Anda di halaman 1dari 41

ISI KANDUNGAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.5.1 1.5.1.1 1.5.1.2 1.5.1.3 1.6 2.0 2.1 2.2 2.3

Pendahuluan Soalan Tugasan 1 Pengenalan Definisi Tingkahlaku Definisi Sosial Fenomena Tingkahlaku Sosial Gejala Tingkahlaku Sosial Dan Saranannya Keganasan Terhadap Keluarga Rogol dan Sumbang Mahram Keganasan Rumah Tangga Kes Gangguan Seksual Kesimpulan Soalan Tugasan 2 Contoh-contoh Kes Penculikan Kanak-kanak. Langkah-langkah Mengatasi Dan Mengurangkan Kes Penculikan Atau Penderaan Kanak-Kanak. Kesimpulan Bibliografi

2 3 3 4 5 7 14 14 14 16 22 26 27 27 34 39 40

Pendahuluan. Saya mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya serta dengan kekuatan yang diberikan kepada saya , akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Kesihatan Diri Dan Keluarga ini dengan seadanya. Dengan masa yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini, dan dengan segala cabaran dan dugaan serta kekangan masa , akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini , seterusnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya dengan seadanya. Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar daripada pihak pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah banyak membantu memberikan dan menyumbangkan idea-idea di sepanjang proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Dengan ini terhasillah tugasan saya yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan buat isteri, dan juga keluarga yang dapat memahami situasi, kerjasama serta pengorbanan yang telah mereka berikan kepada saya selama ini. Dengan adanya sokongan dan dorongan daripada mereka inilah , dapat saya meneruskan perjuangan bagi meneruskan tugasan saya ini untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dalam meneruskan hidup yang penuh dengan berbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi . Oleh itu saya di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada pihak pensyarah agar dapat memaafkan saya sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan tertentu yang saya lakukan di dalam menyiapkan kerja kursus ini kerana memandangkan saya masih lagi seorang pelajar yang masih memerlukan banyak tunjuk ajar daripada pihak pensyarah dan rakan-rakan sekelian. Oleh itu segala pertolongan dan tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Akhir kata, semoga segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam tugasan saya ini akan mendapat kemaafan dari pihak rakan-rakan dan pensyarah. Sekian, wassalam.

1.0 Soalan Tugasan 1.

Fenomena tingkahlaku sosial yang menyeleweng dari norma kehidupan yang harmoni seringkali menjadi tajuk utama akhbar di Negara kita. Ulas kenyataan ini secara mendalam. Bincangkan faktor-faktor penyumbang ( dari aspek pembangunan keluarga ) yang mendorong ke arah kewujudan salah laku sosial dalam masyarakat Malaysia. Selain dari ulasan mendalam mengenai tajuk, perbincangan anda juga perlu : Nyatakan gejala tingkahlaku sosial yang dipetik dari akhbar atau sumber yang telah dipaparkan untuk pembacaan. Nyatakan saranan-saranan anda SERTA saranan-saranan yang dipetik dari akhbar, buku, majalah atau petikan ilmiah. Sumber-sumber petikan ini perlu dimasukkan ke dalam rujukan / bibliografi.

1.1

Pengenalan

Jika dilihat, sejak kebelakangan ini bermacam-macam gejala dan masalah sosial yang melanda di dalam kehidupan di sekeliling kita pada masa kini. Bermacam-macam masalah sosial yang dapat kita lihat terpapar di dada akhbar dan majalah pada setiap hari. Sejak Negara kita membangun dengan baik dan pesat di bidang pembangunan sejak lima puluh satu tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Tetapi di sebalik kejayaan Negara kita yang pesat maju dan membangun dari aspek pembangunan, timbul pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat kita pada masa kini. Apakah oleh kerana kita terlalu mengejar kemajuan dan pembangunan yang pesat sehingga kita lupa tentang soal permasalahan yang melanda Negara kita. Adakah permasalahan sosial yang kita hadapi hari ini adalah akibat daripada kemajuan dan kemodenan yang kita kecapi pada hari ini. Patutkah kesan atau akibat sosial yang melanda masyarakat kita pada masa kini adalah kesalahan yang dilakukan oleh pihak pemerintah, masyarakat, keadaan sekeliling, kesan daripada pembangunan atau sebagainya. Secara keseluruhannya semua lapisan masyarakat perlu memberi komitmen dan sama-sama membantu di dalam menyelesaikan masalah sosial yang sama-sama kita hadapi pada masa ini.

1.2

Definisi Tingkahlaku.

Mengikut kamus dewan, tingkahlaku memberi maksud kelakuan, perangai, gerak-geri atau segala yang dilakukan oleh seseorang. Tingkahlaku juga boleh di samakan dengan personaliti seseorang individu. Personaliti dari aspek psikologi memberi maksud corak tingkahlaku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Banyak teori yang telah cuba menerangkan tentang personaliti individu manusia. Antaranya ialah Sigmund Freud dengan teori Psikoanalitik. Mengikut Freud, minda manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikan, id, ego dan super ego yang bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu. Sementara itu dari aspek psikoanalisis memberikan penekanan kepada motivasi yang berlaku tanpa disedari dan konflik antara dorongan kendiri dan sistem sosial kendiri. B. F. Skinner pula telah mencadangkan bahawa personaliti individu ini terbina dari rangsangan dari luaran manakala dalam teori behavioris, personaliti berubah dengan persekitaran yang baru. Menurut Abdul Majid (1997), Personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji melalui tingkahlaku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Sementara itu Murugian (1996) pula telah menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Gordon Allport (1980) telah menjelaskan konsep personaliti sebagai tingkahlaku individu yang dinamis iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaran, dan yang dapat menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling mengikut cara yang tersendiri. Menurut Boon dan Ragbir (1998), konsep personaliti dapat disimpulkan sebagai jangkaan tingkahlaku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh

orang lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang dinamik dan unik pada sesuatu ketika. Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental (sedar atau tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman. Idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et al., 1994). Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Berdasarkan teori-teori yang telah dinyatakan, tingkahlaku adalah lebih kepada personaliti seseorang individu. Tingkahlaku juga adalah berkaitan dengan bagaimana cara seseorang itu bertindak di dalam menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan. Selain dari itu, tingkah laku juga berkaitan dengan bagaimana sikap seseorang, cara percakapan, perangai, perbuatan, tindakan dan sebagainya.

1.3

Definisi Sosial.

Perkataan sosial adalah perkataan yang memberi maksud kemasyarakatan dan segala yang berkaitan dengan masyarakat. Manakala perkataan sosiologi adalah bermakna ilmu yang berkaitan dengan masyarakat. Keperluan sosial individu adalah termasuk hubungan dengan keluarga, persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kegiatan lain yang menghubungkan individu itu dengan orang lain di dalam sesuatu masyarakatnya. Hubungan ini merupakan satu unsur yang memberikan kekuatan kepada individu tersebut dan dengan itu akan mengelakkan dia daripada mengalami perasaan tersisih, kemurungan dan kerendahan harga diri. Perkembangan sosial juga membawa maksud keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyesuaikan diri dalam institusi sosial melalui tingkahlaku. Perkembangan sosial mempunyai tiga kumpulan
5

perbezaan tahun dan penting dalam pendidikan kesihatan. Kumpulan-kumpulan itu ialah kumpulan umur lima hingga enam tahun, kumpulan umur enam hingga Sembilan tahun dan kumpulan umur Sembilan hingga dua belas tahun. Selain dari itu, aspek-aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkahlaku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan. Kesihatan keluarga di aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga. Sebagai seorang guru mahupun ibubapa, kita perlu menggalakkan anak murid kita untuk memupuk amalan makan secara sihat bersama keluarga mereka. Ini adalah kerana makan bersama keluarga mendatangkan banyak faedah. Ketika waktu makan boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga tentang amalan pengambilan makanan yang baik dan sihat. Menurut pakar-pakar berpendapat bahawa sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersama di meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah dari segi peningkatan prestasi akademik dan harga diri. Penyelidikan juga mendapati bahawa perbualan pada waktu makan dapat memperkayakan perbendaharaan kata anakanak. Ibu bapa boleh mengambil kesempatan semasa waktu makan untuk berbual dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa, pembelajaran dan menyusuli aktiviti harian anak-anak mereka. Selain dari itu, aspek sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkahlaku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut (Nixon & Jewett, 1980). Seterusnya sosialisasi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok tersebut. Individu itu mempelajari bagaimana berkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau masyarakat itu.

Proses sosialisasi ini penting kerana ia mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkahlaku setiap individu. Individu itu dijangka akan menghayati norma-norma dan nilai masyarakatnya. Dengan kata lain, melalui proses sosialisasi, seseorang individu mempelajari skrip untuk berfikir, berperasaan dan bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat supaya dapat hidup dalam masyarakat itu dan memberi sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Sememangnya kebanyakkan peraturan sosial ini berkait dengan moral iaitu apakah yang dianggap patut dan tidak patut dilakukan dalam masyarakat. Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui perananperanan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat. Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka.

1.4

Fenomena Tingkahlaku Sosial.

Kes-kes jenayah kontroversi yang berlaku di Negara kita dalam beberapa tahun dahulu dan sekarang ini menunjukkan simptom penyakit masyarakat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat kita kini sedang tenat dan kritikal. Masyarakat kita tidak seimbang. Masyarakat kita tidak berkembang dalam acuan Wawasan 2020 yang kita impi-impikan. Masyarakat kita sedang diroboh dari dalam. Adakah itu tanda-tanda kita mengalami dekaden iaitu bermaksud kita begitu Berjaya dari segi kebendaan dan pembangunan fizikal tetapi sedang tewas dari segi kerohanian. Dari sudut spiritual, kita tidak jauh berbeza berbanding dengan masyarakat Barat yang rosak binasa yang kita kecam selama ini. Akhirnya kita juga menjadi seperti mereka, bertukar menyerupai manusia maju yang jiwanya sedikit kebinatangan. Jiwa jahat inilah yang terpancar daripada kes-kes jenayah yang berlaku ke atas Canny Ong, Noritta Samsudin, Nurul Huda Abdul Ghani 10 tahun yang dirogol beramai-ramai dan kemudian dibunuh oleh tiga lelaki di Gelang Patah, Johor. Dalam ke tiga-tiga kes itu, mereka yang dituduh melakukan jenayah seksual dan bunuh
7

