Anda di halaman 1dari 26

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PMR

TAHUN 2012
BAHASA MELAYU

MODUL KARANGAN
PELAJAR LEMAH DAN SEDERHANA

PENASIHAT:

TN HJ AZMI B OHMAN (PEN PPD BAHASA/ B INGGERIS)


EN ABD JAMIL B NAZRI (PEN PPD B MELAYU RENDAH)

PANEL:

EN. ZAMRI BIN SALLEH (SMK BATU 5)


EN. BUDIMAN BIN MD SAID (SMK SG LIMAU)
EN. MUATI BIN MOHAMAD (SMK DULANG)
PN HABSHAH BT. SHAHIDAN (SMK CHE TOM)
PN HALIZA BT. MD ZAIN (SMKA YAN)
PN. RASHIDAH BT. ABDUL RAHMAN (SMKA YAN)
PN. ASLINA BT. JAAFAR (SMK CHE TOM)
PN. MASLINDA BT. ALWI (SMK BANDAR SP)

1
Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah dalam Pengajaran Karangan
Pelajar Lemah dan Sederhana
Oleh: Zamri Salleh
SMK Batu 5, Gurun
Tel: 012-4684000
E-mel: zaek65@hotmail.com

Aktiviti menulis karangan merupakan proses menghasilkan teks atau wacana yang
berfungsi sebagai wahana komunikasi antara penulis dan pembaca. Dalam hal ini, karangan
yang dihasilkan sepatutnya mempunyai ciri keutuhan wacana agar pembaca (pemeriksa) dapat
memahami mesej yang terkandung dalam karangan itu. Setiap ayat yang dibina haruslah
berkait antara satu sama lain, baik dari segi makna mahupun dari segi idea. Namun begitu, bagi
pelajar yang kurang menguasai kemahiran menulis, aktiviti mengarang merupakan perkara
yang amat sukar bagi mereka. Pelajar dalam kumpulan ini gagal menghasilkan perenggan
karangan yang mantap. Mereka sering kali menghadapi kesukaran untuk menulis ayat-ayat
yang bertaut antara satu sama lain. Oleh sebab kurangnya pengetahuan tentang aspek
wacana, isi dan huraian yang terdapat dalam perenggan karangan mereka juga bercampur
aduk. Oleh itu, modul karangan ini menyarankan penggunaan Kaedah Ulang, Rujuk dan
Tambah sebagai usaha meningkatkan penguasaan kemahiran menulis pelajar, khususnya
kepada pelajar sederhana dan pelajar lemah. Contoh di bawah ini dapat menjelaskan konsep
Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah:

Hazman pergi ke Pasar Raya Aneka semalam. Dia ke sana untuk membeli alat
tulis. Alat tulis itu akan digunakannya semasa peperiksaan. Peperiksaan akan
bermula pada minggu depan.

1. Hazman pergi ke Pasar Raya Aneka semalam.


2. Dia ke sana untuk membeli alat tulis.
3. Alat tulis itu akan digunakannya semasa peperiksaan.
4. Peperiksaan akan bermula pada minggu depan.

Dalam keempat-empat ayat di atas, perulangan perkataan atau frasa, rujukan dan
penambahan maklumat baharu dalam setiap ayat menjadikan perenggan itu mempunyai ciri
keutuhan wacana yang mantap. Dalam ayat (1), Pasar Raya Aneka ditambah sebagai

2
maklumat baharu. Dalam ayat (2), Dia ialah rujukan untuk Hazman dan sana ialah rujukan
untuk Pasar Raya Aneka dalam ayat (1) dan ditambah alat tulis. Dalam ayat (3), Alat tulis itu
diulang dan dirujuk dari ayat (2) dan -nya ialah rujukan untuk Hazman serta ditambah
peperiksaan. Dalam ayat (4), perkataan Peperiksaan diulang dari ayat (3) dan ditambah
minggu depan. Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah ini menjadikan keempat-empat ayat
dalam perenggan di atas saling berkaitan.

Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah ini memang wujud dalam perenggan karangan.
Teliti perenggan isi di bawah untuk melihat Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah yang berlaku
semasa menulis karangan:

“Faedah Bersukan” – menyihatkan badan

(AT) Selain itu, faedah bersukan juga ialah aktiviti ini dapat menyihatkan
badan. (AH1) Aktiviti ini dapat menyihatkan badan kita kerana badan kita akan
berpeluh semasa bersukan. (AH2) Peluh ini mengeluarkan bahan toksik daripada
badan kita. (AH3) Bahan toksik ini mengandungi bahan berbahaya yang tidak
diperlukan oleh badan seperti urea dan garam mineral. (AH4) Bahan-bahan ini boleh
mengundang pelbagai penyakit sekiranya berada dalam kuantiti yang banyak di
dalam badan. (AP) Oleh itu, nyatalah bahawa aktiviti bersukan sangat berfaedah
untuk menyihatkan badan kita kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit.
(83 patah perkataan)

1. Selain itu, faedah bersukan juga ialah aktiviti ini dapat menyihatkan badan.
2. Aktiviti ini dapat menyihatkan badan kita kerana badan kita akan berpeluh semasa
bersukan.
3. Peluh ini mengeluarkan bahan toksik daripada badan kita.
4. Bahan toksik ini mengandungi bahan berbahaya yang tidak diperlukan oleh badan seperti
urea dan garam mineral.
5. Bahan-bahan ini boleh mengundang pelbagai penyakit sekiranya berada dalam kuantiti
yang banyak di dalam badan.
6. Oleh itu, nyatalah bahawa aktiviti bersukan sangat berfaedah untuk menyihatkan badan

3
kita kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Dalam ayat (1), faedah bersukan ialah perulangan kata kunci soalan, aktiviti ini ialah
rujukan untuk bersukan dan menyihatkan badan ialah isi atau idea utama yang ditambah
sebagai maklumat baharu. Dalam ayat (2), Aktiviti ini dapat menyihatkan badan ialah rujukan
dan perulangan untuk bersukan dan menyihatkan badan dalam ayat (1) dan ditambah
berpeluh sebagai maklumat baharu. Dalam ayat (3), Peluh ini diulang dan dirujuk dari ayat (2)
dan ditambah bahan toksik. Dalam ayat (4), Bahan toksik ini diulang dan dirujuk dari ayat (3)
dan ditambah bahan berbahaya serta ditambah contoh; urea dan garam mineral. Dalam ayat
(5), Bahan-bahan ini ialah rujukan untuk urea dan garam mineral. Dalam ayat (6), bersukan,
berfaedah dan menyihatkan badan ialah perulangan kata kunci soalan dan isi atau idea
utama dari ayat (1) serta ditambah ungkapan menarik kesihatan tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit.

4
Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah ini dapat dijadikan asas dalam pengajaran dan
pembelajaran karangan untuk pelajar, khususnya untuk pelajar lemah dan sederhana. Yang
berikut ialah contoh karangan yang menggunakan Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah:

Sampel Soalan Karangan Bahan Rangsangan:

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingan komputer.


Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

SUMBER SEBAGAI
MAKLUMAT HIBURAN

KEPENTINGAN
KOMPUTER

MEMUDAHKAN MEMBINA
URUSAN JARINGAN SOSIAL

KATA KUNCI SOALAN: Kepentingan komputer


ISU: Komputer
ISI-ISI:
 sumber maklumat
 sebagai hiburan
 memudahkan urusan
 membina jaringan sosial

5
Sampel Jawapan Karangan Bahan Rangsangan:

Pada masa sekarang, komputer dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sungguh banyak
kepentingan komputer kepada manusia.

Antara kepentingan komputer ialah komputer merupakan sumber maklumat kepada kita.
Maklumat ini dapat diakses dengan mudah daripada laman sesawang yang terdapat dalam
internet.

Selain itu, komputer juga penting sebagai hiburan. Sumber hiburan ini adalah seperti
permainan komputer, permainan internet, mendengar lagu dan menonton video.

Di samping itu, alat ini juga dapat memudahkan urusan manusia. Misalnya, komputer
memudahkan urusan di pejabat, di bank dan di pasar raya.

Seterusnya, komputer juga dapat membina jaringan sosial dalam hidup kita. Jaringan ini
dapat dibina melalui kemudahan “Facebook”, “Twitter” dan e-mel.

Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan komputer dalam kehidupan manusia. Oleh


itu, kita harus menguasai komputer agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

(124 patah perkataan)

6
Sampel Soalan Karangan Respons Terbuka:

Kemerosotan disiplin murid-murid di sekolah perlu ditangani dengan segera.

Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid.

KATA KUNCI SOALAN: Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin


dalam kalangan murid-murid
ISU: Masalah disiplin dalam kalangan murid-murid

ISI-ISI:
 peranan ibu bapa
 peranan guru
 peranan sekolah
 peranan masyarakat

Sampel Jawapan Karangan Respons Terbuka:

Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid semakin menjadi-jadi.
Masalah disiplin yang sering berlaku adalah seperti ponteng sekolah, merokok dan bergaduh di
sekolah. Oleh itu, beberapa langkah harus dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid ini.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan
murid-murid ialah ibu bapa harus memainkan peranan mereka. Peranan yang dapat dimainkan
oleh ibu bapa adalah seperti memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil.
Dengan memberikan didikan agama yang cukup, anak-anak akan menjadi orang yang
berakhlak mulia. Oleh itu, nyatalah bahawa peranan ibu bapa amat penting untuk mengatasi
masalah disiplin ini.

Selain itu, peranan guru juga amat penting untuk mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid. Hal ini kerana guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-murid
semasa mereka berada di sekolah. Sebagai contohnya, guru dapat membentuk sahsiah murid-
murid semasa mengajar di bilik darjah. Dengan ini, nyatalah bahawa guru dapat memainkan
peranan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid-murid.

7
Di samping itu, pihak sekolah juga dapat memainkan peranan untuk mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan murid-murid. Antara peranan yang dapat dimainkan oleh sekolah
adalah dengan memberikan hukuman kepada pelajar yang melakukan masalah disiplin.
Sebagai contohnya, pelajar yang terlibat dalam kes buli harus dikenakan hukuman rotan. Oleh
itu, nyatalah bahawa masalah disiplin dapat diatasi dengan adanya peranan pihak sekolah.

Seterusnya, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid juga dapat diatasi dengan
adanya peranan masyarakat. Sebagai contohnya, ahli masyarakat sepatutnya melaporkan kes
ponteng sekolah kepada pihak berkuasa sekiranya mereka melihat kejadian ini. Dengan
melaporkan kes ponteng sekolah ini, sudah tentulah masalah disiplin dapat diatasi. Dengan ini,
memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat dapat memainkan peranan untuk mengatasi
masalah disiplin dalam kalangan murid-murid.

Kesimpulannya, banyak langkah dapat dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin


dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk mengatasi
masalah disiplin ini. Dengan ini, diharapkan masalah disiplin dapat dikurangkan untuk
melahirkan murid-murid yang cemerlang.
(310 patah perkataan)

8
Modul Pengajaran Karangan Jenis Pendapat

Tingkatan 3A7

Masa 80 Minit

Tajuk Karangan Respons Terbuka (Jenis Pendapat)

Menghuraikan idea dengan bernas secara kritis dan kreatif.


2.2
Fokus
Aras 1 (ii)
Utama Menjelaskan idea dengan menggunakan kata, ungkapan dan
ayat yang sesuai dan tersusun.
Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina
perenggan yang kohesif.
12.3
Fokus Aras 1(i)
Sampingan
Memilih kata dan rangkai kata untuk membina ayat yang
gramatis bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.

Pada akhir pelajaran, murid dapat :


Objektif i. Melengkapkan perenggan karangan dengan kata dan frasa
dengan menggunakan Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah.
ii. Menulis karangan lengkap berdasarkan hasil perbincangan.

Kemahiran Kemahiran Menulis


Bahasa Kemahiran Membaca

Sistem Ejaan
Bahasa Kosa Kata

Pengisian Ilmu: Pendidikan Sivik


Kurikulum Nilai: Cinta akan negara

Kemahiran
Bernilai Kemahiran Kontekstual (mengaitkan isi pengajaran dengan
Tambah pengalaman murid)

9
Aktiviti Pengajaran dan Penilaian
Langkah KBT/Catatan
Pembelajaran Formatif
 Guru menunjukkan gambar
Set yang berkaitan dengan
Induksi semangat kejiranan. Gambar berkaitan
 Guru meminta respons semangat kejiranan
daripada murid tentang
gambar tersebut.
 Guru mengaitkan gambar
tersebut dengan isi pelajaran
hari ini.

