMPUNYAI ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT
4. ISI TERSURAT DIPEROLEH DARI BAHAN RANGSANGAN DAN ISI TERSIRAT DICARI
OLEH PELAJAR SENDIRI
5. MENGANDUNGI PENANCA WACANA SEPERTI :
– Selain itu,
– Antaranya,
– Seterusnya,
– Di samping itu,
– Hal ini demikian kerana,
6. MELETAKKAN JUMLAH PATAH PERKATAAN DI BAWAH SEBELAH KANAN ULASAN.
7. KIRA JUMLAH PERKATAAN DENGAN TEPAT.
8. DIKIRA SEBAGAI SATU
– Kata nama khas. Contoh : Hospital Ampang
– Kata ganda. Contohnya : murid-murid
– kata majmuk : jentera

ULASAN

CONTOH 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Keperluan jawapan:

1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.

2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi
tersurat dan dua isi tersirat)

3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.


Langkah-langkah menulis ulasan:

1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.

Isi tersurat Isi tersirat


Menziarahi jiran Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama
tetangga dan kaum.
Bertegur sapa dengan Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
jiran
Menolong jiran yang Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap
ingin berpindah masa.
Melawat jiran yang Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.
sakit

2. Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan
demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah
sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan
tersebut amat mudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum.
Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan
bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali,
pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan
yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara
mereka bagai isi dengan kuku.

( 105 patah perkataan )


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan
demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah
sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan
tersebut amat mudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum.
Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan
bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali,
pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan
yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara
mereka bagai isi dengan kuku.

( 105 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai