Anda di halaman 1dari 12

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Bahagian ini pengkaji menyatakan tentang pendahuluan, latar belakang kajian,


permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, kesignifikinan
kajian, batasan kajian, definisi konsep dan operasional, dan kesimpulan.

Kepuasan hidup individu amat penting dalam kehidupan remaja kerana ianya
memberikan kesan sama ada positif atau negatif dalam hidup. Penghargaan yang
paling besar dalam kehidupan remaja adalah dari dalam diri individu itu sendiri.
Apabila mereka mendapat sokongan dari keluarga, rakan sebaya, dan masyarakat,
kemungkinan faktor ini memainkan peranan dalam menyumbang kehidupan remaja
seperti kejayaan yang dimiliki. Dengan itu, sokongan sosial merupakan sumbangan
yang besar dalam kepuasan hidup remaja.

Oleh itu, sokongan sosial adalah perlu ada pada setiap diri individu untuk
meneruskan kehidupan tatkala memberi motivasi kepada diri sendiri dalam segala
aspek. Selain itu sokongan sosial juga berkait rapat dengan sokongan dari keluarga,
rakan sebaya atau kawan rapat dan kawan sekerja dalam mengangani masalah yang
mereka hadapi. Apabila mereka mendapat sokongan oleh orang yang berada
disekelilingnya, ini menyebabkan perasaan harga diri dihargai, dikasihi dan disayangi.
Tambahan lagi, individu yang dapat perhatian oleh orang lain akan dapat membina
sistem kekuatan dan keyakinan yang tinggi dalam kehidupan remaja.

Tambahan lagi, kepuasan hidup merupakan sesuatu penghargaan diri yang


diterima semasa mereka masih kecil hingga ke akhir hayat. Tidak semua orang
mempunyai kepuasan hidup yang sama. Malah ianya adalah berbeza-beza mengikut
kepada apa yang mereka lalui sepanjang kehidupan mereka. Selain daripada itu,
kepuasan juga adalah sesuatu yang sentiasa dicari oleh setiap insan. Bagaimana
kepuasan yang dicari serta apa yang diraih dari kepuasan, terpulanglah kepada diri
setiap insan itu sendiri. Bagi remaja yang mempunyai tahap kepuasan hidup yang
lebih baik akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran serta mempunyai gaya
hidup yang lebih sihat serta kurang tekanan hidup.

Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana sokongan sosial
memberi kesan kepada kepuasan hidup remaja. Remaja merupakan aset Negara dalam
menjana pemikiran yang kreatif dan kreatis. Mereka kadang-kadang tidak tahu dari
mana untuk mendapatkan kepuasan hidup yang sebenar malah ada yang tidak tahu apa
yang di maksudkan dengan kepuasan hidup. Dalam diri seorang remaja kepuasan
hidup mungkin sesuatu yang boleh membuatkan mereka berjaya mencuba sesuatu
yang baru sesuai dengan kehidupan seorang remaja yang suka mencuba. Pengkaji
menyingkap mengenai apakah kepuasan yang di maksudkan untuk seorang remaja.

Selain itu, sokongan sosial menjadi tunggak kepada terjadinya kepuasan hidup
dalam diri seorang remaja. Remaja akan berhadapan dengan sokongan sosial hampir
setiap hari dalam kehidupan seharian. Mereka akan terlibat dengan sokongan sosial
dari segala jenis aspek yang akan di bincangkan pada bahagian konsep dan
operasional. Remaja yang memiliki sokongan sosial yang positif atau tinggi dilihat
mampu untuk melahirkan kepuasan hidup yang tinggi.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam zaman yang serba baru ini, kita boleh menyaksikan masalah tingkah laku
remaja semakin meningkat dan ini menunjukkan nilai kemasyarakatan tidak lagi
diambil berat oleh remaja. Pengkaji mendapati ramaja pada masa kini kurang
mendapat kepuasan di dalam kehidupan mereka. Selain itu juga, aspek sokongan
sosial yang kurang diberi tumpuan mengakibatkan remaja tidak mendapat kepuasan
dalam kehidupan mereka. Dengan itu, faktor sokongan daripada masyarakat adalah
penting dalam menangani masalah disiplin remaja yang berlarutan. Kegagalan
sokongan daripada masyarakat juga menyebabkan remaja kurang memberikan
komitmen dalam melakukan sesuatu perkara.