tersebut ialah lelaki-lelaki Melayu yang beragama Islam. Nama beberapa orang daripada mereka berpangkalkan nama nabi. Nama sahaja sama dengan nabi, kononnya beragama seperti yang dituntut oleh rasul, tetapi perangai tidak seperti manusia. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dengan marah memanggil penjenayah-penjenayah itu binatang buas. Persoalannya, mengapakah binatang buas ini muncul dalam masyarakat Melayu, dalam komuniti Islam di Negara kita ini, dalam lingkungan kita manusia Timur ? Adakah salah ajaran agama ? Adakah pelajaran moral tidak disampaikan secara berkesan dalam keluarga, antara kawan-kawan dan di kalangan saudara-mara? Adakah penjenayah-penjenayah itu merupakan produk satu zaman yang melalaikan. Adakah mereka menjadi sedemikian kerana pada masa lepas kita, ibu bapa, guru-guru, ahli-ahli politik, jiran-jiran, pegawai kerajaan, anggota polis, tokoh-tokoh agama dan para pemimpin masyarakat tidak kisah, tidak ambil endah kejahatan-kejahatan kecil yang berlaku di depan mata kita. Penagihan dadah dibiarkan berleluasa di kampong-kampung. Mereka yang rosak akhlak pun tetap jadi hero. Filem-filem lucah diedarkan, ditonton dan bertukar tangan secara bebas di seluruh Negara. Atau orang yang berperangai baik di Malaysia sudah tidak diberi nilai yang tinggi oleh rakyat di Negara ini. Jadi orang tidak berasa malu lagi untuk menjadi manusia jahat. Amat jelas sekali bahawa penjenayah-penjenayah yang terlibat dalam jenayah seksual, bunuh dan rasuah pada hari ini merupakan generasi yang lahir daripada zaman yang kita biarkan berkecamuk itu pada tahun 1970-an, 1990-an dan pada zaman millenium baru ini. Kita diberitahu bahawa manusia dilahirkan bagai kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Kerana kelalaian kita sebagai sebuah bangsa, kita mencorakkan generasi muda itu dengan prinsip-prinsip hidup yang salah. Lalu mereka menjadi pembunuh, perogol, penipu dan perasuah. Kita hari ini bercakap tentang undang-undang, kononnya untuk mengemaskinikan dan menggunakan undang-undang bagi mengawal rakyat, melahirkan Malaysia yang selamat daripada penjenayah-penjenayah. Kita lupa bahawa undang-undang dan hukuman merupakan cara yang paling tidak efektif untuk mengawal manusia. Cara yang paling berkesan masih lagi kawalan kelakuan, tingkah laku dan pandangan hidup yang diasuh sejak kecil. Sebagai sebuah masyarakat, kita gagal dalam konteks kawalan bukan undang-undang ini. Kesilapan kita ialah kita suka mengawal orang dengan menunjuk-nunjukkan kuasa melalui penggubalan undang-undang. Diwujudkan undang-undang cincang sampai lumat pun tidak berguna jika yang perlu dibetulkan ialah minda masyarakat yang telah dirosakkan. Inilah cabaran kita. Kita boleh mencabut nyawa perogol dan pembunuh Nurul Huda, tetapi
8

tahukah kita berapa ramai lagi binatang sepertinya yang masih ada diluar sana dan akan timbul di masa-masa akan datang nanti. Selain itu, Budaya hedonisme yang diimani oleh kebanyakkan anggota masyarakat moden juga merupakan penyumbang utama kepada merebaknya gejala sosial. Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia. Hedonisme yang berasal daripada istilah Greek Hedone, membawa maksud pleasure (keseronokan atau kelazatan) atau happiness (kegembiraan). Menurut Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi, budaya menyimpang ini boleh menyesatkan pengamalnya ke dalam gejala-gejala tidak bermoral seperti minum arak, seks bebas, dadah, bunuh, ajaran sesat dan lain-lain sehingga ke peringkat menolak agama. Mereka menganggap agama hanyalah penghalang kepada kepuasan hidup yang seharusnya berlandaskan hawa nafsu. Inilah yang menyebabkan jenayah dan gejala sosial terus meningkat di Negara kita. Jika kita gemar bermain dengan angka, kadar jenayah rogol di Malaysia sekali imbas memang menakutkan. Usah dibandingkan dengan Negara Amerika Syarikat (AS), Negara terbanyak kes rogol di dunia. Cukuplah dengan melihat kedudukan Malaysia yang saban tahun termasuk dalam carta 30 negara yang paling banyak kes jenayah seksual. Dalam bancian Pusat Pencegahan Jenayah Antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia tersenarai dikedudukan ke 26 pada tahun 2003. Kes-kes rogol di Negara ini lebih tinggi berbanding Sri Lanka, Ukraine, Romania dan New Zealand. Jika dikatakan fenomena rogol lebih banyak berlaku di Negara maju, dakwaan itu tidak benar. Lihat Bulgaria, Norway, Denmark, Switzerland, Finland, Greece dan Hong Kong yang merekodkan angka rogol di bawah 1000 kes setahun. Bahkan Negara membangun seperti Zambia, Tunisia, Costa Rica, Latvia atau Kyrgyztan mencatatkan kurang daripada 500 kes. Secara umum jumlah kejadian rogol di Malaysia ada kalanya naik dan turun dalam lingkaran antara 1000 dan 2000 kes setahun. Sebagai contoh pada 1997, sebanyak 1429 kes perkosaan dilaporkan kepada polis. Angka itu naik kepada 1539 kes setahun kemudian, sebelum jatuh pula kepada 1457 kes (1999) dan merosot lagi kepada 1210 kes pada tahun 2000. Namum, trend itu menokok kepada 1354 kes sepanjang 2001 dan 1418 kes pada 2002. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu, kira-kira 491 kes direkodkan. Secara purata,
9

hampir empat orang wanita dirogol di seluruh Negara setiap hari. Angka ini jauh lebih baik berbanding kes perkosaan di AS, Negara kuasa besar dunia. Di sana, kes rogol berlaku selang dua minit. Biarpun angka di Malaysia tidak begitu dahsyat, fenomena kes rogol dan bunuh yang menjadi-jadi sebetulnya amat menakutkan semua lapisan masyarakat. Jika dulu insiden tragik seumpama ini banyak melibatkan gadis dewasa seperti kes Noor Suzaily Mukhtar (2000), Canny Ong Lay Kian (14 Jun 2003) dan Noritta Samsudin (7 Disember 2003). Bagaimanapun, ada semacam kecengderungan bagi melibatkan sama kanak-kanak perempuan sebagai mangsa rogol. Bermula kes Nor Shawani Dahlan (1997), Nur Shuhada Burak (2000), Siti Nadira Budah (2001) dan Norshakila Ramli Abdullah Choo (2002), awal bulan ini sahaja dua kes melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun berlaku dalam tempoh 10 hari. Kes pertama membabitkan mangsa Haserawati Saridi di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari lalu dan terbaru Nurul Huda Abdul Ghani di Gelang Patah, Johor. Dua mangsa malang itu berusia 10 tahun. Kejadian itu mengesahkan kajian bahawa lebih 60 peratus kes perkosaan di Malaysia melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun. Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) turut mendapati mangsa daripada kumpulan umur 16 tahun ke bawah menjadi pilihan bakal perogol kebelakangan ini. Trend ini membuktikan tanggapan sebilangan masyarakat bahawa pakaian seksi sebagai punca kejadian rogol sebenarnya amat subjektif dan boleh dipertikaikan. Fenomena sedemikian selari dengan kajian di seluruh dunia bahawa faktor persekitaran memainkan peranan utama membawa kepada perlakuan jenayah. Jadi untuk menghapuskan punca masalah ini, kita kena pastikan dulu situasi sekeliling tidak memberi ruang ke arah itu, kata Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed. Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia itu menambah, kejadian perkosaan sebenarnya timbul kerana ada peluang datang tepat pada masanya. Jika diimbas, hampir keseluruhan kes rogol terjadi akibat ada peluang yang mengizinkan si perogol itu memuaskan nafsu serakah mereka terhadap mangsa khasnya golongan lemah seperti kanakkanak.

10

Memang kejadian ini adalah ketentuan tuhan dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Tetapi sebagai manusia waras, wanita boleh berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Justeru, undang-undang ketat biar macam mana berat digubal sekalipun bukan jalan penyelesaian mutlak kepada permasalahan ini, ujar beliau. Pandangan Dr. Mahmood Nazar itu ada asasnya. Di Malaysia, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah kes rogol boleh dihukum penjara antara lima tahun dan 20 tahun serta sebatan. Ironinya, dengan hukuman yang berat itu kejadian jenayah seksual tidak pula berkurangan. Lebih mengerikan apabila mangsa kini dibunuh kejam bagi menghapuskan bukti. Jenayah rogol tetap berlaku di Negara Arab Saudi yang terkenal dengan undang-undang ketat mengikut hukum syarak biarpun tidak sebanyak Negara lain. Negara berkenaan lazimnya mencatatkan kurang 100 kes perkosaan setahun. Ia menduduki tempat ke 52 tahun 2003 berbanding Negara teramai penduduk Islam di dunia, Indonesia yang jatuh pada tangga ke 21. Masyarakat tidak boleh ambil mudah keadaan sekitar yang sentiasa selamat kerana malang itu tidak berbau. Kita kena ada pemikiran selalu berwaspada sepanjang masa meskipun tempat itu memang tidak ada lalang, semak atau kawasan gelap sunyi. Kita perlu sediakan payung sebelum hujan terlebih dahulu, tambah Dr. Mahmood Nazar. Reaksi balas masyarakat khususnya selepas sesuatu tragedi itu tercetus wajar dihargai. Ia menunjukkan keperihatinan mereka terhadap nasib malang kanak-kanak tidak berdosa yang menjadi mangsa buas perogol. Namum, janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah. Semua pihak juga seharusnya proaktif sebelum kes sedemikian berlaku. Tanpa keperihatinan ramai, mungkin kes rogol dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak kecil akan terus berlaku pada masa depan sungguhpun pesalah terbabit Berjaya ditangkap dan dihukum. Insiden tragis itu wajar dijadikan iktibar daripada berulang sebelum lebih ramai lagi mangsa terlibat. Inilah langkah yang harus diberikan keutamaan dan penekanan pada masa sekarang ini. Seterusnya terdapat juga banyak kes-kes sumbang mahram yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Boleh dikatakan pada setiap hari kita dapat melihat dalam berita-berita dalam akhbar, majalah mengenai remaja atau orang dewasa yang ditangkap akibat daripada melakukan kesalahan sumbang mahram. Akibat daripada tingkahlaku social
11

ini, banyak berlakunya gejala pembuangan bayi yang ditemui hidup atau mati di merata-rata tempat akibat daripada pergaulan bebas masyarakat remaja atau dewasa pada masa kini. Contoh kes penemuan mayat bayi yang baru lahir dibuang ditemui di Lembah Klang pada 3 April 2008. Kes pertama membabitkan bayi lelaki masih bertali pusat yang ditemui berhampiran medan selera Seksyen 10, Wangsa Maju manakala seorang lagi ditemui di dalam sungai berhampiran Taman Rekreasi Kelab Darul Ehsan, Ulu Kelang. Kes yang paling menyayat hati adalah kes pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di ibu Negara 20 ogos 2007 lalu dan ditemui semula selepas hampir sebulan dengan mayatnya ditemui disumbat dalam beg pakaian, di Taman Petaling Utama, masih menghantui fikiran masyarakat di Negara kita ini. Kes yang seterusnya ialah kes penculikan adik Sharlinie Binti Mohd Nashar, 5 tahun yang belum ditemui sehingga ke hari ini. Ia berlaku terlalu cepat, tak sampai setengah minit selepas saya berpaling ke belakang sebelum menoleh semula ke depan, dia (Sharlinie) sudah tiada. Ketika itu, saya ada di belakangnya dengan menunggang basikal, manakala dia pula berjalan kaki di lorong perumahan untuk pulang ke rumah, kata Sharliena 8 tahun mengenai adiknya yang hilang dipercayai diculik lelaki kucing, pada pagi 9 januari 2008. Kehilangan adik Sharlinie turut dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer daripada tempat kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun yang diculik sebelum dipulangkan semula dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama. Kita dikejutkan dengan kes penculikan seorang kanak-kanak, Sharlinie Mohd Nasyar pada 9 Januari lalu. Kes seumpama ini bukan yang pertama di Negara kita, sebaliknya beberapa kes jenayah lain yang diperlakukan ke atas kanak-kanak seperti Nurin Jazlin Jazimin sebelum ini amat membimbangkan. Isu ini sangat menyayat hati dan perasaan kita hingga mendapat respon baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tidak boleh dibayangkan bagaimana zalimnya penjenayah sekarang hingga sanggup menyakiti mereka tidak berdosa, apatah lagi kanak-kanak yang masih mentah dan tidak tahu selok belok dunia kehidupan yang penuh mencabar. Dalam pada itu, peningkatan kadar jenayah di Negara ini amat membimbangkan. Beberapa kes pembunuhan seperti kes kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaruh, Datuk S Krishnasamy 11 Januari lalu, menguatkan lagi keyakinan kita
12

mengenainya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengakui kadar jenayah di seluruh Negara menunjukkan aliran peningkatan. Perkembangan itu dimaklumkan pada sesi taklimat kepada Jawatankuasa Khas Intergriti Parlimen yang disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Perancangan Strategi) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Nooryah Md Anuar dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketemteraman Awam (KDNKA), Datuk Jamaluddin Khalid. Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, perkembangan itu membuktikan bahawa persepsi orang ramai berlaku peningkatan kadar jenayah di negara ini adalah benar meskipun ada kawasan tertentu yang didapati menurun. Andaian bahawa jenayah di Negara ini banyak membabitkan pendatang tanpa izin atau warga asing didapati tidak benar kerana rekod pasukan keselamatan itu mendapati 80 peratus daripada kes jenayah membabitkan penduduk tempatan. Rentetan daripada itu, tindakan hanya menyalahkan kerajaan dan anggota polis kerana gagal menyelesaikan isu ini adalah tidak wajar. Justeru itu saya sebagai seorang daripada ahli masyarakat ingin menyarankan kepada semua agar kita sama-sama berganding bahu dan memberikan kerjasama terbaik kepada pihak berkuasa dalam membanteraskan jenayah di negara kita ini. Oleh itu semua pihak harus mengambil tahu tentang keadaan sekeliling dan persekitaran baik di kampung-kampung, Bandar, desa, taman-taman perumahan misalnya semangat kejiranan perlulah dipupuk dan jika boleh mengambil peduli hal anak jiran bagi membantu mengurangkan masalah jenayah di setiap kawasan kita. Di samping itu, tindakan proaktif sesetengah pihak dan beberapa agensi kerajaan lain mengedarkan risalah dan poster kehilangan kanak-kanak itu di sekitar ibu kota haruslah dipuji. Langkah ini juga wajar dicontohi persatuan lain sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan bantuan. Tindakan mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat mengenai masalah di sekeliling haruslah dijauhi. Ia amat bertentangan dengan prinsip dan norma kehidupan masyarakat di negara ini yang terkenal dengan budaya saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan taraf kehidupan. Dengan adanya sikap positif dan nilai murni seperti ini ia akan menjamin kehidupan masyarakat yang lebih harmoni di samping berkeupayaan membendung masalah jenayah yang semakin menular di Negara ini.

13

1.5

Gejala Tingkahlaku Sosial Dan Saranannya.

1.5.1 1.5.1.1

Keganasan Terhadap Keluarga. Rogol dan Sumbang Mahram.

Isu-isu keganasan keluarga adalah termasuk seperti rogol, sumbang mahram, keganasan rumah tangga dan gangguan seksual. Penjenayah-penjenayah seks, khususnya mereka yang masih muda, dikatakan mempunyai rasa hormat diri yang rendah. Biasanya mereka merasa bimbang cinta mereka akan ditolak oleh setiap wanita lalu mereka beranggapan mereka tidak mungkin mempunyai kekasih ataupun teman hidup. Oleh itu mereka memilih jenayah seks. Mereka juga berkemungkinan menghidap penyakit-penyakit mental seperti skizofrenia, paranoid, masalah mental bipolar, kegelisahan melampau dan psikotik, kemurungan dan sebagainya. Lebih ironis lagi apabila pakar psikologi berpendapat, dorongan melakukan jenayah seks mungkin berasal daripada sikap ingin tahu yang keterlaluan. Apabila desakan bagi mengetahui sesuatu, khususnya berkaitan seks tidak dapat dipenuhi melalui saluran yang terkawal, mereka akan mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini daripada sumbersumber lain. Sebaik sahaja mengetahuinya, mereka mahukan lebih banyak sehingga ke peringkat mereka mula berfantasi melakukannya. Akibat kerap berfantasi, keinginan mencuba akan meningkat. Ada kalanya mereka berfantasi bukan kerana dorongan ingin tahu yang keterlaluan, tetapi disebabkan ketidakpuasan seks yang dialami ataupun keinginan mencuba perkara yang luar biasa. Walaupun apa yang dikatakan oleh pakar-pakar psikologi tidak berdasarkan kebenaran empiris dan petunjuk-petunjuk yang tidak dapat dikesan secara langsung melalui pemerhatian orang awam, namum ia dapat dijadikan sumber bagi mengesan unsur-unsur yang mendorong perlakuan jenayah seks dan tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan khususnya di kalangan golongan muda dan remaja. Unsur-unsur yang dimaksudkan ini termasuklah ketidakstabilan mental, ketidaksejahteraan keluarga dan latar belakang kehidupan yang mundur, perasaan rendah diri yang keterlaluan dan tidak terkawal,
14

keghairahan berfantasi, ketidakpuasan seks, keinginan mencuba perkara luar biasa, peningkatan rangsangan-rangsangan negatif daripada luar dan sebagainya. Penjenayah-penjenayah remaja sebenarnya belum cukup matang dalam mempertimbangkan kebenaran yang ditemui. Kebanjiran bahan-bahan erotik dan keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada internet, cakera padat dan cakera video digital dapat merangsang keinginan seks terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi. Tanpa unsur-unsur negatif ini, mereka merasakan seperti tidak ada umph dalam media cetak dan media elektronik yang dibaca, dilihat ataupun didengar. Ia mudah merangsang golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun mereka sudah mencapai tahap baligh pada diri mereka. Selain daripada itu, harga bahan-bahan lucah yang murah ini dianggap sebagai bonus kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Kajian Karsmini (1987) menunjukkan, faktor-faktor yang menyebabkan remaja menjadi ganas adalah disebabkan oleh bentuk komunikasi yang sedia ada di dalam keluarga, tahap keganasan yang ada pada remaja dan program televisyen yang mempengaruhi tindakan mereka. Selain dari itu, kajian James, Foe & Breed (1988) menunjukkan, secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen. Oleh itu, maklumat yang diterima oleh deria mereka akan masuk ke minda dan tindakan mereka juga tidak lari daripada apa yang terkandung di dalam otak. Remaja akan terpengaruh apabila mereka kerap didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang sihat itu. Menerusi pembacaan yang tidak terkawal, mereka akan berimaginasi sendiri dan membangkitkan rasa ingin mencuba. Keadaan ini berbetulan dengan teori pembelajaran iaitu teori pelaziman klasikal yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Pelaziman klasikal ini berdasarkan kepada konsep rangsangan dan tindak balas. Dalam kes ini, remaja yang sering menonton bahan-bahan lucah dan erotik bagi mendapat kepuasan akan belajar daripada keadaan itu dan mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di samping itu juga, ia juga dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial di mana tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan role model terutamanya di dalam VCD lucah ataupun dari artis-artis yang popular. Remaja mencontohi apa sahaja yang menarik minatnya (Bandura 1977). Biar pun ada kajian yang membuktikan bahanbahan erotic ini tidak menimbulkan keinginan seks luar kawalan, namum kekerapan melihat
15

atau pun membaca bahan-bahan sedemikian mampu mengubah persepsi remaja mengenai seks. Kajian mendapati, peningkatan pendedahan bahan-bahan lucah di kalangan pelajar unirversiti (lelaki dan perempuan) adalah tiga hingga enam filem seminggu dalam tempoh enam minggu dan ini dapat mengubah persepsi mereka mengenai seks. Contohnya, mereka akan menganggap seks luar nikah itu sebagai normal Lazimnya, bahan-bahan pornografi sering memaparkan unsur-unsur keganasan terutamanya kepada wanita. Dalam bidang psikologi sendiri, manusia digambarkan sebagai sukakan keganasan. Jiwa manusia terbahagi kepada dua iaitu hidup (seks) dan mati (pembunuhan dan peperangan). Setiap manusia berpeluang bertindak ganas seperti membunuh. Walau bagaimanapun, niat ini terhalang oleh norma-norma sosial seperti takutkan hukum Tuhan dan undang-undang. Sekiranya norma-norma sosial tidak wujud dalam diri individu, akan lahirlah penjenayah seperti pembunuh dan perogol. Oleh itu, media massa perlu diberikan perhatian supaya kandungan rancangan yang disiarkan adalah berbentuk positif dan proaktif bagi mengatasi pencemaran budaya remaja ini. Ahli sosiologi, psikologi dan pendidik bersependapat mengatakan penampilan seksi wanita juga adalah punca berlakunya kejadian rogol dan bunuh. Selain dari itu, kurang didikan agama dan moral di kalangan ibu bapa mahupun anak-anak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga menjadi punca kes-kes jenayah seksual berleluasa. Ajaran akhlak seperti menghormati orang tua, sembahyang, beradab dan sebagainya dipandang ringan oleh ibu bapa. Menurut kajian Michelle, Thomas dan Sinyangwe (1989) mendapati, ajaran agama dapat menjadi pelita ataupun regangan moral dalam diri remaja supaya mereka dapat berfikir sebelum melakukan perkara yang tidak bermoral. Selain dari itu pengaruh dadah, pil-pil khayal dan arak juga dapat mengakibatkan seseorang bertindak ganas dan melakukan jenayah seksual.

1.5.1.2

Keganasan Rumah Tangga.

Sekiranya anda seorang suri rumah atau isteri atau suami mahupun anak-anak, anda juga boleh jadi antara mangsa. Bagaimana anda dapat mengenalpasti anda seorang mangsa? Adakah ciri-ciri yang dispesifikasikan terhadap seseorang yang menjadi mangsa jenayah rumahtangga ini ? Kita adalah mangsa sekiranya berlaku penderaan yang dilakukan oleh
16

suami atau isteri yang melibatkan penderaan mental, sering dipukul sehingga menyebabkan kecederaan, pasangan anda pernah melakukan cubaan untuk membunuh anda, penyataan niat untuk membunuh dan mempunyai tanda-tanda yang kuat untuk membunuh anda, mengambil harta (biasanya harta isteri) secara paksa atau tanpa pengetahuan, anda adalah anak yang dirogol (sumbang muhrim), di bawah umur dibiarkan tanpa penjagaan, anda adalah anak yang dibuang dan sebagainya. Jenayah keganasan rumah tangga ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu jenayah terhadap suami, jenayah terhadap isteri dan jenayah terhadap anak-anak. Terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong berlakunya jenayah rumah tangga di dalam masyarakat kita pada hari ini. Di antaranya adalah personaliti ibu bapa yang terdapat di dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Biasanya suami isteri yang kurang mempunyai persediaan dalam menghadapi tanggungjawab rumah tangga. Masalah yang dihadapi oleh suami isteri di dalam keluarga tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik yang menyebabkan suami isteri menjadikan anak-anak, isteri atau suami sebagai tempat melepaskannya. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya penganiayaan terhadap isteri atau anak-anak. Suami isteri yang tidak mendapat dan mempunyai pendidikan agama yang cukup juga boleh mendorong berlakunya jenayah rumah tangga. Ini menyebabkan berlakunya jenayah sumbang muhrim kerana tidak dapat menahan nafsu atau perasaan mereka. Keadaan ekonomi juga boleh mempengaruhi berlakunya jenayah rumah tangga dalam sesebuah keluarga. Personaliti anak-anak juga merupakan faktor yang mendorong berlakunya jenayah rumah tangga. Tabiat anak-anak yang suka menangis dan nakal juga mudah menyebabkan berlakunya jenayah penganiayaan terhadap anak-anak oleh ibu bapa. Cara pakaian anakanak yang kurang sopan dan mendedah aurat di hadapan ahli keluarga lain juga menjadi penyebab berlakunya jenayah seperti sumbang muhrim, rogol, buang bayi, pembunuhan dan sebagainya. Anak-anak yang diasuh oleh orang lain kadang-kadang menunjukan perasaan rasa benci terhadap ibu bapa mereka. Ini juga boleh menyebabkan timbulnya masalah hubungan yang tidak baik antara anak dengan ibu bapa mereka. Jenayah rumah tangga juga boleh berlaku akibat daripada campur tangan daripada ahli keluarga yang lain. Campur tangan dari keluarga yang tidak baik atau sesuai dengan keadaan boleh meyebabkan timbulnya pergaduhan, penderaan, pembunuhan dan
17

sebagainya oleh ahli keluarga tersebut. Selain dari itu, masalah jenayah rumah tangga juga berlaku adalah disebabkan daripada perasaan takut isteri atau anak-anak untuk tampil ke depan membuat laporan. Mereka takut tampil ke depan kerana takut kepada tekanan sosial dari masyarakat sekeliling, takut ancaman dari suami atau keluarga, takut jatuhkan maruah suami dan keluarga, masalah kewangan, takut dicerai atau sebagainya menyebabkan jenayah yang dilakukan terus berleluasa dan tidak dapat dibendung. Jenayah rumah tangga juga boleh berlaku akibat daripada kurangnya keperihatinan masyarakat terhadap keadaan sekeliling masyarakat yang berlaku. Perasaan pentingkan diri sendiri, tidak suka bergaul dengan orang lain, tidak bertegur sapa antara jiran, kurang menziarahi rakan taulan atau saudara mara juga menjadikan hubungan keluarga, masyarakat menjadi semakin renggang. Ini memudahkan banyak masalah sosial berlaku di dalam masyarakat kita. Selain dari itu, naluri yang dimiliki oleh manusia seperti naluri kasih sayang, lemah lembut, kasih mengasihi, benci-membenci, dengki, iri hati, tolong menolong dan sebagainya juga menjadi faktor kepada jenayah rumah tangga jika naluri-naluri ini tidak dijaga atau disalah gunakan. Naluri-naluri yang dimiliki oleh manusia jika tidak diatur dan dijaga dengan betul boleh menyebabkan berlakunya kes-kes penderaan, penganiayaan, rogol, pembunuhan dan sebagainya. Jenayah rumah tangga boleh diatasi dengan berbagai-bagai cara. Antaranya ialah setiap individu yang ingin berkeluarga perlulah membuat persediaan yang baik sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang akan dibawa setelah berkeluarga nanti. Baik dari segi ilmu pengetahuan dan pendidikan, ekonomi, sosial, agama atau sebagainya yang dapat membantu dalam memikul tangguangjawab keluarga nanti. Seterusnya keluarga atau institusi keluarga juga perlu membantu keluarga yang bermasalah dengan cara memberi nasihat, bimbingan atau tunjuk ajar. Keluarga memainkan peranan dalam memberikan pendidikan, kasih sayang, sikap ambil tahu, prihatin, meminta bantuan dari luar jika jenayah berterusan, pemantauan dan sebagainya. Badan-badan kerajaan juga memainkan peranan dalam usaha mencegah berlakunya jenayah rumah tangga ini. Kerajaan perlu memberikan pendidikan yang baik kepada rakyat dalam melahirkan masyarakat yang baik, berilmu, berpendidikan dan sebagainya. Pihak berkuasa juga perlu mengambil berat kes-kes jenayah yang berlaku atau yang dilaporkan agar ia tidak dipandang remeh oleh masyarakat terutamanya penjenayah.

18

Para pengkaji kes penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanakkanak yang saling berkait. Jenis penderaan yang akan menjadi fokus utama adalah penderaan fizikal, seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan fizikal sebagai suatu fenomena sosial yang ditakrif sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yang terlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak. Ammerman dan Hersen (1990) berpendapat bahawa Faktor tambahan yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan disiplin di kalangan ibi bapa, kecederaan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pembolehubah penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkan mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau patah gigi. Pakar perubatan juga mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Camerin 1972), retak dan patah tulang (ONeil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh punting rokok ( Smith & Hanson 1974 ). Di samping itu, Oates (1993:57) membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut. Namum begitu, banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera fizikal kanakkanak. Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya. Takrif Akta Perlindungan Kanak-kanak dan diagnosis pakar
19

perubatan perlu diberi perhatian bagi menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal. Pakar perubatan juga mendapati kadang kala penderaan fizikal mempunyai hubung kait dengan lain-lain jenis penderaan seperti penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak. Seterusnya Penderaan Seksual merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksplotasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta perlindungan kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apaapa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Menurut Schechter dan Roberge (1976), dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di dalam keluarga seperti sumbang muhrim contohnya atau bagi upacara ritual tertentu. Menurut Finkelhor pula (1979:23) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa mengizinkan perlakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanak-kanak tersebut. Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan (Davidson & Nicol, 1993:47). Oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional. Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya (lihat Kieran O Hagan, 1993:32). Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan

20

berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak. Akta perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, kecelaruan mental atau tingkahlaku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian atau tumbesaran yang lambat. Penderaan emosional diklasifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain. Menurut Whiting (1976:3), punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibu bapa, penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak diberi rawatan yang sewajarnya oleh ibu bapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar dikenal pasti. Ianya dapat dilihat bertahap-tahap melalui tingkah laku mengikut perkembangan umur kanak-kanak. Menurut Skuse (1993:28), penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur pra sekolah, umur persekolahan dan umur remaja. Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh. Contohnya pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak minat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan sebagainya. Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi adalah pengabaian ibu bapa atau penderaan terhadap kanak-kanak tersebut. Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen, 1990:28). Salah satu contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja. Ahta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan pengabaian kanak-kanak sebagai membiarkan seseorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu, termasuk tidak menyediakan makanan dengan secukupnya, tidak memberi pakaian, rawatan kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan berasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaan takut apabila berhadapan dengan orang lain dan mereka akan berkelakuan ganjil. Mereka takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri.
21

Jika dilihat dari aspek psikologi, menurut Kieran O Hagan (1993:101) keadaan seumpama itu menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mangsa penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun ke atas selalunya mengalami gangguan emosi dan personaliti. Kebanyakan pendera adalah ibu bapa kandung atau penjaga rapat kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk. Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut Skuse, (1993:31) kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai disorders of biological rhythms contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus. Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Runtunan faktor-faktor itu dapat dikupas dalam kerangka teori dan ianya membantu analisis data kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

1.5.1.3

Kes Gangguan Seksual.