Mengenal pasti kata kunci


1 soalan, isu soalan dan isi-isi Lampiran 1(a)
penting LPG kata kunci
soalan dan isu
 Guru mengedarkan soalan soalan
karangan dan LPG untuk
dilengkapkan oleh murid.
Lampiran 1(b)
 Murid melengkapkan LPG Jawapan kata kunci
dengan kata kunci soalan dan soalan dan isu
isu soalan. soalan

 Guru membimbing murid


melengkapkan LPG kata
kunci soalan dan isu soalan.

Melengkapkan perenggan
2 dengan menggunakan Kaedah Lampiran 2
Ulang, Rujuk dan Tambah LPG Latihan
Objektif (i) Melengkapkan
 Guru meminta murid berada
tercapai Perenggan
dalam 6 kumpuan.

 Guru mengedarkan LPG


perenggan karangan dan
meminta setiap kumpulan
melengkapkan perenggan
pendahuluan, perenggan isi
dan perenggan penutup
dengan menggunakan
Kaedah Ulang, Rujuk dan
Tambah

 Guru meminta setiap ahli


kumpulan menyatakan hasil
10
Aktiviti Pengajaran dan Penilaian
Langkah KBT/Catatan
Pembelajaran Formatif
perbincangan kumpulan.

 Guru memberi komen atau


pujian terhadap percambahan
fikiran oleh kumpulan-
kumpulan murid.

Menulis Karangan
3 Objektif (ii) Lampiran 3
 Guru meminta murid tercapai Sampel Karangan
menyalin karangan yang Lengkap
lengkap dalam buku latihan
sebagai kerja rumah.
 Guru membuat rumusan
tentang tugasan murid.

Penilaian  Guru meminta murid


dan menambahkan ungkapan
Peneguhan menarik dalam karangan.

 Guru merumuskan pelajaran


hari ini.

Lampiran 1(a)
LPG kata kunci soalan, isu soalan dan isi-isi penting

11
Soalan
Semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan
kepada anak-anak.

KATA KUNCI SOALAN: ……………………………………………………………………….


………………………………………………………………………
ISU: ……………………………………………………………
ISI-ISI:
 menjadi model atau contoh kepada anak-anak
 membawa anak-anak ke rumah jiran
 menggalakkan anak-anak bermain dengan jiran tetangga
 mengadakan aktiviti gotong-royong

*************************************************************************************************************

Lampiran 1(b)
Jawapan kata kunci soalan, isu soalan dan isi-isi penting

KATA KUNCI SOALAN: peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan
kepada anak-anak
ISU: semangat kejiranan
ISI-ISI:
 menjadi model atau contoh kepada anak-anak
 membawa anak-anak ke rumah jiran
 menggalakkan anak-anak bermain dengan jiran tetangga
 mengadakan aktiviti gotong-royong

Lampiran 2
LPG Latihan Melengkapkan Perenggan

12
Perenggan Pendahuluan
Kata Kunci Soalan: .........................................................................................................................
........................................................................................................................
Isu: ............................................................................................................

………………………………………, ……………………………………………….. kurang


diamalkan dalam masyarakat. ………………………………………. ialah sikap tolong-menolong,
ramah mesra, toleransi dan mengamalkan persefahaman sesama jiran. Oleh itu,
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………...

Perenggan 2 (Isi 1): menjadi model atau contoh kepada anak-anak

Antara …………………………………………………………………………………………
……………………………….. ialah ibu bapa harus ……………………………………………
……………………………….. . Sebagai contohnya, ibu bapa perlu ……………………………….
…………………………………………………………….. dengan sering bertegur sapa dengan
jiran. Oleh itu, ibu bapa haruslah …………………………………………………. untuk memupuk
semangat kejiranan kepada anak-anak mereka.

Perenggan 3 (Isi 2): membawa anak-anak ke rumah jiran

…………………………….., peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan


kepada anak-anak mereka adalah dengan …………………………………………………….
pada hari rumah terbuka atau pada hari perayaan. Dengan ………………………………………
…………………………… pada hari tersebut, anak-anak akan lebih mengenali jiran mereka.
Dengan ini, ibu bapa haruslah ……………………………………………………………… pada
hari rumah terbuka atau pada hari perayaan sebagai usaha untuk ……………………………….
…………………………………………………………………………………………………………….

Perenggan 4 (Isi 3): menggalakkan anak-anak bermain dengan jiran tetangga

…………………………….., …………………………. juga hendaklah menggalakkan


…………………………………………………………… mereka. Mereka boleh bermain dengan
………………………………………………….. di taman permainan atau di padang. Dengan
…………………………………………………….. ini, anak-anak akan lebih mesra dengan jiran.
Oleh itu, ………………………………….. perlu menggalakkan …………………………….......
…………………………………………………………. untuk memupuk semangat kejiranan.

Perenggan 5 (Isi 4): mengadakan aktiviti gotong-royong

Seterusnya, …………………………. juga hendaklah ………………………………………


di kawasan tempat tinggal mereka untuk ……………………………………………………………..
13
Dengan mengadakan …………………………………………. ini, anak-anak akan dapat
mengenali jiran tetangga dengan lebih rapat. Dengan itu, …………………………. perlu
mengadakan ……………………………………. untuk memupuk …………………………………...
kepada …………………………… mereka.
Perenggan Penutup

………………………….., terdapat beberapa ……………………….. yang dapat


dimainkan oleh …………………….. untuk memupuk ………………………………………………..
……………… mereka. Oleh itu, …………………….. haruslah memupuk …………………………
…………………. sejak anak-anak kecil. Dengan adanya semangat …………………………
dalam diri ……………………………, diharapkan masyarakat akan dapat hidup dalam keadaan
harmoni dan sejahtera.

Lampiran 3
Sampel Karangan Lengkap

14
Pada masa sekarang, semangat kejiranan kurang diamalkan dalam masyarakat. Semangat
kejiranan ialah sikap tolong-menolong, ramah mesra, toleransi dan mengamalkan persefahaman sesama
jiran. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak
mereka.

Antara peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak mereka ialah ibu
bapa harus menjadi model atau contoh kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu menjadi
model atau contoh kepada anak-anak dengan sering bertegur sapa dengan jiran. Oleh itu, ibu bapa haruslah
menjadi contoh atau model untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak mereka.

Selain itu, peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak mereka adalah
dengan membawa anak-anak ke rumah jiran-jiran pada hari rumah terbuka atau pada hari perayaan.
Dengan membawa anak-anak ke rumah jiran-jiran pada hari tersebut, anak-anak akan lebih mengenali jiran
mereka. Dengan ini, ibu bapa haruslah membawa membawa anak-anak ke rumah jiran-jiran pada hari
rumah terbuka atau pada hari perayaan sebagai usaha untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-
anak mereka.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak bermain dengan jiran tetangga
mereka. Mereka boleh bermain dengan jiran tetangga mereka di taman permainan atau di padang. Dengan
bermain dengan jiran tetangga ini, anak-anak akan lebih mesra dengan jiran. Oleh itu, ibu bapa perlu
menggalakkan anak-anak bermain dengan jiran tetangga untuk memupuk semangat kejiranan.

Seterusnya, ibu bapa juga hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan tempat tinggal
mereka untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak. Dengan mengadakan aktiviti gotong-royong
ini, anak-anak akan dapat mengenali jiran tetangga dengan lebih rapat. Dengan itu, ibu bapa perlu
mengadakan aktiviti gotong-royong untuk memupuk semangat kejiranan kepada anak-anak mereka.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk
semangat kejiranan kepada anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah memupuk semangat kejiranan
sejak anak-anak kecil. Dengan adanya semangat kejiranan dalam diri anak-anak, diharapkan masyarakat
akan dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
(306 patah perkataan)

Modul Pengajaran Karangan Keperihalan

15
Tingkatan 3A7

Masa 80 Minit

Tajuk Karangan Respons Terbuka (Jenis Keperihalan)

Menghuraikan idea dengan bernas secara kritis dan kreatif.