Biasanya remaja sering dikaitkan dengan konflik diri dari segi emosi seperti
merasa rendah diri, kurang keyakinan, tidak menjalankan tanggungjawab, tingkah
laku yang negatif dan tidak mengambil berat tentang suasana kehidupan yang sebenar
sehingga membuatkan diri mereka berasa terasing dengan persekitaran. Oleh itu,
remaja perlulah diberi sokongan agar mendapat kepuasan hidup yang positif. Langkah
ini merupakan tindakan yang berkesan agar remaja sentiasa membuat pilihan dengan
tepat dalam kehidupan mereka. Selain itu, tidak hairanlah jika masalah tingkah laku
remaja disebabkan mereka tidak mendapat kepuasan dalam kehidupan.

Selain itu, remaja merupakan individu yang sentiasa berfikiran matang dalam
menilai sesuatu keputusan. Ada dikalangan remaja mempunyai pemikiran yang lebih
matang walaupun umur tidak melambangkan ciri fizikal. Selain itu, remaja juga
adalah individu yang mewarisi Negara pada masa hadapan. Dengan itu, remaja perlu
diberikan sokongan dan didikan yang baik untuk melahirkan kehidupan yang positif..

Jika di lihat dari segi aspek permasalahan remaja, perbezaan dari segi gender
bukanlah penghalang untuk sesorang tidak mendapatkan kepuasan hidup. Ini kerana
masalah remaja bukan dimonopoli oleh remaja lelaki sahaja bahkan menunjukkan
peningkatan salah laku sosial dikalangan remaja perempuan. Biarpun remaja lelaki
dan perempuan mempunyai perbezaan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh,
remaja lelaki mudah bergaul bersama masyarakat sekeliling dan pemikiran mereka
lebih matang berbanding perempuan. Begitu juga dengan cara hidup mereka di rumah

atau di sekolah. Remaja yang kurang berada di rumah selalunya terlibat dalam aktiviti
di sekolah seperti kokurikulum, dan kelas tambahhan. Maka, masa di rumah adalah
lebih terhad berbanding di sekolah.

Namun, gender bukanlah faktor kepada

ketidakpuasan dalam hidup remaja.

Dengan itu, remaja memerlukan sokongan sosial daripada ibu bapa, guru, rakan,
rakan sekelas dan orang di sekelilingnya untuk membantu mereka menghadapi likuliku hidup. Sokongan ini mampu memberi perlindungan dan peningkatan kesihatan
remaja menerusi psikologikal hidup remaja apabila remaja mengalami gangguan
konflik dalam hidup. Malahan mampu memberi peningkatan penghargaan kendiri,
nilai dan keyakinan diri serta kesejahteraan dalam hidup (Nestmeann dan Hurrelmann,
1994) (dalam kajian Rosnah Sutan, (2013).

Menurut Rozumah Baharudin dan Rumaya Juhari (2002), sokongan sosial


merupakan fungsi dan struktur keluarga sentiasa berubah disebabkan oleh evolusi dan
peredaran masa. Namun, satu fungsi asas penting yang dimainkan oleh keluarga
sehingga hari ini ialah sebagai tempat untuk mendapatkan kasih sayang, perlindungan,
rasa selamat, penerimaan dan sebagai teman untuk setiap ahli dalam sistem keluarga.
Fungsi ini boleh dilakukan dengan wujudnya satu hubungan yang mesra, rapat
berjangka panjang dan berinteraksi secara bersemuka. Selain itu, keluarga juga
menjadi tunggak untuk ahli mendapatkan perlindungan dan sokongan psikologi dan
emosi terutamanya semasa wujudnya krisis dan tekanan.

Menurut Asmah Bee (2008), jika seseorang tidak mendapat sokongan sosial
mereka akan menghadapi masalah dari segi kesihatan seperti fizikal dan rohani. Bagi
remaja yang mempunyai masalah kesihatan rohani seperti emosi, ia mungkin akan
timbul dalam bentuk sentiasa takut pada orang lain, alami ketegangan kepuasan hidup
dan kadangkala mereka kan menunjukkan tingkah laku negatif.

Terdapat pelbagai kesan juga seseorang individu kurang mendapat kepuasan hidup
dalam dirinya kepada masyarakat. Antaranya adalah mengundang lebih banyak
tingkah laku yang tidak sihat di kalangan masyarakat. Ini berlaku disebabkan
pengaruh yang dibawa oleh mereka yang mempunyai tingkah laku negatif. Oleh itu,

sokongan sosial yang lemah boleh merumitkan kehidupan remaja dan menimbulkan
masalah. Ini kerana kebiasaan sokongan sosial yang lemah boleh mempengaruhi
perilaku remaja (Hoge et al, 1996).

1.3 PERSOALAN KAJIAN

1.3.1

Apakah tahap sokongan sosial pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan


Rahmat?

1.3.2

Apakah tahap kepuasan hidup pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan


Rahmat?

1.3.3

Adakah terdapat perbezaan kepuasan hidup berdasarkan jantina pelajar di


Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat?

1.3.4

Adakah terdapat perbezaan sokongan sosial berdasarkan jantina pelajar di


Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1

Mengenalpasti hubungan tahap sokongan sosial pelajar di Sekolah Menengah


Kebangsaan Rahmat.

1.4.2

Mengenalpasti hubungan tahap kepuasan hidup. pelajar di Sekolah Menengah


Kebangsaan Rahmat.

1.4.3

Mengenalpasti perbezaan kepuasan hidup berdasarkan jantina. pelajar di


Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat.

1.4.4

Mengenalpasti perbezaan sokongan sosial berdasarkan jantina. pelajar di


Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat.

1.5 HIPOTESIS KAJIAN

1.5.1

Terdapat hubungan sokongan sosial dengan kepuasan hidup berdasarkan


jantina pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat.

1.5.2

Terdapat Perbezaan kepuasan hidup berdasarkan jantina pelajar di Sekolah


Menengah Kebangsaan Rahmat.

1.5.3

Terdapat perbezaan sokongan sosial berdasarkan jantina pelajar di Sekolah


Menengah Kebangsaan Rahmat.

1.6 KESIGNIFIKINAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sokongan
sosial adalah penting dalam memenuhi kepuasan hidup dikalangan remaja. Ini kerana
kehidupan remaja adalah berbeza diantara satu sama lain. Mereka memerlukan
sokongan dari masyarakat dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Selain itu juga,
pengkaji ingin menggambarkan bagaimanakah suasana yang sesuai dalam
mewujudkan kepuasan hidup dikalangan remaja. Ini kerana, kepuasan diri remaja
merupakan peranan yang paling penting dalam pembentukan personaliti ramaja. Ini
kerana perkembangan diri remaja banyak memberi kesan kepada diri mereka sendiri
dalam menentukan matlamat dalam kehidupan mereka. Selain itu faktor sekeliling
juga merupakan perkembangan diri individu itu melahirkan sifat positif dan negatif.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Asmah dan Zulekha, (2004) ibu
bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam menangani salah laku sosial
dalam kalangan remaja kerana ibu bapa mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam
memberi sumbangan terhadap pembentukan akhlak di kalangan remaja. Para pelajar
dalam kajian tersebut mengharapkan ibu bapa mereka memainkan peranan dengan
cara memberikan perhatian terhadap pembentukan masa depan (35%), pelajaran
(29%), kewangan (22%), belaian kasih sayang (19%) dan pemilihan kerjaya (4%)
(dalam kajian Zakaria Stapa, 2012).

Oleh itu, ibu bapa juga jelasnya merupakan ejen sosialisasi yang paling
penting bagi kanak-kanak sebelum mereka dipengaruhi oleh ejen sosialisasi yang lain.
Walaupun sekolah merupakan satu lagi ejen sosialisasi yang kuat mempengaruhi
kanak-kanak tetapi pengaruh ibu bapa mungkin lebih kuat kerana jumlah jam kanakkanak berada di rumah adalah lebih panjang dari jumlah jam kanak-kanak berada di
sekolah (Johari Talib, 2007).

Memahami watak dan karenah anak- anak merupakan tanggungjawab


pendidikan yang sangat penting bagi kedua ibu bapa. Mahu tidak mahu, suka tidak
suka, berminat atau tidak berminat ibu bapa tidak dapat mengelak dari terlibat dengan
tanggungjawab ini. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah mempunyai panduan dan
pengetahuan pendidikan yang sewajarnya, supaya kanak-kanak di bawah asuhan dan
jagaan mereka mendapat bimbingan dan pendidikan yang selayaknya (Mahyuddin
Shaari 2009) (dalam kajian Zakaria Stapa, 2012).

Pada era zaman globalisasi ini, ekonomi keluarga juga merupakan faktor yang
penting dalam kepuasan hidup remaja. Seperti di Negara ini amat perlu menyediakan
ahli keluarganya dengan keperluan hidup dan fizikal seperti makan minum, tempat
kediaman, pakaian, keselamatan dan keperluan pendidikan yang cukup. Kekurangan
dari segi hidup dan fizikal menyebabkan terjadinya jurang yang luas antara yang kaya
dengan yang kurang berada dan ini menimbulkan rasa rendah diri di kalangan remaja.

Selain daripada itu, rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya
dan tingkah laku serta aspirasi. Diperingkat ini juga merupakan pengaruh yang kuat
terhadap sikap, pakaian, dan nilai remaja itu sendiri. Dalam hal ini mereka merasa
serba salah terhadap ibu bapa dan juga rakan sebaya. Ini kerana mereka masih sayang
dan ingin mematuhi nilai ibu bapa tetapi dalam masa yang sama remaja bimbang
kalau tidak mematuhi nilai dan amalan rakan sebaya. Dalam aspek ini, remaja lebih
rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa (Hunter dan Youniss, 1982).

Rakan sebaya juga adalah faktor memberi sokongan emosi kepada remaja.
Remaja yang bermasalah tidak akan merasa takut untuk melahirkan perasaan
dalamannya kepada rakan. Rakan sebaya juga dilihat berperanan sebagai tempat
meluahkan perasaan dan masalah remaja. Penerimaan rakan sebaya juga memberi
kesan sokongan sosial dalam aspek sosial dan akademik kerana mereka sama-sama
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bersama. Sokongan rakan
sebaya boleh mengurangkan masalah yang dihadapi pelajar sama ada dari segi sosial,
akademik, emosi dan dengan itu juga mengurangkan kebarangkalian diserang
kemurungan (Yahaya Fatimah, Norbayah dan Azman, 2005)

Oleh itu, remaja banyak menghabiskan masa dalam membincangkan sesuatu


perkara yang berkaitan dengan dirinya. Seltzer dan Waterman (1996), menjelaskan
remaja membuat perbandingan tingkah laku dengan remaja lain dalam membuat
keputusan tentang masa hadapan kepada mereka. Wujud satu fenomena kebimbangan
di kalangan remaja tentang kejelasan masa hadapan mereka dan bagaimana
mencapainya cita-cita dan aspirasi sedemikian.

Asmah Bee (2008), Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepada
pembentukan personaliti remaja. Menurut Hunter (1984), (dalam kajian Habibah,
1997), rakan sebaya begitu berpengaruh dalam hidup remaja sehingga mereka
sanggup menghabiskan berjam-jam masa mereka bersama rakan- rakan. Kawankawan mereka juga boleh menguji kebebasan mereka dan juga identiti yang sedang
berkembang. Mereka boleh mendapat keseronokan dengan bersama-sama melakukan
apa yang disukai oleh remaja.

