Anda di halaman 1dari 8

1

Warisan Melayu Islam Nusantara


Muhammadiyah Dan Peranannya dalam Bidang Sosial,
Pendidikan
Dan Dakwah di peringkat Antarabangsa.
Drs. NUHUNG. M.A.
University Sains Malaysia
Jundullah67@hotmail.com

Islam merupakan ajaran yang murni di bawa oleh Rasulullah SAW,


bersumber pada Al-Quran dan al-Sunnah yang Qat’i. Rasulullah SAW
merupakan contoh tauladan pembawa rahmat seluruh alam, mengantar
manusia dari alam kegelapan kealam cahaya iman. Ajaran Islam sampai ke
Alam Melayu, sangat dipengaruhi oleh ajaran tasawuf. Para sejahrawan
menyatakan bahawa inilah yang menyebabkan Islam menarik kepada mereka
di Malaysia dan boleh dikatakan bahawa tasawuf dengan ajaran dan
amalannya menyebabkan berlakunya proses Islamisasi di Malaysia
A.H. John ahli sejarah Australia itu menyatakan bahawa Islamisasi tersebut
berlaku adanya dakwah yang cergas dilakukan oleh para penyebar sufi yang
datang bersama-sama dengan para pedagang muslim. Para pendakwah yang
bersifat sufi ini disebutkan dalam sumber-smber pribumi. Berhubungan
dengan perkembangan tariqat dan tasawuf sumber-sumber paling awal
nampaknya berasal dari akhir abad ke-16.

Selanjutnya Muhammad Abdu di Mesir pada than 1849-1905


melakukan pembaharuan keagamaan lebih menekankan pemikiran kembali
pada akidah Islam. Berbeza pemikiran gurunya iaitu Jamal al-Din al-Afgani
menekankan pembaharuan melalui gerakan politik, pemikirannya melalui
tafsir al-Quran. Sebagai tokoh pembaharu, Muhammad Abduh
mengemukakan cadangan penggunaan pemikiran moden, sebab hanya
dengan kebenaran Islam dapat diungkapkan sesuai dengan tuntunan zaman.
Pemikiran Muhammad Abduh menjadi inspirasi gerakan berusaha secara
rasional sekaligus menegakkan sunnah sebagaimana telah dikerjakan oleh
Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Rasyidin

Pemikiran Muhammad Abduh di kembangkan oleh muridnya sendiri


bernama Syeik Rasyid Ridha pada tahun 1865-1935, beliau berasal dari
Syiriah. Beliau menerbitkan tafsir al-Quran dan majalah yang berhaluan
2

pembaharuan di sebut al-Manar, selanjutnya tersebar luas dari Maroko


hingga ke Malaysia. Pengaruh pemikiran Muhammad Abduh disebarluaskan
melalui tafsir dan majalah al-Manar telah berjaya membentuk pendirian
sehingga pembaharuan al-Manar menjadi suatu kekuatan di seluruh Negara
Islam, para pembaharu menghadapi perlawanan kepentingan yang telah
mengakar daripada kalangan pemuja kuburan para wali dan pelbagai tariqat.
Pembaharuan al-Manar telah menyeberangi sempadan bangsa dan negeri-
negeri seluruh dunia, telah membuat persaudaraan baharu daripada
kumpulan yang penuh semangat membasmi kekeliruan dan perpecahan umat
Islam.

Malaysia merupakan dunia Islam, Malaysia tidak terlepas daripada


pengaruh Muhammadiyah. Mesir, India, Makkah dan Indonesia ialah
tempat-tempat yang menjadi pangkalan kemasukan fahaman
Muhammadiyah. Kewujudan tokoh-tokoh seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh
Jalaluddin, Haji Abbas Taha, dan Datuk Haji Muhammad bin Haji Mohd Said
membawa angin Muhammadiyah ke Malaysia. Mereka meskipun menurut
cara-cara masing-masing, menerbitkkan beberapa majalah yang berpengaruh
seperti al-Ikhwan dan Pengasuh. Pembangunan masyarakat Islam di suarakan
melalui penerbitan.
Berdiri beberapa sekolah Islam seperti Madrasah al-Hadi di Malaka pada
tahun 1917 dan Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang. Anak-anak didik
mereka kemudiannya melanjutkan perjuangan Muhammadiyah. Menurut
ustaz Wahab bin Ahmad.

Salah seorang tokoh terkemuka dalam gerakan Muhammadiyah di


tanah Malayu iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1957). Beliau adalah
seorang putera Minangkabau yang menuntut ilmu Islam di Makkah. Salah
seorang gurunya yang penting iaitu Syeikh Ahmad Khatib (1860-1916M)
seorang ulama di Makkah berasal dari Minangkabau. Syeikh Tahir Jalaluddin
juga menuntut di al-Azhar Mesir. Di Mesir beliau lebih banyak berkenalan
dengan aliran Muhammadiyah kelompok Muhammad Abduh. Pemikiran
Muhammadiyah tertanam dalam jiwanya, selepas balik ke tanah air beliau
terus memperjuangkan idea-idea baharu itu. Beliau memulai gerakan
3

Muhammadiyah dengan menerbitkan majalah al-Iman, kahwan seperjuangan


beliau iaitu Syed Syeikh al-Hadi, seorang tokoh keturunan Hadramaut.
Pengaruh Syeikh Tahir Jalaluddin melalui al-Iman bukan hanya terhad di
Singapura atau Semenanjung, bahkan lebih jelas lagi di tanah Minangkabau
(Sumatera Barat) tempat asal usulnya.

Di Minangkabau, perjuangan Muhammadiyah: selepas kehancuran


kuasa politik dan keaskaran kaum padri, khususnya berhadapan dengan adat
yang kolot kebiasaan mereka bertentangan dengan Islam, tegaklah mereka
beberapa tokoh ulama seperti Syeikh Abdul Karim Amrullah (bapak
Allayarham HAMKA) (1879-1945M) Syeikh Muhammad Jamil Jambek dan
Haji Ahmad (1878-1933M). Mereka menerbitkan majalah al-Munir (1911-
1915M) sebagai alat menyebarkan pahaman Muhammadiyah.
Di Semenanjung tanah Melayu, Syeikh Tahir Jalaluddin melanjutkan dakwah
Muhammadiyah. Beliau dipandang sebagai ulama berwibawa. Sebab itulah
beliau di lantik menjadi penasehat agama kepada Sultan Perak, juga
Mahkamah pengadil di Taiping dan Ipoh (1911M). Walau bagaimanapun
beliau gagal dalam percubaannya untuk mendapat kedudukan rasmi yang
lebih baik sebagai Mufti Johor, kerana fahamannya yang dianggab
merosakkan suasana yang telahSelanjutnya yang berkenaan dengan Syed
Syeikh al-Hadi, beliau menubuhkan madrasah al-Hadi di Bandar Melaka
(1917M), nampaknya kurang mendapat sokongan. Beliau kemudian pindah ke
Pulau Pinang dan menubuhkan Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah (1919M).
Beliau mengasaskan majalah al-Ikhwan (1926M) dan majalah Saudara
(1928M).

Tokoh-tokoh yang membantu beliau di dalam penerbitan antara lain:


Syed Alwi, Abdul Rahim Kajai dan Abdul Wahab Abdullah. Perjuangan
sekarang ditujukan bukan hanya dari segi agama sahaja, melainkan juga telah
menerobos masalah kemasyarakatan seperti ekonomi dan lain-lain. berlaku
sebagai tradisi.

Muhammadiyah Kelantan mendapat sambutan baik, salah seorang


tokoh terkenal iaitu Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1874-1939M). Beliau
4

ialah penyokong fahaman ketidakterikatan kepada salah satu mazhab. Beliau


bukanlah seorang tokoh yang berdiri sendiri di Kelantan. Dalam suatu
perdebatan di Kota Bahru beliau disokong oleh Haji Abbas Taha dari
Singapura, pengaran al-Iman dan DR Burhanuddin al-Helmi. Di riwayatkan
bahawa beliau juga mempunyai hubungan surat menyurat yang berisi
pertukaran pendapat tentang pelbagai-bagai masalah dengan Syed al_Hadi.
Beliau juga pernah berhubungan langsung dengan Syed Rasyid Ridha di
Mesir.

Kehadiran juga Abu Abdillah Syed Hasan bin Nor Hasan yang dikenal
dengan “Tok Khurasan” seorang tokoh ilmu yang berasal dari Afganistan,
pernah mendalami ilmu agama di India. Sekembalinya mereka ke tanah air,
mereka menyumbangkan unsur-unsur Muhammadiyah kepada umat Islam
tempatan. Begitu juga kepulangan Haji Mohd. Yusuf bin Muhammad yang
lebih di kenali “Tok Kenali” (Kenali nama kampung tempat beliau tinggal,
terletak didalam kawasan Kubang Kerian) membawa angin baharu didalam
perkembangan Islam di Kelantan. Beliau belajar di Makkah selama 20 tahun,
pernah mengunjungi Mesir. Beliau dilantik menjadi pengarang majalah
Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu
Kelantan. Majalah ini berjuang menegakkan unsur-unsur Muhammadiyah
seperti al-Iman

Para tokoh-tokoh Muhammadiyah berusaha mendidik masyarakat


tempatan kembali pada al-Quran dan al-Sunnah. Di dalam siaran
jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri Perlis bertarikh 18 April
1988 seperti yang di sebutkan diatas di kemukakan sepotong hadis riwayat
Abu Daud dan al-Tarmizi yang sebahagiannya mengatakan:
Bermaksud; “….beringatlah sesuatu yang baharu, sesungguhnya setiap
yang itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah kesesatan
Hadis ini menyuruh umat Islam agar menjauhi perkara bidaah. Apakah
bidaah itu? Tanpa perpanjang kalam kita pergi ke takrif bidaah itu. Bidaah
ialah segala sesuatu yang diada-adakan sesudah wafat Nabi Muhammad SAW
untuk dijadikan syarak dan agama padahal yang diada-adakan itu tidak ada di
dalam agama: diada-adakan itu pula dengan sebab sesuatu subhat
5

(keterangan yang menyamarkan) atau kerana sesuatu takwil. Di Dalam hadis


yang lain Nabi Muhammad SAW mengatakan: bermaksud “Kamu lebih tahu
tentang urusan dunia kamu”(Khallaf: 44).

Memperjumpakan kedua-dua hadis ini membawa kepada kesimpulan:


Di dalam perkara bidaah, yakni perkara yang berhubungan manusia dengan
Tuhan lebih menonjol, yang dilakukan untuk menghampirkan diri pada Allah,
manusia tidak boleh menciptakan sendiri; ia hanya di benarkan jika ada dalil
al-Quran dan al-Sunnah. Ulama usul al-fiqh membuat rumusan: Perkara
bidaah hukum asalnya haram, melainkan jika ada perintah. Sebaliknya di
dalam perkara muamalat iaitu perbuatan dari segi aspek hubungan antara
makhluk dengan makhluk lebih menonjol, manusia dibenarkan mencipta
yang baharu. Bahkan melalui al-Maslahan al-Mursalah perbuatan demikian
adalah digalakkan. Tentang ulama usul al-fiqh merumuskan: Di dalam
muamalat hukum asal perbuatan adalah mubah, melainkan jika ada larangan.

Di dalam menggunakan qiyas (analogi deduktif) kebanyakan ulama al-


Fiqh hanya membenarkannya di dalam masalah yang tergolong di dalam
muamalat. Sebaliknya di larang menggunakan di dalam masalah yang
tergolong ibadah. Satu unsur pokok di dalam qias ialah adanya illah (kerana).
Hanya di dalam muamalat kita mengetahui illah sesuatu perbuatan. Di dalam
ibadah kita di beritahu oleh Allah apa illlahnya. Perbuatan yang tidak di
ketahui illahnya tidak dapat menjadi pokok qiyas.
Satu ciri khas gerakan Muhammadiyah, daripada aliran manapun ialah
pembasmian bidaah. Islam itu mestilah sentiasa murni seperti yang diajarkan
oleh al-Quran dan al_Sunnah. Syeikh Abu Bakar al-Asyaari, pelopor
terkemuka gerakan Muhammadiyah di Perlis di dalam bukunya “Ibadah
Rasulullah SAW” setelah mengemukakan takrif yang dibuat oleh ulama
terdahulu, mengambil kesimpulan bahawa bidaah menurut syariah ialah
sesuatu yang baharu di dalam urusan agama Islam, baik yang berupa akidah,
baik berupa ibadah ataupun yang bercorak serupa ibadah yang belum pernah
ada atau belum pernah terjadi pada masa Nabi Muhammad SAW, pada masa
sekalian sahabat, tambahan atau pengurangan di dalam urusan agama Islam.
6

Muhammadiyah biasanya bersikap progresif dan anti penjajah. Mereka


berjuang membangungkan umat Islam daripada tidurnya. Untuk mereka
ingin agar ajaran Islam yang dinamik membangkitkan kembali umat Islam
supaya megambil tempatnya yang mulia di tengah –tengah pergaulan umat
manusia. Selanjutnya beralih pada Muhammadiyah Singapura. Orang Islam
di Singapura, melihat diri sabagai sebuah masyarakat yang sdang di bina
dengan rasa keyakinan pada diri sendiri, bantu-membantu dan sanggub
mengahadapi cabaran dengan berani. Orang Islam Singapura merupakan
golongan minoriti, bahawa tidak ada jalan lain kecuali menjadi sebahagian
daripada masyarakat Singapura yang berbilang kaum, berbilang agama,
sekuler, gigih sejagat dan rukup bersains.

Orang Islam Singapura tidak bererti menjadi ekslusif atau lebih buruk
lagi, memingggir. Orang Islam merasa bangga menjadi sebahagian daripada
arus utama masyarakat Singapura. Anggota masyarakat dan pemimpin
bersepakat dalam usaha memupuk” perkongsiang dalam kemajuan” dengan
pemerintah, sektor swasta dan masyarakat lainmenghidupkan impian ini..
Muhammadiyah Singapura telah melakukan suatu rancangan strategis bagi
memastikan peranan umat Islam menyumbang pada negara Singapura yang
bertenanga memainkan memainkan peranan proaktif dalam mewujudkan
keharrmonian antara agama, atau mengoptimunkan potensi ekonomi,
institusi-institusi Islam, untuk meningkatkan masyarakat akan terus
berkembang. Dengan bersatu dan saling membantu, kita telah mencapai
kejayaan cemerlang dan akan terus memperbaiki diri. Kita bersedia dan ingin
terus maju kehadapan.

Muhammadiyah Singapura sedang berusaha sedaya upaya untuk


memupuk pandangan hidup dengan tegas mencakupi persekitaran setempat
dengan implikasi rohaniah yang berkaitan dengan kehidupan. Maklumat
tentang agama dan orang Islam pada zaman awal ini amat terhad. Islam
telah bertapak di Asia Tenggara, disebarkan pada awal ketiga belas oleh
peniaga dan muballigh sufi dari Hadramaut di Yaman dan dari bahagian-
bahagian Selatan di India.Peniaga Cina Islam mungkin juga telah membantu
meyebarkan agama.
7

Hanya pertengahan hingga akhir abad kesembilang belas, apabila


jumlah penduduk Islam bertambah dengan banyaknya, maka lebih banyak
maklumatt mengenai masyarakat didapati walaupun belum mencukupi.
Singapura terkenal sebagai sebuah intrepot maju, disinggahi kapal dari
kawasan yang jauh penuh dengan barangan asing. Muhamadiyah merupakan
gerakan pemurnian Islam berupaya membersihkan daripada unsur-unsur
khurafat (penyimpanan akidah Islam) dan bidaah (penyimpanan syariat
Islam kerana ada praktek ibadah yang diada-adakan oleh umat yang
sebelumnya tidak pernH dipraktekkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam
kehidupan masyarkat Singapura pada awal abad ke dua puluh. Mereka
melihat masyarakat Singapura sudah sangat menyimpang keusyrikan,
khurafat dan bidaah. Diantara penyimpangan bidang akidah ialah kebiasaan
masyarakat tidak lagi berdo’a secara langsung kepada Allah, tetapi melalui
perantara tempat-tempat yang dianggab keramat seperti makam-makam
tokoh tarekat. Kemudian pelanggara syariah Islam ditunjukkan dengan
merajalelahnya perjudian, minum-minumankeras dan lain-lain semua ini
merupakan bahagian daripada kehidupan keseharian masyaraka ketika itu.

Muhammadiyah Singapura meluruskan kehidupan ke agamaan


masyarakat, terutama dalam hal khurafat dan bidaah, telah mendorong
keinginan keras mereka untuk menerapkannya. Gerakan pemurnian Islam
yang dilakukan oleh Syeik Husein, Jamal Tukimin, En. Moktar, Ustaz Abdul
Salam mendapat tantangan dari orang Melayu. Gerakan Muhammadiyah
sentiasa mengajak masyarakat kembali pada syariat Islam yang benar sesuai
dengan al-Quran dan al-Sunnah SAW terutama dalam hal aqidah, ibbadah
dan muamalat. Bagi kaum Melayu pengaruh tarekat sudah merusak aqidah
seperti perantara guru bahkan sampai datang makam-makam. Para tokoh
tarekat untuk meminta dan berdo’a. Mewujudkan Muhammadiyah sebagai
gerakan dakwah Islam amar makruf nahi mungkar, menymapaikan ajaran
Islam yang bersumberkan pada ajjaran Islam, al-Quran dan al-Sunnah
Rasulullah SAW, kepad asegala golongan dan lapisan masyarakkk dalam
seluruh aspek kehidupannya.
8

Rujukan

A.Q. Hassan. Usul Fikah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1980.
A. Shamad Hamid, Drs. Islam dan Pembaharuan. Singapura: Pustaka
Nasional, 1986
Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hasan. Islam di Kelantan, Kuala Lumpur :
Persatuan Sejarah Malaysia, 1983..
Ahmad Yusof Amin, Bidaah. Kuala Pilah: Penerbit KTF Institut, 1987.
Al-Jazairi, Abu Bakar Jabir, Minhaj al-Muslim. Beirut: Dar al-Fikr, 1976.
Al-Kharidi, al-haj azhaari (penterjemah) Qisas al-Anbiyah, Pulau Pinang al-
Muarif Press, n,d.
Jamilah Mohd Hassan (Editor), (1953)Orang Islam di Singapura Visi
Bersama, Majelis Agama Islam Singapura.
Temubual En. Rasyid ahli Muhammadiyah Singapura tahun 2001.
Temubual En. Moktar Direktur Koleg Islam Muhammadiyah Singapura tahun
2001.
Temubual Ustaz Salam Wakil Pengurus Muhammadiyah Singapura tahun
2001.

Anda mungkin juga menyukai