Anda di halaman 1dari 78

SET SOALAN

KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI
PENDIDIKAN ISLAM
SPM 2022
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

A. Cara mudah mengenal item KBAT


i. Guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan
melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya,
murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan
pengetahuan dalam situasi berbeza.
ii. Mesti ada stimulus. (sekurang-kurangya stimulus ringkas tetapi
merangsang dengan mendalam murid berfikir) Stimulus boleh menjelma
dalam bentuk situasi, gambar, keratan akhbar, dialog, lirik lagu, dll.
iii. Soalannya luar biasa (not familiar) tetapi masih dalam
lingkungan kehidupan seharian. (bukan terangkan …. Jelaskan ......
.
(Berdasarkan pernyataan di atas, …… Bagaimanakah anda ……,
Cadangkan/ramalkan …….. Pada pandangan anda apakah yang akan
berlaku )
iv. Soalannya tidak berulang dan tiada dalam buku tetapi tajuk mengikut
huraian sukatan.
v. ## calon tetap jawab dalam perenggan bukan dalam point
vi. ##kesimpulan tidak boleh ulang isi
vii. ##kesimpulan boleh bentuk cadangan

B. CARA MENJAWAB SOALAN KBAT


i. Jawapan dalam bentuk esei pendek satu perenggan
JUM. MARKAH ISI HURAIAN HURAIAN KESIMPULAN JUM
(I) (H) LENGKAP (K)
(HL)
1 markah 1 Isi - - - 1M
sahaja
2 markah 1I 1H - - 2M
3 markah 1I 1H 1K - 3M
4 markah 1I 1H 1 HL 1K 4M
6 markah 2I 2H 1 HL 1K 6M

ANDA INGIN MENGUSAHAKAN KEDAI MAKANAN, BAGAIMANA ANDA MEMASTIKAN


PERNIAGAAN YANG JALANKAN ANDA MENJADI SATU IBADAH

Berikan hujah anda berdasarkan pemahaman hadis di atas.

2|Page MFCK,SMKPAHI
RUBRIK:
SKOR DESKRIPTOR

CALON MENGEMUKAKAN JAWAPAN TEPAT, HURAIAN JELAS


4
(CONTOH/DALIL/HIKMAH) & TINDAKAN (KESIMPULAN)
CALON MENGEMUKAKAN JAWAPAN TEPAT, HURAIAN
3
(CONTOH/DALIL/HIKMAH) & TINDAKAN (KESIMPULAN)
2 ADA 1 ISI HURAIAN RINGKAS
1 CALON MENGEMUKAKAN MANA-MANA SATU ISI SHJ
0 TIADA JAWAPAN

JAWAPAN:

Perniagaan tersebut menepati syariat Islam dengan cara tidak menjual benda-
benda haram [1m - isi] seperti tidak menjual arak, dadah dan sebagainya
[1m – contoh] kerana barangan haram ini boleh merosakkan masyarakat
[1m – Huraian/penjelasan Lengkap]. Untuk mendapat keberkatan Allah
dalam perniagaan, kita hendaklah menjual barangan halal. [1m –
rumusan/kesimpulan/saranan]

C. Contoh kata tugas yang boleh digunakan ketika pembinaan


item KBAT

TUGASAN STEM SOALAN DAN KEPADA BERDASARKAN


KATA TUGAS
SOALAN TAJUK [KONTEN] SIAPA TAJUK
Apakah Satu  Pengertian/maksud/taarif Individu/diri Tajuk dalam
Nyatakan dua  Ciri/tanda/sifat sosial sukatan
Siapakah tiga  faktor/Punca/sebab masyarakat/ pelajaran
Dimanakah empat  kesan/keburukan/akibat negara tingkatan 4
Berapakah  Sebab Islam suruh masalah dan 5
Terangkan  Sebab Islam Larang
Huraikan hikmah/kebaikan/kepentin
Jelaskan gan/usaha /peranan /cara
Senaraikan / langkah atasi/ bendung/
Bagaimanakah tangani
Cadangkan  contoh
 rukun
 syarat wajib
 syarat sah
 perkara wajib
 hukum
 hukum dan alasan

3|Page MFCK,SMKPAHI
PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 1

( BAHAGIAN AKIDAH )

SOALAN KBAT.

Sebagai pegawai di Majlis Perbandaran , bagaimana anda menyedarkan


masyarakat agar tidak tertipu dengan pelbagai iklan jualan palsu .
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
DOSA-DOSA BESAR
( MENIPU )

Institusi kewangan Islam telah banyak tertubuh di Malaysia. Ia ditubuhkan


sebagai satu alternatif kepada institusi kewangan konvensional.
Sebagai seorang penasihat institusi kewangan Islam, bagaimanakah anda
BAHAGIAN AKIDAH memastikan urusan kewangan Islam sentiasa patuh syariah.

DOSA-DOSA BESAR Jawapan :


( RIBA )

BAHAGIAN AKIDAH
Ramalkan keadaan ekonomi negara jika semua pihak menjauhi amalan riba.
DOSA-DOSA BESAR
( RIBA ) Jawapan :

4|Page MFCK,SMKPAHI
5|Page MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN AKIDAH
Gambar ragut
DOSA-DOSA BESAR Berdasarkan gambar di atas , apakah respon anda sekiranya kejadian
( MENCURI / seperti di atas berlaku di hadapan anda.
MEROMPAK )
Jawapan :

Ramai remaja mengekses internet yang mana segelintir portal dan blok
mengkritik dan menghamburkan kata-kata kesat dan makian terhadap
kepimpinan negara. Sebagai rakyat bertanggungjawab, bagaimanakah
cara untuk mengatasi masalah tersebut.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
DOSA-DOSA BESAR
( MENGUMPAT /
MEMFITNAH )

BAHAGIAN AKIDAH Penyebaran berita-berita dan cerita-cerita palsu melalui laman sosial
seperti dalam gambar di atas semakin berleluasa.
DOSA-DOSA BESAR Apakah tindakan anda sekiranya menerima berita tersebut melalui salah
( MENGUMPAT / satu laman sosial di atas?
MEMFITNAH )
Jawapan :

6|Page MFCK,SMKPAHI
7|Page MFCK,SMKPAHI
Peningkatan jumlah penagih dadah yang berterusan memerlukan suatu
penyelesaian. Seorang pengawai mencadangkan supaya semua penagih
diasingkan di pulau yang terpencil.
Beri hujah anda terhadap cadangan tersebut.

Jawapan :

Setuju dengan cadangan tersebut(I) supaya tiada pihak dapat berjumpa


dengan mereka(H). Ini dapat memastikan mereka benar-benar dapat
meninggalkan tabiat tersebut(HL). Oleh itu, segala usaha yang dilakukan
BAHAGIAN AKIDAH
tidak akan sia-sia jika mereka kembali semula ke pangkal jalan(K).
DOSA-DOSA BESAR
( ARAK / DADAH ) ATAU

Tidak setuju dengan cadangan tersebut(I) kerana bertentangan dengan


prinsip kemanusiaan.(H) Ini akan menyebabkan mereka terasing dan
terpisah dengan ahli keluarga.(HL) Oleh itu, kita hendaklah berusaha
sedaya mampu untuk membantu para penagih agar kembali ke pangkal
jalan.(K)

Gambar berkaitan penyalahgunaan ubat batuk.

Sebagai seorang ketua pelajar, bagaimanakah anda membanteras gejala


BAHAGIAN AKIDAH di atas.
DOSA-DOSA BESAR Jawapan :
( ARAK / DADAH )
Saya akan menasihati rakan-rakan dengan baik(I) kerana amalan tersebut
boleh menyebabkan kerosakan pada otak.(H) Contohnya terdapat kajian
yang membuktikan minum ubat batuk berlebihan lebih teruk daripada
menghisap rokok.(HL) Oleh itu, amalan ini perlu dijauhi oleh semua pihak
agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cemerlang.(K)

8|Page MFCK,SMKPAHI
9|Page MFCK,SMKPAHI
Fenomena mengikut budaya K-Pop semakin menular di kalangan remaja
Islam yang membawa kepada cara hidup bebas antara lelaki dan
perempuan.
Sebagai seorang tokoh budayawan, sarankan pandangan anda kepada
pihak yang berkenaan berkaitan isu di atas.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
DOSA-DOSA BESAR
( ZINA ) Mengawal kemasukan budaya K-Pop(I) supaya remaja tidak terikut.(H)
Sepatutnya kita perlu mengharamkan / menyekat konsert /
menghentikan siaran di media elektronik.(HL) Oleh itu, satu hiburan
alternatif lain yang tidak bercanggah dengan Islam diperlukan untuk
memastikan negara kita diberkati Allah.(K)

Kerajaan telah menyediakan rumah perlindungan gadis hamil luar


nikah sejak tahun 1975 untuk memberi perlindungan dan pemulihan
kepada mereka.

Berdasarkan pernyataan di atas, adakah usaha ini dapat memberi kesan


BAHAGIAN AKIDAH
kepada pembangunan sakhsiah remaja. Berikan pendapat anda.
DOSA-DOSA BESAR Jawapan :
( ZINA )
Ya,(I) mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut(H) kerana
mereka menyedari kesalahan yang telah dilakukan akan diazab oleh Allah
dan hukumannya adalah berdosa besar.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan sentiasa
menjaga maruah diri agar hidup diberkati.(K)

BAHAGIAN AKIDAH

DOSA-DOSA BESAR Berdasarkan data di atas, huraikan kesan jangka panjang sekiranya gejala
( ZINA ) tersebut tidak dibendung.

Jawapan :

Kehidupan masyarakat porak peranda(I) kerana saling kata-mengata


kepada orang yang membuang bayinya.(H) Keadaan ini menyebabkan
perpaduan tidak dapat diwujudkan dalam masyarakat.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan
sentiasa menjaga maruah diri agar hidup diberkati.(K)
7|Page MFCK,SMKPAHI
Ali seorang hartawan yang berjaya telah meninggal dunia dan
meninggalkan dua orang anak berusia dua tahun dan lima tahun.

Sebagai bapa saudara dan orang yang bertanggungjawab terhadap


mereka, terangkan perkara yang patut anda lakukan untuk membela nasib
BAHAGIAN AKIDAH kedua-dua anak tersebut.
DOSA-DOSA BESAR Jawapan :
( MEMAKAN HARTA
ANAK YATIM ) Sesungguhnya saya akan menjaga harta tersebut dengan sebaik mungkin
dan menyerahkannya apabila mereka sudah baligh.(I) Hal ini kerana
( SPM 2016 ) harta tersebut adalah warisan / faraid yang layak mereka terima.(H)
Kesannya, kehidupan mereka akan lebih terurus dan mampu menjalani
kehidupan seperti orang lain.(HL) Oleh itu, kita hendaklah amanah dalam
menjaga harta anak yatim supaya hidup kita diberkati Allah.(K)

Masih ada sebilangan masyarakat yang mengamalkan ajaran nenek


moyang mereka yang bercanggah dengan Islam seperti amalan mandi
bunga untuk membuang perkara malang dalam diri. Berikan hujah anda
terhadap pernyataan tersebut.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
( KHURAFAT )
Ini terjadi kerana mereka jahil tentang perkara khurafat(I) kerana
menganggap ia suatu yang tidak bertentangan dengan Islam disebabkan
telah lama diamalkan(H) seperti mandi bunga kerana menghilangkan
gangguan hantu.(HL) Oleh itu, penjelasan perlu dilakukan supaya
masyarakat tidak berterusan melakukannya.(K)

Contoh perbuatan khurafat

BAHAGIAN AKIDAH Sejauh manakah anda bersetuju perbuatan di atas boleh menyebabkan
masyarakat Islam menjadi mundur.
( KHURAFAT )
Jawapan :

Bersetuju kerana masyarakat tidak berusaha untuk memajukan diri dan


mengharapkan nasib sahaja.(I) Mereka semata-mata mengharapkan
kepada nasib dan kepercayaan sahaja.(H) Ini bertentangan dengan
konsep Islam yang sebenar yang menggalakkan umat Islam seperti kata
hukama’ sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah menjauhi amalan-amalan khurafat supaya kita tidak
ketinggalan zaman.(K)

8|Page MFCK,SMKPAHI
Ramai umat Islam yang hidup dalam kemakmuran dan kemewahan.
Namun begitu ada segelintir yang menyalahguna untuk kegunaan maksiat
dan bermewah-mewah hingga melampau.
Sebagai seorang penceramah agama, bagaimana anda menyemai akhlak
remaja supaya tidak bersikap kufur nikmat.

BAHAGIAN AKIDAH Jawapan :

( KUFUR ) Saya akan memberi pendedahan kepada mereka tentang kelebihan


bersedekah dan keburukan berbelanja dengan boros(I) melalui ceramah
dan risalah yang diedarkan.(H) Ini akan menyebabkan mereka lebih
berdisiplin dan menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah.(HL) Oleh
itu, kita hendaklah menggunakan nikmat Allah ke jalan yang baik supaya
hidup diberkati Allah.(K)

Budaya menghantar ibubapa yang tua, uzur dan tidak


berkemampuan ke rumah orang tua atau pusat jagaan dilihat
semakin ketara sejak kebelakangan ini. Situasi ini dapat dikesan
berdasarkan kepada jumlah bilangan penghuni semakin meningkat.