Oleh kerana itu, remaja perlu memilih rakan yang sentiasa mendorongnya kearah
kebaikan. Jika mereka memilih rakan yang bertingkah laku negatif, maka remaja akan
di pengaruhi dengan pembentukan yang negatif. Ini kerana rakan adalah faktor remaja
berinteraksi antara satu sama lain. Malah mereka akan membentuk potensi diri mereka
dimasa akan datang.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR). Pengkaji


telah mengambil 65 sampel daripada keseluruhan pelajar di sekolah tersebut.
Responden menggunakan persepsi dan daya ingatan mereka tentang perkara yang
dikaji. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Oleh
yang demikian, kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik
amat diperlukan. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini adalah sangat bergantung
kepada kejujuran jawapan responden dalam memberikan jawapan yang tepat dan
benar kepada soal selidik yang diberikan. Responden juga diberi jaminan bahawa
segala respon mereka dalam kajian ini adalah dirahsiakan.

1.8 DEFINISI KONSEP DAN OPERASIONAL

1.8.1

Sokongan Sosial

Menurut cobb (1976), sokongan sosial ditakrifkan sebagai keyakinan individu bahawa
ia disayangi, dihormati, dan dihargai serta merasakan ia wujud dalam jaringan
komunikasi dan obligasi sosial. Manakala, Mental Health Information And
Determinants For The European Level (MINDFUL) pula mendefinasikan sokongan
sosial sebagai merasakan kehadiran orang yang boleh dipercayai iaitu seseorang
individu yang boleh mengambil berat dan menghargai orang lain sebagai insan.

Sokongan sosial didefinisikan sebagai kepelbagaian tingkah laku membantu


(dalam bentuk kebendaan, kasih sayang, nasihat) yang diberi dalam interaksi sosial
(Hilbert, 1990). Bantuan dan sokongan terhadap keluarga berisiko dapat menolong
ahli keluarga mengurangkan tekanan yang dirasai (Miller, Smerglia, Gaudet dan
Kitson, 1998 : Hashima dan Amato, 1994), seterusnya menggalakkan ibu bapa dalam
keluarga berisiko memberikan kasih sayang mereka terhadap anak-anak (Hashima dan
Amato, 1994).

Azizi yahaya (2008), faktor sokongan sosial dikenalpasti sebagai satu faktor yang
dapat mengurangkan kesan tekanan dalam kehidupan individu. Sokongan sosial ini
adalah di kalangan mereka yang dikenali seperti kawan-kawan dan kaum keluarga.
Untuk demikian, sokongan sosial adalah sesuatu perkara yang melibatkan pelbagai
bentuk dari segi pertolongan yang diberikan kepada kalangan mereka yang dikenali
sebagai rangkain sosial seseorang. Lazimnya, sokongan sosial merupakan sesuatu
perkara yang baik untuk minda dan tubuh badan individu oleh kerana mereka akan
mendapat keyakinan dan kepuasan dalam diri sendiri. Sokongan sosial juga
merupakan satu perkara yang perlu diambil berat dan dipandang serius dalam
kehidupan seseorang.

Dengan itu, terdapat empat faktor utama sokongan dalam kehidupan seseorang.
Yang pertama adalah dari segi sokongan emosi. Seperti yang kita ketahui, emosi
adalah satu istilah yang luas dan merangkumi keadaan yang subjektif seperti takut,

10

benci, cinta dan rasa jijik. Manakala maksud emosi di dalam psikologi adalah sebagai
tindak balas subjektif iaitu perasaan yang biasanya terdapat dalam perubahan
psikologi. Sokongan ini juga berkaitan dengan pernyataan kasih sayang, perhatian dan
juga sikap mengambil berat terhadap orang lain. Dengan itu, individu dapat merasai
dirinya dihargai oleh mereka yang berada disekelilingnya disebabkan individu
mendapat sokongan emosi seperti mereka yang mendengar masalah yang dihadapi dan
bersimpati terhadap masalah yang individu atasi.

Yang kedua adalah sokongan perdampingan. Sokongan ini merupakan bantuan


dari seseorang dalam membuat penilaian pada masalah yang dihadapi oleh individu.
Setiap masalah yang dihadapi, individu mempunyai teman atau seseorang yang dapat
berbincang dengan mereka berkatian dengan permasalahannya. Dengan ini
menunjukkan bahawa usaha yang menjelaskan bentuk masalah yang dihadapi dengan
memberi maklum balas dan idea kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Yang ketiga adalah sokongan maklumat. Sokongan ini merupakan nasihat kepada
individu yang bermasalah. Selain itu, nasihat ini juga merupakan satu alternatif
bagaimana menghadapi masalah dengan cara berbincang dan mencari jalan
penyelesaian dengan bijak. Sokongan yang terakhir adalah sokongan instrumental
dalam bentuk kebendaan dan perkhidmatan seperti tempat berlindung dan juga
kewangan (Azizi yahaya, 2008).

1.8.2

Kepuasan Hidup

Pavot dan Diener (1993), menyatakan kepuasan hidup sebagai penilaian secara
keseluruhan terhadap perasaan dan sikap seseorang berkaitan kehidupannya pada
sesuatu masa tertentu. Shin dan Johnson (1978) mendefinisikan kepuasan hidup
sebagai satu penilaian keseluruhan kualiti kehidupan seseorang individu berdasarkan
kriteria-kriteria yang ditetapkannya sendiri.

Kepuasan hidup merupakan aspek yang diukur secara kognitif oleh seseorang
terhadap dirinya sendiri. Kepuasan hidup sukar untuk didefinisikan kerana aspek
kepuasan hidup ini adalah bersifat subjektif. Michalos (1991) menegaskan kepuasan

11

hidup adalah melibatkan pelbagai konstruk yang memerlukan seseorang itu menilai
pelbagai aspek kehidupannya seperti kesihatan, kewangan, kerja, serta hubungan
interpersonalnya. Masyarakat meletakkan pelbagai nilai terhadap sesuatu perkara.
(dalam kajian Salleh Amat dan Zuria Mahmud, 2009).

1.8.3

Remaja

Rogers (1951), Adolescence bermaksud membesar menjadi matang. Remaja


dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman
kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi,
sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat
matang (Azizi et. Al, 2005). Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan
berakhir apabila memasuki alam dewasa.

Perkembangan identiti remaja berpunca dari perubahan biologi, kognitif dan


sosial. Menurut Stanley Hall (1904), beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman
'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahanperubahan yang berlaku semasa baligh sehingga menyebabkan emosi menjadi tidak
stabil dan tergugat. Wujud tekanan dan perubahan serta berbagai konflik di dalam
dirinya juga di dalam masyarakat menyebabkan remaja akhirnya berkembang menjadi
individu yang matang dan bermoral. Remaja mengalami konflik kognitif di antara
pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan sosial yang ada padanya sehingga
menimbulkan persoalan mengenai persepsi diri. Remaja akan bertanyakan siapakah
saya?, apakah tujuan hidup ini? dan ke manakah arah sendiri?. Dalam menangani
konflik kognitif ini seringkali remaja mengubah persepsi kendirinya akibat pengaruh
dari persekitaran yang signifikan (dalam kajian Azizi Hj Yahaya, 2011).

12

1.9

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, persekitaran sokongan sosial terutamanya dari ibu bapa, rakan
sebaya, sekolah atau guru dan sebagainya memainkan peranan penting dalam
pembentukan kepuasan hidup remaja. Tidak semua remaja mempunyai kepuasan
hidup melalui sokongan yang diberikan kepada mereka.

Menurut Asmah Bee (2008), Bagi para remaja pula merupakan harapan ibu
bapa merupakan satu bebanan dan tekanan kepada mereka dalam mengatur langkah
yang kadangkala ianya melampaui keupayaan diri anak-anak. Selain itu, remaja pada
peringkat ini menginginkan kebabasan bersama rakan-rakan dan juga aktiviti-aktiviti
luar oleh kerana mereka lebih rela berkonflik dengan ibu bapa berbanding dengan
rakan sebaya. Cara untuk mengatasi penentangan ini ialah dengan cara memahami
keadaan dan memberikan peluang kepada remaja untuk lebih bertangungjawab serta
mendapatkan kemahiran dalam tugas kerja mereka. Kerana ini adalah satu jalan untuk
membuktikan kedewasaan seseorang itu ialah dengan kebolehan melakukan sesuatu
yang mahir. Keadaan ini patut didapati oleh anak remaja melalui pelajaran dan
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai