Anda di halaman 1dari 4

MODUL ESEI:

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN:

Faktor rasuah dan kesan negatif.

Definisi umum/ detil Ayat definisi (AD) – 1 ayat Rasuah ialah amalan memberikan imbuhan atau hadiah kepada seseorang sama ada wang, barangan
ataupun perkhidmatan. untuk tujuan menyogok seseorang individu melakukan sesuatu perkara dengan
cepat menggunakan cara yang tidak betul.
Apa-apa sahaja berkaitan Ayat Huraian Tajuk (AHT) – 2/3 ayat Amalan rasuah ini menyalahi undang-undang.
tema/tajuk Perbuatan menerima dan melakukan rasuah adalah haram dari segi agama terutamanya agama Islam.
Isu – meningkat atau Ayat Isu Semasa (AIS) – 1 ayat Kini, amalan rasuah semakin membimbangkan kerana jumlahnya sering meningkat dari semasa ke
menurun semasa.
Contoh – umum ( semua Ayat Contoh/bukti/kata-kata tokoh (AC)- 1 ayat Rasuah juga dikenali dengan nama ”duit kopi”, ”tumbuk rusuk”, ataupun ”korupsi”.
orang tahu)
Ayat berkait dengan isi (AKI) – 1 ayat Oleh hal yang demikian, amalan rasuah ini terjadi di dalam negara kita disebabkan oleh pelbagai faktor.
Kesimpulan ringkas Jika rasuah ini tidak dibanteras , banyak kesan negatif kepada negara.
kaitan dengan isi yang
hendak dihurai.

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI:

Isu Faktor: Faktor remaja lari dari rumah.

Apa – nyatakan isi Ayat Topik (AT) – 1 ayat Faktor dominan yang menyumbang kepada gejala remaja lari dari rumah ialah keluarga yang tidak aman.
punca
Mengapa- alasan kepada Huraian isi A(HI) – 2/3 ayat Keluarga tidak aman kerana sesebuah keluarga itu diselubungi oleh pelbagai masalah.
punca/ isi Keadaan seperti ini akan mengundang keretakan hubungan antara suami dengan isteri.
terjadi Seterusnya, ibu bapa yang sering bertengkar akan memukul dan mendera anak-anak mereka.
Bagaimana- nyatakan cara Akibatnya, anak-anak mengalami seksaan jiwa.
atau kesan
daripada punca

Memberikan contoh secara umum Contoh/bukti/kata-kata tokoh (AC) Misalnya, anak-anak akan membenci ibu bapa atau ahli keluarga. Selain itu, mereka juga tidak sanggup hidup
- 1 ayat bersama dengan mereka.
Huraian contoh ( 1 ayat) Akhirnya, mereka hilang kebolehan untuk berfikir secara waras dan mengambil keputusan lari dari rumah.
Menyimpulkan isi yang Kesimpulan Sementara/isi (AKS/I) – Oleh itu, hal ini membuktikan bahawa keluarga yang tidak aman mengundang remaja lari dari rumah.
dinyatakan dalam ayat topik 1 ayat
Isi langkah:

Apa – nyatakan isi Ayat Topik (AT) – 1 ayat Langkah yang dapat dipraktikkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan aktiviti bersukan dan
langkah beriadah.
Mengapa- alasan/sebab Huraian isi (AHI)– 2/3 ayat Aktiviti ini sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga
kepada mahupun rakan-rakan.
langkah yang Dalam konteks individu, aktiviti beriadah dan bersukan ini mampu meningkatkan stamina dan daya ketahanan
dinyatakan perlu badan terhadap penyakit serta melancarkan peredaran darah.
Bagaimana- nyatakan cara / Seterusnya, beriadah dan bersukan juga dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga dan rakan-
Tindakan rakan. Hubungan yang erat antara ahli keluarga juga memangkin pengamalan gaya hidup sihat.
(siapa)

