Anda di halaman 1dari 6

Bahasa Melayu Tahun 4

ULASAN
ULASAN
 Ulasan perlu mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
 Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat.
 Isi tersurat:
 Ayat yang disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
 Maklumat terdapat di dalam petikan.
 Dapat mengetahui maksud ayat dengan melihat ayat.

 Isi tersirat:
 Maksud dan makna ayat tidak disampaikan secara terus terang.
 Tidak terdapat di dalam petikan secara zahir.
 Dapat difahami jika membaca keseluruhan teks.

 Mesti patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan. (50 patah perkataan sehingga 80
patah perkataan)
Langkah-langkah Menulis Ulasan
1) Mengenal pasti isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
2) Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.
CONTOH ULASAN:
Langkah 1: Mengenal pasti isi tersurat dan isi tersirat dalam bahan grafik

Isi Tersurat Isi Tersirat


Menziarahi jiran tetangga Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira
masa, agama dan kaum.
Bertegur sapa dengan jiran Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang
ramah
Menolong jiran yang ingin Kita dapat mewujudkan masyarakat yang
berpindah bekerjasama pada setiap masa.
Melawat jiran yang sakit Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di
sekeliling kita.
Langkah 2: Menulis ulasan mengikut jumlah patah perkataan yang diminta dalam arahan

Pendahuluan:
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu
disuburkan demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

Isi:
Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah
amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan kerana dapat
dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini juga
sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi lumrah
bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untuk
bersalaman sambil bertanya khabar.

Penutup:
Konklusinya/Kesimpulannya/Akhir kata/Akhir sekali, amalan kejiranan yang menjadi
sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka
bagai isi dengan kuku

Anda mungkin juga menyukai