Kes-kes gangguan seksual ini akan meninggalkan kesan jangka panjang dan jangka pendek kepada mangsa, penjenayah dan juga masyarakat. Bagi mangsa deraan seksual, ia meninggalkan kesan psikologi, interpersonal, serta sukar bersosial dalam masyarakat dan kehidupan masa depan. Keadaan serta penyeksaan seperti ini menyebabkan mangsa-mangsa mengalami mimpi ngeri, fobia, kemurungan dan kebimbangan. Ia juga menyebabkan berlakunya tingkah laku antisosial seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, stigmatization iaitu rasa bersalah, malu dan rasa rendah diri yang menjurus kepada kelakuan mengasingkan diri. Dalam kes yang serius, ia melibatkan bunuh diri. Di samping itu, mangsa juga terdorong menghadapi masalah kecelaruan pemakanan sehingga mengakibatkan aneroxia nervosa dan bulimia nervosa iaitu sukar percaya kepada orang lain. Ini kerana, kes jenayah seksual ini kadang kala melibatkan orang yang dipercayainya dan orang yang berada di sisi mereka seperti rakan sebaya ataupun teman lelaki. Mangsa juga terdorong ke arah penyalahgunaan dadah. Selain kesan psikologi, mangsa juga turut mengalami kehamilan sebelum kahwin. Keadaan ini menambahkan lagi rasa bersalah sehingga menyebabkan mangsa hidup terasing dan
22

takut hendak keluar rumah. Mereka takut dipandang hina dan dikutuk masyarakat walaupun sebenarnya mereka adakah mangsa. Bagi penjenayah pula, mereka mengalami ketidaksuburan dan jangkitan HIV. Mereka juga boleh dijangkiti AIDS sekiranya jangkitan berterusan atau pun sentiasa menukar pasangan. Mereka juga menjadi semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan semata-mata bagi mencapai kepuasan nafsu mereka. Sementara itu, kes jenayah seksual ini bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa dan perogol, malah menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan dan kerisauan terutamanya anak-anak gadis. Di samping itu, norma-norma hidup masyarakat juga terjejas dengan berlakunya kes-kes pembuangan bayi ataupun pengguguran bayi yang semakin meningkat pada setiap hari pada masa kini. Ini kerana, mangsa-mangsa malu hendak mengaku ataupun menjaga bayi itu kerana masyarakat menganggapnya sebagai anak luar nikah dan akan dipandang hina oleh masyarakat sepanjang umur dan hidup mereka. Untuk mengatasi masalah-masalah jenayah gangguan seksual, beberapa langkah perlulah diambil. Memandangkan kes-kes jenayah seksual dikalangan remaja, dewasa mahupun kanak-kanak semakin berleluasa di dalam masyarakat kita pada hari ini, beberapa langkah pencegahan perlulah difikirkan bagi membendungnya daripada menjadi semakin serius. Kawalan lebih ketat adalah perlu bagi mengawal penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah di kalangan para pelajar, remaja dan golongan dewasa. Hukuman lebih ketat perlu dikenakan ke atas mereka yang terlibat dengan kegiatan ini serta kepada remaja yang disabitkan kesalahan melakukan jenayah seksual. Hukuman yang lebih berat daripada segi undang-undang dan mengurangkan had umur dijatuhi hukuman tidak memberi impak jangka panjang, malah menjana reaksi penentangan yang lebih destruktif. Penguatkuasaan hukuman akan menimbulkan kemarahan golongan muda kepada sistem undang-undang dan kepada masyarakat. Keadaan ini tidak akam membantu menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, hukuman adalah faktor pencegahan yang tidak dapat dikesampingkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya hukuman berat boleh berfungsi sebagai amaran supaya mereka yang ingin melakukan jenayah seks itu akan berfikir dan takut untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang serta hukuman perlu diiringi dengan langkah-langkah pencegahan ke atas golongan wanita, gadis, pelajar
23

sekolah dan kanak-kanak perempuan yang semakin terdedah dengan jenayah seksual. Aspek keselamatan di sekolah, tempat kerja, premis persendirian dan kawasan awam perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian, persekitaran yang sihat perlu diwujudkan. Sekiranya tidak, masalah jenayah seksual ini akan terus berlaku dan mungkin dalam bentuk yang lebih dahsyat serta menakutkan. Gadis remaja perlu diberi pengetahuan mengenai bentuk salah laku seksual, cara menghadapi dan sedia berkongsi dengan orang dewasa apabila ia berlaku pada diri mereka. Seterusnya, remaja yang menjadi mangsa sebaik-baiknya tidak dibiarkan bersendirian dalam menyelesaikan masalahnya tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Kerjasama dan tanggungjawab bersama daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan remaja itu sendiri adalah perlu bagi membantunya menghadapi masalah tersebut. Seterusnya ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka yang sepatutnya terhadap anakanak mereka dengan sebaik yang mungkin. Ibu bapa sebaik-baiknya tidak menunggu remaja menghadapi ataupun meluahkan masalah kepada mereka. Sebaliknya, ibu bapa perlu mendekati mereka setiap masa. Ini memudahkan mereka mengenali perubahan remaja daripada segi pergaulan mahupun pembelajaran. Ini membolehkan kedua-dua pihak samasama berusaha mencari jalan penyelesaian. Ibu bapa juga perlu mempelajari teknik keibubapaan supaya mereka tidak cepat menempelak ataupun menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan kepada anak-anak remaja mereka. Remaja tidak akan meluahkan masalah sebaliknya menyembunyikan masalah itu. Dengan itu, cara-cara keibubapaan yang berkesan perlu dianjurkan dan disebarkan melalui risalah, akhbar, seminar dan pelbagai media cetak dan elektronik supaya ia dapat dipraktikkan. Pendidik atau pengajar juga adalah kumpulan terhampir dengan remaja. Ini kerana, hampir setiap hari guru bersemuka dengan remaja. Secara tidak langsung, remaja yang bermasalah dapat dikenali walaupun remaja itu tidak menceritakan masalahnya kepada mereka. Khidmat rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting di dalam menangani masalah jenayah seksual dalam masyarakat kita pada masa kini. Tidak semua remaja dapat menerima khidmat kaunselor kerana mereka lebih mempercayai rakan sebaya. Pada kebiasaannya, remaja akan merujuk kepada pembimbing rakan sebaya bagi mengatasi masalah mereka. Pembimbing rakan sebaya (PRS) bertindak sebagai penghubung atau perantara remaja dengan kaunselor. Oleh yang demikian, kaunselor, pengajar dan pendidik

24

perlu sentiasa memberi bimbingan kepada pembimbing rakan sebaya supaya mereka berupaya membimbing rakan remaja mereka. Seterusnya, masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk mengatasi masalah jenayah seksual ini. Masyarakat merupakan satu kelompok yang mempunyai tanggungjawab di dalam masyarakat itu sendiri. Masyarakat sebagai satu kelompok terbesar sering menuding kesalahan kepara para remaja. Walhal, masyarakat turut memainkan peranan tersendiri dalam menangani masalah ini. Keperihatinan dan pergaulan dengan remaja adalah perlu. Dengan ini, masalah remaja dapat difahami. Selain daripada itu, perlu diadakan perbincangan atau forum yang melibatkan kehadiran masyarakat dan remaja bersama-sama. Masyarakat tidak perlu membuat perbandingan zaman remaja dahulu dengan zaman sekarang. Ini kerana, terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua zaman itu. Pada zaman dahulu, kehidupan remaja kurang mencabar berbanding pada zaman sekarang. Pengaruh budaya barat dan media massa pada hari ini semakin berleluasa dan remaja pula mudah terpengaruh dengan budaya barat yang banyak unsurunsur negatif. Selain dari itu, dalam usaha mengatasi pencemaran budaya remaja, beban ini sebaikbaiknya tidak diletakkan atas tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat sahaja tetapi juga kepada diri remaja itu sendiri. Perkara pertama yang perlu diteliti oleh remaja itu sendiri adalah bagaimana pembentukan peribadi remaja mereka. Dengan itu, setiap perbuatan yang dilakukan lebih memberi manfaat. Remaja juga perlu membangun dan dibangunkan. Penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Nilai murni seperti ini dapat mengukuhkan keimanan, seterusnya menguatkan umat menuju ke arah pembangunan Negara. Menurut teori Erik Erikson (1963), terdapat lapan tahap perkembangan yang berlaku sepanjang hayat manusia dan setiap tahap mempunyai tugas perkembangan yang unik. Remaja kini berada pada tahap perkembangan identiti melawan kekeliruan identiti ataupun peranan. Perubahan besar yang dialami remaja adalah perkembangan sosial. Mereka sedang meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka. Hubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan identiti. Remaja adalah golongan yang sentiasa memerlukan bimbingan dan sokongan. Oleh itu, mereka perlu dibantu supaya tidak terkeliru sepanjang membuat
25

keputusan dalam kehidupan. Kesilapan memilih jalan pada usia remaja akan menghancurkan hidup mereka kecuali mereka menemui pintu taubat sendiri. Pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Dalam konteks perlakuan jenayah seks yang didorong oleh unsur-unsur keghairahan berfantasi akibat keinginan mencuba dan ketidakpuasan seks, sikap merahsiakan maklumat-maklumat seks dan kaedahkaedah meredakan keinginan melakukannya di luar batasan kemanusiaan mungkin sudah tidak relevan. Sikap keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu berkaitan seks tidak dapat dipertikaikan lagi. Perspektif seks yang lebih positif perlu disebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Pendekatan formal dan indoktrinasi yang digunakan juga perlu dikaji semula selaras dengan fenomena kebebasan semasa dan perubahan nilai kehidupan moden. Kurikulum pendidikan seks perlu dibentuk dan diajarkan kepada remaja. Maklumat berkenaan seks yang disampaikan secara formal sebagai sebagai ilmu sains reproduktif menambahkan pengetahuan mengenai fungsi seks sebagai kaedah pembiakan semulajadi demi kelangsungan spesies. Ilmu kesihatan reprokduktif perlu memberi penekanan mengenai aktiviti seks yang tidak sihat yang mendedahkan manusia kepada pelbagai jenis penyakit. Selain itu, para pendidik juga perlu berfikiran lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat-maklumat pendidikan seks.

1.6

Kesimpulan.

Kesimpulannya, salah laku seksual perlu ditangani dengan serius kerana perlakuan jenayah yang dilakukan bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah mengganggu kehidupan orang lain. Pendekatan secara bersepadu melibatkan semua pihak perlu dilakukan segera kerana penjenayah seperti ini seolah-olah satu bom jangka yang merbahaya dan boleh menjejaskan ketenteraman awam. Oleh itu, semua pihak dari segenap lapisan masyarakat perlu memberikan kerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalahmasalah yang berkaitan dengan fenomena tingkahlaku sosial yang menyeleweng dari norma-norma kehidupan yang sepatutnya yang semakin berleluasa berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini.

26

2.0

Soalan Tugasan 2.

Dewasa ini kes penculikan kanak-kanak samada berakhir dengan penemuan semula atau kematian kerapkali berlaku. Bincangkan perkara ini dengan menyatakan beberapa contoh yang berlaku. Kes-kes sebegini boleh dielakkan atau dikurangkan sekiranya isu-isu yang dibincangkan dalam subjek kesihatan diri dan keluarga ini diberi perhatian. Bagaimana penekanan terhadap HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA dapat menyumbang kea rah penyelesaian masalah ini.

2.1

Contoh-Contoh Kes Penculikan Kanak-kanak.

Jenayah rogol dan pembunuhan kejam kepada mangsa, terutama kanak-kanak seakan fenomena yang tiada noktah. Laporan tragedi menyayat hati berkaitan kes seumpama itu kini senyap seketika. Namum jangan di sangka air yang tenang tiada buaya, Kita seharusnya sentiasa berwaspada mengelak sebarang kejadian itu menimpa mana-mana juga mangsa, pada masa akan datang. Kes yang paling menyayat hati adalah kes pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di ibu Negara 20 ogos 2007 lalu dan ditemui semula selepas hampir sebulan dengan mayatnya ditemui disumbat dalam beg pakaian, di Taman Petaling Utama, masih menghantui fikiran masyarakat di Negara kita ini. Kejadian ini adalah antara kes profil tinggi yang kini masih belum dapat diselesaikan kerana penjenayah belum dapat dijejaki. Selain kes rogol dan cabul, ada banyak lagi kes jenayah bentuk lain masih gagal diselesaikan X- files. Dalam kes jenayah itu, polis mempunyai
27

pendekatan tersendiri untuk menyelesaikannya termasuk menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan mengambil cap jari jenayah di tempat kejadian atau mengambil mana-mana sampel biologi seperti air liur, bulu, rambut dan peluh. Apa yang lebih penting, semua laporan DNA itu boleh disimpan dalam pangkalan data profil penjenayah, supaya sekiranya penjenayah melakukan jenayah sekali lagi, polis tidak menghadapi masalah untuk memburu mereka. Kes yang seterusnya ialah kes penculikan adik Sharlinie Binti Mohd Nashar, 5 tahun yang belum ditemui sehingga ke hari ini. Ia berlaku terlalu cepat, tak sampai setengah minit selepas saya berpaling ke belakang sebelum menoleh semula ke depan, dia (Sharlinie) sudah tiada. Ketika itu, saya ada di belakangnya dengan menunggang basikal, manakala dia pula berjalan kaki di lorong perumahan untuk pulang ke rumah, kata Sharliena 8 tahun mengenai adiknya yang hilang dipercayai diculik lelaki kucing, pada pagi 9 januari 2008. Kehilangan adik Sharlinie turut dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer daripada tempat kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun yang diculik sebelum dipulangkan semula dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama. Lelaki kucing itu turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin pada tahun lalu. Ketika kejadian jam 11.30 pagi semalam, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan pulang bersama kakaknya Sharliena melalui satu lorong untuk pulang ke rumahnya di Taman Medan selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka. Menurut kakaknya Sharliena, dia dan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan Linie sepatutnya ke kelas mengaji al-Quran selepas pulang dari sekolah jam 11 pagi, tetapi keduadua mereka ponteng untuk pergi bermain di taman permainan. Saya pulang ke rumah melalui lorong perumahan teres dua tingkat selepas hampir setengah jam bermain di taman permainan bersama Linie. Adik yang berjalan kaki di hadapan saya lesap secara tiba-tiba. Pelik rasanya kerana sebaik menoleh semula ke depan selepas melihat sesuatu di belakang, Linie dah tiada, katanya ketika ditemui di ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya. Liena mendakwa, sebelum kejadian, dia ada ternampak seorang wanita sedang berjalan di lorong berkenaan. Ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28 tahun berkata, dia menyangka kedua-dua anaknya ke kelas mengaji al-Quran seperti hari-hari lain dan terkejut apabila Liena pulang ke rumah beberapa minit selapas kejadian untuk memberitahu kehilangan adiknya Linie.

28

Sebaik mengetahui kejadian itu, saya membuat laporan di Balai Polis Taman Medan, kirakira jam 2 petang sebelum ke IPD Petaling Jaya, katanya. Suri rumah itu berkata, dia berdoa agar tiada perkara buruk berlaku pada anaknya seperti kes yang pernah menimpa kanak-kanak malang lain sebelum ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohanad berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kehilangan Sharlinie mempunyai kaitan dengan lelaki kucing. Bagaimanapun, berdasarkan taktik yang digunakan lelaki itu sama dengan kes sebelum ini, polis tidak menolak kemungkinan dia turut terbabit dalam kes terbaru ini, katanya ketika ditemui. Harian Metro semalam melaporkan, Nur Fatiha dipercayai diculik seorang lelaki disyaki lelaki kucing yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucing dan burungnya yang hilang ketika mangsa sedang bermain di Pangsapuri Desa Sepakat Sri Manja, Taman Medan, Petaling Jaya. Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki terbabit kemudian dibawa menaiki motosikal sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Setapak Jaya, Kuala Lumpur, pada jam 7.45 malam. Orang ramai yang menemui kanak-kanak itu kemudiannya membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju. Selepas kira-kira 48 jam NurFatiha Zaidi berumur 6 tahun ditemui terselamat daripada menjadi mangsa cabul lelaki kucing, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat lakaran wajah lelaki yang disyaki melarikan kanak-kanak berkenaan dengan motosikal. Lakaran wajah suspek disiapkan berdasarkan keterangan adik Nur Fatiha yang diambil oleh pegawai di IPD Petaling Jaya bagi memburu suspek yang dikehendaki itu. Fotofit suspek didedahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad kepada media bagi membolehkan saksi atau orang ramai yang mengenali lelaki terbabit segera menghubungi pihak polis. Pada sidang akhbar tergempar, Arjunaidi berkata, suspek yang berusia 30-an itu dipercayai masih bebas, justeru beliau meminta orang ramai lebih berhat-hati supaya kejadian sama tidak berulang. Bagaimanapun, lakaran suspek lelaki kucing yang diedarkan semalam mencetuskan seribu satu tanda tanya apabila wajahnya didapati 80 peratus mirip iras muka suspek lelaki yang dikehendaki berhubung kes culik dan bunuh adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun pada tahun lalu. Lakaran diedarkan polis pada 3 Oktober lalu , suspek lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu mencari bilik sewa di sekitar Bangsar untuk dihuni bersama anak perempuannya, beberapa hari sebelum mayat Nurin ditemui dalam sebuah beg di Taman Petaling Utama, Petaling
29

Jaya pada 17 September 2007 yang lalu. Susulan itu pemilik bilik sewa berkenaan membuat laporan polis sebelum lakaran wajah suspek terbabit diedarkan kepada media oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee. Pemerhatian sekali imbas mendapati wajah suspek pembunuh Nurin dan penculik Fatiha mempunyai ciri wajah yang hampir sama terutama pada bahagian dahi, rambut, misai dan bibir. Malah lakaran wajah suspek dalam dua kes berasingan itu didapati mempunyai bentuk telinga dan hidung yang hampir sama. Persamaan yang tidak mungkin disengajakan itu mencetuskan persoalan sama ada kedua-dua suspek lelaki sama yang sedang diburu oleh polis. Berdasarkan maklumat awal diberikan oleh adik Fatiha kepada polis. Georgetown, belum pun selesai siasatan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun yang mayatnya dijumpai dalam beg pakaian sukan selepas hilang selama 27 hari, seorang lagi kanak-kanak perempuan dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di kampong Kolam di sini empat hari yang lalu. Malah, kehilangan Rekha Abdullah, 10 tahun juga menyamai kes Nurin yang tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2007 sebelum mayatnya dijumpai hampir sebulan selepas itu. Rekha, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (perempuan) Islam, Jalan Larut di sini, dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam untuk membeli cakera padat video (VCD). Bapa tirinya, Ahamad Omar, 49 tahun seorang peniaga barang lusuh, berkata Rekha meminta RM 5 untuk membeli VCD di pasar malam serta mengajak abang sulungnya menemaninya. Bagaimanpun, abang Rekha yang berusia belasan tahun ada urusan lain. Berikutan itu, Rekha yang berbaju T dan seluar panjang putih, keluar seorang diri dengan membawa wang RM 5. Ketika itu ibunya, Salmah Selamah Abdullah, 41 tahun seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. Ahamad yang ditemui di rumahnya di sini, berkata beliau sekeluarga bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan anak tirinya itu, tetapi menemui jalan buntu. Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, Ahamad membuat laporan dibalai Polis Central di sini, kira-kira jam 4 pagi. Sehingga kini, kami tidak mendengar sebarang berita mengenainya, katanya. Salmah yang tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya menitiskan air mata apabila menunjukkan potret anak keenamnya itu. Pasangan Salmah dan Ahamad mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu. Ahamad berkata, sebelum ini
30

Rekha sering ke pasar malam, tetapi bersama abang atau rakannya. Sebelum ini tiada masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya, katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Samah Mat, berkata gerakan mencari Rekha dilancarkan sebaik polis menerima laporan mengenai kehilangannya. Operasi mencari kanak-kanak itu diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid. Beliau berkata, usaha mencari di rumah sanak saudara kanak-kanak itu setakat ini gagal menemui mangsa atau mendapat sebarang petunjuk. Gerakan mencari Rekha juga diperluaskan bukan saja ke seluruh Pulau Pinang, malah ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur. Abdul Samah menegaskan, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan, terutama ia membabitkan kanak-kanak perempuan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini. Beliau turut mempersoalkan tindakan bapa tiri Rekha yang membenarkan budak itu keluar seorang diri untuk membeli VCD di pasar malam. Budak itu minta duit daripada bapa tirinya, untuk beli VCD. Bagaimana kanakkanak itu boleh dibenarkan keluar seorang diri pada waktu malam....... itu yang menghairankan, katanya. Georgetown, hati saya sebak apabila dia (Rekha) berlari masuk ke rumah dan memeluk saya sambil menangis teresak-esak. Dengan tidak semena-mena saya turut menitiskan air mata apabila mengenangkan doa kami siang dan malam akhirnya dimakbulkan tuhan, kata Salmah Selamah Abdullah, 41 ibu kepada Rekha Abdullah, 10 tahun yang hilang ketika ke pasar malam dekat rumahnya, kira-kira jam 9 malam lalu. Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, malam tadi, ibu kepada tujuh anak itu memberitahu, Rekha dihantar seorang kenalan keluarga ke rumahnya di Kampung Kolam di sini dengan menaiki motosikal, kira-kira jam 9.30 malam. Menurutnya, anaknya memberitahu, pada hari kejadian, dia bertemu seorang perempuan India di sebuah kedai berhampiran rumahnya sebelum wanita terbabit membawanya ke sebuah rumah di Air Itam. Di rumah berkenaan, anak saya mendakwa dikurung sepanjang tempoh itu dan hanya dibiarkan menonton televisyen walaupun diberikan makanan. Dia juga mendakwa menangis setiap hari kerana mahu pulang ke rumah tetapi wanita itu akan memarahinya. Bagaimanapun, tiba-tiba anak saya dilepaskan dipercayai selepas wanita terbabit membaca laporan akhbar mengenai kehilangan Rekha, katanya dengan nada sedih. Salmah berkata, anaknya turut memberitahu dia dihantar ke perhentian bas tidak jauh dari rumah wanita
31

terbabit sebelum kanak-kanak itu menaiki bas, semalam. Menurutnya, anaknya kemudian turun di kawasan Masjid Kapitan Keling, di sini dan secara kebetulan, sepasang suami isteri yang juga kenalan keluarganya mengecam Rekha lalu mengambil dan menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga. Sejak tiba di rumah, Rekha menangis tidak berhenti-henti mungkin kerana masih trauma dan berjanji tidak akan keluar seorang diri lagi selepas ini kerana khuatir kejadian itu berulang, katanya. Rekha dilaporkan tidak pulang selepas tiga jam keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya menyebabkan keluarganya cuba mencari di kawasan berhampiran. Usaha mencari murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut itu di rumah kenalan dan saudara-mara juga menemui jalan buntu menyebabkan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Central, di sini, kira-kira jam 4 pagi keesokannya. Kejadian menimpa Rekha mendapat liputan luas media kerana ia mirip kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, di ibu Negara baru-baru ini yang mayatnya ditemui dalam beg selepas hampir sebulan dilaporkan hilang. Satu lagi kes kehilangan anak, iaitu Nor Amira yang berlaku di Kulim, Kedah dan dapat menemuinya semula. Sebaik nampak wajah Nor Amira, saya terus memeluknya sambil menangis dan bersyukur kerana menemui semula anak saya selepas dia menghilangkan diri Sembilan hari lalu. Nor Amira turut menangis sambil memeluk saya erat, kata Asmah Ismail, 45 tahun ibu kepada Nor Amira Fatihah Mohammad Rosdi, 12 tahun yang hilang ketika pulang dari kelas al-Quran di Taman Kenari di sini, 3 Disember 2007 yang lalu. Murid Sekolah Kebangsaan Convent Kulim itu ditemui keluarganya di sebuah rumah di Kampung Naga Lilit,Padang Serai, dekat sini, kira-kira 7.30 malam. Asmah berkata, dia tidak dapat berkata apa-apa selain bersyukur kepada Allah selepas melihat anaknya dalam keadaan selamat. Menurutnya, dia terkejut dan berdebar-debar apabila seorang individu menghubunginya memaklumkan anak perempuan dipercayai berada di sebuah rumah di kampong berkenaan. Katanya, seorang wanita berusia 40-an kemudian datang ke rumahnya dan menceritakan mengenai anaknya selepas melihat gambar dan berita kehilangan Nor Amira Fatihah di Harian Metro. Katanya, wanita itu memberitahu gambar anaknya yang disiarkan Harian Metro seiras dengan seorang kanak-kanak perempuan yang menetap dengan satu keluarga di Kampung Naga Lilit. Mendengar cerita wanita itu, saya mula resah dan berdebar kerana terlalu merinduinya dan kira-kira jam 7.30 malam tadi (kelmarin) saya serta beberapa ahli keluarga bergegas ke
32

kampong berkenaan dengan menaiki dua kereta. Ketika sampai di rumah berkenaan, saya lihat Nor Amira dan terus menangis, malah adik saya yang turut mengikut saya juga menangis dan terus memeluk Nor Amira. Saya kemudian mengajak Nor Amira pulang kerana bapanya kini sakit akibat terlalu rindukannya yang hilang sejak Sembilan hari lalu, katanya ketika ditemuai di rumahnya di Taman Kota Kenari di sini. Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Mohammad Rosdi Md Noh, 44 tahun, berkata dia bersyukur kerana menemui semula Nor Amira Fatiha dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama media yang membantu menyiarkan berita sehingga anaknya ditemui semula. Katanya, dia juga bersyukur kerana sepanjang Nor Amira Fatiha berada bersama keluarga terbabit, dia dalam keadaan selamat dan sihat. Kini kami sekeluarga amat gembira dan biarlah perkara ini dilupakan Nor Amira, katanya. Kota Bharu, sepanjang perjalanan selama kira-kira enam jam itu, nyawa anak saya, Rania Arisha Rudi, 4 tahun menjadi keutamaan kerana takut dia menempa nasib yang sama seperti adik Sharlinie dan Nurin Jazlin Jazimin, kata mangsa samun yang dilarikan dua anggota tentera selama enam jam, Azlizan Nordin. Azlizan yang mengandung tiga bulan itu, berkata kebimbangan membuatkan dia sentiasa memeluk anaknya termasuklah ketika kereta yang dipandu suspek terbabit dirempuh dari belakang hingga menyebabkan kenderaan itu terbabas oleh polis, dalam gerakan nekad untuk menyelamatkan mereka. Sebaik rempuhan, saya terpelanting dari tempat duduk belakang menyebabkan muka terhantuk kepada cermin kereta. Meskipun luka pada muka dengan berlumuran darah, namun saya tidak melepaskan Rania dari pelukan sehingga kami berdua diselamatkan polis. Meskipun saya cedera ringan akibat terkena serpihan kaca cermin kereta pecah, saya bersyukur Rania selamat tanpa sebarang kecederaan. Ketika dalam tahanan suspek itu, saya sentiasa teringatkan anak bongsu, Ruhil Aqeel, 2 tahun yang menyusu badan dan menunggu di pejabat ayah dekat Pintu Geng, katanya ketika ditemui di rumah keluarganya. Anak kepada pengusaha batik terkenal, Nordin Mahmood itu, berkata sepanjang ditahan, beliau sentiasa merayu kepada dua lelaki yang bersenjatakan pisau itu, supaya tidak diapa-apakan kerana risau keselamatan anak dan kandunganya. Sepanjang malam itu, saya hanya mampu merayu lelaki itu supaya tidak melakukan sesuatu terhadap kami berdua dan saya diberitahu akan selamat jika tidak bertindak sesuatu di luar dugaan atau menjerit. Kejadian itu membuatkan saya trauma dan takut untuk keluar bersendirian. Saya berdoa agar bayi dalam kandungan turut selamat, katanya. Mengimbas kembali saat mula ditahan
33

suspek, Azlizan yang membantu perniagaan bapanya, berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama Rania, singgah di pasar borong Wakaf Che Yeh untuk membeli makanan bagi makan malam keluarganya. Ketika menunggu makanan disiapkan, saya perasan ada seorang lelaki sedang memerhati ke arah kami berdua tetapi saya tidak mencurigai apa-apa sehingga ketika saya hendak memasuki kereta selepas meletakkan Rania ditempat duduk belakang, lelaki terbabit menyerbu masuk sambil mengacukan pisau ke perut. Lelaki terbabit kemudian memaksa saya memandu sebelum dia mengambil alih memandu di hadapan pasar raya dekat Wakaf Che Yeh, katanya.

2.2

Langkah-langkah Mengatasi atau Mengurangkan Kes Penculikan atau

Penderaan Kanak-Kanak.

Jika dilihat kejadian-kejadian kes penculikan, rogol, pembunuhan, penderaan dan sebagainya ke atas kanak-kanak pada masa kini amatlah membimbangkan masyarakat. Oleh itu kita semua perlulah bersatu bersama-sama untuk mencegah, mengatasi dan membendung masalah gejala sosial yang melibatkan kanak-kanak pada masa kini dan akan datang. Seterusnya dalam proses mengatasi dan mengurangkan kes-kes penculikan dan penderaan terhadap kanak-kanak, golongan yang paling utama perlu memainkan peranannya adalah golongan para ibu bapa yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kuala Lumpur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengarahkan pegawainya menyiasat kenapa kanak-kanak perempuan yang ditemui mati menyayat hati dalam longkang berhampiran rumahnya tinggal di rumah berseorangan ketika kejadian. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada ketika itu, beliau akan segera mengarahkan pegawainya membuat siasatan yang terperinci. Saya minta ibu bapa peka dengan keselamatan anak walaupun di rumah sendiri. Kita fahami ramai ibu bapa sekarang sibuk dengan kerjaya mereka masing-masing, namun begitu tidak seharusnya mereka mengabaikan anak mereka. Seharusnya mereka mencari alternatif bagi memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Saya rasa sedih dan kesal dengan tragedi yang menimpa Preeshena Varshiny dan mahu polis mencari segera pembunuhnya kerana kita tidak mahu kejadian yang terjadi kepada Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin berulang. Apabila say abaca mengenai kejadian itu melalui akhbar, saya rasa marah dan kecewa dengan penjenayah yang
34

tidak berperikemanusiaan itu. Sepatutnya kejadian itu tidak lagi berlaku di saat kita masih menangisi pemergian Nurin Jazlin Jazimin yang juga menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut, katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Lembah Pantai. Shahrizat berkata kejadian itu tidak seharusnya berlaku jika masyarakat mengambil tahu keadaan sekeliling. Kekejaman terhadap kanak-kanak harus dihentikan. Saya mahu semua masyarakat menjadi mata dan telinga kepada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Saya yakin pembunuh itu dapat ditangkap kerana mustahil jika tiada siapa yang ternampak kejadian itu, katanya. Kejadian yang berlaku ke atas Preeshena Varshiny, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan St Mary, Selayang yang ditemui mati di dalam longkang Kondominium Casamila Tower, Batu Cave oleh pengawal keselamatan yang meronda sebelum membuat laporan kepada pihak polis. Selain daripada itu, bagi mengurang dan mengelakkan kejadian penderaan atau penculikan ke atas kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga yang kehilangan anak diminta membuat laporan segera dib alai polis berdekatan atau menghubungi talian kecemasan tanpa perlu menunggu sehingga 24 jam bagi memudahkan pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dengan segera. Ketua Bahagian Siasatan Penderaan dan Seksual Kanak-kanak Bukit Aman, Asisten Komisioner Suguram Bibi Munshee Deen, berkata sebarang langkah pengesanan awal mampu mengekang penculik daripada membawa mangsa ke lokasi yang lebih jauh. Kes kehilangan kanak-kanak terutama yang masih dibangku sekolah perlu dilaporkan secepat mungkin. Adakala ibu bapa atau penjaga cuba mencari anak mereka dahulu di kawasan sekitar hingga mengambil masa berjam-jam sebelum membuat laporan polis. Dalam tempoh itu, berkemungkinan penculik sudah membawa anak mereka ke lokasi yang lebih jauh, katanya pada sidang media pada Seminar Keselamatan Kanak-kanak. Seminar anjuran pelajar tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) separuh masa Universiti Teknologi Mara (UITM) itu diadakan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM), Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat serta Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan. Hadir sama, Penolong Naib Canselor UiTM, Profesor Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Meme Zainal Rashid. Program keibubapaan yang disertai kira-kira 500 kakitangan TM bersama anak mereka turut mendapat pengisian daripada penceramah jemputan termasuk angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaphar Shukor
35

dan penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim yang berkongsi tips menjaga keselamatan kanak-kanak. Dua bapa yang kehilangan anak, iaitu Jazimin Abdul Jalil dan Mohd Nashar Mat Hussin turut berkongsi pengalaman dengan peserta seminar. Anak Jazimin, Nurin Jazlin dilaporkan hilang 20 ogos 2007 yang lalu dan mayatnya ditemui dalam keadaan amat menyedihkan 27 hari selepas itu. Anak Mohd Nashar, Sharlinie, 5 tahun pula hilang sejak 9 Januari 2008 yang lalu dan belum dijumpai sehingga ke hari ini. Selain dari itu, pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengarahkan semua sekolah di seluruh Negara mengambil langkah tambahan segera untuk meningkatkan keselamatan murid, berikutan beberapa kes kanak-kanak hilang sejak kebelakangan ini. Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata semua pengetua dan guru besar kini perlu memastikan murid yang dating awal dikumpulkan setempat dalam kawasan sekolah, manakala yang pulang lewat juga dikehendaki menunggu ibu bapa atau penjaga di situ. Pengetua, guru besar dan guru diarah supaya memberi peringatan kepada semua murid mengenai pelbagai kaedah menjaga keselamatan diri pada setiap kali perhimpunan dan di dalam kelas sebelum sesi persekolahan berakhir. Semua murid digalakkan memakai pakaian seragam sekolah atau baju yang mempunyai lambing sekolah ketika mengikuti aktiviti di luar kelas kerana ia memudahkan mereka mendapatkan pertolongan jika berlaku kecemasan. Mereka juga diarah membenarkan penggunaan telefon kepada murid untuk menghubungi ibu bapa jika diperlukan, manakala guru yang melakukan perubahan masa kegiatan kokurikulum harus memaklumkan perkara itu lebih awal kepada ibu bapa. Langkah keselamatan ini hendaklah dilakukan segera sebagai tambahan kepada Program Sekolah Selamat sedia ada, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuafakatan Pengurusan Kementerian Pelajaran bersama 26 persatuan gur dan pengarah pendidikan. Pada 2002, kementerian telah melancarkan Program Sekolah Selamat yang membabitkan kerjasama warga sekolah termasuk guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentakbir sekolah, kaunselor dan pengawal keselamatan, selain ibu bapa serta masyarakat. Ia antara lain bertujuan memastikan keselamatan murid ketika mengikuti sesi persekolahan dan merancang persediaan menghadapi sesuatu krisis yang tidak diingini termasuk kemalangan, bencana alam, keganasan dan seumpamanya. Menerusi program itu, Jawatankuasa Sekolah Selamat ditubuhkan untuk merangka Pelan Pengurusan Krisis bagi memantau keperluan keselamatan sekolah dan mengenal pasti masalah, mencadang program, dasar serta
36

membantu menguruskan keadaan sebelum atau selepas sesuatu krisis. Satu pekeliling berhubung langkah tambahan itu akan diedarkan kepada semua sekolah dan mereka perlu mematuhinya bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan murid. Pada masa yang sama, kawalan keselamatan di kawasan sekolah perlu diperketatkan dengan pengawal keselamatan dikehendaki mengambil butiran pengenalan diri setiap pelawat dan pintu pagar sentiasa dikunci ketika sesi persekolahan. Beliau juga menyarankan kepada sekolah yang mampu digalakan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat strategik sekitar kawasan mereka bagi meningkatkan tahap keselamatan serta mencegah perbuatan menculik kanak-kanak. Kementerian memandang serius kes culik kanak-kanak seperti yang berlaku terhadap adik Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun dan Nurin Jazlin Jazimin yang menimbulkan rasa bimbang ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka ketika pergi dan balik sekolah. Kementerian juga sedang cuba mendapatkan peruntukan khas daripada kerajaan untuk menyediakan CCTV di sekolah-sekolah. Selain itu Alimuddin berkat, antara langkah tambahan lain yang perlu dilakukan sekolah ialah dengan mengadakan kempen keselamatan melalui poster, papan kenyataan, dinding bangunan dan pelbagai kaedah lain untuk dipaparkan di sekitar kawasan sekolah. Aspek yang perlu diberi penekanan ialah mengingatkan murid supaya jangan mudah percaya orang yang tidak dikenali, melalui jalan-jalan yang sunyi, berjalan seorang diri, menerima pelawaan menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali, menerima bantuan atau pemberian orang yang tidak dikenali dan jika diganggu, lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Pengetua dan guru besar juga perlu berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat bagi meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan persekitaran. Seterusnya masalah-masalah gejala tingkah laku sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini amatlah menjadi perbualan dan merisaukan. Bagi membendung gejalagejala dan tingkah laku sosial, berbagai-bagai pihak telah membantu dan memainkan peranan mereka yang tersendiri. Jika dilihat dengan lebih halus, punca-punca gejala sosial yang negatif terjadi adalah berpunca dari faktor dalaman di dalam diri seseorang individu. Seterusnya, seseorang individu yang wujud dalam sesebuah masyarakat adalah berpunca daripada hasil yang dikeluarkan daripada sesuatu institusi keluarga yang akan membentuk sesuatu masyarakat yang lebih besar.

37

Oleh itu, peranan sesebuah keluarga memainkan peranan yang paling penting di dalam proses pembentukan masyarakat yang baik, sihat dan berkualiti. Keluarga memainkan peranan yang utama dalam membentuk tingkah laku ahli keluarga sama ada pro-sosial atau antisosial. Keluarga merupakan sebuah institusi yang paling lama di dunia manakala keibubapaan pula merupakan satu tugas yang tertua di dunia. Peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga dan tanggungjawab ibu bapa adalah amat besar sumbangannya di dalam melahirkan masyarakat umat manusia yang mampu berfungsi sepenuhnya dan proses sosialisasi anak adalah bermula dari dalam institusi kekeluargaan. Keluarga yang dipimpin oleh para ibu bapa akan menentukan bagaimana seseorang anak akan membesar baik dengan personaliti yang baik atau akan menjadi sebaliknya. Sekiranya didikan ibu bapa itu baik dari segi nilai dan kemahiran kehidupan yang positif maka anak-anak mereka akan menjadi seorang individu yang baik walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam menlajani kehidupan seharian. Perumpamaan bapa borek anak rintik ada kalanya mengingatkan kita bahawa setiap apa yang diajarkan, perbuatan, tingkah laku ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak kita. Kebahagian dalam kehidupan berkeluarga merangkumi aspek-aspek kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Jika ke semua aspek-aspek ini dapat mencapai tahap kesejahteraan yang baik maka sesebuah keluarga itu akan mencapai tahap kehidupan yang harmoni dan bahagia. Keluarga yang rukun adalah sebuah keluarga yang bahagia. Begitu juga dengan masyarakat yang hidup dengan rukun dan damai dalam kepelbagaian melahirkan masyarakat yang bahagia. Kerukunan rumahtangga merujuk kepada satu keadaan yang harmoni yang wujud di dalam sesebuah keluarga. Hubungan di antara ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain perlulah sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil. Walaupun wujud masalah di dalam sesebuah keluarga tetapi segala masalah dapat diselesaikan dengan baik dan bersama. Kerukunan rumahtangga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang sihat terutamanya dari aspek-aspek mental, emosi dan sosial kanak-kanak dan seseorang individu yang dilahirkan oleh sesebuah keluarga. Situasi di dalam sesebuah rumahtangga akan menentukan cirri-ciri sosial anak atau ahli keluarga yang dihasilkan. Masyarakat kita percaya bahawa keluarga yang rukun, damai dan bahagia akan melahirkan anak yang berjaya dan mempunyai personaliti yang baik. Sekiranya sesebuah keluarga hidup di dalam keadaan yang tertekan dan penuh dengan konflik, ahli keluarga tersebut akan cenderung untuk mengalami masalah emosi, mental mahupun sosial yang tidak sihat. Oleh
38

itu seseorang individu yang ingin memasuki alam perkahwinan sebelum itu perlulah menyiapkan diri dengan segala bentuk keperluan baik dari segi fizikal, mental, sosial, jasmani, rohani, ekonomi, pendidikan, pengetahuan, agama dan sebagainya supaya keluarga yang akan dibina akan menjadi sebuah keluarga yang dapat menghasilkan masyarakat yang baik dan sihat dari segala aspek kehidupan. Semua imstitusi agama memberi petunjuk dan ajaran yang sama tentang kerukunan rumahtangga. Proses sosialisasi dalam keluarga serta masyarakat telah mendedahkan pengetahuan dan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan berumahtangga. Seterusnya , agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut memainkan peranan di dalam menyediakan bantuan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan yang sesuai dengan perkembangan pada zaman sekarang. Begitu juga jika sesebuah keluarga mengalami sesuatu konflik keluarga, agensi-agensi ini ada menyediakan khidmat bantuan dan kaunseling. Aspek kerohanian merupakan intipati yang penting dalam memelihara kerukunan rumahtangga. Sebagai seorang yang mempunyai pegangan agama dan percaya kepada tuhan, kita perlu kembali kepada ajaran dan panduan apabila berdepan dengan sebarang konflik. Asas kerohanian yang kukuh akan membantu mengekalkan kerukunan dalam sesebuah keluarga yang sihat dan membentuk masyarakat yang sejahtera.

2.3 Kesimpulan. Secara kesimpulannya, terdapat banyak kejadian-kejadian kes penculikan atau pun penderaan terhadap kanak-kanak pada masa kini. Boleh dikatakan setiap hari tersiarnya berita-berita kejadian penculikan atau penderaan kanak-kanak yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan pada hari ini. Gejala sosial ini dilihat semakin serius melanda masyarakat kita pada masa kini. Oleh itu, kita sebagai ahli masyarakat perlulah memberikan perhatian dan mengambil tahu tentang keadaan ini. Berbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan mereka supaya gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini dapat diatasi dan dibendung supaya ianya tidak menjadi semakin parah dan merebak sehingga menjadi satu penyakit sosial yang teruk di dalam masyarakat kita.

39

BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd

Aishah Abd. Samad & Norlia A.Bakar (1996). Pengetahuan Moral Target SPM. Petaling Jaya : Sasbadi.

Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee, Ah Meng (1987) Pedagogi untuk Bakal Guru, Fajar Bakti, Petaling Jaya.

IO, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman.

Iriati Puteh & Goh, C. T. (1995). Pengetahuan Moral Petaling Jaya : Longman.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Heinemann Asia :

40

Ting Chew Peh, (1979). (Konspe Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Marimuthu. T (1990). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharifah. A.A (1988). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya : Longman.

Bagaimanakah Kita Dirosakkan ? MASSA Jan 2004: ms 2.

Amree Ahmad. Jenayah Seksual : Apa Kesudahan Semua Kegilaan Ini ?. MASSA. Utusan Karya, Sdn. Bhd. 24 30 Jan 2004: ms 12-13.

Sarah Zulkifli. Adik Ghaib Depan Mata. Harian Metro. 10 Jan 2008.

Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri. 2 Suspek Nurin Ditahan. Berita Harian. 14 Jan 2008.

41

Anda mungkin juga menyukai