Memberikan contoh secara umum Contoh/bukti/kata-kata tokoh (c) - 1 Misalnya, jika masa senggang diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti joging, berbasikal dan sebagainya.
ayat masyarakat yang cergas dan sihat dapat diwujudkan.
Huraian contoh Dengan ini, masyarakat yang cergas dan sihat dapat diwujudkan di dalam negara kita.
Menyimpulkan isi yang Kesimpulan Sementara/isi (KS)– 1 Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan merupakan langkah yang efektif untuk pengamalan gaya hidup sihat.
dinyatakan dalam ayat topik ayat

Isi langkah:

Apa – nyatakan isi Ayat Topik (AT) – 1 ayat


langkah
Mengapa- alasan/sebab Huraian isi (AHI)– 2/3 ayat
kepada
langkah yang
dinyatakan perlu
Bagaimana- nyatakan cara /
Tindakan
(siapa)

Memberikan contoh secara umum Contoh/bukti/kata-kata tokoh (c) - 1


ayat
Huraian contoh
Menyimpulkan isi yang Kesimpulan Sementara/isi (KS)– 1
dinyatakan dalam ayat topik ayat

Selain itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan juga mengakibatkan sosioekonomi dalam kalangan pengguna berubah. Situasi ini berlaku kerana terdapat segelintir peniaga yang
mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan ketika menjalankan perniagaan. Keadaan ini menyebabkan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Mereka sengaja menaikkan
harga barang dan perkhidmatan atas alasan tidak mahu memikul lebihan kos yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, mereka menyatakan bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan
berpunca daripada kenaikan harga bahan api. Perkara ini menyulitkan pengguna dan sosioekonomi semakin meruncing. Tegasnya, isu ini mengakibatkan sosioekonomi dalam kalangan
pengguna semakin teruk.

TEKNIK MENULIS KESIMPULAN:

Punca/Langkah/Kesan:

Contoh: Langkah memupuk semangat kejiranan.

Ayat menyimpulkan keseluruhan Kesimpulan keseluruhan isi (KKI)- Kesimpulannya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu dipupuk dengan mengambil
isi yang telah dihurai dalam 1 ayat pelbagai langkah yang efektif.
karangan
Mengemukakan cadangan (CD)– 2/3 Dalam hal ini, semua pihak berperanan penting dan tidak boleh bersikap nafsi-nafsi.
Ayat cadangan- cadangan ayat (bergantung kepada pelajar/ Selain itu, masyarakat juga tidak boleh lepas tangan dalam usaha murni ini.
dikemukan kepada pelbagai soalan) Oleh itu, setiap ahli masyarakat bertanggungjawab untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan
pihak: -semua pihak mereka.
Kerajaan
Ibu bapa
Masyarakat
Keluarga
Sekolah
Dan lain-lain
(bergantung kepada soalan)
Ayat harapan – perkara yang Menyatakan harapan (HP)-2/3 ayat Jika semua pihak yang berperanan penting ini bekerjasama, semangat kejirana dalam kalangan masyarakat akan
diharap apabila pihak-pihak (bergantung kepada pelajar/soalan) terus kukuh.
(dalam cadangan berbuat Di samping itu, negara juga akan dapat merealisasikan matlamat untuk membentuk masyarakat penyayang pada
tindakan) – bergantung kepada masa depan.
soalan Seterusnya, masalah yang berlaku dalam masyarakt juga boleh diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama.
Harapan – negara, individu
sendiri, masyarakat, belia, dan
sebagainya.

Buat renungan, jangan termenung:


Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.

Ilmu tanpa sifat warak


memang mampu membuat seseorang itu terasa hebat,
memandang rendah terhadap orang lain,
terasa gah dan lebih bagus daripada orang lain,
pendapat orang lain ditolak bulat-bulat, dan ilmu yang ada tidak mahu dikongsi bersama.

NAO11712

Anda mungkin juga menyukai