Anda di halaman 1dari 15

1.

0 DEFINISI SOSIALISASI

Menurut kamus dewan edisi keempat, sosialisasi ditakrifkan sebagai perihal


bergaul dan bermesra. Terdapat banyak pengertian sosialisasi menurut para ahli
dalam ilmu sosiologi. Misalnya menurut Charlotte Buhler (1999),sosialisasi adalah
proses yang membantu individu-individu belajar dan enyesuaikan diri terhadap
bagaimana cara hidup dan bagaimana cara berfikir kelompoknya,agar ia dapat
berfungsi dalam kelompoknya. Manakala, menurut Irvin L. Child (1969) pula,
sosialisasi adalah segenap proses yang menuntut individu mengembangkan potensi
tigkah laku aktualnya yang diyakini kebenarannya dan telah menjadi kebiasaan serta
sesuai dengan standard dari kelompoknya, Bruce J.Cohen (1980) pula menyatakan
bahawa sosialisasi adalah proses-proses manusia mempelajari tatacara kehidupan
dalam masyarakat untuk memperoleh keperibadian dan membangun kapasitasnya
agar mampu berfungsi dengan baik sebagai individu maupun anggota.
Konsep sosialisasi meliputi aspek pembelajaran, penerimaan dan kemahiran
nilai-nilai dan sikap orang-orang di sekelilingnya terutamanya dari keluarga dan
masyarakat untuk membentuk personaliti yang tersendiri, menarik dan unggul.
Menurut Rohana Yusof (2010: 93), sosialisasi merupakan proses sosial yang dilalui
individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan
kelompok itu serta peranannya dalam kelompok itu. Oleh itu, sosialisasi melibatkan
proses-proses yang mana manusia mempelajari kemahiran dan sikap berkaitan
dengan peranan sosial mereka dan proses manusia memperolehi personaliti,imej
dan sashsiah.
Pencapaian tahap sosialisasi yang mantap memerlukan seseorang itu
menjalani tiga peringkat iaitu sosialisasi primer, sosialisasi sekunder atau penyertaan
dan sosialisasi semula yang disebut sebagai resolisasi. Sosialisasi primer berlaku
semasa peringkat awal kanak-kanak. Pada fasa ini, ibu bapa merupakan individu
terdekat yang membentuk peribadi diri kanak-kanak mengikut acuan sama ada dari
segi pemikiran, kemahiran berfikir, cara berfikir dan bertindak. Sosialisasi sekunder
pula berlaku pada usia kanak-kanak,remaja dan dewasa. Pada peringkat ini, konsep
diri individu mulai berubah iaitu semakin berkembang kerana terdedah dengan
persekitaran selain daripada di rumah. Oleh itu, mereka akan cuba untuk berinteraksi
dengan rakan sekeliling,sekolah,media massa dan masyarakat selain daripada ibu
4

bapa. Seterusnya ialah sosialisasi semula iaitu sosialisasi yang berlaku akibat
perubahan drastik,mendadak dan radikal. Contohnya, berlaku kemalangan, bencana
alam malah apabila seseorang itu menagih dadah. Namun begitu, bukan semua
orang akan mengalami sosialisasi semula.
Menurut Rohana Yusof (2010:94-95), proses sosialisasi membolehkan nilai,
norma dan budaya sesuatu masyarakat dan bangsa diwarisi. Selain itu, sosialisasi
juga membolehkan peraturan sosial dicipta dalam masyarakat dan membolehkan
seseorang itu berinteraksi, bekerja dalam satu kumpulan atau melakukan kawalan
diri.

2.0 PERANAN AGEN SOSIALIS


2.1 Keluarga
Keluarga memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi pada tahap
awal kanak-kanak. Hal ini demikian kerana institut kekeluargaan merupakan agen
sosialisasi yang paling akrab dan rapat dengan individu sejak individu itu masih bayi
lagi. Dalam proses anak tersebut meningkat usianya, perkembangan pemikiran dan
cara kelakuan adalah mirip dengan ibu bapa kerana pengaruh keluarga adalah yang
paling kuat dalam pembentukan sahsiah mereka. Keluarga yang aman dan harmoni
akan melahirkan anak-anak yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Sesungguhnya didikan yang baik akan membentuk anak-anak
yang mempunyai siasah diri yang baik. Mereka akan lebih bijak memilih corak
kehidupan di luar rumah kerana mereka telah ditanamkan dengan nilai-nilai murni
yang baik dalam keluarga. Sebagai contoh, jika keluarga mendidik seseorang
individu itu baik dari segi akhlaknya berserta didikan agama yang sempurna, maka
gejala pembuangan bayi tidak akan berlaku seperti isu yang dipetik dari artikel
pembuangan bayi itu. Hal ini kerana, anak-anak mampu berfikir secara waras
tentang perlakuan yang benar atau salah berlandaskan nilai-nilai yang terpuji dan
pegangan agama yang diterapkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Maka itu, anak-anak
tidak akan terpesong daripada landasan yang sebenarnya kerana ibu bapa yang
sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga anak-anak timbul minat,
semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus,
1989).
Keadaan institusi kekeluargaan yang pincang, porak peranda dan bermasalah
yang menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa
mendorong anak-anak untuk mencari jalan keluar daripada tekanan. Menurut kajian
Abdullah Al-Qari Hj. Salleh (1989), remaja yang ibu bapa kurang memberi kasih
sayang, terlalu pasif ataupun terlalu autokratik akan menghasilkan remaja yang
bermasalah, memberontak dan memesong ke arah negatifOleh itu, anak-anak
tersebut akan cenderung terlibat dalam gejala sosial yang membawa kepada
keruntuhan akhlak dan moral mereka. Misalnya, seperti dalam keratan akhbar yang
membincangkan tentang isu melepak, bolehlah kita kaitkan dengan masalah peribadi
dan keluarga seseorang individu itu. Disebabkan tekanan yang membuak-buak,
6

seseorang individu itu mencari inisiatif untuk melepaskan tekanan yang dihadapi
dengan cara melepak dan melakukan vandalism sebagai lambang perasaan yang
sedang dihadapi.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa ialah orang yang paling
peka terhadap perkembangan kanak-kanak sejak awal lagi. Melalui asuhan dan
didikan, kanak-kanak akan meneladani tingkah laku yang baik yang ditunjukkan
kepada mereka setiap hari. Asuhan memainkan peranan penting dalam proses
sosialisasi individ. Ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan anak-anak
yang begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka.
Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan sikap bebas akan melahirkan anak-anak
yang tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibu
bapa yang mengamalkan cara demokrasi, berbincang dengan anak-anak tentang
masalah mereka dan mempertimbangkan pendapat anak-anak apabila membuat
keputusan-keputusan penting,akan melahirkan anak-anak yang berkeyakinan tinggi,
aktif, cerdas dan lebih sopan-santun.

2.2 Rakan sebaya


Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting
dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai
kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Ahli sosiologi iatu Hazil Abdul
Hamid (1990; 89) mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanakkanakataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama.
Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987) pula, rakan sebaya boleh didefinisikan
sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang
sama. Hal ini persetujui oleh (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg (1995)
iaitu remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan
tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka. Menurut Saffer (1999) pula, rakan
sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras tingkahlaku
yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Menurut
beliau lagi, rakan sebaya tidak semestinya mempunyai umur yang sama, asalkan
dapat menyesuaikan diri dengan tingkahlaku antara satu sama lain dari segi minat

dan matlamat. Biasanya rakan sebaya seseorang remaja adalah rakan yang sama di
dalam sekolah dan juga di luar sekolah.
Rakan sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam
membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan
bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Menurut Nursuhaili (2010), rakan sebaya
juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku
yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap,
cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan
kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi
perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu Remaja akan
mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat
penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan rakan sebaya yang mereka ikuti
kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi
Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang
remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan
fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan
jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala
masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru
atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih
memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin
membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.
Tuntasnya, rakan sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan
arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan
sebaya.
Menurut Rustam A. Sani (1994), masalah melepak tidak hanya berlaku di
Malaysia tetapi menjadi masalah seluruh dunia. Jika kita meneliti isu-isu yang
terdapat dalam artikel akhbar yang membincangkan tentang budaya melepak dalam
kalangan remaja, kita akan mendapati bahawa penglibatan seseorang remaja dalam
kegiatan tidak berfaedah itu didorong oleh pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya
yang mempunyai pengaruh yang positif akan sedikit sebanyak mencerminkan
personaliti kita dan mempengaruhi tahap pencapaian akademik remaja seperti yang
diutarakan oleh Quek Miow Leng (2006). Sementara, rakan yang memberi pengaruh
negatif pula akan mempelawa remaja untuk melakukan sesuatu perbuatan yang
8

merosakkan diri sendiri.

Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang

dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata
pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan
mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minat
seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata
pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing
mereka ke arah yang diinginkan.

2.3 Sekolah Sebagai Agen Sosialisasi


Sekolah berperanan sebagai agen sosialisasi dalam pembentukan
keperibadian akhlak mulia remaja kerana di sekolah nilai dan norma yang terpuji
untuk diaplikasikan dalam kehidupan setiap hari. Hal ini juga tidak dinafikan akan
membentuk sikap dan disiplin yang tinggi dalam diri pelajar-pelajar.

Selain itu,

sekolah turut bertanggungjawab untuk melahirkan anggota masyarakat yang


berguna bagi agama, bangsa dan negara. Hal ini sesuai dengan yang diungkapkan
Saptono

(2007:115)

bahawa

sekolah

memperoleh

mandat

tegas

untuk

mensosialisasikan nilai dan norma kebudayaan bangsa dan negaranya. Oleh sebab
itulah, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. Melalui proses
pendidikan, anak-anak diperkenalkan pada nilai dan norma atau budaya masyarakat,
bangsa dan negaranya, sehingga diharapkan dapat memahami, menghayati, dan
mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana, sekolah
adalah wadah atau tempat di mana transformasi berlaku pada seseorang yang tidak
tahu menjadi tahu, tidak mengerti menjadi mengerti dan tidak terdidik menjadi
berpendidikan. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Hasbullah (2005:49), bahwa
peranan sekolah sebagai lembaga yang membantu lingkungan keluarga, maka
sekolah bertugas mendidik dan mengajar serta memperbaiki dan memperhalus
tingkah laku pelajar yang dibawa dari keluarganya.
Dalam menangani isu-isu seperti jenayah siber seperti dalam keratan artikel
yang dipetik, sekolah bertanggungjawab untuk mengatasi masalah tersebut dengan
memberikan pendedahan tentang jenayah siber yang semakin berleluasa di negara
kita. Istilah dunia siber atau cyberworld pertama kali digunakan oleh William Gibson
seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer 4 (1984),
9

yang mana beliau gambarkan sebagai suatu istilah tekno dan menggugat perasaan
tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk
semua idea sibernatiknya. Kini, istilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat
biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu
berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya
internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat
yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu
galaksi lain. Atau dengan kata lain, jenayah siber adalah mana-mana aktiviti yang
tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi siber digunakan untuk
merealisasikannya. Walaubagaimanapun, takrifan jenayah siber bergantung kepada
takrifan jenayah di sesebuah negara. Sebagai contoh di Malaysia, perjudian,
pornografi, pengiklanan seks adalah suatu jenayah siber. Ilmu-ilmu penggunaan
teknologi terkini hendaklah diterapkan oleh guru-guru di sekolah supaya mereka
dapat menguasai serta tahu akan batas-batas penggunaan internet pada masa kini.
Dalam menangani isu pembuangan bayi pula, sekolah Selain itu, persekitaran
sekolah dan sikap guru juga sedikit sebanyak mempengaruhi pelajar yang terjebak
dalam gejala sosial. Amalan guru disiplin yang biasanya menggunakan kekerasan
dalam menegur pelajar merupakan pendekatan yang kurang berkesan kerana
pelajar akan menunjukkan sikap memberontak dan ponteng ke sekolah kerana
bosan mendengar leteran guru disiplin (Amna et al. 2003). Begitu juga dengan
adanya segelintir sikap guru yang suka memandang rendah pada pelajar yang
bermasalah menyebabkan mereka akan terus terjebak dan sering memberontak
dengan melakukan masalah sosial yang lebih besar. Masalah yang melibatkan
pelajar sekolah bukanlah berpunca daripada individu pelajar itu sendiri sebaliknya
persekitaran yang membawa impak besar kepada pelajar untuk terlibat dengan
gejala sosial. Persekitaran bermaksud keluarga, jiran, rakan sebaya dan komuniti.
Dengan itu, intervensi kerja sosial sekolah yang mencakupi ruang persekitaran ini
dilihat berkepentingan untuk dilaksanakan bagi membantu pelajar bermasalah.
Begitu juga tindakan penyelesaian masalah sosial pelajar tidak harus diberikan
sepenuhnya kepada KPM, kaunselor sekolah, guru disiplin dan agensi-agensi lain
sepenuhnya sebaliknya perlu variasi dalam tindakan penyelesaian masalah sosial
pelajar seperti melibatkan praktis kerja sosial.

10

Sekolah adalah institusi yang mencorak minda remaja kepada perkara-perkara


yang baik. Oleh itu, institusi ini boleh diperkasakan agar dapat membendung
masalah lepak yang melanda. Melalui pendekatan akademik dapat dilakukan dengan
cara menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik
seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Sistem perundangan di sekolah harus
diwujudkan seperti peruntukan undang-undang di peringkat sekolah yang boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Selain
itu, pihak pentadbir sekolah boleh menggunakan bidang kuasa polis yang sedia ada
bagi membantu pihak pentadbir dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian juga hendaklah
diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah
adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini
akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan
peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan
guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Penguatkuasaan
Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polisyang sedia ada
perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplin kanpelajarpelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujukmasalah
pelajar

ini

kepada

pihak

polis.Selain

langkah

perundangan,

langkah-

langkahpencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkatsekolah.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remajamengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor

yang

berkelayakan

dan

berpengalaman

dilantik

dalam

memantapkanpelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan


Persatuan Ibu Bapadan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan
peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan
guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG
11

janganlah jadi umpama Kucing tak bergigi ,Tikus lompat tinggi-tinggi. Menurut
Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus
dimainkan oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial
ini.Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan
akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi
pendidikan,

menambahkan

produktivitinya,

meningkatkan

kewibawaannya

di

kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga
memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan
Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan
dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar
kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan
orang

lain,menjaga

kepentingan
menghargai

standard

layanan

ramai,bekerjasama,
ilmu,

menghormati

dalam

melakukan
ulama'

dan

berinteraksi,
self-criticism,

berkorban
mengawal

sebagainya.Membaiki

untuk
diri,

prestasi

persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi
agama, akhlak dan sosial secara wajar dansihat, mempersiapkan mereka agar dapat
memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi di samping melatih
mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang
dan bebas. Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang
lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi.Hukuman atau penderaan
bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan
adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih
sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

2.4 Masyarakat Sebagai Agen Sosialisasi


Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial
di sesuatu tempat dengan adanya peraturan, aturan serta menjalankan hidup untuk
kepentingan bersama. Menurut Ralph Linton (1968) masyarakat adalah setiap
kelompok manusia yang hidup dan bekerja sama dalam waktu yang relatif lama dan
mampu membuat keteraturan dalam kehidupan bersama dan mereka menganggap
sebagai satu kesatuan sosial. Kelompok ini biasanya mempunyai pemimpin,
12

peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang


harmonis. Jika pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti
akan menghasilkan ahli-ahli yang tekun, rajin membuat sesuatu dengan bersungguhsungguh tanpa mengenal erti putus asa.
Menurut Ishak Ramly (2005), pemasyarakatan atau sosialiasi adalah proses
kanak-kanak diajar dengan nilai sosial yang baik dan sempurna seperti penerapan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia pada semua kanak-kanak sekolah. Peranan
dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati kepentingan
hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat merangkumi halhal berikut. Pertama, masyarakat mestilah sanggup memikul serta melaksanakan
kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat. Seterusnya ialah
toleransi dalam masyarakat iaitu kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal
diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup. Di samping itu, kesediaan melakukan sesuatu dengan
semangat

kekitaan

untuk

kepentingan

bersama

demi

keharmonian

hidup

bermasyarakat. Peranan masyarakat yang paling penting ialah prihatin terhadap


masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan berusaha
menyelesaikannya. Masyarakat yang sensitif akan melahirkan kanak-kanak yang
peka terhadap keadaan sekeliling. Oleh hal yang demikian, masyarakat haruslah
menjadi mata dan telinga dalam mengawal tingkah laku seseorang individu. Hal ini
buka bermakna kita mengamalkan sikap menjaga tepi kain orang tetapi setiap
teguran yang kita utarakan adalah bersifat membina dan galakan. Sebagai seorang
masyarakat,teguran yang diberikan bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan,
sebaliknya sebagai satu pembetulan supaya menyedarkan anak-anak kerana
mereka sudah terpesong dari landasan yang sebenarnya.
Misalnya dalam isu buang bayi, seharusnya masyarakat yang prihatin harus
memberi sokongan yang padu. Salah satu faktor berlakunya kes pembuangan bayi
ialah kerana remaja takut sekiranya mereka akan menjadi bahan bualan masyarakat
sekeliling yang memandang hina dan serong kepada mereka kerana telah
melahirkan anak luar nikah. Oleh itu, masyarakat perlulah membuka minda dan
mengubah persepsi terhadap remaja yang terlanjur dengan perbuatan mereka.
Dengan kata-kata semangat daripada masyarakat, remaja tidak akan

tergamak

untuk membuang dan membunuh bayi yang tidak berdosa sebaliknya memelihara
13

atau menghantar anak tersebut di rumah kebajikan sekiranya tidak mampu untuk
membesarkannya.
Dalam isu remaja melepak pula, masyarakat perlulah bersama-sama menjana
idea untuk menghakis budaya remaja melepak dengan mengadakan atau
menganjurkan program yang menarik.Contohnya, persatuan-persatuan komuniti
perumahan mengorganisasikan sebuah

aktiviti sukan ataupun gotong-royong.

Kaedah ini dilihat berkesan kerana remaja akan meluangkan waktunya dengan
sesuatu yang berfaedah daripada hanya duduk bersembang kosong dan
sebagainya.

2.5 MEDIA MASSA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI


Mesej yang kita terima daripada media komunikasi massa akan kita tafsirkan
berdasarkan nilai yang ada pada diri kita sendiri. Ini jelas ketara dengan mesej dalam
TV yang kita terima. Jadi pada diri kita telah ada proses 'sense-making'. Kita
memberikan makna dan tafsiran kepada mesej yang kita terima. Media cetak dan
elektronik mula menyeleweng daripada matlamat utamanya iaitu sebagai agen
pendidik dan pemberi maklumat. Dua motif ini telah dilupakan dan media lebih
menekankan kepada aspek hiburan semata-mata dan mula mengenepikan nilai
ketimuran, adab, dan akhlak. Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam
blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini beliau telah
mengatakan media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh
yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia
merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam
dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa
mampu mencorakkan hati budi,mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi
24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme,
budaya komersial yang melampau,faham kebendaan dan dorongan untuk hidup
secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas
falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam.
Para

petugas

media

massa

hendaklah

meningkatkan

rasa

akauntabiliti,

tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai


luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.Para pengguna media massa
14

terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik


dan

pentadbir

hendaklah

lebih

bijaksana

dalam

mengarah,

membimbing,

meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih


siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang
di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana
cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
Dalam usaha menangani isu buang bayi, media massa seperti akhbar
berperanan sebagai saluran interaktif yang membawa kesedaran kepada pembaca
yang terdiri daripada remaja-remaja terutamanya. Misalnya, bukan setakat
menyiarkan berita terkini tentang pembuangan bayi tetapi juga menyiarkan tentang
hukuman agar boleh menginsafkan masyarakat kini. Selain itu, puisi atau syair yang
bertemakan isu buang bayi juga boleh mempengaruhi minda masyarakat. Hal ini
demikian kerana, penggerak kesedaran dalam cara yang halus dan berkias adalah
melalui puisi dan syair kerana ia turut melibati emosi pembaca. Media massa juga
berperanan sebagai saluran untuk menguar-uarkan kesan dan akibat buruk terhadap
pembuangan bagi.
Dalam usaha menangani isu budaya melepak, media massa perlu berperanan
sebagai saluran yang menyediakan program-program yang menarik khas untuk
remaja-remaja yang suka membuang masa. Contohnya, kuiz-kuiz, pertandingan
serta peraduan-peraduan yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada
pemenang. Dengan hal demikian, remaja akan tertarik dan berusaha untuk
memenanginya. Dengan masa yang terluang, mereka akan melakukan perkara yang
lebih berfaedah dan membawa pulangan yang tidak merugikan.
Sebagai usaha untuk menangani masalah jenayah buli siber pula, media massa
menjadi wadah untuk mendedahkan keburukan-keburukan jika terlalu bersosial
dalam laman-laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Blog, Youtube dan
sebagainya. Media sosial pula hendaklah meningkatkan privasi agar setiap perkaraperkara yang dimuat naik di laman sosial seperti video misalnya, tidak menjadi viral
kepada pengguna media sosial yang lain. Hal ini adalah sebagai langkah untuk
mengelakkan

percantuman

bibit-bibit

pergaduhan

keselamatan diri dan orang yang terdekat.


15

dan

akhirnya

menggugat

3.0 KESIMPULAN
Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masingmasing dengan sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah
merealisasikan konsep Masyarakat Madani. Setiap anak-anak haruslah didekati oleh
agen-agen moral seperti ibu bapa, institusi akademik seperti sekolah-sekolah, rakan
sebaya, masyarakat dan media massa supaya perkembangan sosialisasi dan akhlak
mereka boleh dibentuk dengan sempurna. Pembentukan moral dan sahsiah yang
baik penting kerana anak-anak merupakan generasi akan datang yang akan
memegang tampuk pemerintahan negara. Maka itu, keadaan anak-anak pada masa
ini memberi gambaran hala tuju negara kita pada masa hadapan.
Sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa, sememangnya tugas
untuk melahirkan masyarakat kelas minda pertama menjadi objektif utama. Oleh itu,
selaras dengan konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara dan Kod Etika
Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab
untuk membangunkan negara. Guru akan menjadi role model dalam mempraktikkan
prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para
pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah
dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan

dalam

kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar mampu membentuk


generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

16

RUJUKAN
Akers. Jones & Coyle. (1995). Adolescents at Risk : Prevalence and Prevention. New
York: Oxford University Press.
Amna Md Noor et al. (2003). Sistem Sekolah dan Sosialisasi Pelajar. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Asnah Hamid. (2007). Masalah Sosial di Kalangan Remaja kini: Masalah Sosial di
Kalangan Remaja semakin meruncing. Diakses pada 10 April 2015 daripada
http://asnahhamid.com/
Bruce J. Cohen. (1980). Terjemahan Indonesia: Sosiologi Suatu Pengantar.
Indonesia: Rineka Cipta Publications
Charlotte Buhler. (1999). Social Science: Introduction to Sociology. New York.
McGraw-Hill Trad Publications.
Hasbullah. (2009). Dasar-dasar Ilmu Pendidikan. Jakarta: Rajawali Pers.
Hazil Abdul Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Negara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Irvin L. Child. (1969). Socialization and Education: Essays in Conceptual Criticism.
England. Greenwood Publishing Group.
Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional
Jamal Darus. (1989). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Nursuhaili Baharuddin. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Sosial dengan Tingkah
Laku Sosial dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Tabika Kemas,
Beaufort. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Quek Miow Leng. (2006). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan
Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Univesiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Ralph Lipton. (1968). The Study of Man. Columbia University Press.
Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Rohani Abdullah (2001).Tingkah Laku Emosi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
17

Rustam A. Sani (1994).Ketegasan dalam Masalah Belia. dlm. Utusan Malaysia, 9


Mei.
Saffer. (1999). Sosial Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory.
New Jersey: Prentice-Hall.
Saptono. (2007). Sosiologi Untuk SMA Kelas X. Jakarta: Phibeta Aneka Gama.

Syarifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi pendidikan 1 : Konsep-Konsep Asas


Psikologi, Dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :
Heinemann.

18

Anda mungkin juga menyukai