Anda di halaman 1dari 11

Ketenangan Spiritual Dalam Beragama: Kajian terhadap karangan Syeikh

Abdul Samad al-Falimbani di dalam MSS 1800 Kitab Sayr al-Salikin

Pendahuluan

Gangguan keperibadian dan penyakit kejiwaan adalah suatu fenomena yang wujud
dan berada di tahap yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat dunia masa kini. Hannah
Ritchie dalam kajian beliau menyatakan sejumlah 792 juta penduduk seluruh dunia mempunyai
gangguan masalah mental, 264 juta manusia mengalami tekanan perasaan, manakala seramai 264
juta gangguan kebimbangan (anxiety disorder), 46 juta mengalami bipolar dan 970 juta lain
mengalami gangguan mental yang pelbagai.1 Penilaian mengenai situasi gangguan mental
keperibadian dan penyakit kejiwaan dalam kalangan masyarakat Malaysia pula mendapati bahawa
golongan remaja di antara usia 13-17 tahun berada pada populasi tertinggi. Kajian yang dilakukan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia misalnya mendapati bahawa seorang daripada 5 orang
remaja mengalami masalah kemurungan, dua daripada 5 orang remaja mengalami masalah anxiety,
manakala seorang daripada 10 orang remaja mengalami tekanan perasaan.2
Menurut pandangan Imam al-Ghazali, antara usaha yang mampu dilakukan dalam
menangani gangguan ini, sekaligus mencapai kesempurnaan dalam ketenangan jiwa ialah dengan
menjalani proses pendidikan dan pelatihan (riadah) tertentu melalui amalan tasawuf. Amalan ini
dikategorikan oleh al-Ghazali sebagai tasawuf akhlaqi. Menurut pandangan beliau, dengan intuisi
yang cerdas dalam merasakan dan menemukan yang hakiki itulah tercipta kondisi jiwa yang
tenang. 3 Demikian juga ketenangan batin dan atau ketenangan jiwa (baca: sehat rohani) adalah
merupakan kondisi (dalam istilah sufistik al-ahwal) yang dapat dirasakan dan dialami manusia.
Hanya saja, persoalannya adalah bagaimana karakteristik jiwa yang sihat-tenteram, dan bagaimana
jiwa yang sakit itu? Bagaimana metod menciptakan jiwa yang tenang dan tenteram. Jiwa yang

1
Hannah Ritchie and Max Roser (2018), Mental health, https://ourworldindata.org/mental-health. Accessed July 4,
2020.
2
www.moh.gov.my
3
Syakur, Abd. “Metode Ketenangan Jiwa: Suatu Perbandingan Antara Al-Ghazali Dan Sigmund Freud”.
ISLAMICA: Jurnal Studi Keislaman 1, no. 2 (March 2, 2007): h.168-169. Accessed July 3, 2020.
http://islamica.uinsby.ac.id/index.php/islamica/article/view/17.
tenang akan diperoleh pula melalui kekuatan pegangan tauhid seseorang hamba terhadap
penciptanya.
Kajian ini akan menelusuri pandangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani sebagai antara
figura ulama di Alam Melayu di dalam metod pendekatan tasawuf melalui ilmu tauhid yang
mendalam, sekaligus menjadi asas ketenangan di dalam beragama, sekaligus menjadi benteng di
dalam mencegah segala bentuk gangguan keperibadian dan masalah kejiwaan dalam hidup.

Pengenalan Manuskrip Sayr al-Salikin MSS 1800

Karya Sayr al-Salikin adalah merupakan karya karangan Syeikh Abdul Samad, yang merupakan
antara tokoh yang penting sewaktu perkembangan Islam bermula di Aceh sekitar akhir abad ke
16M dan permulaan abad ke 17M. Islam yang dibawa oleh tokoh agama dan ahli sufi antaranya
oleh Hamzah al-Fansuri (d. c.1015/1607), Nur al din al-Raniri (d.1068/1658), Shamsuddin al-
Sumaterani (d.1039/1630), ‘Abd al-Ra’ūf al-Sinkilī (d.1104/1693) dan Syeikh Abdul Samad Al-
Falimbani ni menjadi lambang dalam menggambarkan warna warni ilmu tasawuf di Alam Melayu.
Arberry dalam karangan beliau menggambarkan bahawa ilmu tasawuf dan tarekat memainkan
peranan yang agak penting di dalam memperdalamkan kefaham beragama di kalangan masyarakat
Islam di tanah Asia dan Afrika. Ianya antara lain diulas sebagaimana berikut;

So it came about that Sufism won far more converts to Islam, as the remoter lands of
Asia and Africa were opened up, than the erudite ‘ulama’ could have helped to do; on
the other hand the latter have patiently strived to educate the newly converted or semi-
converted elements in the fundamental principle of the faith.4

Azyumardi Azra pula memperjelaskan bahawa ulama yang membawa ilmu tassawuf ini
kebanyakannya adalah datang dari Timur Tengah sehingga mereka menyumbang kepada
perkembangan Islam yang lebih pesat.5

4
A.J.Arberry, Sufism, 466; cf. Gibb, Mohammedanism, 156
5
Azra, Oppossition, 665
Tidak banyak catatan biografi yang menerangkan maklumat beliau secara
lengkap,walaubagaimanapun beliau diperkirakan hidup sekitar tahun 1575 hingga tahun 1630M,
menjadi murid dan sahabat terpenting pada Hamzah Fansuri.6 Maklumat mengenai latar belakang
beliau diperoleh daripada ‘Tarikh Salasilah Negeri Kedah’ menyebutkan bahawa bapanya adalah
Shaykh ‘Abd al-Jalīl ibn Shaykh ‘Abd al-Wahhab ibn Shaykh Ahmad al-Mahdani (d.1196/1782)
of San‘ā’, Yemen dan ibunya bernama Raden Ranti dari Palembang. Ayahnya direkodkan menjadi
ulama terpenting berada di sisi Sultan Kedah bernama Sultan Muhammad Jiwa.7 Beliau
diperkirakan telah meninggal dunia pada tahun 1630 M/ 1039 H dan mempunyai pegangan di
dalam mazhab Syafie.8 Syeikh Abd Samad al-Falimbani dianggarkan lahir pada awal abad ke
18M iaitu selepas tahun 1122/1710M di Palembang dan didakwa meninggal pada tahun
1244/1828M di Kedah.9 Kredibiliti dan wibawa keilmuan al-Falimbani diperakui apabila beliau
mempunyai pendidikan dan jaringan ilmu daripada pelbagai guru daripada pelbagai tempat. Beliau
direkodkan telah tamat menuntut ilmu di Acheh, Patani10, seterusnya beliau melanjutkan
pendidikan tinggi ke Mekah dan menetap disana selama 30 tahun,11 kemudian beliau berpindah
pula ke Madinah. Sepanjang tempoh ini beliau mendalami ilmu usuluddin, fekah dengan
pengkhuhusan di dalam bidang ilmu tasawuf.12 Beliau juga direkodkan pernah ke Afrika untuk
tujuan pendidikan dan ke Mesir untuk penelitian sistem pendidikan. Al-Falimbani telah berguru
dengan ramai ulama antaranya ialah Syeikh Muhammad bin Sulayman al-Kurdi, Syeikh Ahmad
bin ‘Abd al-Mun’im ad-damanhuri (M1192/1178), Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim as-
Smmani (1190/1176M) dan lain-lainnya.13 Kesimpulannya, sejarah pendidikan al-Falimbani
memperlihatkan beliau telah mempelajari pelbagai cabang pendidikan Islam dan sejumlah tokoh
ulama tersohor, dan beliau juga memjelaskan pegangan dirinya sebagaimana kenyataan berikut;

6
Sy.Dt.Parpatih (2015). Syamsuddin Sumatrani: Tokoh Tasawuf Dari Aceh, Jurnal Psikologi Islam al-Qalb, Jilid 7,
Nomor 1, Maret 2015, hlm. 24-31.
7
Mohamed Amin, Mohd. Adli (1999) Suatu kajian analisis terhadap beberapa fahaman Syeikh `Abd. As-Samad Al-
Falimbani dalam tasawuf dengan merujuk kepada Kitab Siyar As-Salikin / Mohd. Adli bin Mohamed Amin. Masters
thesis, Universiti Malaya,h.61
8
Ibid., h. 26
9
M.C Quzwain, h. 10.
10
Engku Ibrahim Engku Ismail (1992). Syed Dawud al-Fatani, Sutu Analisis Peranan dan Sumbangan Terhadap
Khazanah Islam di Nusantara, Kuala Lumpur, h. 25.
11
Muhammad el-Muhammady, op.cit, h. 45.
12
Mohamed Amin, Mohd. Adli (1999) Suatu kajian analisis terhadap beberapa fahaman Syeikh `Abd. As-Samad Al-
Falimbani dalam tasawuf dengan merujuk kepada Kitab Siyar As-Salikin / Mohd. Adli bin Mohamed Amin. Masters
thesis, Universiti Malaya,72
13
Wan Muhammad Saghir Abdullah, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, h. 14015.
“Abd Samad al-Falimbani as-Syafie mazhabnya, As’ari iktikadnya, ahl as-sufi
tarekatnya..”14

Meskipun dimaklumi bahawa Sayr Salikin mempunyai saduran dan pengaruh yang besar
daripada karya imam al-Ghazali, al-Falimbani tidak terikat dengan kaya ini semata-mata, malah
beliau tetap merujuk kepada sumber-sumber rujukan yang lain. Misalnya di dalam bab adab di
dalam menuntut ilmu, al-Ghazali dalam Ihya’ nya mengharuskan murid menyanggah gurunya
yang melakukan perbuatan pada zahirnya bertentangan dengan syariat, tetapi al-Falimbani
mengemukakan disiplin yang tidak mengharuskan tindakan seupama itu.15 Hal ini juga dapat
dilihat melalui sumber-sumber hadith yang beliau rujukan daripada pelbagai sumber tanpa
ergantung sepenuhnya dengan hadith daripada ihya’.

Kitab Sayr al-Salikin MSS 1800/ 1899, National Library Board Singapore
(https://eresources.nlb.gov.sg/) telah dikarang pada 1193/1779M dan selesai ditulis pada
1203/1788 di Mekah. Kitab ini telah dikarang sebanyak empat jilid, yang mana jilid pertama tamat
dikarang pada 1194/1780M16, jilid kedua pada hari Sabtu 19 Ramadhan 1195/1781M di Taif17,
jilid ketiga pada hari Khamis 19 Safar 1197/1783M di Mekah 18, manakala jilid terakhir pada
malam Ahad 20 Ramadhan 1203/1788M in Taif19.

Pada kolofon naskhah ini tercatat tarikh penyelesaian terjemahan karya iaitu di Mekah pada 19
Safar 1190. Nota kepemilikan juga tercatat bahawa inilah kitab orang Tanoh Abee d.w.q di negeri
b.l.y Larantak Berajar, Bandarsah Kelupang dan orang kampung bernama Muhammad Yusuf Adi
Ke(ci)hik Abdullah.

14
Siyar al-Salikin, 4; 267.
15
Mohamed Amin, Mohd. Adli (1999) Suatu kajian analisis terhadap beberapa fahaman Syeikh `Abd. As-Samad Al-
Falimbani dalam tasawuf dengan merujuk kepada Kitab Siyar As-Salikin / Mohd. Adli bin Mohamed Amin. Masters
thesis, Universiti Malaya, h.87
16
Siyar al-Salikin, 1;3
17
Ibid, 1:241
18
Ibid, 2;248.
19
Ibid, 2;208
Antara intipati kandungan naskhah ini membicarakan mengenai integrasi ilmu zahir dan batin dari
sudut pendekatan tasawuf, dengan perbincangan di dalam aspek ilmu akidah, fiqh dan tasawuf .
Perbincangan pada peringkat awal sifat dan wujud Allah, syahadat, tauhid, makrifat, iman dan
Islam. Perbicaraan tentang iman yang paling panjang dan meliputi percaya kepada malaikat, rasul
dan anbia, kitab, hari kiamat dan kebangkitan dan sebagainya.20 Pada kolofon naskhah ini tercatat
tarikh penyelesaian terjemahan karya iaitu di Mekah pada 19 Safar 1190. Nota kepemilikan juga
tercatat bahawa inilah kitab orang Tanoh Abee d.w.q di negeri b.l.y Larantak Berajar, Bandarsah
Kelupang dan orang kampung bernama Muhammad Yusuf Adi Ke(ci)hik Abdullah.

Naskhah ini mempunyai sebanyak 140 helaian (folio) atau 280 halaman, berukuran 20 x 16.5 cm,
21 baris pada setiap halaman yang bertulis dengan tulisan Jawi lama. Kertas yang digunakan
adalah kertas dari Timur kerana tiada ditemui lembaran naskhah bercirikan kertas Eropah iaitu
mempunyai bayangan tanda air (watermark) logo atau lambang dan telah tercatat pada kolofon
naskhah ini ditulis pada abad ke-11 iaitu sebelum abad ke-14, abad penggunaan kertas Timur.
Naskhah ini dibukukan dengan kulit haiwan daripada kulit kambing dan mempunyai kelepek (flap)
sebagai penyokong jahitan naskhah.

Kitab ini bertulisan jawi dengan khat yang tersusun, baik dan terang memudahkan pembacaannya.
Ditulis dengan dakwat hitam dan merah. Manuskrip yang mempunyai sebanyak 172 mukasurat ini
dimulai dengan memaparkan judul dan nama penuh pengarang beserta doa di ruangan colophon
nya. Warna merah digunakan pada perkataan pertama seterusnya berdakwat hitam dengan setiap
permulaan baris dan akhir setiap baris. Penulisan halaman seterusnya adalah secara prosa tanpa
perenggan dan titik mahupun tanda koma tidak sepertimana penulisan rumi dan jawi moden.
Dengan itu, dakwat merah digunakan pada perkataan pertama bagi membezakan perenggan.

Terdapat satu keratan nota pada pertengahan naskhah dan tompokan kecil kesan terkena air pada
sebahagian halaman, namun masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca tulisannya. Kaligrafi
tulisan yang digunakan adalah khat Farisi dan dakwat yang digunakan berwarna hitam dan merah.
Dakwat yang berwarna merah digunakan pada awalan ungkapan masyaikh berbahasa Arab

20
Ibid.
berbentuk penyata, nasihat, kiasan, ibarat, juga beberapa perkataan seperti ‘dan’, ‘ertinya’ dan lain-
lain seolah sebagai satu penekanan yang perlu diambil perhatian oleh pembaca, manakala dakwat
yang berwarna hitam digunakan pada maksud ungkapan dan huraian penulis. Sistem penomboran
yang digunakan bagi menandakan susunan halaman naskhah adalah sistem Mid-Quire Notation
dengan nombor Rumi pada bahagian atas hujung kiri halaman Recto (R) dan sistem Catchword
pada bahagian bawah hujung kiri halaman Verso (V). Simbol atau kata pengait adalah salah satu
kaedah untuk menandai halaman naskhah sekaligus sebagai penunjuk arah kepada halaman
seterusnya sebagai tujuan memudahkan pembaca untuk membaca manuskrip mengikut halaman
yang betul.

Konsep sifat tabii manusia


Sifat manusia secara tabiinya dikategorikan melalui tiga jenis bentuk, iaitu nafs al-ammarah, nafs
al-lawwamah dan nafs mutmainnah. Nafs al-ammarah menggambarkan kepada suatu tabii nafs
yang sentiasa menjurus kepada aspek negatif justeru itu keadaan diri ditenggelami oleh hawa
nafsu, nafs al-lawwamah pula menggambarkan suatu gambaran diri yang mencela aspek negatif
yang dilakukan walaupun tidak mampu untuk mengabaikan secara keseluruhannya, manakala
nafsu mutmainnah pula adalah gambaran pada suatu keadaan diri yang tenang kerana dhiasi oleh
aspek keimanan. 21 Konsep ketiga-tiga jenis manusia ini menggambarkan peringkat amalan yang
berbeza bagi setiap individu, sekiranya ia mempunyai amalan yang baik, maka mereka akan
cenderung menonjolkan potensi akhlak yang baik di khalayak awam, jika sebaliknya ia akan
cenderung untuk menjadikan amalan syaitan untuk dekat dengan kehidupan sehari-harinya.
Amalan yang tidak baik ini seterusnya memberi impak perasaan yang tidak tenang kepada individu
tersebut. Ia disebut sebagaimana berikut;
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran al-Quran yang diturukan
Allah ar-Rahman, Kami akan adakan baginya syaitan, lalu jadilah ia temannya
yang tidak ringgang daripadanya, dan sesungguhnya syaitan itu tetap
menyekat menghalangi mereka dari jalan yang benar22

21
Muhammad Amin, op.cit, 204.
22
Surah al-Zuhruf, 36-37.
Metod dan Pendekatan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dalam Menangani Isu Jiwa
Karya-karya al-Falimbani dilihat mempunyai pengaruh keilmuan yang besar, apabila ilmu yang
dikarang oleh beliau mempunyai wibawa dari aspek kualiti kepimpinan yang dipunyainya. Belia
memiliki keperibadian yang tinggi sehingga mendapat penghormatan mengajar di Masjidil Haram,
Mekah. Ilmu yang disebarkan melalui karya-karya karangannya terutamanya dalam ilmu tasawuf
menjadi rujukan ahli sufi dan masyarakat awam, malah keahlian beliau di dalam bidang ini juga
dapat dilihat apabila beliau mampu menyenaraikan lebih kurang 100 buuah kitab tasawuf sebagai
rujukan dalam bidang ini.23 Keaktifan beliau di dalam mempengaruhi dunia Nusantara dengan
aliran tasawuf menjadikan beliau antara ulama terawal yang mengemukakan pendekatan
menyatukan tasawuf dengan mejadikannya sebagai suatu ilmu.

Pendekatan beliau terhadap tasawuf sebagai suatu ilmu yang positif dan menjadikan ilmu yang
beroreintasikan amalan yang mampu menyucikan jiwa. Karya mnuskrip 1556 memperlihatkan
ilmu tasawuf sunni dan falsafi mengetengahkan pendekatan ilmu Tauhid yang merangkumi
beberapa cabang ilmu iaitu ilmu Usuluddin, akidah, ilmu kalam dan lainnya.
1. Menunaikan solat
Menurut Imam al-Ghazali, intisari setiap ibadat dalam Islam ialah merealisasikan
konsep zikrullah, yang mana ia boleh terlihat melalui solat sebagai amalan asas di dalam
melazfazkan zikiir kepada Allah. Hal ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud
‘dirikanlah solat kerana mengingatiKu”. Implikasi daripada amalan ini akan terbina suasana
hati yang harmoni pada diri dan jiwa insan kerana solat merupakan suatu yang terpenting
dalam integrasi unsur-unsur kejiwaan manusia dengan jasmaninya. Selain itu, Al-Falimbani
di dalam kitabnya juga menyatakan akan keperluan untuk melazimkan diri untuk mendirikan
tiang iman dan Islam, selain daripada digalakkan untuk sentiasa berselawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w, melazimkan hadir solat berjemaah. 24

2. Zikrullah

23
Ibid., h. 29
24
Sayr al-Salikin; 2; R233
Selain itu, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani juga memperjelaskan bahawa zikir juga
memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi ketenangan emosi seseorang individu.
Menurut beliau, zikir terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dengan lidah atau terang atau
dengan hati yang didasarkan pada sumber wahyu sebagaimana Allah s.w.t berfirman dalam
satu hadis qudsi;
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu yang ingat kepadaKu, Aku bersamanya ketika dia
mengingati Aku, jika dia mengingati Ku dalam dirinya, Aku pun mengingatinya dalam diriKu,
apabila dia mengingatiku dalam kumpulan, aku pun mengingatinya dalam kumpulan yang
lebih baik”.

Wirid yang diamalkan dalam zikir dikategorikan dalam tiga peringkat iaitu lisani (menjadikan
amalan ini tetap dan bersebati dengan lidahnya), qalbi (hati sentiasa mengingati Allah) dan
sirri (suatu gambaran bagi keseluruhan peribadi salik merealisasikan konsep zikir.25 Konsep
zikir sebagaimana yang dibawa oleh ahli sufi dan tasawuf umumnya mempunyai satu
kesinambungan dengan ajaran Islam di mana matlamat yang ingin dicapai oleh mereka ialah
beterusan mengingati Allah s.w.t atau sentiasa bersama-samaNya.

Menurut al-Falimbani, seseorang individu akan beroleh ketenangan dalam rasa cinta kepada
Allah dalam kehidupan sehari-hari apabila zikir telah menjadi sebati di dalam dirinya.26 Antara
zikir yang disarankan oleh alFalimbani ialah ucapan La ilaha illallah, kerana menurut sabda
Rasulullah s.a.w “Jikalau ditadah pahala orang yang menyebut La ilaha illallah itu pada satu
dewan neraca dan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, nescaya berpahala orang yang
menyebut ucapan ini sebanyak tujuh petala langit dan bumi”.27 Menurut Sayyidi Mustafa al-
Bakri di dalam kitab ini ialah ahli zikir adalah ahli yang dekat dengan Allah, dipercayai Allah,
Antara kelebihan berzikir akan membuka pintu rahmat Allah, menghilang rasa gusar di dalam
hati, menghilangkan rasa takbur di dalam diri, memutuskan gangguan syaitan di dalam hati,
menolak segala bala.28 Meskpipun begitu, Amalan zikir ini akan menjadi pelindung terbaik
buat apabila zikrullah yang dilafazkan itu sentiasa dilazimi di lidah dan hati, sehingga seluruh

25
Al- Qusyayri, op.cit, h.101
26
Siyar al-Salikin, 1; 196
27
Sayr al-Salikin, 2; V231-232
28
Sayr al-Salikin, 2; V235.
anggota tubuh tidak lalai dari mengingatiNya. Al Falimbani menyatakan bahawa ‘nipis dinding
antaramu dan antara akhirat itu maka engkau dapat akhirat itu dengan penglihatan mata
hatimu itu dan lagi engkau lihat akan suatu yang dibalaskan bagi orang yang zuhud itu yang
tiada suarakan suatu yang di dalam dunia itu iaitu daripada segala darjat yakni martabat
yang tinggi’29

3. Amalan Tasawuf
Al-Falimbani mengaitkan bahawa objektif utama menjalankan ilmu tasawuf ialah
memperbanyakkan zikir yang menjadi suatu disiplin bagi pengamalnya, sebagaimana yang
dinyatakan di dalam teks ini, antaranya ialah;
“ ilmu tasawuf itu menghidupkan hati dan mematikan akan nafsu akan segala aib diri yang
iaitu sebab yang mendidiknya antaranya dan antara Allah Ta’ala. Ilmu tasawuf ini juga
akan melorongkan hambanya untuk mati dalam husnul khatimah, enggan daripada
kesukaan kepada dunia dan kekayaan.30 Mereka yang mengamalkan imu tasawuf juga tidak
langi bimbang akan upaya makhluk semata-mata, malah terus memperbanyakkan zikir,
mengkhusyukkan dirinya kepada hari akhirat. Diantara kelebihan mengamalkan ilmu
tasawuf antaranya ialah;

a. Dimuliakan disisi Allah dan didahulukan berbanding makhluk yang lain


b. Dihormati oleh penguasa
c. Mudah peroleh rezeki
d. Terhindar daripada orang berniat tidak baik
e. Akan cenderung ke arah perubahan yang lebih baik
f. Dipermudahkan setiap urusannya, di angkat darjatnya di dunia
g. Tinggi himmahnya daripada pancaroba dunia
h. Tidak gentar pada cubaan dunia
i. Mudah memperoleh petunjuk dengan Nur hatinya31

29
Sayr al-Salikin, 2;R249.
30
Sayr al-Salikin, 2;R245
31
Sayr al-Salikin, R262
j. Luas hati dan mudah berlapang dada terhadap ujian di atas dunia, tidak mudah berputus
asa di atas hinaan orang kepadanya
k. Dikasihi oleh manusia yang berurusan dengannya
l. Dapat memerintah akan segala binatang liar
m. Menerima izzah iaitu menjadi orang tengah di dalam menyampaikan hajat makhluk
Allah s.w.t.
n. Mustajab doanya
o. Dipermudahkan urusan sakaratul maut
p. Mengambil perangai yang baik, dan dibuang sikap dan perangai yang buruk
q. Allah akan muliakannya di hari kematiannya, dita’zimkan oleh manusia akan
jenazahnya dan bersegera-segera segala manusia atas menyembahyangkan atas
mayatnya.
r. Sejahtera dari fitnah pertanyaan di dalam kubur dan talqinkan dengan perkataan yang
benar untuuk menjawan munkar dan naqir.
s. Diluaskan dan diterangkan kuburnya seperti ia berada di dalam kebun yang di dalam
syurga hingga hari kiamat.32
Tok Guru Nik Abd Aziz mengulas bahawa seiapa yang mengamalkan dan sikap
menurut tasawuf akan beruntung, bertuah dan berjaya di dengan buah-buahan atau
rezeki di dalam kubur.
t. Wajah bercahaya-cahaya, muka merah putih lagi bercahaya pada hari kiamat.

4. Amalan-amalan terbaik

Al Falimbani juga memperjelaskan bahawa di antara petua untuk sentiasa berada di dalam
keadaan tenang hati, ialah;
a. Mengurangkan makan, kerana makan terlalu kenyang akan melemahkan tubuh untuk
melazimi amalan zikir
b. Menjauh daripada bercampur dengan manusia yang tidak bermanfaat

32
Sayr al-Salikin, 2; V 268
Antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu yang ingin berusaha memperoleh
ketenangan, dapat ditelusuri dengan menjalankan beberapa langkah sebagaimana berikut;
“Ambil wudhu dan tidur selama tiga malam berturut-turut, kemudian bangun dan solat
lah pada tiap-tiap malam itu enam rakaat. Pada 2 rakaat terawal hendaklah diniatkan
pahala kepada arwah segala Nabi dan Rasul dan segala keluarga mereka, semua
sahabat, pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafiruun sebanyak 5x, pada rakaat kedua
dibacakan surah al-Kafiruun 3x. Pada solat bagi 2 rakaat kedua diniat untuk
disedekahkan pada guru-gurunya, semua ahli keluarga dan semua sahabat mereka
dibacakan rakaat pertama Surah al-Ikhlas sebanyak 4x dan pada rakaat kedua dan
diminta tolong daripada mereka itu agar diterima pekerjaan, setelah itu maka hendaklah
mengucap selawat ia akan Nabi Muhd s.a.w sebanyak seribu kali atau sehingga
tertidur”.

Kesimpulan
Kajian akan latar belakang Syed Abdul Samad al-Falimbani merungkai beberapa gambaran akan budaya
sosial dan amalan ritual keagamaan sepanjang abad ke 19M. Peranan beliau sebagai pemandu ahli
masyarakat ke arah bimbingan ilmu, menerapkan elemen-elemen rohani yang mampu mendekatkan para
pengamalnya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, antaranya melalui amalan zikir, solat, dan
amalan tasawuf. Disebalik usahanya, beliau dilihat menyampaikan ilmu yang telah dipropogasikan oleh
Imam al-Ghazali, sebagai tokoh berjaya menenggelamkan kesalahfahaman para masyarakat di dalam
mengiktiraf Tauhid kepada Allah, sekaligus meninggalkan amalan khurafat yang wujud dalam kehidupan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai