Anda di halaman 1dari 1

Tulis ulasan tentang amalan kejiranan.

Panjang ulasan kamu antara 50 hingga 80 patah


perkataan. Tulis dalam bentuk perenggan.

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Oleh itu, sewajarnyalah kita
sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan
kunjung-mengunjungi sesama jiran. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan . Selain
itu,,semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran., kita
mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah
sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat.
Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan
harmoni.

Anda mungkin juga menyukai