2.2
Fokus
Aras 1 (ii)
Utama Menjelaskan idea dengan menggunakan kata, ungkapan dan
ayat yang sesuai dan tersusun.
Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina
perenggan yang kohesif.
12.3
Fokus Aras 1(i)
Sampingan
Memilih kata dan rangkai kata untuk membina ayat yang
gramatis bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.

Pada akhir pelajaran, murid dapat :


Objektif i. Melengkapkan perenggan karangan dengan kata dan frasa
dengan menggunakan Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah.
ii. Menulis karangan lengkap berdasarkan hasil perbincangan.

Kemahiran Kemahiran Menulis


Bahasa Kemahiran Membaca

Sistem Ejaan
Bahasa Kosa Kata

Pengisian Ilmu: Geografi


Kurikulum Nilai: Semangat bermasyarakat

Kemahiran
Bernilai Kemahiran Kontekstual (mengaitkan isi pengajaran dengan
Tambah pengalaman murid)

16
Aktiviti Pengajaran dan Penilaian
Langkah KBT/Catatan
Pembelajaran Formatif
 Guru menceritakan
Set pengalaman melawat ke
Induksi suatu tempat.
 Guru meminta beberapa
murid menyatakan tempat
yang pernah dilawati.
 Guru mengaitkan cerita
tersebut dengan isi pelajaran
hari ini.

Mengenal pasti kata kunci


1 soalan, isu soalan dan isi-isi Lampiran 1(a)
penting LPG kata kunci
soalan dan isu
 Guru mengedarkan soalan soalan
karangan dan LPG untuk
dilengkapkan oleh murid. Lampiran 1 (b)
Jawapan kata kunci
 Murid melengkapkan LPG soalan dan isu
dengan kata kunci soalan dan soalan
isu soalan.

 Guru membimbing murid


melengkapkan LPG kata
kunci soalan dan isu soalan.

Melengkapkan perenggan
2 dengan menggunakan Kaedah Lampiran 2
Ulang, Rujuk dan Tambah LPG Latihan
Objektif (i) Melengkapkan
 Guru meminta murid berada
tercapai Perenggan
dalam 6 kumpuan.

 Guru mengedarkan LPG


perenggan karangan dan
meminta setiap kumpulan
melengkapkan perenggan
pendahuluan, perenggan isi
dan perenggan penutup
dengan menggunakan
Kaedah Ulang, Rujuk dan
Tambah

 Guru meminta setiap ahli


kumpulan menyatakan hasil
17
Aktiviti Pengajaran dan Penilaian
Langkah KBT/Catatan
Pembelajaran Formatif
perbincangan kumpulan.

 Guru memberi komen atau


pujian terhadap percambahan
fikiran oleh kumpulan-
kumpulan murid.

Menulis Karangan
3 Objektif (ii) Lampiran 3
 Guru meminta murid tercapai Sampel Karangan
menyalin karangan yang Lengkap
lengkap dalam buku latihan
sebagai kerja rumah.
 Guru membuat rumusan
tentang tugasan murid.

Penilaian  Guru meminta murid


dan menambahkan ungkapan
Peneguhan menarik dalam karangan.

 Guru merumuskan pelajaran


hari ini.

Lampiran 1(a)
LPG kata kunci soalan, isu soalan dan isi-isi penting
18
Soalan
Semasa cuti penggal persekolahan yang lepas, anda berpeluang melawat ke tempat tinggal
rakan anda.
Gambarkan keistimewaan tempat tinggal rakan anda itu.

