Anda di halaman 1dari 13

Topik7 X TingkahLaku

Sosial

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menerangkan imej kendiri;
2.
Menghuraikan kepentingan Konsep Kendiri, Harga Diri yang positif;
3.
Mengenal pasti perubahan emosi dan sosial yang berkaitan dengan
delekuen juvanil; dan
4.
Menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan seksualiti.

PENGENALAN

Tingkah laku sosial remaja menjadi perbualan setiap masa. Pembangunan yang
pesat, perubahan sosio-ekonomi, demografi serta budaya menyebabkan remaja
masa kini berhadapan dengan kehidupan yang amat berbeza daripada alam
remaja kita pada suatu masa dahulu. Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan
kepada keluarga dalam mendidik remaja malahan golongan remaja sendiri
terpaksa belajar menyesuaikan diri. Pendidikan kemahiran sosial yang baik di
rumah mahupun di sekolah tidak selalunya dapat membentuk semua remaja kita
menjadi warga yang sempurna.
Sebagai orang dewasa kita tidak sepatutnya menilai masalah sosial remaja pada
konteks pengalaman zaman lampau kita sendiri. Kita hanya akan bersikap tidak
adil kepada mereka dan mungkin menyebabkan mereka lebih memberontak.
Memahami perkembangan zaman dan kaitannya dengan perubahan sosial
remaja akan membantu kita memikirkan cara penyelesaian yang lebih baik.

AKTIVITI 7.1
Apakah perubahan emosi yang dialami oleh remaja? Mengapakah
perubahan emosi ini berlaku? Apakah kesannya jika perubahan emosi
tidak ditangani dengan baik?

TOPIK 7

7.1
7.1.1

TINGKAH LAKU SOSIAL

77

IMEJ KENDIRI
Penghargaan Kendiri

Setiap individu dilahirkan sebagai insan yang istimewa. Namun, di dalam proses
sosialisasi sama ada dalam lingkungan keluarga sendiri atau masyarakat,
pertumbuhan kendiri adalah berbeza. Ada di antara kita akan membesar dengan
imej kendiri yang posititif dan ada yang negatif.
Penghargaan diri membawa pengertian yang luas. Penghargaan diri memainkan
peranan dalam menentukan keterampilan diri. Penghargaan diri boleh dianggap
sebagai tunjang kepada kesihatan mental dan emosi. Kita boleh merujuk kepada
definisi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu bukan
sekadar tiada penyakit tetapi kesihatan yang menyeluruh termasuk fizikal,
mental, sosial, emosi dan rohani.
Ahli psikologi dan falsafah Amerika, William James (1890) menerangkan
penghargaan diri sebagai persepsi mental seseorang tentang kualiti dirinya dan
bukan ciri-ciri fizikalnya. Nathaniel Branden (1969) pula melihat harga diri
sebagai pengalaman kemahiran yang membantu gaya tindakbalas seseorang
terhadap cabaran-cabaran asas dalam kehidupan.
Mari kita melihat pandangan Maslow tentang harga diri. Maslow menjelaskan
harga diri sebagai keinginan untuk dihormati oleh orang lain dan rasa
menghormati diri sendiri. Harga diri menurut pendapat Maslow memerlukan
kemahiran, keyakinan diri, penguasaan, pencapaian, berdikari dan kebebasan.
Sementara rasa dihormati orang lain ialah pengiktirafan, penerimaan, status dan
penghargaan. Tanpa perasaan ini Maslow menganggap seseorang tidak
bersemangat , lemah dan rasa rendah diri.
Dalam konteks Tingkah laku sosial, harga diri menjadi faktor penentu sama ada
seseorang akan memilih untuk melibatkan diri dalam perlakuan sosial yang baik
atau sebaliknya. Mereka yang memiliki harga diri yang positif dilihat sebagai
lebih berjaya sama ada dalam kehidupan berkeluarga, bersosial mahupun
kerjaya. Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah lebih cenderung
berasa tidak mampu untuk berjaya, tidak disukai dan antisosial. Mereka
dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial yang negatif seperti penagihan dadah.

78 X

7.1.2

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

Konsep Kendiri

Kendiri merujuk kepada diri atau empunya diri. Konsep kendiri merujuk kepada
cara mana seseorang membuat tanggapan terhadap dirinya. Contohnya, Saya
orang yang baik dan Saya pandai memasak.
Carl Rogers (1947) menjelaskan kendiri sebagai produk sosial yang dibangunkan
hasil daripada hubungan interpersonal dan berusaha untuk sentiasa konsisten.
Sebagai produk sosial (hasil proses sosialisasi), konsep kendiri dipelajari dari
pengalaman yang berulang dan berterusan. Kita tidak dilahirkan dengan konsep
kendiri. Kita mempelajari kemahiran sosial sama seperti kita belajar kemahiran
menggunakan anggota fizikal kita. Pembelajaran sosial kita bermula di rumah.
Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan dengan masyarakat umum, dia
akan mula belajar perlakuan sosial yang baru atau sekadar memperkukuhkan
pembelajaran sosial yang dipelajari dalam keluarga. Contohnya, bersalam
dengan orang yang lebih tua.
Kita telah memahami konsep kendiri sebagai hasil pembelajaran. Pembelajaran
berlaku pada setiap ruang masa dan lingkungan secara berterusan. Namun
begitu, individu akan cuba mempertahankan konsep kendirinya jika dia berasa
pembelajaran sosial yang baru adalah bertentangan. Jika pengalaman sosial yang
baru adalah sesuatu yang menguntungkan, maka pengalaman ini akan
diterapkan ke dalam kendiri untuk memperkukuhkan konsep kendiri yang sedia
ada. Misalnya cara berkomunikasi yang lebih positif. Terdapat keluarga yang
kurang kemahiran untuk mendidik anak dengan cara berkomunikasi positif.
Tetapi pengalaman baru dari sekolah atau institusi lain tentang cara
berkomunikasi positif akan ditambah dalam konsep kendiri seseorang.
Konsep kendiri yang baik atau melihat diri secara positif akan melahirkan
individu yang berperibadi positif. Didikan nilai moral positif oleh institusi
keluarga, masyarakat, sekolah dan agama boleh membentuk konsep kendiri
yang positif. Namun begitu, konsep kendiri positif yang dipupuk semasa zaman
kanak-kanak akan berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial yang negatif
seperti isu seksualiti, merokok, minum minuman beralkohol, dadah, jenayah dan
lain-lain dalam proses sosialisasi. Apakah yang boleh kita lakukan untuk
membantu mengurangkan masalah ini? Bagaimanakah kita boleh membantu
kanak-kanak supaya mampu mengekalkan status konsep kendiri positif?
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Kemajuan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan sebagainya telah
merangka beberapa program yang dapat membantu kanak-kanak dan remaja
memperkukuhkan konsep kendiri mereka.

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

79

Program seperti Kem Jati Diri, Motivasi, Gaya Hidup Sihat, PINTAR, PROSTAR
dan Doktor Muda dapat memperkukuhkan Konsep Kendiri seseorang. Misalnya,
melalui PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja) membantu remaja membentuk
imej kendiri dari aspek kesihatan yang baik supaya remaja mampu mencapai
tahap kesihatan yang optima. Melalui Program PINTAR (Program Intelek
Asuhan Rohani), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan berharap input dan aktiviti
yang dirancang mampu memperkukuhkan konsep kendiri positif kanak-kanak
supaya mereka mampu mengatakan TIDAK kepada dadah.

7.1.3

Kasih Sayang

Kasih sayang adalah ungkapan yang istimewa dalam kehidupan bersosial


manusia. Tidak akan indah sebuah lagu jika tanpa ungkapan kasih sayang. Tidak
akan lengkap sebuah drama jika tanpa episod kasih sayang. Apakah yang
dimaksudkan dengan kasih sayang? Apakah kepentingan kasih sayang kepada
tingkah laku sosial manusia? Bagaimana memupuk kasih sayang?
Kesihatan sosial yang baik diperolehi jika kita memastikan mental dan emosi kita
sihat. Aspek kesihatan ini saling berhubungkait. Jika emosi tidak sihat, mental
juga tidak sihat dan keadaan ini akan turut mempengaruhi perkembangan fizikal
dan sosial seseorang.
Kasih sayang adalah perasaan yang membentuk emosi kita. Perasaan ini adalah
intipati yang penting dalam membentuk individu, keluarga dan masyarakat
yang sihat secara menyeluruh. Kita dilahirkan atas dasar perasaan kasih dan
sayang yang wujud di dalam jiwa seorang lelaki dan wanita.
Mengapakah kasih sayang penting dalam kehidupan sosial? Kita telah
memahami daripada topik harga diri dan konsep kendiri bahawa kita adalah
hasil proses sosialisasi.
Salah satu intipati proses sosialisasi ialah pengajaran
dan pembelajaran kognitif dan kemahiran berkasih
sayang. Kita telah menunjukkan perasaan dan
kemahiran berkasih sayang semenjak usia bayi lagi.
Si ibu akan mencium, memeluk, menyusu dan
memelihara bayinya.
Anak ini akan diajar bersalaman dan mencium
abang atau kakaknya. Pengalaman pembelajaran ini
adalah proses sosialisasi berkasih sayang yang
diperturunkan oleh keluarga kepada seorang anak.
Perasaan dan kemahiran ini akan diteruskan oleh
anggota masyarakat yang lain dan juga dipelajari secara formal di sekolah.

TOPIK 7

80 X

TINGKAH LAKU SOSIAL

Perasaan dikasihi dan disayangi serta kemahiran mengasihi dan menyayangi


dikaitkan dengan harga diri dan konsep kendiri yang positif. Perasaan ini akan
membantu setiap individu untuk sentiasa sihat dari segi mental dan sosial.
Perasaan saling mengasihi dan menyayangi akan menjauhkan masyarakat
daripada pelbagai aspek sosial yang negatif seperti berprasangka buruk, tuduh
menuduh, perasaan mengkhianati dan lain-lain.
Sebaliknya, perasaan kasih sayang akan membentuk masyarakat yang sihat.
Masalah delekuen remaja dan sosial negatif orang dewasa dilihat berpunca
daripada kurang perasaan kasih sayang terhadap diri sendiri dan masyarakat.
Isu buli di kalangan remaja atau pelajar sekolah dapat dianggap sebagai
kekurangan kemahiran menunjukkan kasih sayang kepada rakan sebaya.
Kegagalan ibu bapa menunjukkan kasih sayang yang positif kepada anak turut
menjadi punca masalah ini.
Kasih sayang dalam konteks keluarga meliputi caring dan penjagaan. Jika aspek
ini lemah, anak tidak dapat mempelajari sepenuhnya kemahiran berkasih
sayang. Kekurangan ini akan ditonjolkan dalam Tingkah laku sosial seperti
vandalisme dan sebagainya. Ibu bapa adalah model terbaik untuk
mempamerkan kemahiran berkasih sayang.

AKTIVITI 7.2
(a)
(b)

7.2
7.2.1

Apakah peranan keluarga dalam pembentukan harga diri,


konsep kendiri dan kemahiran berkasih sayang?
Apakah kesan sosial jika seseorang memiliki harga diri dan
konsep kendiri yang rendah?

TINGKAH LAKU REMAJA


Kepentingan Memelihara Kehormatan Diri

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan remaja sebagai mereka


yang berumur di antara 10 hingga 19 tahun. Keremajaan adalah masa peralihan
dari zaman kanak-kanak kepada zaman kedewaasn. Keremajaan dicirikan
dengan pelbagai perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial.
Zaman remaja berkembang sebagai fenomena budaya, sosial dan juga proses
pertumbuhan normal bagi manusia. Fasa akil baligh merangsang pengeluaran
hormon yang mendorong perubahan fizikal dan emosi remaja. Perubahan emosi
akan mempengaruhi Tingkah laku sosial remaja. Perubahan ini memperlihatkan
kecenderungan mereka untuk melepaskan diri daripada kongkongan keluarga

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

81

dan peraturan. Remaja lebih tertarik kepada pengaruh rakan sebaya. Mereka
dikaitkan dengan ciri suka mengambil risiko seperti mencuba sesuatu yang
mencabar kemampuan mereka, mencabar peraturan dan norma sosial
masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks tidak selamat dan memandu
tanpa lesen serta dalam keadaan membahayakan.
Tarikan yang kuat ke arah perlakuan negatif atau suka mengambil risiko
menyebabkan remaja hilang kehormatan diri. Memelihara kehormatan diri
berkait rapat dengan harga diri dan konsep kendiri. Kemahiran memelihara
kehormatan diri memerlukan emosi dan mental yang stabil di samping
pengetahuan yang lengkap dan betul. Misalnya jika seseorang mempunyai
pengetahuan yang baik tentang kesan penyalahgunaan dadah, dia tidak akan
terjebak kerana telah memahami implikasinya.
Seseorang yang mempunyai harga diri dan konsep kendiri, tidak akan mudah
terpengaruh. Mereka umpama memiliki jaring dalam diri mereka yang mampu
mempertahan diri daripada dibolosi anasir sosial yang negatif. Tetapi mereka
yang rendah harga diri serta konsep kendiri, kurang kemahiran memelihara
kehormatan diri. Mereka mudah terpengaruh. Kumpulan ini juga dikaitkan
dengan aspek kerohanian yang lemah. Akibatnya mereka mudah terjerumus
dengan aktiviti yang tidak sihat.

7.2.2

Delekuen Juvanil

Perlakuan delekuen juvanil adalah di antara isu tingkah laku sosial. Sejak akhirakhir ini kita dikejutkan dengan kes buli, pecah rumah, mencuri, melacur malah
kes membunuh di kalangan remaja bawah umur.
Masalah sosial ini bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga merupakan
masalah global. Mengapakah perkara ini berlaku? Di manakah silapnya kita,
keluarga, agama, masyarakat dan peraturan sehingga wujudnya kelompok yang
melihat delekuen ini sebagai gaya hidup mereka?
Apakah yang dimaksudkan dengan delekuen juvanil?
Delekuen juvanil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan
peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur.
Di negara kita bawah umur merujuk kepada mereka yang berada di bawah usia 18
tahun. Mengapakah berlakunya masalah delekuen juvanil ini? Banyak faktor yang
boleh mendorong perlakuan salah ini berlaku. Antara yang sering dibincangkan
ialah:

82 X

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

Kegagalan sistem keluarga atau kelemahan kemahiran keibubapaan.

Kekurangan sokongan dan campurtangan masyarakat.

Tarikan keseronokan di luar yang lebih kuat.

Kurang daya kawalan diri akibat harga diri dan konsep kendiri yang
lemah.

Kurang didikan kerohanian yang dapat memperkukuhkan keimanan


seseorang.

Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat


dalam memberikan pengalaman awal kepada seorang
kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan
peranan dalam membentuk kemahiran mengawal diri.
Kemahiran mengawal diri memerlukan kefahaman
terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah
dan betul di sisi peraturan mahupun undang-undang.
Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai baik ini supaya dapat
menjadi teladan dan ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu menjadi model
yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Namun, berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan
ini? Jika kita mempunyai kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di
kalangan anak-anak kita?
Bagaimana dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya dalam
kes ibu tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk
menurunkan nilai-nilai ini kepada anak-anak.
Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih buruk
jika perkara ini berlaku dalam sistem keluarga nuklear. Sokongan daripada ahli
keluarga yang lain adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai
penyumbang kepada masalah delekuen juvanil kita.
Sikap masyarakat sekarang yang tidak suka lagi menjaga tepi kain orang turut
menyumbang kepada masalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling
dipisahkan oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistik lebih ketara. Kita
enggan menegur salah laku anak jiran.
Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu.
Budaya saling bertegur sapa, bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa
dilaungkan kerana kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini.

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

83

Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja
melepak menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan
tarikan pengaruh rakan yang senasib dengan mereka. Perlakuan delekuen
diperlihatkan sebagai satu identiti untuk kumpulan mereka dan satu cara remaja
melepaskan keinginan serta tekanan mereka. Ketagihan keseronokan dapat
mengatasi pengetahuan dan kemahiran hidup positif yang lain apabila
kumpulan ini berkumpul.
Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan konsep
kendiri yang lemah turut menyumbang kepada perlakuan delekuen ini. Mari kita
imbas kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta
konsep kendiri yang negatif. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisosial yang
bertentangan dengan nilai baik sosial, agama, peraturan atau undang-undang.

7.2.3

Masalah Psikologi Remaja

Zaman remaja adalah zaman perubahan fizikal, mental, sosial dan emosi.
Perubahan ini akan mempengaruhi psikologi remaja. Perubahan ini adalah
proses yang normal yang didorong oleh hormon dan proses sosialisasi yang
diperkenalkan oleh keluarga dan masyarakat.
Perubahan ini akan dipancarkan dalam perlakuan yang prososial ataupun antisosial. Remaja lebih mampu berfikir secara abstrak.
Cara pemikiran ini akan menyebabkan mereka menganggap nasihat keluarga
sebagai tidak sealiran dengan generasi mereka. Sokongan emosi yang lebih daripada
rakan sebaya akan menyebabkan mereka lebih tertarik kepada gaya rakan sebaya.
Mereka ingin hidup berdikari dan enggan terlalu bergantung kepada keluarga.
Mereka juga akan mengalami isu identiti psikologi di mana akan bermulanya
pencarian identiti sendiri. Ibu bapa bukan lagi role model. Remaja akan cenderung
mengaitkan diri dengan idola mereka sama ada penyanyi, bintang filem atau ahli
sukan. Mereka juga akan mula meneroka keinginan seksualiti sendiri.
Perubahan psikologi ini turut mempengaruhi perlakuan yang kurang berhatihati atau lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang berisiko seperti
penyalahgunaan dadah. Perlakuan antisosial lain seperti vandalisme adalah di
antara hasil konflik psikologi zaman remaja yang melihat peraturan sebagai
sesuatu yang bertentangan dengan keinginan kebebasan mereka.
Peranan yang diletakkan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat turut
mempengaruhi perubahan psikologi remaja. Ibu bapa inginkan mereka menjadi
orang yang berjaya. Malah terdapat ibu bapa yang telah mencadangkan jenis
kerjaya anak mereka. Begitu juga ahli masyarakat yang mengharapkan remaja
membesar untuk memikul tanggungjawab orang dewasa.

84 X

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

Ini boleh menyebabkan remaja tertekan dan terdesak untuk mencari ketenangan
di luar. Keadaan ini mendorong remaja terjebak kepada masalah lari dari rumah
atau keseronokan palsu yang melampau seperti pengambilan pil khayal.

7.3
7.3.1

SEKSUALITI SEMASA KANAK-KANAK


DAN REMAJA
Pragenetal dan genetal

Perkembangan seksualiti kanak-kanak dan remaja menjadi bahan kajian sejak


dahulu lagi. Mari kita melihat perkembangan psikosekual berdasarkan Model
Sigmund Freud. Model ini membahagikan perkembangan psikoseksual kepada
lima fasa.

Rajah 7.1: Fasa-fasa dalam perkembangan psikoseksual

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

85

Namun, tidak semua yang kita fahami dari model Freud ini ada kebenarannya.
Perkembangan seksualiti dalam sesuatu masyarakat turut dipengaruhi oleh
budaya dan norma masyarakat setempat.
Dalam masyarakat yang dikongkong oleh adat kesopanan remaja diharap dapat
menunjukkan perkembangan seksualiti berdasarkan nilai budaya setempat. Isu
seksualiti adalah taboo. Masyarakat kita jarang membincangkan isu seksualiti
secara terbuka. Pembelajaran seksualiti pada peringkat remaja banyak dipelajari
daripada kawan atau sumber lain seperti internet.

7.3.2

Kesan dari pengabaian menjaga kehormatan


diri

Penjagaan kehormatan diri berkait rapat dengan kesihatan menyeluruh fizikal,


mental, sosial, emosi dan kerohanian. Dalam unit ini kita akan melihat kesan
pengabaian menjaga kehormatan diri kepada kesihatan kita. Masalah HIV/AIDS
adalah salah satu contoh yang berkait rapat dengan isu pengabaian menjaga
kehormatan diri.

Seperti yang kita sedia maklum, penyakit ini belum dapat diubat dan tidak ada
vaksin untuk mencegahnya. Bayangkan kesannya ke atas kehidupan mangsa,
keluarga mereka, sistem kesihatan negara dan negara kita secara amnya.
Di negara kita masalah kesihatan ini dikaitkan dengan penagihan dadah kerana
lebih separuh mangsa jangkitan HIV terdiri daripada penagih dadah.
Mengapakah ini berlaku? Kegagalan menjaga kehormatan diri menyebabkan
mereka terjebak dengan masalah dadah dan akhirnya dijangkiti HIV.
Perlakuan seks bebas adalah kesan pengabaian menjaga kehormatan diri yang
boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial
terutamanya remaja. Perlakuan seks bebas ini bukan sahaja mendedah mereka
kepada jangkitan penyakit kelamin tetapi risiko kehamilan remaja.

86 X

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

Pengabaian penjagaan kehormatan diri menyebabkan status kesihatan fizikal


merosot. Misalnya jika dijangkiti HIV atau penyakit kelamin yang lain seperti
sifilis. Emosi juga akan terganggu kerana perasaan aib yang terpaksa
ditanggung. Ahli keluarga mangsa kerap dipandang serong dan menjadi bahan
bualan. Keadaan ini menyebabkan gangguan emosi dan mental. Kesejahteraan
sosial turut terganggu apabila wujud rasa malu dan dipandang serong oleh ahli
lain dalam masyarakat.
Gangguan emosi dan mental akan lebih ketara jika remaja perempuan yang
terlibat dalam seks sebelum kahwin atau seks bebas yang tidak selamat. Mereka
belum bersedia secara fizikal, mental mahupun emosi. Keadaan ini membawa
kepada isu kesihatan dan sosial yang lebih buruk seperti pengguguran bayi
secara haram yang menjejaskan kesihatan ibu.

7.2.3

Kehamilan remaja dan risiko kehamilan remaja

Kehamilan remaja merujuk kepada kehamilan di kalangan mereka yang masih di


bawah umur. Di negara kita kehamilan remaja adalah kehamilan di kalangan
mereka yang di bawah 18 tahun. Kehamilan remaja juga sering dirujuk sebagai
kanak-kanak yang mengandungkan kanak-kanak.
Banyak telah dibincangkan tentang kehamilan remaja. Masalah
ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja tetapi di seluruh
dunia. Sesetengah mereka adalah remaja yang telah berkahwin
dan sesetengah mereka hamil hasil dari hubungan seks sebelum
kahwin.
Walaupun implikasi kesihatan fizikal sama bagi kedua-dua
kumpulan ini, tetapi remaja yang hamil setelah nikah
mempunyai tahap emosi dan mental yang lebih baik
berbanding dengan kumpulan yang hamil sebelum nikah.
Remaja yang hamil dan melalui proses melahirkan anak akan mengalami
implikasi kesihatan yang lebih teruk daripada orang dewasa. Pada usia remaja
kebanyakan organ dan sel-sel tubuh sedang membesar dan belum cukup
matang.
Perubahan kepada organ yang sedang membesar seperti uterus akan
mengganggu proses kematangannya. Mereka berhadapan dengan komplikasi
kehamilan. Remaja kemungkinan akan mengalami keguguran atau tumpah
darah semasa melahirkan anak.
Mereka yang cuba menyembunyikan kehamilan mungkin tidak mendapat
pemakanan seimbang dan pemeriksaan yang sepatutnya bagi ibu hamil.