Sejauhmanakah situasi di atas mempengaruhi keruntuhan insitusi


kekeluargaan. Berikan hujah anda.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
DOSA-DOSA BESAR
Budaya menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau pusat jagaan
( MENDERHAKAI IBU
BAPA ) melambangkan tidak ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain (I).
Keadaan ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri ( H)
sehingga hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain seperti
yang berlaku pada hari ini anak sanggup meninggalkan ibubapa di tepi
jalan/ataupun anak-anak sanggup membiarkan ibubapa yang uzur hidup
bersendirian tanpa pembelaan (HL). Kesimpulannya setiap anak wajib
mentaati ibubapa mereka agar tidak termasuk dalam golongan anak
derhaka.(K)

Golongan munafik bersama-sama dengan orang Islam ketika umat


Islam dalam kekuatan dan menjadi musuh serta menindas orang
Islam tanpa rasa belas kasihan ketika orang Islam lemah.

Pada pandangan anda sebagai seorang pendakwah, mengapakah


BAHAGIAN AKIDAH wujudnya golongan yang bersifat sedemikian.

(NIFAK / MUNAFIK) Jawapan :

Wujudnya golongan yang bersifat sedemikian untuk menghancurkan


Islam(I) kerana tidak benar-benar beriman kepada Allah.(H) Mereka
sentiasa berpura-pura untuk kepentingan diri sendiri.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berwaspada dengan tindakan mereka agar Islam tidak
hilang.

9|Page MFCK,SMKPAHI
Antara ciri orang munafik ialah apabila bertengkar dia melampaui
batas.
Sebagai seorang ketua pelajar, bagaimanakah anda memastikan pelajar
sekolah anda tidak bersikap sedemikian.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
(NIFAK / MUNAFIK) Saya akan menasihati supaya sentiasa bertolak ansur(I) sekiranya
berlaku perselisihan faham, tetapi sebaiknya segera memaafkan.(H) Ini
dapat mengelakkan dari berlarutan atau pergaduhan yang besar.(HL)
Oleh itu, jangan membesarkan suatu perkara yang kecil hingga
melampaui batas.

Seorang rakan anda iaitu Amar Lee, baru sahaja memeluk agama Islam.
Dia menghadapi masalah dengan keluarga dan di tempat kerja. Keadaan
tersebut amat merungsingkan fikiran sehingga dia menyuarakan hasrat
untuk kembali ke agama asalnya.
Sebagai rakan karibnya, bagaimana anda berusaha untuk menyelamatkan
akidah Amar Lee .
BAHAGIAN AKIDAH Jawapan :

(RIDDAH / MURTAD) Saya akan menasihatinya supaya tidak keluar Islam(I) dengan
menjelaskan bahawa Allah sentiasa membantu orang yang bermasalah.
(H) Kita sepatutnya sentiasa berdoa dan jangan putus asal.(HL) Oleh itu,
kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah supaya sentiasa dalam
rahmat Allah. (K)

Anda mendengar ceramah agama di sebuah masjid. Penceramah


menerangkan tentang isu-isu berkaitan remaja. Antara isu yang disentuh
berkaitan keruntuhan iman dan gejala sosial sehingga membawa kepada
masalah riddah.

Pada pandangan anda, bagaimanakah isu riddah ini boleh menggugat


usaha kerajaan dalam penerapan nilai-nilai Islam.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
(RIDDAH / MURTAD)
Boleh menjatuhkan maruah agama Islam(I) kerana orang-orang bukan
Islam tidak yakin dengan kebenaran Islam.(H) Keadaan ini menyebabkan
semua usaha kerajaan untuk menerapkan nilai Islam tidak akan berjaya.
(HL) Kesimpulannya, kerajaan harus mengenakan tindakan kepada mana-
mana golongan yang menyebarkan ajaran atau fahaman yang
bertentangan dengan Islam hingga merosakkan akhlak.(K)

10 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Amalan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara melalui perantaraan
syaitan yang menyebabkan berlakunya permusuhan dalam kalangan
masyarakat.

Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda memastikan


masyarakat di kawasan anda bebas dari amalan sihir.

BAHAGIAN AKIDAH Jawapan :

( SIHIR ) Memberi penerangan melalui ceramah / mesyuarat / perjumpaan(I)


tentang keburukan amalan sihir.(HL) Ini kerana amalan sihir akan
menimbulkan pergaduhan malah membatalkan akidah.(HL) Oleh itu,
masyarakat perlu sentiasa nasihat menasihati dan berbaik sangka antara
satu sama lain

Memakai susuk salah satu perbuatan sihir yang bertujuan menarik


perhatian orang terhadap pemakainya.

Pada pandangan anda, ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya


perbuatan tersebut berleluasa dalam masyarakat.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
( SIHIR )
Hilang kepercayaan antara masyarakat (I) kerana kehebatan seseorang
itu dengan bantuan jin/ gunakan bantuan jin untuk berkuasa. (H) Akibat
perbuatan tersebut akan menimbul permusuhan dan pergaduhan.(HL)
Oleh itu, kemajuan tidak dapat dicapai kerana tidak wujud perpaduan dan
keharmonian dalam masyarakat. (K)

Perbuatan pemujaan dan mempercayai batu yang boleh mengubah nasib


seseorang adalah suatu amalan syirik . Amalan ini masih wujud dalam
kalangan masyarakat Melayu pada zaman moden kini.

Sebagai seorang pegawai JAKIM , bagaimana anda mendidik masyarakat


Melayu supaya meninggalkan amalan tersebut.
BAHAGIAN AKIDAH Jawapan :
( SYIRIK ) Saya akan mengedarkan risalah @ beri ceramah(I) tentang akidah Islam
sebenar / supaya tidak tersebar.(H) Sepatutnya kita perlu mempelajari
ilmu akidah dengan hadir kuliah agama.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
bersama-sama membenteras amalan sihir agar tidak berterusan dalam
masyarakat.(K)

11 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang segera bertaubat memohon
keampunan Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.

Pada pandangan anda, bagaimana suasana negara sekiranya pernyataan


BAHAGIAN AKIDAH tersebut dihayati oleh setiap individu.

Jawapan :
( TUNTUTAN
BERTAUBAT )
Negara akan aman dan makmur(I) kerana rakyat tidak lagi melakukan
kejahatan dan jenayah.(H) Keadaan ini dapat memberi tumpuan kepada
usaha pembangunan dan kemajuan negara.(HL) Oleh itu, setiap individu
perlu taat kepada Allah agar kerajaan tidak perlu lagi bersusah
membenteras perbuatan jenayah.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Gambar orang sedang bertaubat

( TUNTUTAN Pada pandangan anda, mengapakah terdapat segelintir umat Islam


BERTAUBAT ) melakukan perkara di atas ketika di penghujung usia.

Jawapan :

Perkara ini berlaku disebabkan ingin berseronok dahulu / silap faham


tentang konsep taubat(I) dengan beranggapan umur masih panjang / bila
tua baru bertaubat.(H) Sepatutnya kita perlu bertaubat bila terlanjur
melakukan dosa.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bersedia setiap masa
kerana kematian tidak mengira muda atau tua .

FRAME KBAT

Sesungguhnya ………………………………(…is…i …) ................................(1m). Hal ini


kerana / Contohnya …………………( …hu…r…ai…an…) ........(2m). Kesannya,
……………………(…h…u…ra…ia…n …le…ng…k…a…p …) ………………….. (3m). Oleh
itu, kita
( ke s im p ul an ) .....................................................
hendaklah …… … … … … … … … agar
........................................................(4m)
12 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 5
( BAHAGIAN AKIDAH )

SOALAN KBAT.

Ahmad terlibat dengan ajaran sesat sehingga melakukan solat hanya


dengan berniat sahaja.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
( AJARAN SESAT )
Menyedarkan dan menasihati Ahmad (I) supaya kembali kepada akidah
yang betul (H) seperti mendalami ilmu agama dengan menghadiri kelas
agama dari guru-guru yang diiktiraf (HL). Oleh itu, seharusnya kita
mempelajari ilmu dari pihak yang diiktiraf supaya tidak terpesong (K).

Rumuskan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak


ditangani dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
( AJARAN SESAT )
Sekiranya pihak bertanggungjawab seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam
Negeri tidak mengambil tindakan, lebih banyak lagi ajaran sesat akan
muncul (I). Ini akan mengakibatkan bertambahnya kekeliruan dan
kecelaruan pada akidah umat Islam seperti Rasul Melayu, Tuhan Harun
dan Ayah Pin (H). Seterusnya semakin sukar bagi mereka untuk
menentukan ajaran yang manakah benar dan sebaliknya. Akibatnya umat
Islam akan berpecah belah dan maruah Islam dan umat Islam di pandang
hina (HL). Akhirnya tidak mustahil penghayatan Islam akan lenyap di
bumi Malaysia dan muncul generasi murtad yang berupaya mencetuskan
peperangan saudara yang menghancurkan negara dan umat Islam
keseluruhannya (K).

13 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Mutakhir ini muncul banyak ajaran yang bertentangan dengan pegangan
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Keadaan ini telah menimbulkan
kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Islam.
Sekiranya rakan anda terlibat dengan perbuatan tersebut , apakah nasihat
anda kepadanya.
BAHAGIAN AKIDAH
Jawapan :
( AJARAN SESAT )
Menasihatinya supaya meningkatkan lagi kefahaman tentang ilmu
tauhid(I) dengan menghadiri kelas-kelas pengajian di masjid atau
ceramah.(H) Hal ini dapat mengelakkan dari wujudnya sebarang
kekeliruan tentang fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.(HL)
Kesimpulannya, pemahaman yang jelas tentang ilmu tauhid dapat
mengelakkan diri dari terikut ajaran yang sesat dan salah. (K)

Huraikan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam


memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat demi membanteras
ajaran sesat.

Jawapan :
BAHAGIAN AKIDAH
Sesungguhnya pihak kerajaan hendaklah sentiasa menganjurkan ceramah
( AJARAN SESAT ) dan forum agama di serata tempat seperti di kampung, masjid, dewan
masyarakat dan sebagainya (I). Hal ini kerana program tersebut dapat
( SPM 2019 ) memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan meningkatkan
lagi kefahaman mereka tentang bahaya ajaran sesat (H) Kesannya
masyarakat dapat mengenalpasti dan menjauhkan diri mereka daripada
sebarang ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam (HL).
Kesimpulannya, pemahaman yang jelas tentang ilmu tauhid sudah pasti
dapat mengelakkan diri dari terikut ajaran yang sesat dan salah (OM).

AQIDAH AHLI
SUNNAH WAL SYIAH KHAWARIJ
JAMAAH

Ramalkan suasana dan keadaan negara sekiranya kepelbagaian pegangan


BAHAGIAN AKIDAH
akidah seperti di atas diamalkan.
( AQIDAH AHLI SUNNAH
WALJAMAAH ) Jawapan :

Negara akan huru hara(I) kerana mereka berselisih pendapat dalam


banyak perkara.(H) Ini akan mengakibatkan perpaduan tergugat dan
menjejaskan ekonomi.(HL) Oleh itu, kita perlulah berpegang kepada satu
akidah yang benar iaitu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana ia
menjamin keamanan negara, kesejahteraan dan kejayaan dunia akhirat.
(K)

14 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Bagaimanakah berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah boleh
menjamin tidak akan sesat selama-lamanya?.

Jawapan :

Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah bererti berpegang


BAHAGIAN AKIDAH dengan al-Quran dan as-Sunnah.(I) Kedua sumber ini adalah sumber
utama dalam Islam.(H) Rasulullah SAW juga telah memberi jaminan
( AQIDAH AHLI SUNNAH bahawa orang yang berpegang dengan dua sumber ini tidak akan sesat
WALJAMAAH ) selama-lamanya. Di samping itu mazhab ini juga mengikuti perjalanan
para sahabat dan menentang perbuatan bid’ah iaitu perbuatan yang tidak
dilakukan oleh Rasulullah SAW terutama dalam perkara ibadah.(HL)
Kesimpulannya, akidah umat Islam akan selamat dan tidak akan sesat
selama-lamanya selagi berpegang dengan sumber-sumber di atas.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Gambarkan suasana keluarga sekiranya semua ahli dalam keluarga
tersebut menghayati perkara di atas.
( IMAN MUTIARA
HIDUP ) Jawapan :

Keluarga akan aman dan harmoni (I) kerana semua ahli keluarga taat kepada
perintah Allah SWT (H) seperti solat berjemaah, usrah keluarga, tadarus al-
Quran dan saling erjay menyayangi (HL). Oleh itu, nasihat-menasihati dalam
kalangan ahli keluarga sewajarnya diamalkan supaya setiap perlakuan tidak
terkeluar dari landasan Islam.(K)

BAHAGIAN AKIDAH
Berdasarkan situasi di atas, pada pendapat anda, bagaimanakah untuk
( IMAN MUTIARA
mewujudkan keseronokan dalam beribadah.
HIDUP )
Jawapan :

Usaha yang boleh dilakukan ialah memantapkan iman (I) dengan melakukan
ibadat tanpa melengah-lengahkannya dan solat berjemaah (H). Dengan solat
berjemaah dapat mendisiplinkan diri (HL). Apabila erjaya mendisiplinkan diri,
hati menjadi tenang seterusnya dapat melakukan ibadah dengan khusyuk.(K)

15 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 4
( BAHAGIAN IBADAH )

SOALAN KBAT.

PAKEJ B PAKEJ A
Al-Hijrah: Andalusia:
-RM4999.00 -RM5990.00
-300m dari Masjidil -100m dari Masjidil
Haram Haram

Encik Muhammad adalah seorang jurutera Petronas yang telah


memperolehi bonus sebanyak RM60,000.00. Dia bercadang untuk
BAHAGIAN IBADAH menunaikan ibadat umrah.

Pakej manakah yang menjadi pilihan Encik Muhammad? Berikan hujah


( LAMBAIAN KAABAH )
anda.
Jawapan :

Memilih Pakej A(I) kerana jaraknya lebih dekat.(H) Ini memudahkan


untuk beliau berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram pada setiap
waktu.(HL) Kesimpulannya, seseorang perlu mengambil kira kemudahan
dan kemampuan untuk mencapai kepuasan dalam beribadat.(K)

ATAU

Memilih Pakej B(I) kerana ia lebih murah dan praktikal.(H) Ini dapat
menjimatkan wang untuk perbelanjaan pada perkara yang lain.(HL)
Kesimpulannya, seseorang perlu merancang perbelanjaan dengan baik
untuk menjamin kestabilan ekonomi keluarga.(K)

Saie merupakan salah satu daripada rukun haji. Ibadat ini


mengingatkan tentang peristiwa Siti Hajar yang berulang kerana
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s.

Pada pendapat anda bagaimanakah iktibar dari amalan di atas dapat


BAHAGIAN IBADAH membentuk jati diri pelajar dalam kehidupan harian.
( LAMBAIAN KAABAH ) Jawapan :

Sebagai seorang pelajar kita hendaklah bersabar menghadapi cabaran


dalam menuntut ilmu.(I) Ini akan melahirkan sifat bersungguh-sungguh
dan tidak berputus asa(H) seperti bermusafir untuk mendapat ilmu.(HL)
Oleh itu, kita hendaklah menanam sifat jihad dalam menghadapi cabaran
hidup supaya kita sentiasa cemerlang.(K)
16 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Mengerjakan ibadat haji adalah merupakan suatu jihad.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH Sesungguhnya mengerjakan ibadat haji adalah suatu jihad melalui
pengorbanan kewangan dan perbelanjaan yang banyak untuk urusan
( LAMBAIAN KAABAH ) tersebut (I). Hal ini kerana kita perlu menyediakan perbelanjaan seperti
( SPM 2019 ) tiket, kelengkapan haji, perbelanjaan semasa musim haji dan juga nafkah
kepada ahli keluarga yang ditinggalkan (H). Kesannya, kita sudah pasti
akan berusaha dan berjuang untuk mendapatkan kewangan yang lebih
bagi menampung perbelanjaan haji sama ada melalui tabungan di
peringkat awal ataupun melakukan kerja tambahan (HL). Oleh itu, kita
hendaklah menguatkan semangat dan bersedia berkorban untuk
mengerjakan haji agar hidup diredhai Allah (K).

En. Azmi tidak sempat melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah kerana
kesesakan lalu lintas.
Berdasarkan situasi di atas, berikan pendapat anda.
BAHAGIAN IBADAH
Jawapan :
( LAMBAIAN KAABAH )
Hajinya sah(I) tetapi ia dikenakan dam.(H) Dam Tertib dan Takdir kerana
( DAM ) melontar Jamrah Aqabah adalah wajib haji.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
berusaha dengan keras / sentiasa mengikut nasihat petugas Tabung Haji
supaya kita tidak tertinggal daripada melakukan perkara-perkara wajib
haji atas sebab-sebab yang boleh dielak supaya kita mendapat haji
mabrur / supaya kita tidak dikenakan denda/dam.(K)

Logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM seperti


di atas adalah untuk memudahkan masyarakat memilih
makanan yang halal. Terdapat sesetengah pihak membuat
logo halal sendiri bertujuan untuk melariskan jualan
kepada masyarakat Islam.

Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Islam jika masalah ini tidak
BAHAGIAN IBADAH ditangani oleh pihak berwajib.

Jawapan :
( SEMBELIHAN )
Masyarakat akan tertipu dengan logo halal yang dipamerkan.(I) Ini
menyebabkan mereka terbeli barangan tidak halal dan memakannya.(H)
Ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri dan masyarakat
Islam.(HL) Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam membeli barangan
dan pastikan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Pihak
berwajib perlulah membuat pemantauan dan mengenakan hukuman
terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.(K)

17 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Kajian saintifik membuktikan sembelihan mengikut cara
Islam adalah kaedah yang terbaik.

Berikan hujah anda untuk membuktikan pernyataan di atas.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :

( SEMBELIHAN ) Sesungguhnya sembelihan cara Islam adalah menggunakan alat yang


tajam (I) yang boleh mematikan binatang dengan cepat tanpa
diseksa(H). Ini menyebabkan darah kotor dapat dikeluarkan dengan
segera untuk menjamin kebersihan daging(HL). Kesimpulannya, Islam
sangat mementingkan sifat ihsan dalam semua perkara termasuk dalam
sembelihan.(K)

Ah Chong menyertai aktiviti korban yang dijalankan di taman


perumahannya. Apakah pandangan anda mengenai situasi ini.

Jawapan :
BAHAGIAN IBADAH
Ah Chong boleh menyertai aktiviti tersebut (I) dengan menghulurkan
( KORBAN ) bantuan dari segi kerja-kerja pembersihan semasa berlangsungnya
aktiviti tersebut (H). Ini dapat memupuk semangat perpaduan di
kalangan masyarakat (HL). Kesimpulannya, amalan gotong-royong ini
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni (K)

Bagaimanakah ibadah korban dapat memupuk perasaan kasih sayang dan


silaturrahim dalam kalangan umat Islam.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :

Ibadah korban dapat memupuk kasih sayang dan silaturahim melalui


( KORBAN )
penyembelihan binatang korban dan daging korban itu disedekahkan
kepada fakir miskin (Isi-1m). Maka orang miskin dapat bersama-sama
( SPM 2015 ) menikmati daging korban dan berterima kasih atas pemberian tersebut
(H-1m). Ini dapat mengeratkan hubungan baik dan silaturahim antara
orang yang berkorban dan orang yang menerima pemberian daging
tersebut. (HL-1m) Oleh itu, ibadah korban dapat memupuk rasa kasih
sayang sesama umat Islam tanpa mengira miskin atau kaya (K-1m)

18 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Jual beli secara on line atau atas talian sudah menjadi fenomena biasa
dalam masyarakat masa kini. Jelaskan pandangan anda, adakah ia
menepati syariat sebagaimana yang telah anda pelajari.

Jawapan :
BAHAGIAN IBADAH
Jual beli secara on line menepati syariat sekiranya menepati syarat jual
( JUAL BELI ) beli.(I) Jual beli tersebut perlu mempunyai syarat yang jelas dan tiada
unsur penipuan.(H) Barangan yang dijual perlu dinyatakan harga, saiz,
bentuk dan keadaan serta barang yang dibeli dapat dihantar kepada
pembeli mengikut masa yang ditetapkan.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
berhati-hati dalam melakukan jual beli atas talian ini agar jual beli
tersebut sah dan mengikut peraturan syarak.(K)

Syarikat memainkan peranan yang penting dalam menyokong


pembangunan negara. Ramalkan situasi yang akan berlaku kepada
ekonomi negara jika semua syarikat menjalankan perniagaan
berlandaskan syariat.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :

( SYARIKAT )
Ekonomi negara akan bertambah maju(I) kerana syarikat-syarikat akan
bersaing secara sihat.(H) Ia akan mendatangkan kesan yang positif
kerana masing-masing mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam
urusan.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bertangungjawab dalam
mengendalikan urusan syarikat dengan baik dan berlandaskan syariat
agar beroleh keuntungan yang diberkati Allah.(K)

Ramai belia masa kini suka berhutang semata-mata untuk mengamalkan


gaya hidup mewah dan berpoya-poya. Ramalkan apa yang akan berlaku
kepada belia sekiranya tabiat ini menjadi satu budaya.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :

( HUTANG ) Masa depan belia akan gelap dan tiada hala tuju(I) kerana dibebani
dengan hutang yang banyak.(H) Ini disebabkan terlalu mengikut hawa
nafsu mengakibatkan diri dalam kesusahan.(HL) Oleh itu, hendaklah kita
merancang pengurusan kewangan dan elakkan boros berbelanja supaya
hidup bahagia.(K)

19 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 5
( BAHAGIAN IBADAH )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN IBADAH Acara persandingan masih diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia
walaupun upacara tersebut merupakan budaya orang India.
( PERKAHWINAN )
Pada pendapat anda mengapakah amalan ini masih diteruskan dalam
masyarakat Islam hari ini.

Jawapan :

Amalan bersanding ini tidak bersalahan dengan ajaran Islam(I) kerana ia


bertujuan untuk menghebahkan dan memperkenalkan kepada orang
ramai bahawa mereka ini adalah pasangan yang baru diijab kabulkan(H)
dengan syarat pasangan pengantin perlulah menutup aurat dan tidak
melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.(HL) Oleh itu, persandingan
yang dilakukan hendaklah mematuhi ajaran Islam dan tiada perkara yang
ditegah seperti memakai pakaian ketat, jarang dan terbuka aurat.(K)

Datuk

Ali Aminah

Fatimah Ahmad
BAHAGIAN IBADAH
Fatimah merancang ingin berkahwin dengan Ahmad tetapi mendapat
( KAIFIAT tentangan daripada datuknya.
PERKAHWINAN ) Berikan hujah anda mengapakah datuknya menentang rancangan tersebut

Jawapan :

Datuk Ismail menentang rancangan tersebut kerana mereka adalah


sepupu yang begitu hampir dengan keluarga Fatimah.(I) Perkahwinan
yang begitu boleh menyebabkan penyakit keturunan(H) serta
persengketaan keluarga yang berpanjangan.(HL) Oleh itu, elakkan
perkahwinan dengan ahli keluarga yang hampir kerana boleh
mengundang mudarat yang lebih besar.(K)

20 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Seorang lelaki ingin berkahwin tetapi pihak keluarga perempuan
menetapkan kadar mahar yang agak tinggi dan di luar kemampuannya.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya situasi ini
berterusan.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH

( MAHAR )

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya persaingan


menetapkan nilai mahar yang lebih tinggi menjadi budaya dalam
masyarakat.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH

( MAHAR )

21 | P a g e MFCK,SMKPAHI
22 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Masih terdapat dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia
hari ini lebih mementingkan adat budaya berbanding amalan sunnah
Rasulullah SAW.

Kemukakan hujah anda dengan menghubungkaitkan amalan masyarakat


dan syariat Islam.

Jawapan :
BAHAGIAN IBADAH

( WALIMATUL URUS )

23 | P a g e MFCK,SMKPAHI
24 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Masyarakat Melayu hari ini lebih cenderung mengadakan walimatulurus
dengan menggunakan khidmat perunding perkahwinan.

Huraikan pandangan anda dengan mengemukakan dua alasan.

Jawapan :

Dewasa ini kerjaya sebagai perunding perkahwinan sangat mewah dan


dikenali ramai. Situasi ini kerana ramai dalam kalangan masyarakat hari
ini mementingkan keselesaan, kesenangan dan penjimatan masa serta
tenaga apabila mengadakan walimatulurus.(I) Satu ketika dahulu unsur
kerjasama, hubungan silaturrahim dan budaya tolong menolong dapat
BAHAGIAN IBADAH dibaja melalui majlis kenduri-kendara.(H) Keletihan dan kesukaran dapat
diatasi dengan amalan walimatulurus sebagaimana masih diamalkan
( WALIMATUL URUS ) oleh segelintir masyarakat Melayu di luar Bandar.(HL) Pakej sebegini
sememangnya memudahkan pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu
bersusah payah memikirkan semua persediaan jamuan, persandingan
dan layanan para jemputan.(HL) Urusan perkahwinan sebegini juga
menjimatkan masa kerana urusan sebelum dan selepas majlis seperti
membersih peralatan dan kawasan, termasuk memasang dan menyimpan
kanopi, semuanya diuruskan oleh perunding.(HL) Justeru mereka hanya
menyediakan sejumlah wang yang mencukupi mengikut pakej tertentu
walaupun kadangkala mereka terpaksa membuat pinjaman daripada
saudara mara hatta melalui bank.(K)

KBAT : 6 markah

Kenal pasti perkara yang tidak menepati syariat Islam dalam majlis
perkahwinan dan berikan komen anda.

Jawapan :

Mengadakan kenduri kahwin secara berlebih-lebihan sehingga membazir


(Isi-1m). Makanan, minuman dan persediaan seperti bunga telur yang
BAHAGIAN IBADAH
mahal kosnya dibuang setelah majlis selesai (H-1m). Perbuatan
membazir ini dilarang oleh agama. Sesungguhnya perbuatan membazir
( WALIMATUL URUS )
itu saudara syaitan (HL-1m). Oleh itu kenduri kahwin hendaklah
dirancang dengan baik agar tidak membazir dan diadakan mengikut
( SPM 2015 ) kemampuan agar mendapat keberkatan Allah SWT (K-1m)

25 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Ahmad dan Aminah telah lama berkahwin tetapi mereka sering
bergaduh kerana sikap Ahmad yang tidak bertanggungjawab terhadap
rumahtangga.

Berdasarkan situasi di atas, berikan komen anda.


BAHAGIAN IBADAH
Jawapan :
( FASAKH )
Ahmad gagal memberi nafkah zahir / tidak menunaikan tanggungjawab.
(I) Ahmad akan menceraikan Aminah / Aminah akan menuntut fasakh.
(H) Tidak boleh rujuk jika talak 3/Dipanjangkan aduan ke mahkamah.
(HL) Oleh itu, sebagai seorang suamihendaklah menunaikan
tanggungjawab dalam berumahtangga / supaya rumah tangga aman
rumah tangga aman / elak perceraian.(K)

 Betulkan yang biasa


 Biasakan yang betul
 Betulkan niat
 Tentukan matlamat

Berdasarkan pernyataan di atas, kaitkan dengan amalan poligami dalam


BAHAGIAN IBADAH
masyarakat masa kini.
( POLIGAMI ) Jawapan :

Poligami dibenarkan dalam Islam(I) dan mempunyai pelbagai hikmah jika


dilakukan dengan tujuan yang betul.(H) Isteri tidak akan rasa dirinya
dianiaya jika suami mampu berlaku adil serta kasih sayang yang tidak
berkurangan terhadap dirinya dan anak-anak.(HL) Oleh itu, jika sesuatu
perkara dilakukan mengikut panduan syariat yang betul akan mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.(K)

BAHAGIAN IBADAH
Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian wanita kini menentang
( POLIGAMI ) amalan seperti yang dipaparkan dalam pernyataan di atas.

Jawapan :

Salah faham terhadap konsep poligami dalam Islam(I) kerana mereka


enggan berkongsi suami dan menganggap hak wanita telah diabaikan.(H)
Hakikatnya tujuan berpoligami adalah kemungkinan untuk mendapatkan
zuriat ataupun untuk memenuhi keperluan batin suami kerana isteri
yang sakit.(HL) Kesimpulannya, utamakanlah keadilan dan ukurlah
kemampuan diri jika ingin berpoligami.(K)

26 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Encik Ali seorang ahli perniagaan yang telah berkahwin tetapi belum
dikurniakan anak. Beliau telah mewasiatkan semua hartanya kepada anak
angkatnya.

Berdasarkan situasi di atas, wajarkan En. Ali bertindak sedemikian.


BAHAGIAN IBADAH Berikan hujah anda.

( ANAK ANGKAT ) Jawapan :

Tidak wajar(I) kerana anak angkat hanya layak menerima tidak lebih
daripada 1/3 harta bapa angkatnya.(H) Ini adalah kerana mungkin akan
timbul salah faham kepada penerima harta pusaka yang lain seperti ibu,
bapa saudara dan lain-lain lagi.(HL) Kesimpulannya, jagalah hak anak
angkat dengan tidak menimbulkan kemarahan dan kebencian waris yang
lain.(K)

( BAHAGIAN TAMADUN ISLAM / TOKOH )

SOALAN KBAT.

Amalan pilih kasih yang diamalkan oleh segelintir pemimpin


kerajaan Bani Umaiyah merupakan salah satu faktor yang
mendorong kejatuhan kerajaan tersebut.

Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat mengambil


BAHAGIAN TAMADUN pengajaran daripada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah supaya
ISLAM / TOKOH kemerdekaan negara Malaysia dapat dikekalkan?
( KERAJAAN BANI
UMAIYAH ) Jawapan :

27 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Maklumat di bawah menerangkan faktor-faktor kegemilangan kerajaan
Bani Umaiyah.
 Penguasaan ilmu pengetahuan
 Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
 Semangat jihad yang tinggi

Sejauh manakah kebenaran faktor-faktor tersebut mempengaruhi


BAHAGIAN TAMADUN kegemilangan sesebuah bangsa dan negara.
ISLAM / TOKOH
( KERAJAAN BANI Jawapan :
UMAIYAH )

Dialog Ustaz Amran dengan En. Azhari

Ustaz Amran : Azhar, kamu tahu tak siapa Imam Malik?


En. Azhari : Tahu ustaz, ustaz pernah ajar dulu. Beliau pengasas
Mazhab Maliki
Ustaz Amran : Apa yang kamu faham pendiriannya dalam
pencarian Ilmu?
En. Azhari : Beliau seorang yang sangat tegas dengan prinsip
terutama dalam soal mencari ilmu.
BAHAGIAN TAMADUN Ustaz Amran : Betul tu.
ISLAM / TOKOH

( IMAM MALIK R.A. ) Merujuk dialog di atas, bagaimanakah anda mampu menguasai sesuatu
bidang ilmu?

Jawapan :

28 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Merujuk maklumat di atas, bagaimanakah anda mampu meraih
BAHAGIAN TAMADUN
kecemerlangan dalam pembelajaran sebagaimana Imam al-Bukhari
ISLAM / TOKOH
rahimahullah?
( IMAM AL-BUKHARI
Jawapan :
RAHIMAHULLAH )
Saya akan hadir ke sekolah setiap hari. Oleh itu, saya tidak akan
ketinggalan dalam pelajaran.(I) Peningkatan dalam kemahiran dan
penguasaan ilmu dapat direalisasikan dengan mematuhi disiplin
menuntut ilmu(H). Justeru membina jadual sendiri dan akur pada jadual
mesti dipastikan. Menghadirkan diri ke kelas tuisyen dapat memberi
pencerahan dengan ramai guru yang berpengalaman dan melayari
internet memudahkan kita dapat lebih banyak maklumat mengenai
sesuatu mata pelajaran.(HL) Membetulkan niat serta mentaati guru serta
ibu bapa dan sedia berkongsi ilmu dan maklumat dengan rakan sebaya
dapat memantapkan kefahaman.(I) Untuk mendapatkan keberkatan dan
kejayaan yang hakiki tidak lupa saya bermunajat dan berdoa kepada Allah
SWT supaya dipermudahkan segala urusan dalam pembelajaran.(HL)
Oleh itu, saya akan lebih bersedia menghadapi setiap ujiam dan
peperiksaan dan insya Allah kejayaan akan saya kecapi.(K)

KBAT : 6 markah

29 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 5
(BAHAGIAN TAMADUN ISLAM / TOKOH )

SOALAN KBAT.

Kegemilangan kerajaan Abbasiyah bergantung kepada beberapa faktor,


antaranya penghayatan konsep kerja sebagai ibadah. Pada pandangan
anda, bagaimana konsep ini dapat diterapkan dalam kehidupan anda
sebagai pelajar.
BAHAGIAN TAMADUN
ISLAM / TOKOH Jawapan :

( KERAJAAN BANI Saya akan belajar dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh(I) kerana
ABBASIYAH ) meyakini sifat ihsan inilah yang akan mendorong seseorang untuk
mendapatkan pahala dan keredhaan Allah.(H) Ini akan membolehkan kita
mencapai kejayaan yang cemerlang melalui usaha yang tekun dan kerja
yang sempurna.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah melaksanakan
sesuatu pekerjaan dengan penuh bertanggungjawab supaya hasilnya
berkualiti.(K)

Umat Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah telah merintis


penguasaan ilmu sains dan teknologi, contohnya Khalifah al-
Makmun memerintah sekumpulan ahli falak mengukur lilitan bumi.
Mereka mendapati jaraknya ialah 40,253 kilometer. Jarak tersebut
hanya lebih 0.46% dari jarak yang terkini iaitu 40,068 kilometer.

Bagaimanakah persediaan yang perlu anda lakukan supaya umat Islam


masa kini sentiasa mendepani dalam bidang tersebut?
BAHAGIAN TAMADUN
ISLAM / TOKOH Jawapan :

( KERAJAAN BANI Saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan
ABBASIYAH ) fardhu kifayah seperti ilmu sains, fizik, kimia dan biologi(I) dengan
belajar secara gigih dan bersungguh-sungguh untuk menguasai
kepakaran dan kemahiran ilmu tersebut(H) kerana ilmu tersebut
mendominasi kehidupan manusia yang semakin kompleks di era
globalisasi ini dan umat Islam akan ketinggalan dari arus perdana dunia
jika mengabaikan ilmu tersebut.(HL) Oleh itu saya dapat membuat
persediaan awal supaya penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu sains
dan teknologi seperti yang dilakarkan dalam sejarah oleh kerajaan
Abbasiyah dapat saya realisasikan.(K)

30 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Sejauh manakah kebenaran faktor-faktor tersebut mempengaruhi
BAHAGIAN TAMADUN kejatuhan sesebuah bangsa dan negara di dunia?
ISLAM / TOKOH
Jawapan :
( KEJATUHAN
KERAJAAN BANI Saban hari di dada akhbar memaparkan rusuhan dan pemberontakan
ABBASIYAH ) berlaku di merata dunia antaranya Myanmar, Libya, Mesir dan Rusia.
Keadaan ini berpunca daripada perselisihan aliran fahaman agama antara
Islam, Kristian, Budhha atau fahaman Syiah dan Sunni dan sebagainya
yang merupakan punca kejatuhan dan keruntuhan bangsa dan negara di
dunia sebelum ini.(I) Situasi ini akan menyebabkan ekonomi negara
merudum dan rakyat hidup dalam kemiskinan dan kelaparan.(H)
Akibatnya kestabilan politik tergugat. Rakyat menjadi pelarian di negara
sendiri. Contohnya konflik di Iraq, Syria dan Palestin serta negara Yaman.
(HL) Seterusnya kuasa-kuasa besar dunia akan mengambil peluang dan
kesempatan untuk menjajah dan menguasai bangsa dan negara tersebut.
(K)

Ibnu Sina merupakan seorang tokoh terkenal dalam bidang perubatan


yang sangat sukar dan mencabar. Pada pandangan anda sebagai seorang
pelajar bagaimanakah cara anda untuk mencontohi Ibnu Sina.

Jawapan :
BAHAGIAN TAMADUN
ISLAM / TOKOH Saya akan sentiasa fokus ketika guru mengajar(I) agar dapat memahami
semua yang disampaikan oleh guru(H) di samping mendapat keberkatan
( IBNU SINA ) dan keredhaan guru.(HL) Kesimpulannya, adab dengan guru merupakan
faktor penting untuk seseorang itu berjaya.(K)

31 | P a g e MFCK,SMKPAHI
32 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Setelah HAMKA melalui pelbagai ujian dan halangan dalam pencarian
ilmu, beliau kemudiannya telah dinobatkan sebagai tokoh ulama tersohor
di Nusantara.
Merujuk pernyataan di atas bagaimanakah anda mencontohi HAMKA
untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
BAHAGIAN TAMADUN
ISLAM / TOKOH Jawapan :

( HAMKA ) Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu(I) kerana


ilmu dapat menjadikan seseorang mulia pada pandangan manusia dan di
sisi Allah.(H) Sebagaimana firman Allah tentang perbezaan orang berilmu
iaitu firman Allah yang bermaksud “ Allah mengangkat darjat orang-
orang yang berilmu.(HL) Oleh itu, hendaklah kita tekun dan terus
berusaha mencari ilmu agar beroleh kejayaan yang cemerlang.(K)

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIAH )

SOALAN KBAT.
Dewasa ini sering berlaku kes-kes buli pelajar yang tinggal di asrama
sehingga menyebabkan kematian mangsa buli. Perkara ini berlaku kerana
pelajar yang sering mengambil tindakan secara melulu.

Sebagai seorang pelajar asrama, bagaimanakah anda menggunakan akal


BAHAGIAN ADAB bagi mengatasi masalah di atas dengan baik.

( AKAL CAHAYA Jawapan :


KEHIDUPAN )
Seorang pelajar perlu berfikir berdasarkan ilmu yang ditetapkan oleh
Allah SWT.(I) Seorang pelajar hendaklah menggunakan nikmat dengan
sebaik mungkin supaya dapat mengelakkan perkara yang merosakkan
diri sendiri dan orang lain.(H) Akal yang berfikir berlandaskan wahyu
dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Akal yang berdasarkan ilmu al-
Quran dan Sunnah dapat meyelamatkan diri dari kemusnahan.(HL)
Kesimpulannya, kita sebagai seorang pelajar perlu sentiasa menjaga akal
mengikut landasan syarak supaya dapat berfikir secara rasional.(K)

33 | P a g e MFCK,SMKPAHI
34 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Ramai dalam kalangan wanita yang bertudung tetapi tidak menepati
syarak. Sebagai seorang muslim, cadangkan cara untuk mengatasi masalah
tersebut.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB BERHIAS Saya akan menasihati dan memberi penerangan kepada kaum wanita(I)
DIRI ) supaya menghayati tuntutan pemakaian yang dianjurkan oleh Islam
melalui ceramah dan risalah.(H) Dengan ini, mereka tidak akan terdedah
dan tidak terikut dengan apa jua bentuk fesyen terkini yang mungkin
melanggar syariat Islam.(HL) Oleh itu, kita hendaklah mempelajari ilmu
akhlak dan agama agar hidup sentiasa diberkati Allah .(K)

Selawat Perdana dengan pelbagai jenama seperti KL Berselawat sedang


popular dalam negara kita sehingga program tersebut dianjurkan hingga
ke peringkat kebangsaan. Berikan hujah anda.

Jawapan :
BAHAGIAN ADAB
Program tersebut amat baik sebagai tanda kasih sayang dan cinta kita
( ADAB DENGAN kepada Rasulullah SAW.(I) Melalui program ini, masyarakat Islam akan
RASULULLAH SAW ) berselawat bersama-sama dan memperolehi pengetahuan tentang kisah
hidup Rasulullah SAW.(H) Malah kita juga akan memperoleh syafaat
daripada Baginda SAW sekiranya kita sering menperingati Rasulullah
SAW. (HL) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga adab dengan
Rasulullah SAW walau apa jua program sekalipun supaya kita dikasihi
Allah dan Rasul.(K)

Terdapat pihak atau golongan yang secara terang-terangan menghina dan


memperlekehkan Rasulullah SAW. Mereka mengeluarkan pelbagai
kenyaatan dalam facebook yang mengguris perasaan umat Islam.

Ramalkan bagaimana keadaan masyarakat sekiranya keadaan sedemikian


dibiarkan
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB DENGAN
RASULULLAH SAW ) Masyarakat akan berpecah belah(I) kerana saling tuduh menuduh antara
satu sama lain.(H) Akibatnya tiada kerjasama dalam aktiviti ekonomi
sedangkan Islam sangat mementingkan perpaduan dan kerjasama seperti
firman Allah yang bermaksud “ Bekerjasamalah dalam melakukan
kebaikan dan bertaqwa”.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
memuliakan Rasulullah SAW dan menjaga keamanan yang dikecapi
supaya hidup sentiasa bahagia.(K)

35 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Gejala vandalisme yang berlaku di tempat rekreasi menunjukkan
kurangnya sikap kesedaran dalam masyarakat menghargai
kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Ini
telah menimbulkan kesulitan kepada pengunjumg lain untuk
berekreasi di tempat tersebut.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini


BAHAGIAN ADAB daripada terus berleluasa?
( ADAB DI TEMPAT
REKREASI ) Jawapan :

Mewujudkan penjagaan dan pengawasan yang sistematik (I). Hal ini


( SPM 2018 ) kerana ia dapat mengelakkan perbuatan yang boleh mendatangkan
keburukan di tempat rekreasi (H). Kesannya keadaan ini akan
menyedarkan para pengunjumg tentang perbuatan vandalisme ini adalah
satu kesalahan besar (HL). Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil
tindakan tegas kepada pelaku vandalisme agar keceriaan di tempat
rekreasi sentiasa terpelihara. (K)

CONTOH VANDALISME

BAHAGIAN ADAB Ramalkan suasana taman jika perkara di atas tidak dibendung.
( ADAB DI TEMPAT Jawapan :
REKREASI )
Jika perkara tersebut tidak dibendung maka segala kemudahan dan
kelengkapan yang disediakan akan rosak dan tidak berfungsi.(I) Ini akan
menyusahkan pengguna lain untuk menggunakan kemudahan tersebut
lebih-lebih lagi sewaktu kecemasan.(H) Keadaan ini akan menyebabkan
suasana taman tidak menarik dan mengurangkan jumlah kedatangan
pelancong.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah bersama-sama menjaga
kemudahan di tempat rekreasi supaya kos untuk memperbaikinya dapat
dijimatkan dan demi kepentingan bersama.(K)

36 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalism dalam kalangan remaja semakin
serius.
BAHAGIAN ADAB
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini
( ADAB MENJAGA daripada terus berleluasa?
KEMUDAHAN AWAM )

Jawapan :

Menyemai didikan agama dan moral oleh guru / ibu bapa / Mengadakan
kempen(I) agar mereka berhenti daripada melakukan kerosakan.(H) Ini
kerana perbuatan tersebut dilarang dalam Islam / berdosa / menjatuhkan
maruah diri.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berganding bahu
membasmi masalah vandalisme dalam kalangan remaja agar kemudahan
awam yang disediakan dapat digunakan oleh orang ramai dengan
selamat.

BAHAGIAN ADAB
Ramalkan apakah yang akan berlaku jika perkara ini berterusan.
( ADAB MENJAGA
KEMUDAHAN AWAM ) Jawapan :

Pengguna akan berada dalam kesusahan(I) kerana tidak dapat


menggunakan kemudahan tersebut terutama ketika dalam kecemasan(H)
seperti untuk menghubungi pihak polis, hospital atau bomba,
menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan disaat mereka sangat
memerlukan.(HL) Oleh itu, hendaklah kita menggunakannya dengan
sebaik mungkin agar ia dapat digunakan oleh orang ramai. Tindakan
tegas perlu dikenakan keatas mereka yang melakukan vandalisme
tersebut.(K)

37 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN ADAB
Gambar di atas adalah kesan daripada perbuatan vandalisme yang berlaku
( ADAB MENJAGA dalam masyarakat. Ramalkan apakah persepsi pelancong apabila melihat
KEMUDAHAN AWAM ) perbuatan di atas, berikan hujah anda.

Jawapan :

Gambaran di atas akan mencacatkan pemandangan sesiapa sahaja yang


melihatnya(I) sekaligus membayangkan akhlak umat Islam yang tidak
baik(H) kerana tidak menjaga harta benda awam dengan sebaiknya /
suka merosakan kemudahan awam / perbuatan seperti ini akan
menghilangkan sumber ekonomi negara melalui sektor perlancongan
(HL). Oleh itu, menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menjaga alam
ini dengan sebaiknya (K)

Huraikan mana-mana satu kesan menyalahgunakan kemudahan awam


sama ada (a) atau (b).
(a) aspek ekonomi
(b) aspek sosial

Jawapan :

(a) Aspek ekonomi

Sesungguhnya kesan menyalahgunaan kemudahan awam dari aspek


ekonomi ialah akan menyebabkan berlakunya banyak pembaziran harta
kerajaan (I). Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan
BAHAGIAN ADAB perbelanjaan yang besar untuk membaikpulih kerosakan yang
berlaku (H). Kesannya, keadaan ini akan merugikan negara dan boleh
( ADAB MENJAGA menyebabkan negara mundur (HL). Oleh itu, kita hendaklah
KEMUDAHAN AWAM ) menggunakan kemudahan awam sebaik mungkin agar dapat dinikmati
bersama (K).
( SPM 2017 )
(b) Aspek sosial

Sesungguhnya kesan menyalahgunaan kemudahan awam dari aspek


sosial ialah akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam
masyarakat (I). Hal ini kerana anggota masyarakat saling tidak berpuas
hati atas tindakan vandalisme yang menyusahkan kehidupan mereka
terutamanya ketika kecemasan (H). Kesannya, keadaan ini akan
memutuskan hubungan silaturahim dan dipandang serong oleh orang
lain (HL). Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kemudahan awam
sebaik mungkin agar dapat dinikmati bersama (K).

38 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Perpatah melayu ada mengatakan “ Bagai kacang lupakan kulit ”.
Terdapat segelintir anak-anak pada zaman moden ini suka menghantar
ibu bapa mereka yang sakit ke rumah penjagaan orang-orang tua.

Berikan hujah anda sebagai anak yang soleh adakah wajar seorang anak
mengabaikan ibu bapa yang terlantar sakit.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB MENJAGA
ORANG SAKIT ) Pada pendapat saya anak-anak berkewajipan menjaga ibu bapa yang
sedang sakit.(I) Kasih sayang anak lebih mengurangkan beban
penderitaan kesakitan ibu bapa.(H) Pengabaian menjaga ibu bapa boleh
menyebabkan anak-anak mendapat dosa.(HL) Menjaga orang sakit adalah
tuntutan fardhu kifayah dan wajib bagi ahli waris yang terdekat.(K)

Hospital mesra ibadah merupakan satu konsep baharu yang memberikan


perkhidmatan terbaik dan profesional dalam memberi keselesaan kepada
pesakit untuk melakukan ibadah.
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat dilaksanakan oleh
pihak pengurusan hospital?
BAHAGIAN ADAB Jawapan :
( ADAB MENJAGA Pada pendapat saya konsep ini dapat dilaksanakan dengan menyediakan
ORANG SAKIT ) surau di setiap wad atau bilik sakit.(I) Penyediaan ini termasuklah
kemudahan tempat wuduk, buku panduan ibadah dan bilik solat yang
( SPM 2015 ) berasingan lelaki dan perempuan.(H) Keadaan ini akan mengurangkan
pergerakan pesakit dan memudahkan pesakit melakukan ibadah pada
bila-bila masa.(HL) Kesimpulannya, pihak pengurusan hospital perlulah
menyediakan perkhidmatan tempat solat yang terbaik untuk kemudahan
pesakit dan pelawat menunaikan ibadah.(K)

39 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Rakan sekelas anda meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Anda
sebagai ketua kelas akan menziarahi jenazah selepas waktu persekolahan.

Cadangkan nasihat anda kepada rakan sekelas apabila berada di rumah


jenazah.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB MENZIARAHI
JENAZAH) Kita hendaklah menasihatinya agar bersabar dengan musibah yang
diterima dari Allah SWT(I) kerana setiap musibah yang diterima akan
diberi ganjaran pahala dan akan dihapuskan dosa(H) seperti hadis
Rasulullah SAW sabar itu separuh dari iman.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
menjaga perlakuan semasa menziarahi jenazah sebagai tanda
menghormati keluarga si mati.(K)

TINGKATAN 5
( BAHAGIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIAH )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN ADAB
Berdasarkan gambar di atas, sebagai seorang muslim bagaimanakah anda
( ADAB BERJIHAD ) mengatasi godaan tersebut?

Jawapan :

Saya akan berusaha melawan godaan syaitan dengan menumpukan


perhatian sepenuhnya terhadap ibadah yang sedang dilakukan
terutamanya di dalam solat.(I) Dengan cara memahami setiap bacaan
yang sedang dibaca(H) agar dapa tmenghadirkan keikhlasan dan
kekhusyukan dalam beribadah.(HL) Oleh itu, untuk menjadi muslim yang
sejati kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri dari
gangguan dan was-was syaitan

40 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Pada pendapat anda bagaimanakah jihad yang dianjurkan oleh Islam
BAHAGIAN ADAB dapat melahirkan remaja yang mempunyai jati diri dan istiqamah dalam
menangami masalah di atas.
( ADAB BERJIHAD )

Jawapan :

Jihad yang dianjurkan adalah jihad melawan hawa nafsu(I) iaitu


mengawal diri daripada melakukan perkara maksiat dan mempunyai
kekuatan menangkis segala godaan syaitan(H) dalam mengharungi
kehidupan terutama sebagai remaja perlu mendekatkan diri kepada Allah.
(HL) Oleh itu, remaja Islam perlu membina kekuatan dalaman dengan
mendalami ilmu agama agar selamat di dunia dan akhirat.(K)

Berjihad mempertahankan negara adalah kewajipan ke atas semua umat


Islam apabila pemimpin mengistiharkan peperangan.
Berikan pendapat anda bagaimana cara memupuk semangat jihad di
kalangan belia negara ini.

