Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN

Remaja selalunya dikaitkan dengan masalah sosial. Ini mungkin disebabkan banyaknya berita masalah sosial yang disebarkan melalui media dilakukan oleh remaja. Jika berdasarkan perangkaan juga menunjukkan bahawa remaja adalah golongan terbesar dan sering kali dikaitkan dengan masalah. Apabila bercerita tentang remaja, kebanyakan takrifan mengenainya lebih menumpukan perhatian kepada orang muda. Dalam masyarakat Barat, remaja dirujuk kepada tahap perkembangan seseorang apabila bermulanya saat puberty (cukup umur), iaitu kira-kira pada usia antara dua belas ataupun tiga belas tahun dan berterusan sehingga mencecah kehidupan dewasa (Azizi Yahaya, Tingkah Laku Berisiko, UTM). Menurut pandangan beberapa orang ahli psikologi, individu mengalami usia remaja ketika berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 21 tahun (Suppiah Nachiappan, Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, 2012). Crain (1996) menyatakan tempoh remaja melibatkan pelbagai perubahan terutamanya dalam aspek fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Persoalan dan permasalahan ini tidak lari daripada skop atau lingkungan pelajar-pelajar sekolah kerana pada usia sebegini remaja berada di lingkungan sekolah sebagai seorang pelajar. Permasalahan sosial dan gegala yang menyalahi dan melanggar norma-norma kesucian yang dipelihara dalam masyarakat adalah merupakan salah satu persoalan yang semakin meruncing serta memerlukan satu set kaedah penyelesaian yang berkesan (Jawatankuasa Program Penyelesaian Gegala Sosial Kebangsaan, 1995). Oleh itu, berbagai-bagai program telah dirangka dan dilaksanakan salah satunya ialah institusi-institusi pemulihan akhlak yang terdapat di negara ini. Kejayaan akademik merupakan harapan guru untuk mengharumkan nama sekolah juga ibu bapa yang mengharapkan supaya anak-anak mereka menjadi insan berjaya. Masalahmasalah yang wujud dalam kalangan remaja akan mempengaruhi pembelajaran mereka di sekolah, disebabkan itulah para guru mempunyai peranan yang besar dalam memahami pelajar dan menyelesaikan masalah golongan remaja ini sama ada di sekolah mahupun di dalam bilik darjah.

1|Page

2.0

DEFINISI PERTUMBUHAN DARI SEGI FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL, MENTAL DAN MORAL

Pertumbuhan Fizikal Remaja mengalami pertumbuhan fizikal dan juga pertumbuhan dalaman di mana sistem kelenjar mula merembeskan hormon seperti hormon yang dihasilkan oleh kelenjar ovari pada remaja perempuan dan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar testis pada remaja lelaki. Keadaan ini hanya berlaku apabila seseorang individu itu mencapai akil baligh atau dalam sebutan yang mudah ialah sampai umur iaitu selepas peringkat akhir kanak-kanak. Menurut Azizi Yahaya, hormon-hormon yang keluar ini akan membawa perubahan rupa bentuk badan remaja perempuan dan lelaki. Hormon-hormon ini akan menyebabkan perubahan dari segi fisiologi dan psikologi, iaitu remaja lelaki menunjukkan sifat-sifat kelakian dan remaja perempuan pula menunjukkan sifat-sifat kewanitaan. Ketika mencapai akil baligh, remaja perempuan mengalami perubahan tubuh badan dan kemunculan bulu di ketiak. Manakala remaja lelaki akan mengalami perubahan pada tubuh badan, tulang tangan dan kaki yang panjang serta kemunculan bulu ketiak dan misai (Suppiah Nachiappan, Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, 2012). Pada peringkat awal remaja (13-18 tahun) hormon yang dihasilkan masih belum stabil maka remaja mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat. Pada peringkat akhir remaja (19-24 tahun) tahap hormon menjadi lebih stabil dan pertumbuhan mencapai tahap muktamat. Pertumbuhan Emosi Emosi atau perasaan memainkan peranan yang sangat besar dan lebih berpengaruh daripada fikiran kerana perubahan fizikal memerlukan kekuatan dan penyesuaian diri (Azizi Yahaya, Permasalahan Sosial di Kalangan Remaja : Satu Cabaran, UTM). Pada masa ini juga pemikiran remaja belum cukup matang untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif. Kebanyakan tingkah laku remaja lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh emosinya. Kebanyakan remaja menghadapi krisis identiti seperti mencari siapa diri mereka, apa yang mereka kehendaki dalam hidup dan nilai yang menjadi pegangan. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada remaja. Suasana persekitaran mempengaruhi dan membentuk arus pergerakan remaja, di mana tingkah laku tidak lagi berlandaskan kepada pemikiran yang waras atau rasional. Dalam usaha mencapai kehendak dan keperluan hidup remaja melalui tiga jenis perasaan iaitu marah, takut dan gembira.
2|Page

Marah timbul apabila dicabar atau kehendak atau keperluan yang diidamkan tidak tercapai. Ibu bapa yang terlalu mengharapkan kejayaan dalam pelajaran, remaja akan mengalami krisis maka timbullah rasa ingin bebas yang melampau. Remaja yang marah mula bertindak kasar, mengganggu orang lain seperti bergaduh, vandalisme, membuli dan kadang kala membinasakan diri sendiri, contohnya lari dari rumah, bersikap liar dan pulang lewat dengan bertindak mengikut perasaan. Perasaan takut tidak ditentukan pada masa remaja sahaja tetapi bermula dari pengalamanpengalaman yang dilaluinya sejak kecil. Pengalaman-pengalaman pahit memberi kesan kepada seseorang remaja menjadi penakut dan suka menyendiri sebagai contoh ada di antara mereka yang sering di ejek, di buli, di pukul semasa di sekolah menjadikan perasaan mereka lebih cenderung untuk takut untuk ke sekolah, antara kesannya ialah ponteng sekolah. Rasa gembira memuncak apabila remaja dapat perhatian, kasih sayang, pujian, dihormati dan dihargai. Ia juga berkembang bersama umur dan dipengaruhi oleh perubahan fizikal. Pertumbuhan fizikal membawa perubahan emosi di mana hormon-hormon berfungsi. Pertembungan nilai dan emosi perlu selaras supaya dapat menangani perkembangan emosi serta menonjolkan potensinya. Jika tidak kesannya dapat kita lihat melalui salah laku pelajar di sekolah. Antara salah laku yang dapat kaitkan dengan emosi pelajar seperti merokok di sekolah, bergaduh, vandalisme dan banyak lagi tujuan mereka adalah untuk mendapat perhatian, sanjungan, pujian daripada rakan sebaya. Mereka akan merasa puas atau gembira apabila semua ini dipenuhi. Pertumbuhan Sosial Proses sosialisasi remaja berkembang melalui interaksi kekeluargaan, rakan sebaya dan hubungan dengan masyarakat. Remaja yang dibesarkan di dalam keluarga yang mempunyai jalinan kemesraan tinggi bertendensi dapat menjalinkan hubungan sosial yang baik dan positif. Maka remaja perlu perhatian daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Remaja akan rasa senang bila idea-idea dan perasaannya dilayani dan dipertimbangkan. Kebebasan bukanlah total tetapi remaja perlu bimbingan daripada orang dewasa. Remaja yang dikawal ketat, tidak dapat perhatian, diperkecilkan, tidak dapat penghargaan akan mudah memberontak dan mudah

3|Page

terpengaruh oleh anasir-anasir luar. Rumah tangga yang goyah menyebabkan anak-anak tidak dapat ketenangan jiwa. Pengaruh rakan sebaya pula begitu kuat dalam pembentukan budaya remaja. Masa yang panjang adalah bersama rakan-rakan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Perkembangan kognitif dan afektif remaja dipengaruhi oleh rakan sebaya. Peringkat awalnya mahu diterima menjadi anggota kumpulan dengan mengikut trend pakaian, lagak dan gaya bertutur. Kemudian mereka mula minat untuk berpasangan dengan jantina yang berlainan seperti pergi ke disko, parti dan lebih serius lagi mengambil dadah apabila kecewa. Manakala remaja yang mengikut perkembangan Islam pula akan memakai pakaian yang menutup aurat, pergi usrah dan kelas fardu ain. Hubungan kekeluargaan dan rakan sebaya yang selari mewujudkan suasana membina (remaja positif). Remaja juga mengharapkan kedamaian dan ketenteraman dalam masyarakat. Rasa tidak puas hati dalam masyarakat akan ditonjolkan melalui perlakuan negatif seperti demonstrasi untuk melepaskan perasaan dan emosi. Proses sosialisasi perlu selari dengan semua kumpulan sosial untuk mendapat kesan yang positif dan remaja dapat membina keyakinan diri dan rasa dihargai. Proses pembinaan dapat bergerak dengan sistematik dan membantu perubahan mental, fizikal, emosi dan rohani. Ini dapat memantapkan proses kematangan remaja agar mampu menghadapi kehidupan penuh cabaran. Pertumbuhan Mental Percanggahan wujud antara golongan dewasa dan remaja. Orang dewasa mahu dihormati kerana faktor usia (lebih tua), manakala remaja pula mahukan kebebasan dalam membuat keputusan. Pada peringkat umur 13 hingga 15 tahun remaja tidak mempunyai kekuatan mental dalam menyelesaikan masalah. Keputusannya mudah berubah terutamanya apabila disergah dan dicabar. Keupayaan penelitiannya turut lemah di dalam penerimaan hal-hal abstrak yang belum berlaku. Pada umur 16 tahun ke atas remaja lebih sistematik dalam menghadapi masalah. Mereka mula mencari sebab musabab melalui pemerhatian dan mampu berfikir secara rasioanal berdasarkan fakta-fakta logik dan realistik. Mereka juga masih memerlukan beberapa kemahiran berfikir dan peluang-peluang menggunakannya. Ciri-ciri mental yang sihat ialah pemikiran rasional iaitu fikiran yang wajar dan sesuai dengan akal, bersikap positif, berdikari, kaseh
4|Page

sayang, tabah dan sabar. Manakala ciri-ciri mental yang kurang sihat seperti tidak dapat mengawal perasaan diri iaitu tidak dapat mengawal perasaan yang dikuasai oleh emosi seperti marah, dendam, cemburu, takut dan lain-lain, dan tidak dapat menerima kelemahan sendiri dengan menganggap dirinya sahaja yang betul. Inilah yang membawa kepada masalah-masalah yang timbul di sekolah sekian lama. Pertumbuhan Moral Keruntuhan akhlak remaja disebabkan terjebak dalam dadah, pelacuran, merokok, minum arak, merompak, merogol, dan sebagainya. Pertumbuhan moral remaja dipengaruhi oleh keadaan persekitaran tempat individu itu hidup dan kepercayaan atau anutan agama. Kanak-kanak yang diasuh dengan penuh adab sopan dan baik menghasilkan tingkah laku yang baik kerana nilainilai ini disemadikan dalam diri sejak kecil dan tersemat di jiwa, maka perlakuan ini kekal apabila masuk ke alam remaja. Secara tidak langsung orang dewasa menjadi model kepada kanak-kanak. Anak-anak remaja juga perlu dibimbing seperti bermain layang-layang, kalau layang-layang terbang jauh tali perlu ditarik perlahan, kalau terbang rendah tali dilepaskan, jika tali disentap kuat tali layang-layang akan putus dan layang-layang akan jatuh ke bumi. Moral dan agama amat penting, contohnya Islam menyarankan anak-anak bersembahyang ketika berumur 7 tahun dan ibu bapa boleh menghukum jika anak ingkar apabila umur mereka meningkat 10 tahun. Pada peringkat remaja, proses yang berlaku hanyalah proses pengukuhan sahaja. Manakala pertengahan remaja dan lewat remaja adalah masa untuk memberi peluang dan ruang memperbaiki sahsiah diri melalui kerjasama dan perbincangan.

3.0

ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL (Samseng Jalanan)

Pengertian Keruntuhan Akhlak Dan Moral Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam
5|Page

lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Isu Samseng Jalanan Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter.

6|Page

Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama. Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia? Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah: Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan. Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang. Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas. Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman. Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

7|Page

Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti penganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak8|Page

kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan). Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003). Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001. Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada 2001. Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003. Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak. Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah. Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu. Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda kita. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara. Punca Keruntuhan Akhlak Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

9|Page

i.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. ii. Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. iii. Pengaruh Media Massa Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan
10 | P a g e

pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancanganrancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsurunsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperoleh. iv. Sikap Keluarga Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahliahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa puncapunca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

11 | P a g e

Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anakanaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak-anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak-anak sepanjang mereka memerlukan perhatian daripada seseorang ibu atau bapa.

4.0

PERANAN GURU DALAM MEMAHAMI PELAJAR

Bagi ahli psikologi, tugas utama remaja ialah pencerminan diri iaitu untuk mengintegrasikan atau penyusunan semula diri seseorang untuk perkembangan diri. Menurut Mohamed Sharif Mustaffa, bahayanya semasa remaja ialah penyerapan identiti atau kebingungan peranan. Kebingungan peranan yang dialami oleh remaja tidak harus dibiarkan. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, kita harus memainkan peranan penting untuk membetulkan keadaan, mengurus permasalahan dan menjadikan agenda pemulihan sebagai tindakan awal yang penting untuk digerakkan. Secara khususnya ada beberapa tatacara dan proses mengenal pasti serta mengurus permasalahan remaja ini antaranya Rapport, Structuring, Defining the problem, Defining a goal, dan Exploration of alternative, confronting incongruence dan Generalization to daily. i. Rapport ialah membina hubungan baik dengan remaja untuk lebih mengenali dan selesa untuk berbincang apa jua masalahnya. Sebagai contoh di dalam masalah gengsterisme, seperti yang diketahui kebiasaannya masalah ini melibatkan pelajar yang sukar dikawal oleh guru-guru mahupun ibu bapa mereka sendiri. Dengan menggunakan teknik Rapport,
12 | P a g e

guru-guru boleh cuba mendekati dan cuba untuk berkawan dengan lebih rapat supaya segala masalah yang perlu di bincang, dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih friendly antara pelajar dan guru. ii. Structuring ialah beberapa tatacara dan tanggungjawab yang harus dimainkan oleh remaja serta kerahsiaan dan sifat yang wajar ditunjukkan dalam proses kaunseling. Tahap ini penting supaya pelajar tidak teragak-agak dan takut untuk berkongsi masalah mereka. Seandainya pelajar yang melakukan vandalisme di sekolah ditangkap, seseorang guru yang menyoalnya perlulah wujud suasana rahsia antara mereka. Kebiasaannya perlakuan seperti ini melibatkan perkara-perkara yang menyentuh privacy sama ada pelajar itu sendiri, ibu bapa mahu pun orang lain. Dengan ini pelajar akan rasa lebih selamat untuk berkongsi masalah mereka. iii. Defining the problem iaitu mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi pelajar dengan cara penerokaan dan empati terutamanya yang menunjukkan kemungkinan adanya hidden problem, mentakrif masalah dan mengkaji sebab-sebabnya. Di sini menunjukkan bahawa untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar itu, guru perlulah mencari punca utama dengan mendalami perasaan pelajar tersebut sebagai contohnya pelajar yang melakukan vandalisme di sekolah ternyata adalah untuk mendapat perhatian rakan-rakan pelajar yang lain, untuk menunjukkan keberaniannya, dan sebagainya. Apabila meneroka lebih dalam ternyata, pelajar tersebut kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka, ini telah menyebabkan mereka mencari perhatian daripada pelajar lain dan pihak sekolah. iv. Defining a goal ialah mengenal pasti matlamat sebenar yang dihajati oleh pelajar dalam sesuatu pertemuan. Perkara ini penting untuk menjelaskan hala tuju perbincangan supaya berfokus. Sebagai contoh, seseorang pelajar berjumpa dengan seorang guru untuk berbincang masalah, oleh itu guru tersebut perlulah mengetahui sebab utama atau tujuan pelajar tersebut berjumpa dengannya sama ada untuk menyelesaikan masalah yang timbul, atau sekadar berkongsi ceritanya. v. Exploration of alternative and confronting incongruence boleh dilakukan untuk meneroka pilihan-pilihan penyelesaian berasaskan matlamat serta meminta penjelasan tentang perkara-perkara yang tidak selaras antara verbal dan non-verbal communication. Alternatif yang dipilih guru sebaiknya bersifat kreatif dan tidak terlalu gopoh menilai
13 | P a g e

baik buruknya. Penilaian alternatif menyelesaikan masalah mestilah dilakukan dengan mengambil kira semua faktor (consider all factor). Akhirnya memilih alternatif yang dirasakan oleh guru paling baik untuk dilaksanakan mengikut urutan kesesuaian. vi. Generalization to daily ialah rumusan umum yang perlulah dibuat setiap kali pertemuan untuk memudahkan pelajar memahami keseluruhan proses perbincangan yang telah dijalankan. Sebagai contoh, guru membuat rumusan selepas perbincangan dengan pelajar yang bermasalah tadi sama ada dengan memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian sesuatu masalah yang timbul. Secara keseluruhan proses di atas adalah agak mudah dilaksanakan tetapi ia haruslah mengambil kira kemahiran-kemahiran tertentu yang mesti atau perlu digunakan sepanjang proses di atas dilakukan.

5.0

CARA

MENGATASI

MASALAH

TINGKAH

LAKU

REMAJA

DALAM

KONTEKS SEKOLAH DAN BILIK DARJAH Memberikan peneguhan Peneguhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif diberikan kepada perkembangan tingkah laku positif, manakala peneguhan negatif diberikan sebarang tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, pelajar yang menunjukkan sikap atau perbuatan yang baik, guru-guru boleh memberi peneguhan positif seperti pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala pelajar yang menunjukkan sikap yang tidak baik diberi amaran, denda, hukuman dan sebagainya. Peneguhan positif dan peneguhan negatif seperti ini dapat memberi pengajaran dan pemahaman kepada semua pelajar, yang baik dijadikan ikutan dan model kerana akan mendapat penghargaan, manakala sikap yang buruk dijauhi kerana akan dihukum dan di denda. Sememangnya lumrah manusia tidak suka kepada hukuman tau denda. Mempelbagaikan strategi mengajar Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan memerlukan perancangan yang rapi dan strategi yang konkrit bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
14 | P a g e

berkesan. Namun seandainya masalah sosial remaja ini tidak diselesaikan maka ia akan menjadi batu penghalang kejayaan seseorang pelajar. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar serta dapat mengukuhkan mutu pendidikan seseorang guru itu. Pengajaran yang tidak menarik akan membosankan pelajar dan seterusnya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek yang dipelajarinya apabila mereka ponteng kelas atau pun ponteng sekolah dan terlibat dalam gejala sosial. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan, kecerdasan, dan sahsiah serta untuk konsep yang berlainan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran juga mampu mengurangkan gejala pelajar ngantuk di dalam kelas. Penggunaan teknologi seperti antara muka berkomputer juga mampu meningkatkan minat dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan strategi pengajaran dan pembelajaran bergantung pada guru yang merancang dan mengelolakan pelajaran berkenaan. Maka, guru perlu diberi latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan tentang pedagogi yang berkesan dan menarik. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu memberi sokongan profesional kepada guru. Bahan sokongan dan bahan bantuan mengajar yang boleh merangsang pelajar juga perlu disediakan. Merancang variasi penyampaian Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan remaja. Guru perlu menggunakan semua pancainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagaibagai. Dengan mempelbagaikan variasi, rangsangan mampu menarik perhatian remaja. Misalnya, remaja yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru. Remaja yang suka mengganggu rakan akan berhenti mengganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru dikehendaki selalu menukar intonasi suara supaya remaja benar-benar terhibur. Banyak kajian menunjukkan remaja tidak berminat belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru yang tidak memberangsangkan.

15 | P a g e

Menghubungi keluarga Tingkah laku remaja kadangkala berbeza dengan apa-apa yang dipamerkannya di sekolah dan di rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga remaja untuk berkongsi mengenali tingkah laku remaja. Kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa membantu memudahkan guru menyesuaikan teknik-teknik mengajar. Bukan itu sahaja, seandainya berlaku sesuatu di luar jangkaan guru dan ibu bapa oleh pelajar, guru boleh berbincang dan menyelesaikan masalah ini bersama-sama sebelum ia menjadi lebih parah. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan antara seorang guru dan ibu bapa pelajar dalam mengatasi sesuatu masalah yang berkaitan dengan seseorang pelajar. Menaikkan semangat Bennett (1990) menyarankan pembelajaran koperatif juga membolehkan tahap pergaulan antara remaja berlainan jantina berlaku. Adanya tarikan daripada jantina yang berbeza ini memberikan motivasi dan penggalak kepada para remaja untuk bergiat aktif dalam kumpulannya. Individu yang berbeza memerlukan teknik nasihat yang berbeza. Guru perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling seperti patuh pada etika kaunseling adalah penting apabila berhadapan dengan remaja. Pasti ada remaja yang tidak sanggup berhadapan dengan

pembentukan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga remaja yang memerlukan bantuan rakan untuk menyelesaikan masalah mereka. Kepercayaan remaja pada guru bergantung pada perhatian guru mereka. Guru yang memahami masalah remaja sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran remaja. Meningkatkan penghargaan dan kepuasan diri remaja Sebelum proses pembelajaran berlangsung, guru akan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang lepas. Hal ini akan membentuk personaliti ego kerana remaja akan berusaha mengingat dan mengamati apa-apa yang telah dipelajari mereka sebelum ini untuk tujuan menjawab soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan lancar, mereka akan berasa puas walaupun jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak guru. Sebagai kesimpulan, guru akan memberikan jawapan yang tepat dan sebagai remaja mereka akan mengambil iktibar yang baik untuk mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat.
16 | P a g e

6.0

KESIMPULAN Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan

impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Para guru dan masyarakat harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 70-an dan 80-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan sematamata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. Guru juga perlu sedar bahawa, remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan
17 | P a g e

dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apa pun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

BIBLIOGRAFI Abdullah Al Hadi Muhamed. (1995). Permasalahan Bohsia/Bohjan : Satu Tinjauan Dari Sudut Kedudukan Faktor dan Cara Menanganinya. Prosiding Seminar Kebajikan Gejala Sosial. Universiti Utara Malaysia. Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Aminudin Mansur. (1997). Remaja Perlukan Anjakan Paradigma. Fokus. Bil. 103. Bestari Comunication. Kuala Lumpur. Azizi Hj. Yahaya (1998) Satu Penilaian Terhadap Keberkesanan Program Pemulihan Akhlak Di Rembau N.Sembilan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2003. Statistik Kanak-kanak Terlibat Dengan Jenayah. (atas talian) http://www.jkm.gov.my (April 2013)

18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai