Anda di halaman 1dari 14

Topik5 X Proses

Reproduktif
Manusia

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menerangkan proses persenyawaan;

2.

Menjelaskan proses kehamilan;

3.

Menerangkan peringkat-peringkat dalam proses kehamilan; dan

4.

Menghuraikan penjagaan asas semasa kehamilan.

PENGENALAN

Cuba anda bayangkan jika proses reproduktif manusia terhenti. Bagaimanakah


keadaan kependudukan sesebuah negara yang proses reproduktif manusia
dikawal? Kita telah mendengar kisah negara yang penduduknya terdiri daripada
lebih ramai penduduk dewasa dan warga tua tetapi kurang warga muda. Jika
dikaitkan dengan model piramid, negara tersebut akan memiliki model piramid
yang terbalik!
Proses reproduktif manusia akan memastikan penghasilan zuriat yang
berterusan. Institusi perkahwinan adalah satu episod yang amat penting dalam
perkembangan kehidupan seseorang manusia di mana mereka akan mula
melahirkan zuriat sendiri. Zuriat kita adalah pewaris kita.
Memahami proses reproduktif akan membantu kita dalam merancang sesebuah
keluarga. Di samping itu, seseorang akan lebih bersedia untuk menempuh masa
kehamilan dan saat melahirkan zuriat.

52 X

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

AKTIVITI 5.1
Bincangkan kepentingan memahami
kumpulan masing-masing.

5.1

proses

reproduktif

dalam

PERSENYAWAAN

Proses persenyawaan merupakan proses yang awal berlaku dalam sistem


reproduktif manusia. Ianya terbahagi kepada tiga proses, iaitu:

Rajah 5.1: Proses persenyawaan

5.1.1

Pergerakan Sperma

Sperma dikeluarkan daripada dua testis lelaki. Sperma mempunyai bentuk


seperti berudu yang amat halus. Ianya dilepaskan ke dalam faraj melalui saluran
urethra. Berjuta-juta sperma akan bergerak ke arah uterus. Namun hanya satu
sperma sahaja yang mungkin berjaya menembusi dan bercantum dengan ovum
di saluran Fallopian. Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Ini menunjukkan
betapa bertuahnya kita. Dalam berjuta-juta sperma yang berlumba hanya kita
seorang yang berjaya dihasilkan!

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

53

Rajah 5.2: Pergerakan sperma dalam uterus


Sumber: www.sdfertility.com/images/sperm_retrieval.jpg

5.1.2

Pergerakan Persenyawaan

Sperma dan ovum yang telah bercantum akan bergerak daripada saluran
Fallopian menuju ke uterus. Ia akan melekat pada dinding uterus yang subur.
Pada ketika ini proses pembentukan embrio bermula. Embrio berkembang
menjadi janin dan berada di dalam uterus selama 40 minggu.

Rajah 5.3: Sperma-sperma pada dinding ovum


Sumber: www.fotosearch.it/thumb/LIF/LIF145/PDB01003.jpg

5.1.3

Pembahagian Sel

Mari kita lihat apakah yang berlaku kepada ovum dan sperma apabila bertemu.
Apabila sperma bertemu dengan ovum. Salah satu sperma yang mengelilingi
ovum akan menembusi ovum.

54 X

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

Percantuman kedua-duanya akan membentuk zigot. Kromosom akan terbentuk


menjadi 23 pasang. Setengah datang daripada sperma dan setengah lagi
daripada ovum. Sel ovum pula akan bersedia untuk pembahagian secara mitosis.
Pembahagian akan bermula dengan dua sel. Proses pembahagian sel zigot ini
akan berterusan berkali-kali.
Sel yang mengalami proses pembahagian ini tertanam pada dinding uterus.
Proses pembahagian sel juga akan membentuk rongga tembuni. Proses
pembentukan tisu-tisu yang berbeza turut berlaku.
Anda boleh mendapat gambaran proses ini dalam Rajah 5.4 berikut:

Rajah 5.4: Keratan rentas uterus-proses awal reproduktif manusia


Sumber: Facts At Your Fingertips, First Edition, 2002

SEMAK KENDIRI 5.1


Persenyawaan adalah satu proses yang unik. Terangkan proses- proses
utama persenyawaan.

TOPIK 5

5.2

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

55

KEHAMILAN

Kehamilan merupakan fasa dalam hidup seseorang individu yang cukup


menakjubkan. Berikut adalah perkembangan fetus daripada 8 minggu
sehinggalah 40 minggu dalam Rajah 5.5 berikut:

Rajah 5.5: Perkembangan fetus daripada minggu ke-8 sehingga minggu ke-40
Sumber: www.marthajefferson.org/modules/pregnancy/images/develop.gif

5.2.1

Peringkat dalam proses kehamilan

Anda mungkin sedia maklum bahawa, peringkat dalam kehamilan terbahagi


kepada tiga, iaitu:

Rajah 5.6: Peringkat perkembangan fetus

56 X

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

Berikut adalah peringkat kehamilan:


(a)

Peringkat Awal
Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada
terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta
yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus
membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan
dikeluarkan melalui tali pusat.
Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh
seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah
mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan
ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan
cepat.

(b)

Peringkat Pertengahan
Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini
bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan
keenam.
Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat
stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28
minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak
dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau
pergerakan bayinya.

(c)

Peringkat Akhir
Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan
memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian
bertambah dan pergerakan semakin aktif.
Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan
bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi
akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak
semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang
dilahirkan lebih awal.

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

57

Anda boleh mendapat gambaran tentang perkembangan janin dalam Rajah 5.6
berikut.

Rajah 5.6: Perkembangan fetus dalam kandungan mengikut minggu

5.2.2

Perubahan Fizikal Ibu

Semasa proses kehamilan, bukan sahaja embrio yang melalui proses perubahan.
Si ibu turut mengalami perubahan fizikal. Oleh itu, dengan memahami
perubahan ini adalah penting bagi ahli keluarga yang akan menjaga kesihatan

TOPIK 5

58 X

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

dan keselesaan ibu sepanjang kehamilan. Berikut adalah beberapa perubahan


fizikal yang berlaku kepada ibu hamil.
Jadual 5.1: Perubahan fizikal semasa hamil
Perubahan

Keterangan

Perubahan buah dada

Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar.


Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar
menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang
bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah
berubah.

Pening dan mabuk

Mabuk atau morning sickness boleh berlaku di sekitar


bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu
pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau
akan menyebabkan si ibu muntah.

Kerap kencing

Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar.


Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing.

Bengkak kaki

Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan


kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki
dan pergelangan kaki.

SEMAK KENDIRI 5.2


Persenyawaan adalah satu proses yang unik. Terangkan proses- proses
utama persenyawaan.

5.3

PENJAGAAN ASAS KEHAMILAN

Tempoh kehamilan selama sembilan bulan adalah tempoh yang mungkin


mencabar bagi sebilangan wanita yang bergelar ibu. Di sinilah pentingnya
sokongan daripada semua pihak iaitu suami, anak, ayah dan emak mertua serta
ahli keluarga yang lain. Penjagaan asas kehamilan wajib dilakukan oleh ibu demi
kesihatan dan bayi dalam kandungannya.

5.3.1

Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Setiap ibu yang hamil perlu mendapat pemeriksaan berkala di klinik kesihatan
kerajaan atau swasta. Tujuannya ialah untuk memantau tahap kesihatan ibu
serta menilai perkembangan bayi dalam kandungan dari semasa ke semasa.

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

59

Semasa pemeriksaan kesihatan berkala ini perkara-perkara berikut akan


dipantau

Rajah 5.7: Pemeriksaan kesihatan ibu hamil

Selain daripada itu, si ibu juga akan diberi suntikan tetanus untuk mengelak
jangkitan penyakit tersebut semasa proses kelahiran.
Apakah kepentingan pemeriksaan kesihatan ini? Melalui pemeriksaan berkala
seumpama ini, kehadiran penyakit tertentu dapat dikesan dan rawatan
pencegahan boleh dimulakan dengan segera. Misalnya, jika ibu mempunyai
tahap hemoglobin darah rendah, ibu akan dibekalkan dengan tablet zat besi. Jika
ibu mengalami kurang selera makan dan berat badan tidak bertambah, ibu akan
dibekalkan dengan vitamin B dan bantuan susu.
Penyakit bahaya lain yang memerlukan
penjagaan rapi ialah tekanan darah tinggi semasa
mengandung (eklamasia) dan kencing manis.
Penyakit
kencing
manis
bukan
sahaja
menjejaskan kesihatan ibu tetapi pertumbuhan
bayi dalam kandungan. Jika ibu mengalami
kencing manis dan tidak dikawal, ada
kemungkinan saiz bayi akan besar dan berlaku
masalah melahirkan bayi kelak.
Di samping itu, semua ibu hamil dinasihatkan untuk menjalani ujian HIV. Ibu
hamil yang dijangkiti HIV boleh menjangkiti bayi sebelum, semasa dan selepas
kelahiran. Sebelum ujian HIV dibuat, mereka akan diberi kaunseling di klinik
atau hospital yang berhampiran.

TOPIK 5

60 X

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

Jadual 5.2: Kekerapan pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan kerajaan


Kekerapan Lawatan
Lawatan pertama
Sebulan sekali
Dua minggu sekali
Setiap minggu

5.3.2
(a)

Bulan Kehamilan
Wajib dibuat pada atau sebelum 12 minggu
(3 bulan) kehamilan
1 hingga 7 bulan
7 hingga 9 bulan
9 bulan hingga lahir

Amalan Senaman dan Makanan Seimbang

Senaman Ibu Hamil


Walaupun ibu sedang hamil, ibu masih perlu bersenam. Doktor atau
jururawat akan menasihatkan si ibu tentang jenis senaman yang sesuai
dengan setiap tahap kehamilannya.
Senaman akan membantu menyediakan
fizikal ibu semasa proses kelahiran. Ini
kerana senaman yang kerap akan
menguatkan otot dan membuat sendi,
tulang dan otot menjadi lebih fleksibel.
Senaman terbaik bagi ibu hamil apabila
kehamilannya semakin membesar ialah
dengan berjalan kaki.

(b)

Makanan Seimbang
Semasa kehamilan ibu makan untuk dua orang untuk diri sendiri dan
bayi dalam kandungan. Ibu memerlukan protein, karbohidrat, vitamin,
asid folik, zat besi dan kalsium yang secukupnya untuk keperluan sendiri
dan zat untuk pertumbuhan bayi.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu boleh makan mengikut
selera dan nafsu. Untuk kesihatan yang baik panduan piramid makanan
masih diperlukan. Ibu hanya memerlukan lebih komponen tertentu untuk
pertumbuhan bayi dan mengelakkan sesuatu penyakit. Misalnya,
memerlukan lebih zat besi dan kalsium.
Semasa hamil, ibu memerlukan sesetengah zat atau komponen makanan
dengan lebih untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dengan
normal. Berikut adalah zat-zat yang sangat penting bagi ibu mengandung:

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

61

(i)

Protein
Protein membantu pertumbuhan sel-sel. Ibu memerlukan lebih
kurang 80 gm protein setiap hari. Protein boleh didapati daripada
daging, ikan, telur, kekacang, keju dan susu.

(ii)

Asid Folik
Asid folik dibekalkan kepada ibu semasa pemeriksaan di klinik. Asid
folik membantu pembentukan sistem saraf bayi dan sel darah merah
dalam tulang bayi. Makanan yang dapat membekalkan asid folik
ialah hati, buah pinggang dan sayur-sayuran hijau.

(iii) Zat besi


Ibu juga memerlukan zat besi untuk penghasilkan hemoglobin dan
sel darah merah. Ibu biasanya akan dibekalkan dengan pil zat besi
semasa pemeriksaan di klinik. Sumber makanan yang kaya dengan
zat besi ialah hati, buah pinggang, daging lembu, sayuran hijau, telur
dan kekacang.
(iv) Kalsium
Kalsium membantu bayi membina gigi dan tulang yang kuat. Ibu
memerlukan bekalan mineral ini daripada susu, hasil tenusu, telur,
keju, udang, kacang dan ikan bilis.
Mungkin terdapat dalam kalangan kita yang terlalu mengikut amalan
pantang- larang berkaitan dengan amalan pemakanan semasa
kehamilan. Terlalu percaya kepada amalan pantang larang boleh
menjejaskan kesihatan seseorang ibu yang hamil. Berikut adalah salah
faham mengenai pemakanan semasa hamil:
x
x
x

5.3.3
(a)

Terlalu memilih makanan tertentu dan mengabaikan makanan


tertentu.
Tidak memakan vitamin kerana bimbang bayi yang dilahirkan
akan menjadi besar
Menggandakan makanan untuk dua orang bagi setiap kali
pengambilan makanan.

