Anda di halaman 1dari 7

Contoh Karangan Ulasan (Sekolah Menengah dan rendah)

October 27, 2023 By infope

ADVERTISEMENT

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda contoh karangan ulasan untuk sekolah
menengah dan rendah serta tip-tips menulis ulasan dan juga formatnya.

Isi Kandungan

Apa itu ulasan ?

Format Ulasan Bahasa Melayu

Cara Untuk Menulis Ulasan

Tips Menulis Contoh Ulasan

Contoh Jawapan Ulasan

Contoh karangan Ulasan Untuk UPSR Sekolah Rendah

Apa itu ulasan ?

Ulasan itu adalah soalan pemindahan maklumat daripada pelbagai bentuk bergambar kepada maklumat
bertulis. Dan bentuk ulasan ini ada pelbagai bentuk seperti poster, info grafik, graf, iklan, carta dan lain-
lain.

Format Ulasan Bahasa Melayu

Jumlah patah perkataan 80-100 patah perkataan

Masa menjawab 20 minit

Bilangan perenggan hanya satu perenggan sahaja

Cara Untuk Menulis Ulasan

Untuk membuat ulasan yang efektif:

langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti isi tersurat dan tersirat yang terkandung
dalam sumber informasi yang diberikan. Kedua aspek tersebut perlu dimasukkan dalam ulasan yang
ditulis.

Isi tersurat adalah maklumat bertulis yang terdapat dalam gambar. Manakala isi tersirat ialah isi lain,
selain yang terdapat dalam gambar tapi berkaitan dengan info yang diberikan.
Tips Menulis Contoh Ulasan

Anda perlu membaca soalan sebaik mungkin dan perhatikan dengan baik terhadap bahan rangsangan
yang diberikan termasuk gambar, teks dan rajah yang disediakan.

Ulasan mesti ditulis dalam bentuk satu perenggan sahaja dan bukannya dalam bentuk isi atau poin.

Pastikan menggunakan penanda wacana dalam setiap perenggan. Jangan dibiarkan sampai terlupa untuk
digunakan dalam perenggan karangan anda.

Jangan lupa untuk tulis jumlah patah perkataan pada bahagian bawah sebelah kanan. Ramai yang
terlepas pandang dan terlupa untuk menulisnya.

Anda perlu sertakan isi tersurat dan tersirat dalam satu perenggan yang sama.

Hindari kesalahan tatabahasa dan ejaan yang mungkin terjadi dalam penulisan ulasan anda.

ULASAN BAHASA MELAYU

ULASAN
CONTOH 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Keperluan jawapan:

1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.

2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi tersurat
dan dua isi tersirat)

3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.


Langkah-langkah menulis ulasan:

1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.

Isi tersurat Isi tersirat

Menziarahi jiran Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama
tetangga dan kaum.

Bertegur sapa dengan


Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
jiran

Menolong jiran yang Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap
ingin berpindah masa.

Melawat jiran yang sakit Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.

2. Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demi
menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati
dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat
mudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu,
masyarakat di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa
sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan
dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi
sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi
dengan kuku.

( 105 patah perkataan )


TIPS MENULIS ULASAN (15 MARKAH)
1. MEMPUNYAI SATU PERENGGAN SAHAJA.
2. TIDAK KURANG DARIPADA 80 PATAH PERKATAAN DAN TIDAK MELEBIHI 100 PP.
3. MEMPUNYAI ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT
4. ISI TERSURAT DIPEROLEH DARI BAHAN RANGSANGAN DAN ISI TERSIRAT DICARI OLEH
PELAJAR SENDIRI
5. MENGANDUNGI PENANCA WACANA SEPERTI :
- Selain itu,
- Antaranya,
- Seterusnya,
- Di samping itu,
- Hal ini demikian kerana,
6. MELETAKKAN JUMLAH PATAH PERKATAAN DI BAWAH SEBELAH KANAN ULASAN.
7. KIRA JUMLAH PERKATAAN DENGAN TEPAT.
A. DIKIRA SEBAGAI SATU
- Kata nama khas. Contoh : Hospital Ampang
- Kata ganda. Contohnya : murid-murid
- kata majmuk : jentera
B. DIKIRA SEBAGAI 2
- kata nama am
- penanda wacana
CONTOH ULASAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Menyebabkan
masalah
kesihatan

Menjejaskan KESAN-KESAN Mengehadkan jarak


penglihatan
kualiti udara
JEREBU

Mengganggu
aktiviti harian

Contoh Jawapan Lengkap

Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda jerebu. terdapat banyak
kesan buruk akibat jerebu. Antaranya ialah akan menyebabkan seseorang
mudah menghidapi masalah kesihatan. Contohnya, masalah pernafasan, batuk
dan asma akan berlarutan. Selain itu, jerebu juga akan menjejaskan kualiti
udara. Kita tidak digalakkan melakukan aktiviti luar atau riadah kerana tidak
selamat apabila berada di luar rumah. Di samping itu, mengganggu aktiviti harian
kerana kita tidak digalakkan keluar dari rumah akibat asap jerebu tebal.
Seterusnya, jerebu juga mengehadkan jarak penglihatan pemandu
menyebabkan pandangan kabur dan berkemungkinan menghadapi sakit mata.
Akhir sekali, jerebu berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, oleh itu kita perlulah
menjaga alam sekitar untuk mengelakkan berlakunya jerebu.

( 106 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai