Anda di halaman 1dari 7

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Peranan dan Sumbangan Ulama Tiga Serangkai dalam Perkembangan Islam dan Transformasi Sosial di Malaysia
Suhaila Abdullah & Mohd Sukki Othman Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

Abstrak: Para ulama di Nusantara telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ajaran Islam dan transformasi sosial di rantau ini. Sumbangan mereka bukan sahaja terletak pada dakwah secara lisan di dalam masyarakat, bahkan mereka juga menghasilkan karya-karya yang amat bermanfaat yang dapat dijadikan sebagai suatu warisan ilmu yang diperturunkan untuk panduan generasi selepasnya. Mereka telah memberikan sumbangan yang amat penting dan bermakna dalam menyebarkan ilmu pengetahuan sesuai dengan asas utama dalam ajaran Islam yang memberikan penekanan kepada aspek ilmu pengetahuan. Sejarah telah membuktikan bahawa penglibatan dan sumbangan para ulama di Nusantara ini telah membawa kesan yang besar ke arah kecemerlangan ketamadunan masyarakat Islam dan transformasi sosial di Alam Melayu. Justeru, kertas kerja ini cuba memfokuskan kepada peranan dan sumbangan ulama tiga serangkai dalam perkembangan Islam dan transformasi sosial di Malaysia. Tokoh ulama tiga serangkai yang dimaksudkan itu ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (1704-1828), Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan Syeikh Daud alFatani (1769-1847). Tiga Serangkai merujuk kepada sumbangan para ulama sezaman ini yang saling melengkapi dalam disiplin ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan karya-karya mereka yang mewakili ketiga-tiga disiplin ilmu fardhu ain tersebut iaitu Sayr al-Salikin, Sabil al-Muhtadin dan al-Durr al-Thamin fi Aqaid al-Mukminin. Fokus kepada karya-karya ini juga akan dilihat dari sudut sumbangannya ke arah perkembangan keintelektualan dan transformasi sosial pada masa kini.

PENGENALAN Dalam ajaran Islam, terdapat kerangka asas Islam yang wajib diketahui dan dipelajari oleh setiap individu Islam. Ia dikenali sebagai fardhu `ain yang merangkumi Aqidah, Fiqh dan Akhlak (Tasawwuf). Kerangka ini diambil daripada hadis nabi SAW riwayat Imam Muslim1 yang maksudnya:
Daripada `Umar al-Khattab: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesankesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau mampu mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Dia berkata

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Walaupun engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tandatandanya. (hari kiamat) Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

442

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Daripada hadis di atas, para ulama telah mengklasifikasikan ilmu fardhu ain kepada tiga iaitu Islam (Fiqh), Iman (Aqidah) dan Ehsan (Tasawwuf Akhlak). Oleh yang demikian, peranan dan sumbangan ulama tiga serangkai yang akan dibincangkan dalam kertas ini adalah merujuk kepada sumbangan dan transformasi yang diusahakan oleh para ulama sezaman yang saling melengkapi dalam disiplin ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Tokoh ulama tiga serangkai yang dimaksudkan itu ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (1704-1828), Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847). Kertas kerja ini juga akan membincangkan karya-karya mereka yang mewakili ketiga-tiga disiplin ilmu fardhu ain tersebut iaitu Sayr al-Salikin, Sabil al-Muhtadin dan al-Durr al-Thamin fi Aqaid al-Mukminin. Karyakarya tersebut mengandungi ilmu-ilmu penting yang dapat memberi petunjuk ke arah transformasi pemikiran masyarakat dalam hal-hal berkaitan ilmuilmu fardhu ain, ilmu akidah dan juga ilmu akhlak. Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (17041828/1832): Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dilahirkan pada 1116 H/1704 M, di Palembang. Menurut sumber Melayu, nama lengkap alFalimbani ialah Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al-Falimbani2. Sementara itu, sumber Arab pula menamakannya sebagai Sayyid Abdul al-Samad bin Abdul Rahman al-Jawi3. Dari silsilah, nasab Syeikh al-Falimbani masih keturunan Arab, yakni dari jalur ayahnya, Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Ayah al-Falimbani merupakan ulama berasal dari Yaman yang diangkat menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18. Sementara ibunya Radin Ranti, adalah wanita Palembang yang diperisteri Sheikh Abdul Jalil, setelah sebelumnya sempat menikahi Wan Zainab, puteri Dato' Sri Maharaja Dewa di Kedah. Syeikh Abdul Jalil adalah ulama besar sufi yang menjadi guru agama di Palembang, Tidak dijelaskan latar belakang kedatangannya ke Palembang. Akan tetapi beliau seperti orang Arab yang lain datang ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Dalam pengembaraannya ke Palembang, putera mahkota Kedah, Tengku Muhammad Jiwa, bertemu dengan Syeikh Abdul Jalil dan berguru padanya, bahkan mengikutinya mengembara ke pelbagai negeri sampai ke India. Dalam sebuah perjalanan mereka, Tengku Muhammad Jiwa mendapat khabar bahawa Sultan Kedah telah mangkat. Tengku Muhammad Jiwa lalu mengajak gurunya itu pulang bersamanya ke negeri Kedah. Beliau dinobatkan menjadi sultan pada tahun 1112 H/1700 M dan Syeikh Abdul Jalil pula diangkat menjadi mufti Kedah dan dinikahkan dengan Wan Zainab. Tiga tahun kemudian Syeikh Abdul Jalill kembali ke Palembang kerana permintaan beberapa

muridnya yang rindu padanya. Di Palembang beliau berkahwin dengan Radin Ranti dan memperoleh seorang putera yang diberi nama Abdul Samad. Peristiwa Semasa Kecil: Seperti lazimnya anakanak kecil di masa itu, Syeikh al-Falimbani menerima pengajaran agama daripada orang tuanya sendiri iaitu Sheikh Abdul Jalil, mufti Negeri Kedah, selain beberapa guru di kampungnya. Selain di kampung halamannya, Syeikh al-Falimbani juga mendapatkan pendidikan agama di daerah Kedah dan Patani (Selatan Thailand). Beliau sempat berkawan dengan Syeikh Daud Bin Abdullah alFattani ketika belajar agama di Pondok Pauhbuk, Mayur, Pattani. Beliau nampak hebat sejak berada di pondok lagi sebab itu beliau telah dilantik menjadi 'kepala telaah' (tutor). Ibu bapa al-Falimbani kemudiannya telah mengirim anaknya itu ke tanah Suci, Haramayn, Makkah, dan Madinah kerana belum berpuas hati dengan ilmu yang dicapai anak mereka. AlFalimbani menekuni ilmu selama 30 tahun di Makkah dan 5 tahun di Madinah. Ketika di Makkah, beliau menjadi kawan seperguruan menuntut ilmu dengan ulama Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Dawud al-Fatani. Meskipun beliau menetap di Makkah, namun, beliau tidak melupakan negeri tanah tumpah darahnya. Syeikh al-Falimbani tetap memberikan perhatian besar terhadap perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara. Semasa menuntut ilmu di Haramayn, Syeikh al-Falimbani mengalami perubahan signifikan berkaitan idea-idea transformasi berkaitan intelektualisme dan spiritualisme. Keadaan di Makkah dan Madinah: Semasa menuntut ilmu di Makkah dan Madinah, alFalimbani banyak mempelajari pelbagai disiplin ilmu kepada ulama-ulama besar masa itu serta para ulama yang berkunjung ke sana. Al-Falimbani mempunyai kecenderungan pada bidang ilmu tasawuf. Oleh sebab itu, di samping belajar tasawwuf di Masjidil-Haram, beliau juga mencari guru lain dan membaca kitab-kitab tasawuf yang tidak diajarkan di sana. Al-Falimbani bersama Muhammad Arsyad al-Banjari, Abdul Wahab Bugis dan Abdul Rahman Masri dari Jakarta bersama-sama menuntut ilmu di Makkah dan belajar ilmu tarekat di Madinah kepada Syekh Muhammad al-Samman (w. 1162 H/1749 M). Ketika berguru dengan Syeikh Muhammad al-Samman, al-Falimbani dipercayai telah diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar rnurid-murid al-Sammani yang asli orang Arab. Oleh kerana itu, al-Falimbani banyak dipengaruhi oleh idea-idea al-Sammani dan dari gurunya itulah al-Falimbani mengambil tarekat Khalwatiyyah dan Sammaniyyah.

443

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Al-Falimbani rnemantapkan kariernya di Haramayn dan mencurahkan waktunya untuk menulis dan mengajar. Meskipun demikian dia tetap menaruh perhatian yang besar terhadap Islam dan umat Islam di negeri asalnya. Tulisan-tulisannya tidak hanya menyebarkan ajaran-ajaran sufisrne tetapi juga mengajak umat Islam melancarkan jihad melawan penjajah Eropah. Al-Falimbani berperanan aktif dalam usaha menyelesaikan dua persoalan pokok yang pada waktu itu dihadapi bangsa dan tanahairnya, baik di kesultanan Palembang mahupun di kepulauan Nusantara pada umumnya, iaitu yang berkaitan dengan dakwah Islamiah dan kolonialisme Barat. Mengenai dakwah Islam, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak tersesat oleh berbagai-bagai fahaman yang menyimpang dari Islam seperti ajaran tasawwuf yang mengabaikan syariat. Sementara mengenai kolonialisme Barat pula, al-Falimbani menulis kitab berjudul Nasihah al-Muslimin wa tazkirah al-Mu'min fi Fadail Jihad ti Sabilillah, dalam bahasa Arab untuk meniup semangat jihad kepada umat Islam di seluruh dunia. Tulisannya beliau ini sangat berpengaruh pada perjuangan umat Islam dalam melawan penjajahan Belanda, baik di Palembang mahupun di daerah-daerah lainnya. Karya: Sumbangan al-Falimbani dalam bidang penulisan amat banyak. Di antara karyanya ialah: Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid, Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman alMukminin Al-'Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil-Ittiqa' Ratib 'Abdal-Samad Zad al-Muttaqin fi Tauhid Rabb al-'Alamin Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin: Kitab ini merupakan karya terbesar Sheikh Abdul Samad. Ia siap ditulis di Taif pada tahun 1778. Kitab ini didasarkan pada kitab Lubab Ihya' Ulumiddin. Ia dicetak berkali-kali termasuk di Pulau Pinang. Sayr al-Salikin yang terdiri dari empat bahagian, juga berbahasa Melayu, ditulisnya di dua kota, iaitu Makkah dan Ta'if, 1779 hingga 1788. Selain mengandungi terjemahan Lubab Ihya' Ulum al-Din karya Al-Ghazali, kitab ini juga memuatkan beberapa masalah lain yang diambilnya dari beberapa kitab lain. Di samping menerjemahkannya, al-Falimbani juga membahas pelbagai masalah yang dianggapnya penting. Buku karangan beliau ini menyajikan suatu sistem ajaran tasawwuf yang memusatkan perhatian pada cara pencapaian ma'rifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam. Semua karya tulisnya tersebut masih digunakan sehingga sekarang. Dua karya besar al-Falimbani, Sayr al-Salikin ila 'Ibadah Rabb ai-'Alamin dan Hidayah al-Salikin

fi Suluk Maslak al-Muttaqin dianggap sebagai contoh yang menunjukkan transformasi oleh para ulama abad ke-18 yang telah mengambil langkah untuk kembali mengikuti tasawwuf Sunni AlGhazali dan meninggalkan wahdatul wujud Ibn al'Arabi yang pada abad sebelumnya sangat dominan di Aceh. Transformasi pendekatan tasawufnya lebih menekankan hal-hal berkaitan penyucian fikiran dan perilaku moral. Beliau juga cuba menyelaraskan aspek syariat dan tasawwuf. Tauhid sebagai salah satu maqam tertinggi dan tujuan yang ingin dicapai oleh seorang sufi menjadi perhatian penting alFalimbani. Seiring dengan keinginannya untuk menyelaraskan syariat dengan tasawwuf, beliau menjelaskan empat tingkatan tauhid seperti yang dikemukakan al-Ghazali. Dua tahap yang pertama rnerupakan tauhid orang awam sedangkan dua tahap yang terakhir pula menjadi tujuan sufi yang hanya dapat dicapai melalui pengalaman sendiri. Martabat pertama, orang mengucapkan La Ilaha illallah sedangkan hatinya lalai dan mengingkari makna kalimat itu, seperti tauhidnya orang munafik. Martabat kedua, hatinya membenarkan makna kalimat itu seperti kebanyakan orang awam. Inilah tauhid yang tersebut di dalam ilmu Usuluddin yang dibicarakan oleh. para Fuqaha dan ulama Mutakallimin Asya'irah dan Maturidiyah. Martabat ketiga, memandang dengan hati akan keesaan Allah melalui nur yang sebenarnya dengan jalan terbuka hatinya, Dengan mata hatinya ia memandang alam ini cermin sifat Allah Yang Qahhar. Menurut al-Falimbani inilah yang ada di dalam hati orang yang menjalani ilmu tarekat iaitu maqam orang muqarrabin. Martabat keempat, satu-satunya yang dilihat di dalam wujud alam ini hanya zat TuhanYang Esa yang wajib al-wujud yang oleh ahli sufi dinamakan fana' fi ai-tauhid,', la tidak lagi rnelihat dirinya kerana batinnya telah larut dalam memandang Tuhan Yang Esa yang sebenarbenarnya. Menurut al-Falimbani, inilah tauhid orang siddiqin lagi 'arifin. Jihad Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani: Perjuangan beliau dalam medan jihad terserlah dalam peperangan Pattani dan Kedah menentang Siam pada tahun 1832. Tercatat dalam sejarah Peperangan antara Pattani dan Siam berlaku sebanyak 12 kali. Syeikh Daud Fattani dan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani meninggalkan Makkah untuk turut serta dalam jihad menentang Siam. Sheikh Abdul Samad telah dilantik sebagai panglima perang. Syeikh Abdul Samad syahid dalam peperangan tersebut. Beliau ditangkap dan disula oleh tentera Siam, dan kepalanya dipancung dan dibawa ke Bangkok untuk dipersembahkan kepada

444

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Maharaja Siam sebagai bukti kematiannya. Maqamnya telah dijumpai di Mukim Jenung, Chanaa iaitu berhampiran dengan Pondok Bantrap. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (17101812): Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dilahirkan pada 15 Safar 1122 Hijrah / 17 Mac 1710 Masihi di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Bapanya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan tahlilullah 17001734M). Bapanya bukan asli orang Banjar, beliau datang dari India, mengembara untuk menyampaikan dakwah dan merupakan seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil, kedua ibubapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Telah diriwayatkan bahawa pada suatu malam daripada malam-malam bulan Ramadhan, ibunya yang hamil itu telah menyaksikan pohon tunduk dan rebah ke bumi, dan air sungai yang seolahnya membeku. Secara tidak langsungnya, ibu dan bapanya seolah mendapat kurniaan 'lailatul qadr', lantas tanpa membuang masa, mereka mengangkat tangan berdoa ke hadrat ilahi agar anak yang dikandung dirahmati dan diberkati. Setelah lahir, ibu bapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan asmaulllah, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan al-Quran kepadanya. Peristiwa Semasa Kecil: Sejak kecil, Syeikh Arsyad al-Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya selalu kagum dan terpukau. Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung-kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampong Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah sekali dan memukau hati apabila memandangnya. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun. Lalu beliau pun berpindah ke istana sultan untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu, maka dengan mudah beliau mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu yang lain. Syeikh Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah. Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya

ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745-1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (17781808M). Keadaan di Makkah dan Madinah: Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama'-ulama' yang terkenal pada masa itu. Sahabat-sahabat Syeikh Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap pertemuan merupakan majlis ilmu, mereka saling bermuzakarah bersamasama. Antara sahabat beliau ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis) dan Syeikh Muhammad Salih Bin Umar al-Samarani/Semarang. Di samping belajar kepada guru, mereka sering membuat 'study group' yang diketuai oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani. Oleh kerana kehebatan Syeikh Arsyad, beliau telah diberi penghormatan untuk mengajar di Masjidil Haram. Pulang ke Tanah Air: Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan 5 tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat-pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad turut membiasakan diri bersama orang kampung berkebun, bersawah dan bertani. Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelusuk daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan. Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu dakwah bil hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), dakwah bil lisan (dakwah dengan menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan dakwah bil kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah). Karya: Antara karya beliau ialah: Kitab Usuluddin Luqthatul 'Ajlan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al-Niswan Kitab Tuhfat al-Raghibin Kitab al-Qawl al-Mukhtasar fi 'Alamat al-Mahdi al-Muntazar Kitab Ilmu Falak Kitab al-Nikah Kitab Kanzul Ma'rifah

445

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Kitab Sabil Al-Muhtadin: Karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang paling terkenal ialah Kitab Sabil al-Muhtadin. Ia ialah kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh Alam Melayu. Ia terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama terdiri daripada 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini ialah persoalan ibadah yang merangkumi taharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan. Kemashyuran kitab ini menyebabkan ia menjadi khazanah bagi perpustakaan-perpustakaan besar seperti di Makkah, Mesir, Turki dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei. Ia ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah, ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. Penulisan ini mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H / 1779 M dan selesai pada 27 Rabiul Akhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300 H/ 1882 M, kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah. Antara contoh masalah yang dikemukakan: Masalah makan anak lebah. Menurutnya, kebiasaan orang Banjar yang makan anak wanyi (lebah) adalah haram. Katanya:
maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahawasanya barang yang telah diadatkan oleh setengah daripada orang awam daripada memakan ulat yang jadi ia daripada telur wanyi dan memakan anak wanyi yang jadi ia daripada ulat itu maka yaitu khata' yang besar lagi mungkar wajib menegah akan dia atas barangsiapa yang kuasa atasnya.4

malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, tanggal 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1812 Masihi, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara. Mengenang jasa dan sumbangan beliau yang tidak terhingga, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau dalam beberapa institusi. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al-Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin. Syeikh Daud Al-Fatani (1769-1847): Nama penuh beliau ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Beliau lebih dikenali sebagai al`Alim al-`Allamah al-`Arif al-Rabbani8. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah alFathani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Faqih Ali. Rujukan asal yang mengatakan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Faqih Ali diperolehi tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan iaitu:
Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali. Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah Mekong Damit Kampung Bira pada tahun 1049 H. Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya dan berpelajaran orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Ce' Dewi anak Sri Bija Diraja. Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 M9.

Masalah konsep tandas. Katanya:


qadha hajat pada tempat yang disediakan bagi qadha hajat maka tiada haram menghadap kiblat dan membelakinya dan tiada makruh dan tiada khilaf al-aula.5

Beliau bermaksud qadha hajat yang dilakukan dalam tandas yang mempunyai dinding. Masalah membuat binaan atas kubur. Katanya:
haram memperbuat suatu seperti kubah atau rumah atau pagar di atas kubur bumi yang diwakafkan akan tempat kubur segala Islam maka wajib melarang dia dan memerintahkan barang yang sudah diperbuat daripadanya.6

Masalah membuat makanan pada hari kematian Katanya:


dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang disarukannya segala manusia atau memakan dia dahulu dari menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat. Dan demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala mereka yang disarunya memperkenankan sarunya dan haram menyediakan makanan akan yang menangis dengan menyarik kerana demikian itu menolong atas perbuatan maksiat.7

Meninggal Dunia: Beliau meninggal dunia setelah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan dan dakwah iaitu semenjak umurnya 7 tahun lagi. Pada

Para pengkaji berselisih pendapat tentang tempat kelahirannya. Wan Mohd Saghir berpendapat bahawa beliau dilahirkan di Kampung Kerisek, Pattani10. Abdullah al-Qari pula berpendapat Syeikh Daud al-Fatani dilahirkan di Kampung Bendang Gucil11. Manakala Ismail Che Daud pula mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum berhampiran dengan Kampung Kerisek, iaitu kira-kira 7 kilometer di sebelah selatan Bandar Patani sekarang.12 Tahun kelahirannya juga tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatancatatan beberapa keluarga penulis yang ada

446

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.13 Ismail Che Daud menyatakan bahawa tarikh kelahirannya ialah pada 1183H bersamaan 1769M14. Pendidikan: Syeikh Daud al-Fatani mendapat pendidikan awal di institusi pendidikan tradisional, apatah lagi pada waktu itu Acheh dan Patani terkenal sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang terkenal di rantau ini. Dalam sistem tradisional, kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun memulakan pendidikan awal dengan belajar mengaji al-Quran. Biasanya mereka dihantar kepada guruguru yang tinggal berdekatan atau belajar dengan kedua-dua ibu bapa atau keluarga sendiri15. Syeikh Daud al-Fatani memulakan pendidikan awal daripada keluarganya sendiri kerana bapa dan datuknya Syeikh Wan Idris ialah ulama yang terkenal. Di samping itu, beliau juga belajar daripada ulama setempat. Syeikh Daud juga mendapat pendidikan dari Pondok Kuala Bekah, Pondok Kerisek, Pondok Samla dan Pondok Pauh Bok. Beliau juga dikatakan belajar di Acheh selama dua tahun sebelum beliau berangkat ke Hijaz dan menetap di sana dalam jangka masa yang agak lama16. Ketika melanjutkan pelajarannya di Mekah, Sheikh Daud al-Fatani mendekati para ulama Patani yang telah bermastautin di Mekah. Di antara ulama Patani yang telah diiktiraf dan dibolehkan mengajar di Masjidil Haram ialah Sheikh Muhammad Shaleh bin Abdur Rahman al-Fathani. Beliau adalah seorang tokoh ulama Ahli Syari'at dan Haqiqat yang lebih banyak terjun ke dunia kesufian. Sheikh Daud al-Fatani banyak memperoleh ilmu dari Sheikh Muhammad Shaleh bin Abdur Rahman terutamanya ilmu kesufian. Karya: Antara karyanya adalah seperti berikut: Bughyat al-Tullab Al-Saidu wa al-Zabaih Al-Bahjat al-Saniyat Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar Manhalush Shafi Munyat al-Mushalli Bahjat al-Mardiyat Hidayat al-Mutaallim

Meninggal Dunia: Sheikh Daud al-Fathani meninggal dunia dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahun kematiannya tidak diketahui dengan pasti. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat beliau meninggal dunia sekitar tahun 1847 M, dan ada juga yang menyebut tahun 1265 H 17. KESIMPULAN Para ulama di Nusantara telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ajaran Islam di rantau ini. Sumbangan mereka bukan sahaja terletak pada dakwah secara lisan di dalam masyarakat, bahkan mereka juga menghasilkan karya-karya yang amat bermanfaat yang dapat dijadikan sebagai suatu warisan ilmu yang diperturunkan untuk panduan generasi selepasnya. Mereka telah memberikan sumbangan yang amat penting dan bermakna dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan membawa transformasi kepada masyarakat sesuai dengan asas utama dalam ajaran Islam yang memberikan penekanan kepada aspek ilmu pengetahuan. Sejarah telah membuktikan bahawa penglibatan dan sumbangan para ulama di Nusantara ini telah membawa kesan yang besar ke arah transformasi dan kecemerlangan ketamadunan masyarakat Islam dan perubahan sosial di Alam Melayu. Sumbangan dan transformasi besar yang dimainkan oleh ketiga-tiga tokoh yang dibincangkan di atas iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (1704-1828), Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847) adalah melalui pemikiran dan karya yang dihasilkan. Idea-idea Islam dan keintelektualan ilmu disebarkan melalui kitab-kitab yang dikarang. Justeru, hal ini perlulah dicontohi oleh para ilmuwan zaman sekarang agar perkembangan keintelektualan itu terus berkembang dari semasa ke semasa. NOTA HUJUNG
1

Kitab al-Durr al- Thamin fi Aqaid al-Muminin: Kitab ini selesai ditulis pada 17 Syawal 1232H bersamaan 1819-17M. Ia mengandungi 103 halaman. Ia memuatkan perbicaraan mengenai asasasas akidah Islam mengikut aliran Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan terawal ialah versi yang dicetak di Matbaah al-Miriyyah, Makkah pada tahun 1323H dan disunting oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zayn al-Fatani.

3 4

5 6

Ibnu Rejab, Jami` al`Ulum wa al-Hikam, Beirut: Muasasah al-Risalah, 1991, h. 33 Azyumardi Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII, Jakarta: Prenada Media Group, 2007, h. 307. Ibid. Muhammad Arsyad al-Banjari, Sabil alMuhtadin, t.t.p., Darul Fikir li al-Tibaah wa alNashr wa al-Tauzi, h. Jil.1, (t.t), h. 38 Ibid., Jil, 1, h.48. Muhammad Arsyad al-Banjari, Sabil alMuhtadin, Jil. 2, Jakarta: Maktabah Nur alThaqafah al-Islamiyyah, (t.t), h. 85. Ibid., Jil. 2, h.100.

447

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

9 10 11

12

13

14 15

16 17

Wan Mohd Saghir Abdullah, Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbitan Hizbi, 1990, h. 73. http://ulamanusantara.blogspot.com Wan Mohd Saghir Abdullah, h. 20. Abdullah al-Qari, Pujangga Syeikh Daud alFatani, dalam Majalah Dian, 1967, h. 131. Ismail Che Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu, Kelantan., 2001, h.19. Wan Mohd Saghir: http://ulamanusantara.blogspot.com Ismail Che Daud, h. 20. Fauzi Deraman, Hadith Dalam Karya Syeikh Daud al-Fatani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, h. 36-37 Ibid, h.37 Wan Mohd Saghir: http://ulamanusantara.blogspot.com RUJUKAN

Abdullah al-Qari (1967), Pujangga Syeikh Daud alFatani, dalam Majalah Dian. Abdurrahman Masud (2006), Dari Haramain Ke Nusantara, Jakarta: Prenada Media Group Abdul Samad al-Falimbani, Sayr al-Salikin, Darul Fikir li al-Tibaah wa al-Nashr wa al-Tauzi.

Amir Yusoff, (2006), Pengaruh Ulama Timur Tengah Terhadap Penulisan al-Syakh Dawud Ibn Abdullah al-Fatani dalam Kitab Baghiyyah al-Tullab li Murid Marifah al-Ahkam bi alSawab, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Azyumardi Azra (2007), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII, Jakarta: Prenada Media Group Fauzi Deraman (2010), Hadith Dalam 17Karya Syeikh Daud al-Fatani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka http://ulamanusantara.blogspot.com Ibnu Rejab (1991), Jami` al`Ulum wa al-Hikam, Beirut: Muasasah al-Risalah Ismail Che Daud, (2001), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. Muhammad Arsyad al-Banjari, (t.t) Sabil alMuhtadin, Jil.1, t.t.p., Darul Fikir li al-Tibaah wa al-Nashr wa al-Tauzi. Muhammad Arsyad al-Banjari, (t.t), Sabil alMuhtadin, Jil. 2, Jakarta: Maktabah Nur alThaqafah al-Islamiyyah. Wan Mohd Saghir Abdullah (1990), Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

448

Anda mungkin juga menyukai