Rehat, Istirahat dan Sokongan Emosi

Rehat/Istirahat
Mengapa kita memerlukan masa rehat? Tubuh badan kita bukannya mesin.
Jika kita keletihan dan fikiran kita kurang tumpuan, ini bermakna tubuh
kita telah memberi isyarat supaya berehat. Bayangkan seorang wanita yang

62 X

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

sedang
sarat
mengandung,
memikul
tanggungjawab sebagai pekerja di antara jam
sembilan hingga lima petang. Apabila balik rumah
beliau akan melakukan tugasan di rumah dan
menjaga anak-anak. Sememangnya ia adalah amat
memenatkan! Oleh itu amat penting si suami
memberi sokongan moral dan emosi kepada
mereka. Membantu si isteri melakukan tugasan di
rumah secara tidak langsung meringankan
bebanan mereka.
Semasa kehamilan, ibu tepaksa menanggung berat yang berlebihan
terutama apabila kandungan memasuki peringkat ketiga kehamilan. Berat
yang berlebihan akan menekan tulang belakang dan kaki. Kita tidak dapat
berdiri atau berjalan dengan selesa dalam tempoh yang lama. Rehat adalah
satu-satunya tempoh masa yang dapat memulihkan semula tenaga dan
tahap keselesaan semasa hamil. Di samping itu, ibu yang hamil perlu juga
mendapat jumlah waktu tidur yang cukup.
Teknik yang sesuai semasa melakukan tugasan seharian semasa hamil juga
amat penting. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan kepada otot dan
tulang, lantas dapat mengurangkan risiko
kecederaan semasa kehamilan. Otot dan tulang
dapat direhat semasa bekerja dengan kedudukan
posisi tubuh yang sesuai. Sebagai contoh,
seseorang ibu yang hamil harus mengelak berdiri
terlalu lama kerana berat badan yang berlebihan
akan menekan tulang belakang dan kaki. Di
samping itu, duduk dengan berlunjur kaki semasa
melakukan kerja rumah seperti melipat kain dapat
mengurangkan tekanan berat.
(b)

Sokongan Emosi
Ibu hamil memerlukan sokongan emosi dan mental yang konsisten supaya
mereka dapat menempuhi masa kehamilan dengan tenang. Sokongan
emosi, mental dan motivasi amat diperlukan dari suami, ahli keluarga dan
kawan-kawan.
Semasa hamil, ibu akan mengalami perubahan perasaan terutama pada
peringkat awal kehamilan. Antara perubahan-perubahan perasaan tersebut
ialah cepat marah. Sokongan emosi dapat membantu menenangkan ibu.
Suami atau ahli keluarga perlu peka terhadap tahap keupayaan seseorang
ibu semasa hamil.

TOPIK 5

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

63

Perubahan fizikal yang membatasi pergerakan mereka menyebabkan ibu


hamil perlu dibantu dalam menguruskan kerja rumah. Bantuan suami atau
ahli keluarga sedikit sebanyak akan mengurangkan beban fizikal dan
membantu mengurangkan tekanan emosi ibu hamil.
Jika mempunyai masalah perasaan atau emosi, ibu perlu berkongsi dengan
ahli keluarga atau kawan. Masalah peribadi atau perasaan yang disimpan
berkemungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Masalah atau perasaan ini perlu diluah dan dikongsi bersama dengan
orang yang kita percayai. Jika ahli keluarga atau rakan tidak dapat
membantu, dapatkan bantuan pakar kaunseling atau anggota kesihatan
semasa si ibu membuat pemeriksaan berkala di klinik.

SEMAK KENDIRI 5.3


(a)

Mengapa pemeriksaan kesihatan berkala penting untuk ibu


hamil?

(b)

Senaraikan beberapa jenis makanan atau mineral khusus yang


diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Apakah fungsi
makanan atau mineral ini?

Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang


untuk lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan
zuriat.

Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu: pergerakan sperma,


pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel.

Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal (first


trimester), peringkat pertengahan (second trimester) dan peringkat akhir
(third trimester).

Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal


yang mendadak seperti perubahan saiz buah dada, pening dan mabuk, kerap
kencing dan bengkak kaki.

Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala,


senaman ibu hamil, memakan makanan seimbang.

Ibu hamil perlu berehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental
daripada keluarga juga amat penting.

64 X

TOPIK 5

Persenyawaan
Saluran Falopian
Ovum atau telur
Sperma
Zigot
Pembahagian sel
Kehamilan

PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

Blastocyst
Janin
Pemeriksaan kesihatan berkala
Rehat dan Istirahat
Sokongan emosi
Makanan seimbang

Masood. (1990). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Readers Digest. (2002). Facts at your fingertips. Readers Digest.

Anda mungkin juga menyukai