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

87

Kemungkinan mereka akan terdedah kepada masalah, darah tinggi atau kencing
manis. Mereka juga berkemungkinan menggugurkan kandungan haram yang
boleh menyebabkan kecederaan teruk dan mungkin kematian.
Mental dan emosi remaja juga belum bersedia untuk menempuh tempoh
kehamilan, masalah kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi. Keadaan
menjadi lebih teruk jika pasangannya enggan bertanggungjawab. Mereka
terpaksa berhadapan dengan kemarahan ibu bapa dan cemuhan masyarakat.
Selepas melahirkan bayi, mereka terpaksa menjaga bayi tersebut walaupun
dalam keadaan tidak bersedia dan serba kekurangan dari aspek kemahiran.
Perkara ini akan menambahkan tekanan perasaan yang menjejaskan kesihatan
mental mereka. Bagi remaja yang terpaksa menyerah bayi kepada orang lain
sebagai anak angkat, perasaan keibuan yang penuh kekesalan akan tetap
menghantui mereka. Remaja hamil yang mempunyai pasangan atau berkahwin
mungkin akan mengatasi masalah ini kerana mendapat sokongan yang
diperlukan.
Perkembangan sosial remaja yang hamil turut terjejas. Mereka terpaksa
menanggung peranan ibu dan isteri pada usia muda. Bagi yang masih
bersekolah, mereka terpaksa menghentikan pengajian. Pembelajaran formal
terbengkalai pada usia remaja yang seharusnya digunakan untuk menimba lebih
banyak ilmu dan pengalaman.
Kehidupan bersosial juga terbatas apabila memikul tanggungjawab sebagai ibu
remaja. Bagi remaja yang cuba menyembunyikan kehamilan dan tidak bersedia
untuk menerima kehadiran bayi mereka, mereka sanggup membuang atau
membunuh bayi tersebut. Masalah ini akan membawa kepada implikasi undangundang jika didapati bersalah.

SEMAK KENDIRI 7.1


(a)

Jelaskan kesan pengabaian menjaga kehormatan diri di kalangan


remaja.

(b)

Apakah implikasi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan


rohani akibat kehamilan pada usia remaja?

88 X

TOPIK 7

TINGKAH LAKU SOSIAL

Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

Imej kendiri yang positif dipelajari melalui proses sosialisasi oleh keluarga
dan masyarakat.

Harga diri, konsep kendiri yang positif serta hidup berkasih sayang
membantu seseorang berkembang sebagai orang yang berjaya.

Harga diri dan konsep kendiri yang rendah menyebabkan seseorang


cenderung untuk tidak menjaga kehormatan diri dan mudah terdedah
kepada perlakuan delekuen juvanil.

Perubahan psikologi semasa remaja banyak mempengaruhi perlakuan remaja


khasnya yang berkaitan dengan perkembangan sosial.

Kekurangan kemahiran menjaga kehormatan diri boleh menyebabkan


masalah kehamilan remaja.

Masalah kehamilan remaja boleh membawa pelbagai implikasi kesihatan


fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

Imej kendiri
Penghargaan diri
Konsep kendiri
Proses pembelajaran
Proses sosialisasi
Tingkah laku remaja
Kehormatan diri
Delekuen juvanil

Perkembangan psikologi
Perkembangan psikoseksual
Perkembangan seksualiti pra-genetal
dan genetal
Kehamilan remaja

Rogers, D. (1981). Adolescents And Youth. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Adolescent
Sexual
Behavior.
Retrieved
July
23,
2007
http://en.wikipedia.org/wiki/Adolescent_sexual_behavior

from

Psychosexual
development.
Retrieved
July
23,
2007
http://en.wikipedia.org/wiki/Psychosexual_development

from

Anda mungkin juga menyukai