KATA KUNCI SOALAN: ………………………………………………………………………


………………………………………………………………………
ISU: ……………………………………………………………………………………………..
ISI-ISI: Lampiran 2
LPG Latihan Melengkapkan Perenggan
 Keluarga menyambut kedatangan dengan mesra
 Mengikut keluarga rakan menghadiri majlis perkahwinan
 Mengikut keluarga rakan ke dusun buah-buahan
 Pergi mandi di sungai berdekatan

*************************************************************************************************************
Lampiran 1(b)
Jawapan kata kunci soalan, isu soalan dan isi-isi penting

KATA KUNCI SOALAN: Menceritakan keistimewaan tempat tinggal rakan


ISU: Melawat ke tempat tinggal rakan
ISI-ISI:
 Keluarga menyambut kedatangan dengan mesra
 Mengikut keluarga rakan menghadiri majlis perkahwinan
 Mengikut keluarga rakan ke dusun buah-buahan
 Pergi mandi di sungai berdekatan

Lampiran 2
LPG Latihan Melengkapkan Perenggan
19
Perenggan Pendahuluan
Kata Kunci Soalan: .........................................................................................................................
........................................................................................................................
Isu: ............................................................................................................

Semasa cuti persekolahan yang lepas, saya berpeluang …………………………………


…………………………………………..... . Tempat ………………………………………... terletak
di sebuah kampung di …………………, …………………………. . Saya berada di sana selama
……………….. hari. ……………………………………………. mempunyai banyak keistimewaan.

Perenggan 2 (Isi 1): Keluarga menyambut kedatangan dengan mesra

Pada hari pertama saya sampai di …………………………………………….,


keluarganya menyambut …………………………………………………………………….
Sambutan …………………………………………………itu jelas tergambar pada wajah ibu bapa
rakan saya yang kelihatan ceria semasa menyambut …………………………………….. .
Apabila melihat wajah …………………………………………………., saya berasa tenang dan
gembira.

Perenggan 3 (Isi 2): Mengikut keluarga rakan menghadiri majlis perkahwinan jiran

Pada waktu tengah hari, saya mengikut ……………………………………………..


…………………………………………… mereka. Majlis ……………………………………………
itu sungguh meriah. Majlis …………………………………………………….. kerana semua jiran
bergotong-royong melakukan semua perkara. Mereka ………………………………………..
menyediakan makanan dan minuman. Mereka juga ………………………………………….
melayan tetamu yang datang ke majlis perkahwinan itu.

Perenggan 4 (Isi 3): Mengikut keluarga rakan ke dusun buah-buahan


20
Pada hari kedua saya berada di ……………………………………., saya mengikut
………………………………………………………………… mereka. Dusun ………………………..
……………… itu terletak tidak jauh dari rumah mereka. Apabila sampai di …………………….
………………………….., saya berasa sungguh seronok melihat pelbagai jenis pokok buah-
buahan seperti ………………………, …………………………. dan ………………………... .
Saya makan buah-buahan itu sehingga kenyang.

Perenggan 5 (Isi 4): Pergi mandi di sungai berdekatan

Selepas itu, saya dan rakan saya pergi ………………………………………….. . Air


………………………………….. sungguh jernih. Saya dapat melihat batu-batan yang cantik di
dasar ……………………………. itu. Saya juga dapat melihat anak-anak ikan berenang di
dalam …………………………….. itu. Selepas puas mandi di …………………….. itu, kami pun
pulang ke ………………………………… saya. Apabila tiba di ……………………………………,
……………………………………….. sudah siap menghidangkan makan tengah hari. Saya
makan dengan penuh berselera kerana masakan ibu rakan rakan saya ………………………….

Perenggan Penutup

Pada waktu petang, saya pun meminta izin untuk pulang ke ……………………………. .
Saya berasa sungguh terharu untuk meninggalkan …………………………………………………
kerana tempat itu sungguh ……………………………………… . Saya tidak akan melupakan
kenangan melawat ke …………………………………………………….. itu sehingga akhir hayat
saya.

21
Lampiran 3
Sampel Karangan Lengkap

Semasa cuti persekolahan yang lepas, saya berpeluang melawat ke tempat tinggal
rakan saya. Tempat tinggal rakan saya terletak di sebuah kampung di Yan, Kedah. Saya
berada di sana selama dua hari. Kampung rakan saya itu mempunyai banyak keistimewaan.

Pada hari pertama saya sampai di tempat tinggal rakan saya, keluarganya menyambut
kedatangan saya dengan sungguh mesra. Sambutan keluarga mereka yang mesra itu jelas
tergambar pada wajah ibu bapa rakan saya yang kelihatan ceria semasa menyambut
kedatangan saya. Apabila melihat wajah mereka yang ceria itu, saya berasa tenang dan
gembira.

Pada waktu tengah hari, saya mengikut keluarga rakan saya menghadiri majlis
perkahwinan jiran mereka. Majlis perkahwinan itu sungguh meriah. Majlis perkahwinan itu
meriah kerana semua jiran bergotong-royong melakukan semua perkara. Mereka bergotong-
royong menyediakan makanan dan minuman. Mereka juga bergotong-royong melayan tetamu
yang datang ke majlis perkahwinan itu.

Pada hari kedua saya berada di sana, saya mengikut keluarga rakan saya ke dusun
buah-buahan. Dusun buah-buahan itu terletak tidak jauh dari rumah mereka. Apabila sampai
di dusun buah-buahan, saya berasa sungguh seronok melihat pelbagai jenis pokok buah-
buahan seperti durian, rambutan dan manggis. Saya makan buah-buahan itu sehingga
kenyang.

Selepas itu, saya dan rakan saya pergi mandi di sungai berdekatan. Air sungai itu
sungguh jernih. Saya dapat melihat batu-batan yang cantik di dasar sungai itu. Saya juga
dapat melihat anak-anak ikan berenang di dalam air yang jernih itu. Selepas puas mandi di
sungai itu, kami pun pulang ke rumah rakan saya. Apabila tiba di rumah rakan saya, ibu rakan
saya sudah siap menghidangkan makan tengah hari. Saya makan dengan penuh berselera
kerana masakan ibu rakan rakan saya sungguh sedap.

Pada waktu petang, saya pun meminta izin untuk pulang ke rumah saya. Saya berasa
sungguh terharu untuk meninggalkan tempat tinggal rakan saya kerana tempat itu sungguh
banyak keisitmewaannya. Saya tidak akan melupakan kenangan melawat ke tempat tinggal
rakan saya itu sehingga akhir hayat saya.

(305 patah perkataan)

Lampiran
22
A. PENANDA WACANA

Penanda permulaan karangan


a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

Penanda huraian isi karangan


a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila

Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

Penanda menutup isi


a) Kesannya,
23
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
h) Oleh itu,
i) Dengan ini,

Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walaupun begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

B. PERIBAHASA
1. Sediakan payung sebelum hujan
2. Genggam bara api, biar sampai jadi arang
3. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
4. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
5. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
6. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
7. Yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang
8. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
9. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
24
10. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
11. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
12. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
13. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
14. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
15. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
16. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
17. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
18. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
19. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
20. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
21. Bagai aur dengan tebing
22. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri

C. KATA-KATA HIKMAT
1. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang - William J.
Siegel
2. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze (peribahasa Cina)
3. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan - peribahasa Arab
4. Bertangguh itu pencuri masa - peribahasa Arab
5. Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu, jika kamu berada di
tengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan, jaga
perangaimu - Lukmanul Hakim
6. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan
kehendak yang berlebih-lebihan - Imam Al-Ghazali
7. Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,
sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh
mendoakannya - Maksud Hadis
8. Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-
anak itu adalah hadiah Allah kepadamu - Maksud Hadis
9. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik
akhlak dan adab sopannya - Maksud Hadis

25
10. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras -
Hamka
11. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka
12. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya -
Aristotle
13. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum - Aristotle
14. Jangan bimbang menghadapi segala penderitaan sebab semakin dekat cita cita akan
tercapai semakin banyak penderitaannya’ – Plato
15. Berusahalah membuat kebaikan, lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada
esok kerana hidup ini adalah pendek sedangkan waktu berlari kencang’ – Pythagoras
16. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu
loncatan mencapai kejayaan’ – Pythagoras
17. Kehidupan ini seperti mainan catur, siapa yang dapat memandang jauh ke depan dialah
yang menang’ – Sydney Charles Buxton
18. Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan’- George William Curtis
19. Modal yang paling baik daripada seseorang ialah kerajinannya’ – Girard
20. Kepuasan jiwa kerana mencari pengetahuan itulah kepuasan yang sejati’ – Ibnu Rusyd
21. Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika
kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan
yang sukar ditinggalkan” – Hamka

26

Anda mungkin juga menyukai