Jawapan :
BAHAGIAN ADAB Menggalakkan belia terlibat dalam aktiviti berteraskan ketenteraan
seperti sukarelawan polis, tentera wataniah atau pasukan gerakan am.(I)
( ADAB BERJIHAD ) Pertubuhan seumpama ini dapat mendedahkan kepada belia dengan
aktiviti lasak seperti kawat, perkhemahan dan latihan ala ketenteraan dan
menembak.(H) Kesannya belia akan disemai semangat juang dan disiplin
yang tinggi sehingga sanggup berkorban dan berjihad dalam
mempertahankan negara apabila diserang.(HL) Kesimpulannya,
semangat jihad dapat dipupuk di kalangan belia di negara ini sekiranya
mereka didedahkan dengan aktiviti ketenteraaan.(K)

41 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN ADAB
Berdasarkan gambar di atas, huraikan pandangan anda sebagai pengguna
( ADAB BERMUSAFIR ) jalanraya, apakah yang akan berlaku sekiranya undang-undang tersebut
tidak dipatuhi terutamanya ketika bermusafir?

Jawapan :

Pada pandangan saya bahaya bakal menimpa(I) seperti kemalangan


jalanraya.(H) Ini disebabkan sikap terburu-buru semasa bermusafir
untuk sampai cepat ke tempat yang dituju.(HL) Oleh itu, semasa kita
bermusafir penting bagi kita mematuhi undang-undang jalan raya.(K)

Anda bersama dua rakan dari sekolah di ibukota Kuala Lumpur merancang
untuk melaksanakan aktiviti lasak dengan mendaki gunung Kinabalu.

Bagaimana anda merangka perjalanan anda supaya mendapat keredhaan


Allah SWT.

BAHAGIAN ADAB Jawapan :

( ADAB BERMUSAFIR ) Sebelum musafir, kami akan melaksanakan solat dan melantik ketua
kumpulan.(I) Dalam perjalanan kami akan solat jamak dan qasar secara
berjemaah.(H) Kami juga akan menjaga adab-adab dalam musafir dengan
tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
agama.(HL) Kesimpulannya dalam perjalanan yang mendapat redha Allah
kami iringi dengan doa supaya selamat pergi dan balik.(K)

Melancong yang mematuhi hukum syarak atau melancong bersyariat akan


memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.

BAHAGIAN ADAB Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

( ADAB BERMUSAFIR ) Jawapan :


Melancong membawa ahli keluarga bercuti sama ada di dalam atau luar
( SPM 2018 ) negara (I). Hal ini kerana ia dapat menggembirakan anak-anak dan
mengeratkan silaturrahim ahli keluarga (H). Kesannya, ia boleh
menambahkan keimanan dengan mensyukuri nikmat dan rezeki kurniaan
Allah (HL). Oleh itu, melancong dapat memupuk keluarga yang bahagia
serta mendatangkan kesan ekonomi yang baik yang baik kepada negara.
(K)

42 | P a g e MFCK,SMKPAHI
43 | P a g e MFCK,SMKPAHI
“Cintailah Negara Kita”

Berdasarkan slogan di atas, sebagai seorang pelajar huraikan perkara


yang boleh anda lakukan bagi merealisasi slogan tersebut

BAHAGIAN ADAB Jawapan :

( ADAB BERNEGARA ) Sebagai seorang pelajar, saya akan berusaha menerapkan semangat
patriotisme dalam diri(I) dengan cara menghayati dan mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara(H) kerana ianya dapat melahirkan seorang
warganegara yang memiliki nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh
orang lain.(HL) Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar kita perlu
memupuk semangat cintakan Negara dalam usaha membangunkan
negara.(K)

Logo ini sebagai tanda manifesto kecintaan terhadap negara .

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat


BAHAGIAN ADAB
mengabaikan manifesto tersebut.
( ADAB BERNEGARA ) Jawapan :

Negara akan menjadi lemah dan mundur (I). Hal ini kerana rakyat tidak
mempedulikan negara (H). Ini mengakibatkan rakyat bersikap
mementingkan diri sendiri (HL). Oleh itu, kita perlu menunjukkan
kecintaan terhadap negara dengan jelas sebagai tanda semangat
sayangkan negara.(K)

Berdasarkan gambar di atas,


wajarkah pembangunan negara
hanya dinilai dari segi kemajuan
fizikal dan prasarana.
Berikan hujah anda.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB BERNEGARA )
Tidak wajar(I) kerana pembangunan yang dibina atas dasar kemajuan
duniawi semata-mata akan mendatangkan kesan buruk terhadap
rakyat(H). Contohnya akan berlaku hakisan tanah, tanah runtuh dan lain-
lain(HL). Kesimpulannya kemajuan yang dibina atas dasar keimanan akan
menjamin kesejahteraan semua.(K)

44 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN ADAB
Gambar di atas berkaitan dengan penghayatan kecintaan terhadap negara.
( ADAB BERNEGARA ) Huraikan cara lain yang menunjukkan anda cinta kepada negara.

( SPM 2017 ) Jawapan :

Sesungguhnya saya akan menunjukkan tanda kecintaan kepada negara


dengan menyertai kempen mengibarkan jalur gemilang (I). Hal ini kerana
ianya akan menyuntik semangat patriotisme dan bangga dengan tanah air
sendiri (H). Kesannya, saya akan lebih bersemangat untuk mengekalkan
keamanan dan menaikkan nama baik negara di persada dunia (HL). Oleh
itu, kita hendaklah bersama-sama mempertahankan maruah negara dan
agama sepanjang masa agar dipandang mulia oleh negara lain (K).

           


           
      

       


         
BAHAGIAN ADAB 
( ADAB BERNIAGA ) Maksud: “ Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan
bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari
( SPM 2016 ) langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka
Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
(Surah al-A’raf : 96)

Merujuk kepada ayat di atas, huraikan bagaimana mendapatkan


keberkatan dalam perniagaan.

Jawapan :

Sesungguhnya untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan ialah


dengan cara tidak menjual benda-benda haram seperti tidak menjual
arak, dadah dan sebagainya.(I) Hal ini kerana ianya dapat mengelakkan
masyarakat daripada rosak dan musnah.(H). Kesannya, kita akan
mendapat pahala dan dikasihi oleh orang lain.(HL) Oleh itu, kita
45 | P a g e MFCK,SMKPAHI
hendaklah menjaga adab-adab dalam perniagaan agar sumber
pendapatan kita halal dan berkat.(K)

46 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Sabda Rasulullah SAW :

“Allah merahmati seorang yang bertolak ansur ketika berjualbeli


dan ketika berurusan.” Riwayat Al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas, andaikan anda seorang peniaga, mengapakah


BAHAGIAN ADAB perkara tersebut perlu ada dalam urusan jualbeli?

( ADAB BERNIAGA ) Jawapan :

Sebagai seorang peniaga saya perlu bertolak ansur dalam urusan jualbeli
kerana ia dapat menarik minat lebih ramai pelanggan(I) kerana
pelanggan lebih suka sekiranya mereka dilayan dengan baik dan lemah
lembut.(H) Hal ini akan menyebabkan peniaga mudah mendapat
keuntungan.(HL) Oleh itu, sikap bertolak ansur perlu diamalkan agar
peniaga disenangi oleh pelanggan.

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur anda singgah di


Ayer Keroh membeli durian. Sampai di rumah, empat daripada sepuluh biji
durian yang anda beli, buruk dan tidak elok.

Sebagai seorang pengguna bijak apakah tindakan anda untuk memberi


pengajaran kepada peniaga yang suka menipu.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB BERNIAGA ) Membuat laporan kepada persatuan pengguna atau Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa supaya diambil tindakan
kepada peniaga tersebut.(I) Ini bertujuan untuk memberi kesedaran
mereka bahawa menipu merupakan dosa besar dan dilaknati Allah SWT.
(H) Sebagaimana Hadis Rasululllah SAW yang bermaksud ; “ Sesiapa yang
menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat
Muslim).(HL) Oleh itu, kita hendaklah menjalankan perniagaan dengan
jujur dan penuh bertanggungjawab supaya rezeki yang diperolehi
diberkati Allah.(K)

Kepimpinan Melalui Tauladan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan


pernyataan di atas.
BAHAGIAN ADAB Jawapan :
( ADAB DENGAN Pemimpin hendaklah menjaga negara dan rakyat dengan baik(I) supaya
PEMIMPIN ) ekonomi negara akan bertambah baik serta kehidupan rakyat akan lebih
sejahtera.(H) Pemimpin juga perlu mengamalkan akhlak yang baik
supaya dapat dicontohi oleh rakyat.(HL) Kesimpulannya, pemimpin yang
baik akan menjadi idola rakyat serta akan disanjung oleh rakyat.(K)

47 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Pemimpin merupakan manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan
kesilapan.

Huraikan pandangan anda apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat


menegur pemimpin dengan cara menyebarkan aib atau memburuk-
burukkan pemimpin secara terbuka.
BAHAGIAN ADAB
Jawapan :
( ADAB DENGAN
PEMIMPIN ) Pada pandangan saya, menyebarkan aib atau memburuk-burukkan
pemimpin merupakan satu kesalahan dan perbuatan yang ditegah dalam
Islam(I) kerana ia akan menyebabkan maruah pemimpin tercalar.(H)
Seterusnya akan mengakibatkan usaha pembangunan yang dirancang
oleh pemimpin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.(HL) Oleh itu,
sebagai seorang rakyat sepatutnya kita menegur pemimpin dengan
saluran yang betul tanpa mengaibkan pemimpin tersebut.(K)

 ….         


          
         
Maksud : Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul
(Nya), dan Ulil Amri di antara kamu.
( Surah al-Nisa: 59 )
BAHAGIAN ADAB
Sebahagian ahli tafsir berpendapat “ Ulil Amri ” dalam ayat di atas
( ADAB DENGAN bermaksud pemimpin manakala sebahagian lain mentafsirkannya sebagai
PEMIMPIN ) ulama.
Beri pendapat anda berserta hujah.
( SPM 2015 )
Jawapan :

Pada pendapat saya ‘Ulil Amri’ dalam ayat di atas bermaksud pemimpin
(Isi-1m). Pemimpin adalah ketua yang bertanggungjawab dan berkuasa
terhadap orang yang dipimpinnya (H-1m). Contohnya ketua keluarga
ialah seorang bapa. Kita mesti mentaati perintah bapa selagi perintahnya
tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasulnya (HL-1m).
Kesimpulannya, sesebuah keluarga akan aman dan bahagia bila anak
mematuhi perintah ibu bapa yang merupakan pemimpin dalam sesebuah
keluarga (OM-1m)

48 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Gambar di atas merupakan salah satu pencemaran alam yang dilakukan
oleh manusia.
BAHAGIAN ADAB
Andaikan anda pemimpin di kawasan tersebut, huraikan perkara yang
( ADAB MEMELIHARA sepatutnya anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
ALAM )
Jawapan :

Perkara yang sepatutnya saya lakukan adalah menguatkuasakan undang-


undang yang lebih ketat terhadap pelaku kesalahan tersebut(I) dengan
cara membuat pemantauan berkala atau meletakkan pegawai-pegawai
khas untuk meronda kawasan tersebut.(H) Dengan cara ini, masyarakat
tidak akan berani membuang sampah sesuka hati seterusnya dapat
mengelakkan perkara merbahaya seperti penyakit berjangkit daripada
berlaku.(HL) Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang penting sebagai
langkah pengawalan dari berlakunya pencemaran alam secara berleluasa.
(K)

……….     


        
      
Maksud : “Telah berlaku pelbagai kerosakan di darat dan di laut
disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia …
( Surah ar-Rum : 41 )
BAHAGIAN ADAB

( ADAB MEMELIHARA Berdasarkan ayat di atas, kerosakan alam sekitar disebabkan oleh
ALAM ) perbuatan dan sikap manusia itu sendiri.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.


( SPM 2016 )
Jawapan :

Sesungguhnya aktiviti pembalakan yang haram dan tidak terkawal telah


membawa kemusnahan alam. (I) Hal ini kerana manusia terlalu rakus
mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesan dan akibatnya.(H)
Kesannya, habitat binatang akan musnah dan menyebabkan tanah runtuh
serta banjir lumpur.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama
memelihara alam sekitar dengan sebaiknya supaya generasi akan datang
dapat menikmatinya.(K)

49 | P a g e MFCK,SMKPAHI
PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 2

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN AYAT KEFAHAMAN )

SOALAN KBAT

Bersyukur kepada Allah SWT boleh dijelmakan melalui kemurahan


hati dalam membelanjakan harta fi sabilillah.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN
Kemukakan pandangan anda berdasarkan pernyataan di atas.
( MANUSIA PERLU
Jawapan :
BERSYUKUR)
Sesungguhnya harta adalah amanah daripada Allah yang boleh kita
(SPM 2019) salurkan ke jalan yang baik seperti bersedekah ke jalan yang baik.(I) Hal
ini kerana Allah menyuruh kita untuk berkongsi rezeki yang diperolehi
bersama golongan yang memerlukan.(H) Kesannya rezeki yang kita
perolehi akan lebih berkat di samping kita dapat membantu meringankan
beban yang dihadapi oleh orang lain.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah agar dapat meningkatkan
keimanan dalam diri.(K)

Al-Quran dan hadis merupakan panduan hidup umat Islam yang


diturunkan kepada nabi Muhammad dan daripada kata-kata
Rasulullah SAW.

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah manusia perlu berfikir


mengikut panduan wahyu. Kemukakan hujah anda.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN
Jawapan :
( RASUL PENYAMPAI
WAYHU )
Allah menyuruh kita supaya berfikir berdasarkan wahyu untuk
mengelakkan kita daripada tersesat dan menyimpang daripada ajaran
Islam.(I) Orang-orang yang mengikut wahyu akan mendapat rahmat
daripada Allah dan dapat meningkatkan ketakwaan.(H) Kesannya kita
akan mendapat kebahagiaan kerana mengikut jalan yang lurus, iaitu jalan
yang diredhai oleh Allah.(HL) Kesimpulannya, wahyu diberikan Allah
untuk membimbing akal supaya manusia dapat hidup dalam ketenangan
sama ada di dunia ataupun akhirat.(K)

50 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Bagaimanakah umat Islam hari ini mampu menjamin keutuhan Islam
sehingga digeruni oleh orang lain? Huraikan.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN
Jawapan :
( LARANGAN
MEMPERSENDAKAN
Sesungguhnya umat Islam perlulah menguatkan pertahanan negara pada
AGAMA )
setiap masa (I). Hal ini kerana ianya dapat mengelakkan pihak lain untuk
mencerobohi keamanan Negara (H). Kesannya umat Islam akan sentiasa
(SPM 2017) dihormati dan dipandang mulia oleh bangsa lain (HL). Oleh itu, kita
hendaklah bersatu-padu dalam menjaga kesucian agama Islam agar
digeruni oleh agama lain (K).

Hari ini banyak lahirnya fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan
Islam. Bagaimanakah anda yang diamanahkan sebagai pegawai di Jabatan
Mufti Negeri Sembilan dapat menangani permasalahan tersebut.

BAHAGIAN AYAT Jawapan :


KEFAHAMAN
Sentiasa memantau aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan agama(I)
( LARANGAN supaya tidak bercanggah dengan aliran yang dibenarkan oleh syarak.(H)
MEMPERSENDAKAN Mengambil tindakan undang-undang dan menasihati jika mereka
AGAMA )
menyeleweng.(HL) Oleh itu, setiap kumpulan atau individu yang
menyampaikan ajaran agama perlu mendapat tauliah terlebih dahulu
agar dapat disahkan kebenaran ajaran yang disampaikan.(K)

Kehidupan mengejar kemewahan membentuk generasi yang individualistik


dan mengabaikan hubungan sesama manusia.

BAHAGIAN AYAT Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah untuk mewujudkan


KEFAHAMAN keseimbangan antara kemewahan dengan ikatan persaudaraan.
Berikan hujah anda.
( AQIDAH TERAS
Jawapan :
KEHIDUPAN )
Meningkatkan amalan hidup bermasyarakat (I) supaya dapat
Surah Al-An’am : mengeratkan silaturrahim sesama umat.(H) Perbuatan di atas dapat
( Ayat 161-163 ) mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.(HL) Kesimpulannya, kita
hendaklah memelihara hubungan baik antara sesama manusia supaya
dapat membina perpaduan dan kekuatan umat Islam.(K)

51 | P a g e MFCK,SMKPAHI
52 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Sejauhmanakah perbuatan dalam gambar di atas boleh menjejaskan
perkembangan pendidikan remaja masa kini.
( CIRI-CIRI MUKMIN )
Jawapan :

Perkembangan pendidikan akan terbantut dan bermasalah(I) kerana


terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak minat untuk belajar.(H) Akibatnya
pelajar gagal dalam peperiksaan dan akan terjejas masa hadapan.(HL)
Oleh itu, pelajar sewajarnya memberi tumpuan terhadap pembelajaran
demi menjamin kecemerlangan masa hadapan.(K)

Jika kamu gagal merancang, kamu merancang untuk gagal.

BAHAGIAN AYAT Bagaimanakah anda mengaplikasikan ungkapan di atas untuk mencapai


KEFAHAMAN kecemerlangan dalam pembelajaran? Huraikan.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :


( Ayat : 1- 5 )
Sesungguhnya saya akan mengaplikasikan ungkapan tersebut dengan
menyediakan jadual kerja dan mematuhi jadual yang disediakan (I). Hal
( SPM 2018 )
ini kerana ia akan memudahkan saya untuk mengulangkaji pelajaran
mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam jadual (H). Kesannya ia
akan menjadikan kehidupan saya menjadi lebih teratur dan sistematik
(HL). Oleh itu, kita hendaklah mempunyai wawasan hidup dan merancang
sesuatu dengan baik agar hidup diberkati oleh Allah (K).

Orang Islam wajib menjaga kehormatan diri dan menjaga


maruahnya sama ada ketika berseorangan dan semasa
bermuamalat. Panduan untuk menjaga imej diri dan maruah ini
merangkumi cara berpakaian, percakapan dan muamalat.

BAHAGIAN AYAT Berdasarkan pernyataan di atas mengapakah Allah menyuruh umat Islam
KEFAHAMAN supaya menjaga kehormatan diri. Berikan hujah anda.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :

MENJAGA Allah menyuruh kita supaya menjaga kehormatan diri supaya maruah
KEHORMATAN DIRI seseorang itu tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan.(I)
Seterusnya menjadikannya umat yang cemerlang sepertimana Rasulullah
Surah Al-Mukminun SAW.(H) Oleh itu kita akan menjadi umat contoh kepada bangsa lain
( Ayat : 5-7 ) disebabkan mengamalkan akhlak yang terpuji.(HL) Kesimpulannya,
dengan menjaga akhlak diri, kehidupan seseorang akan bertambah baik
kerana hidup dirahmati oleh Allah.(K)

53 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Ciri-ciri mukmin dalam ayat 5 hingga 11 ialah : Menjaga Kehormatan Diri,
Menunaikan Amanah, Menepati Janji dan Memelihara Solat.

BAHAGIAN AYAT Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku kepada umat Islam jika ciri-ciri
KEFAHAMAN yang tersebut di atas di abaikan.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :

Surah Al-Mukminun Sesungguhnya umat Islam akan menjadi semakin mundur dan lemah (I).
( Ayat : 5-11 ) Hal ini kerana mereka tidak memiliki ciri-ciri mukmin sejati dan sering
melanggar perintah Allah (H). Kesannya umat Islam akan mudah
terpengaruh dengan maksiat dan musuh Islam juga mudah mengambil
( SPM 2019 ) kesempatan atas kelemahan umat Islam (HL). Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan ciri-ciri mukmin yang berjaya seperti menunaikan amanah
dan janji agar hidup diberkati oleh Allah (K).

Dewasa ini ramai ibubapa terlalu sayangkan anak sehingga takut


menasihati mereka kerana bimbang anak akan lari dari rumah.

BAHAGIAN AYAT Apakah yang akan berlaku kepada golongan remaja sekiranya sikap ini
KEFAHAMAN wujud dalam diri setiap ibubapa.

( NASIHAT LUQMAN Jawapan :


AL-HAKIM )
Dikhuatiri anak–anak akan menderhaka kepada ibubapa(I) kerana
ibubapa tidak menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan.(H)
Sikap ini akan menjadikan anak-anak tidak hormati ibubapa dan biadap.
(HL) Oleh itu, ibubapa sewajarnya bersikap tegas dalam mendidik anak-
anak dan jangan terlalu memanjakan mereka.(K)

MH 370
MH 17
BAHAGIAN AYAT Kejadian yang melibatkan pesawat tersebut di atas telah menggemparkan
KEFAHAMAN
dunia dan memberikan kesan yang besar kepada pihak yang terlibat.
( NASIHAT LUQMAN Ramalkan tindakan yang sepatutnya anda ambil jika situasi ini menimpa
AL-HAKIM )
keluarga anda.

Jawapan :
SABAR :
Surah Luqman Jika kejadian ini menimpa saya, saya harus redha / bersabar dalam
( Ayat 17 ) menghadapi musibah tersebut(I) dengan melakukan amalan seperti
muhasabah diri dan berzikir.(H) Hal ini dapat meningkatkan keimanan /
menjadikan saya lebih tenang.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
mengingati Allah / beriman kepada qadak dan qadar supaya jiwa sentiasa
tenang jika diuji dengan sesuatu / musibah.(K)

54 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Mencegah kemungkaran menjadi tanggungjawab kepada setiap
muslim sama ada mencegah dengan perbuatan, perkataan
BAHAGIAN AYAT ataupun dengan hati.
KEFAHAMAN
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah mencegah kemungkaran
( NASIHAT LUQMAN
dengan hati merupakan selemah-lemah iman. Kemukakan hujah anda.
AL-HAKIM )
Jawapan :

Mencegah kemungkaran dengan hati merupakan selemah-lemah iman


AMAR MAKRUF : kerana orang yang melakukan kemungkaran tidak ditegur.(I) Perlakuan
Surah Luqman ini akan menyebabkan maksiat akan terus berleluasa dan menjadi- jadi.
( Ayat 17 ) (H) Sewajarnya kita hendaklah menegur kemungkaran melalui perbuatan
atau lidah agar orang yang melakukan maksiat dapat kembali ke jalan
Allah.(HL) Kesimpulannya, menegur kemungkaran secara hikmah dapat
menjadikan masyarakat kembali taat kepada Allah dan dapat
mengelakkan kemurkaan Allah.(K)

          


         
   

   


BAHAGIAN AYAT
 
KEFAHAMAN 
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
( NASIHAT LUQMAN
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan
AL-HAKIM ) merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah Ali“Imran : 104)

AMAR MAKRUF : Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perintah Allah SWT
Surah Luqman dalam ayat di atas diabaikan.
( Ayat 17 )

( SPM 2017 )
Jawapan :

Sesungguhnya, jika perintah Allah dalam ayat tersebut diabaikan akan


menyebabkan kemungkaran semakin berleluasa (I). Hal ini kerana
masyarakat hanya mementingkan diri sendiri dan membiarkan kejahatan
berlaku di sekeliling mereka (H). Kesannya kehidupan masyarakat
menjadi tidak tenteram dan berada dalam ketakutan (HL). Oleh itu, kita
hendaklah melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar
dalam masyarakat agar hidup diberkati oleh Allah(K).
55 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Antara faktor berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
Islam kini adalah hasil daripada pengaruh media massa.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN
Huraikan hujah anda terhadap pernyataan di atas.
( NASIHAT LUQMAN
AL-HAKIM ) Jawapan :

JAGA ADAB Sesungguhnya keruntuhan akhlak remaja berlaku disebabkan pengaruh


BERKOMUNIKASI media massa yang banyak memaparkan cerita-cerita yang berunsur
Surah Luqman lucah.(I) Hal ini kerana ia akan mendorong remaja untuk mencuba dan
( Ayat 18-19 ) terlibat dengan pergaulan bebas.(H) Kesannya akan mencemarkan
maruah remaja dan merosakkan masa depan mereka.(HL) Oleh itu, pihak
kerajaan hendaklah mengawal program-program yang disiarkan agar
( SPM 2016 ) dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia.(K)

Rakan anda tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain


kerana sering bersifat sombong. Anda sering menasihatinya
tetapi tetap tidak dihiraukan.

Wajarkah anda memutuskan perhubungan persahabatan tersebut untuk


memberi pengajaran kepadanya? Huraikan.

Jawapan :
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Saya wajar memutuskan perhubungan persahabatan tersebut (I). Hal ini
kerana saya perlu menjauhkan diri daripadanya agar tidak terpengaruh
( NASIHAT LUQMAN dengan sifat sombongnya itu (H). Kesannya rakan saya itu akan
AL-HAKIM ) menyedari kesilapannya lalu memberikannya ruang untuk muhasabah
diri sendiri (HL). Oleh itu, kita hendaklah menjauhi sikap sombong dan
bersedia mendengar nasihat orang lain agar hidup aman damai (K).
JAGA ADAB
BERKOMUNIKASI Atau ;
Surah Luqman
( Ayat 18-19 )
Saya tidak wajar memutuskan perhubungan persahabatan tersebut (I).
Hal ini kerana saya seharusnya tidak boleh berputus asa dan terus
( SPM 2019 ) mencuba dengan cara lain agar terbuka hatinya untuk berubah biarpun
mengambil masa yang lama (H). Contohnya saya boleh berdoa kepada
Allah supaya memberikan hidayah kepada rakan saya agar dia bertaubat
dan insaf atas perbuatannya kerana kita kena yakin hidayah adalah milik
Allah (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membantu rakan kita dan
berusaha mengubah sikapnya yang tidak baik agar dapat hidup dengan
sejahtera (K).

56 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 5
( BAHAGIAN AYAT KEFAHAMAN )

SOALAN KBAT.

Andai rasul masih ada ketika ini gambarkan peranan dan dakwah rasul
kepada generasi Y yang masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Jawapan :
( NABI MUHAMMAD Andai rasul masih ada peranan baginda makin mencabar(I) kerana ramai
SAW PESURUH dalam kalangan generasi leka permainan game dan media sosial yang
ALLAH SWT ) melekakan(H) seterusnya baginda juga akan berhadapan dengan gejala
sosial yang semakin meningkat.(HL) Oleh itu, sebagai seorang Islam kita
mesti kambali kepada ajaran rasul supaya selamat di dunia dan
di akhirat.(K)

… Janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir
daripadanya, dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan
BAHAGIAN AYAT kepada suami mereka…. An Nur 31
KEFAHAMAN
CARA BERPAKAIAN BATAS AURAT
( BATAS-BATAS
PERGAULAN ) Merujuk gambar dan pernyataan ayat di atas, buktikan pakaian dan
ibadah saling berkaitan.

Jawapan :

Seseorang yang menutup aurat sudah dikira sebagai melaksanakan


ibadah.(I) Hal ini kerana menutup aurat merupakan tuntutan agama dan
wajib dilaksanakan.(H) Kesannya orang yang menutup aurat akan
disayangi oleh Allah(HL). Oleh itu kita hendaklah berpakaian mengikut
syarak supaya kita tergolong sebagai orang yang beriman.(K)

57 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Firman Allah SWT :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya ……………….
(Surah An-Nuur : Ayat 31)

Berdasarkan maksud ayat di atas, mengapakah masih ramai wanita Islam


hari ini mengabaikan tuntutan berpakaian sedemikian?

BAHAGIAN AYAT Jawapan :


KEFAHAMAN
Ramai wanita hari ini menganggap berpakaian menutup aurat seperti
( BATAS-BATAS bertudung labuh melepasi dada, longgar dan bersarung kaki adalah
PERGAULAN ) ketinggalan zaman.(I) Cara berpakaian sebegini menyekat mereka untuk
terus berkecimpung dalam kehidupan yang memerlukan pergerakan
yang cepat, pantas dan berfesyen, sedangkan hakikatnya tuntutan
berpakaian sebegini telah pun diwajibkan ke atas setiap muslimah lebih
1400 tahun dahulu setelah perutusan Nabi Muhammad SAW.(H) Tanpa
disedari sebenarnya tanggapan mereka ini telah dipengaruhi oleh adat
budaya barat yang menghendaki sebaliknya iaitu mempamerkan
kecantikan diri yang secara tidak langsung mengundang bahaya dan
mudarat kepada diri sendiri seperti pergaulan bebas yang mengakibatkan
tercabulnya maruah dan kehormatan diri.(HL) Justeru, kefahaman
terhadap tuntutan agama sewajarnya dihayati dan diselaraskan dengan
kesesuaian yang tidak mengganggu tugasan harian sekaligus mendapat
ganjaran pahala kerana melaksanakan kewajipan agama.(K)

Pada hari ini, ramai di kalangan remaja suka berpasangan,


berpegang tangan dan duduk berdua-duaan di tempat sunyi.

Ramalkan apakah yang akan berlaku pada negara kita sekiranya gejala
BAHAGIAN AYAT sosial ini tidak dibendung dalam kalangan remaja.
KEFAHAMAN

( BATAS-BATAS
PERGAULAN ) Jawapan :

Negara akan kekurangan pemimpin dalam kalangan belia(I) kerana


remaja lebih kepada aktiviti sosial yang tidak berfaedah(H) seperti suka
lepak, bercinta dan melakukan aktiviiti kurang sopan.(HL) Oleh itu,
remaja perlu diberi kesedaran agar mengutamakan pembangunan negara
bukannya mementingkan nafsu semata-mata dengan aktiviti sosial.(K)

58 | P a g e MFCK,SMKPAHI
A seorang yang berpendidikan tinggi, merupakan pengurus sebuah
syarikat yang sangat dihormati dalam syarikatnya kerana beliau
sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya. Oleh kerana
kesibukannya dalam mengurus syarikat, beliau seringkali
BAHAGIAN AYAT mengabaikan solatnya dan tidak bergaul dengan jiran.
KEFAHAMAN
Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda membantu A untuk
( HIDAYAH ALLAH ) menjadi muslim yang seimbang antara dunia dan akhirat. Jelaskan dua
hujah anda.
SURAH AN-NUR :
(AYAT 35) Jawapan :

Sentiasa menasihatinya(I) supaya dia dapat membezakan antara


tuntutan ilmu Fardu A’in dan Fardu Kifayah(H) untuk menjaga hubungan
dengan Allah(HL) seperti kewajipan menunaikan solat. ( isi pertama )
Sentiasa mengajaknya menghadiri majlis-majlis ilmu agama(I) supaya dia
mengetahui kewajipan menjaga hubungan sesama manusia(H)
seperti memenuhi jemputan ke majlis yang diadakan oleh jiran.
( isi kedua )
Sebagai rakan yang baik/perihatin kita mestilah melaksanakan amar
makruf nahi mungkar supaya hidup diberkati Allah.(K)

KBAT [6 markah]

BAHAGIAN AYAT Gambar: Doktor sedang merawat pesakit


KEFAHAMAN
Sebagai seorang doktor, bagaimanakah tugasan anda dapat mendekatkan
( HIDAYAH ALLAH ) diri kepada Allah SWT.

SURAH AN-NUR :
(AYAT 35) Jawapan :

Bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh(I) kerana bekerja juga


dianggap sebagai ibadah di sisi Allah(H) seterusnya mendidik diri
menjadi seorang pekerja yang jujur, amanah dan takut kepada Allah.(HL)
Oleh itu, bekerja dengan niat kerana Allah dapat membentuk diri menjadi
muslim yang bertaqwa.(K)

52 | P a g e MFCK,SMKPAHI
ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG
DIKEHENDAKINYA.

Mengapakah masih terdapat golongan yang tidak diberikan hidayah


BAHAGIAN AYAT
oleh Allah.
KEFAHAMAN
Berikan hujah anda.
( HIDAYAH ALLAH ) Jawapan :
SURAH AN-NUR : Orang yang sering melakukan maksiat tidak diberikan hidayah(I) kerana
(AYAT 35) golongan ini lalai daripada mengingati Allah SWT.(H) Seterusnya
keadaan ini menyebabkan mereka semakin tersesat dan tidak
melaksanakan perintah Allah.(HL) Oleh itu, kita hendaklah mentaati
perintah Allah supaya hidup kita sentiasa tenang dan berada dalam
keredhaanNya.(K)

Maksud : Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.

Kata-kata hikmah di atas mempunyai kaitan dengan proses mendapatkan


hidayah Allah SWT.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Buktikan kebenarannya.

( HIDAYAH ALLAH )
Jawapan :
SURAH AN-NUR :
(AYAT 35) Sesungguhnya kita perlulah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari
dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan hidayah Allah (I). Hal ini
( SPM 2019 ) kerana setiap ilmu yang dipelajari akan membimbing kita ke jalan
kebenaran dan menolak fahaman yang sesat (H). Kesannya hidup kita
akan menjadi lebih tenang dan dirahmati oleh Allah (HL). Oleh itu, kita
hendaklah berusaha menuntut ilmu dengan tekun dan mempraktikkan
ilmu yang ada agar dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi
mukmin yang berjaya (K).

53 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Gambar : Orang sedang solat
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Ramalkan keadaan generasi Y pada masa hadapan jika mereka patuh
mengamalkan ibadat seperti dalam gambar di atas.
( PERIBADI MUKMIN )
Jawapan :

Masyarakat akan sentiasa bersatu-padu(I) terhasil dari aktiviti solat


berjemaah yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.(H)
Masyarakat akan terhindar dari perkara negatif seperti perpecahan,
hasad dengki dan lain-lain yang mengugat perpaduan.(HL) Oleh yang
demikian, ajaran Islam tentang solat berjemaah mesti dihayati dan
dilaksanakan supaya masyarakat hidup sejahtera.(K)

Isi kandungan al-Quran dapat menarik minat orang bukan Islam untuk
mendekati Islam.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
BAHAGIAN AYAT
KEFAHAMAN Jawapan :

( KEMULIAAN Sesungguhnya kandungan al-Quran cukup lengkap dalam semua perkara


AL-QURAN ) kehidupan(I). Contohnya di dalamnya terdapat hal-hal berkaitan akidah,
ibadah, politik, ekonomi, jenayah dan sebagainya(H). Kesannya, al-Quran
( SPM 2017 ) menjadi tempat rujukan terbaik apabila menghadapi sebarang kekeliruan
dan permasalahan untuk semua manusia sehingga ke hari kiamat(HL).
Oleh itu, kita hendakkah mengakui kebesaran al-Quran yang menjadi
panduan semua manusia ke jalan yang diredai Allah(K).

54 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 4
( BAHAGIAN HADIS )

SOALAN KBAT.

Rakan sekelas anda mengalami masalah obesiti dan sering mengambil


makanan yang berlebihan. Pada pandangan anda, mengapakah rakan
anda tidak mengamalkan sunnah Rasulullah SAW serta adab makan dalam
Islam.
BAHAGIAN HADIS
Jawapan :
( MAKANAN YANG
BAIK ) Tidak mendalami ilmu hadis dan sunnah Rasulullah SAW(I) kerana
Rasulullah SAW adalah contoh tauladan dalam setiap aspek kehidupan(H)
seperti adab makan dan makanan sunnah yang baik untuk kesihatan.(HL)
Oleh itu, umat Islam hendaklah menghayati sirah dan sunnah Rasulullah
SAW sebagai panduan kehidupan.(K)

BAHAGIAN HADIS
Gambar di atas menunjukkan beberapa isu dalam produk makanan.
( MAKANAN YANG
BAIK )
Huraikan hujah anda terhadap apa yang akan berlaku sekiranya umat
Islam mengabaikan pemilihan makanan yang halal dan baik.

Jawapan :

Umat Islam akan mudah melakukan dosa dan maksiat(I) kerana ibadah
tidak diterima Allah.(H) Antara syarat penerimaan ibadah adalah makan
makanan yang halal.(HL) Umat Islam mestilah memastikan makanan
yang dimakan adalah halal baik untuk kesihatan.(K)

55 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Pada pandangan anda, apakah peranan masyarakat Islam bagi menangani
BAHAGIAN HADIS masalah di atas.
( MAKANAN YANG
BAIK ) Jawapan :

Peranan masyarakat Islam dalam menangani masalah tersebut ialah


dengan sentiasa berhati-hati dan memilih makanan yang diyakini halal
sahaja.(I) Di samping itu sentiasa mengikuti perkembangan industri halal
melalui laman web Jakim dan sebagainya.(H) Ini kerana sebaran
maklumat yang tidak jelas akan menyebabkan masyarakat keliru.(HL)
Sehubungan itu, umat Islam perlu lebih peka dan sentiasa bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk memastikan produk halal terpelihara.(K)

Anda ingin mengusahakan kedai makanan, bagaimana anda


memastikan perniagaan anda menjadi satu ibadah.

Berikan hujah anda berdasarkan pemahaman hadis di atas.

Jawapan :
BAHAGIAN HADIS

( MAKANAN YANG Sesuatu perniagaan akan menjadi ibadah apabila perniagaan tersebut
BAIK ) menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syariat Islam dengan cara tidak
menjual benda-benda yang haram(I) seperti menjual arak, dadah dan
sebagainya(H) kerana menjual benda-benda yang diharamkan ini boleh
merosakkan masyarakat.(HL). Untuk mendapat keredhaan Allah kita
hendaklah menjual benda-benda yang halal sahaja.(K)

56 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat hari ini didakwa
berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap tuntutan hadis di
BAHAGIAN HADIS atas. Bincangkan.

( MAKANAN YANG Jawapan :


BAIK )
Pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang insan sangat berkait rapat
dengan cara pengambilan makanan(I). Ini telah dijelaskan dalam hadis
Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Imam Muslim sejak lebih 1400 tahun
yang lalu(H). Tuntutan ini bertepatan dengan cara gaya yang ditunjukkan
dalam piramid makanan seimbang yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia(H). Apabila seorang insan mengambil makanan tanpa
mengira kehalalan dari segi bahan atau sumber, ianya akan mengganggu
pertumbuhan akal yang sihat(H). Ketidakseimbangan badan dan akal
menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan waras(HL). Keadaan
ini akan memudahkan mereka dipengaruhi oleh persekitaran yang tidak
sihat(HL) seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
mengakibatkan berleluasanya gejala sosial dalam masyarakat(HL).
Justeru pihak berwajib hendaklah berganding bahu memberi pencerahan
tentang tuntutan ini sama ada melalui kempen, edaran risalah dan
ceramah-ceramah yang dilaksanakan secara berkala(K).

KBAT : 8 markah

Kebanyakan produk makanan di pasaran dihasilkan oleh orang


bukan Islam.

Sebagai seorang Islam, apakah pandangan anda terhadap situasi tersebut?


BAHAGIAN HADIS
Jawapan :
( MAKANAN YANG
BAIK ) Prihatin dan berhati-hati tentang status halal(I) dengan memastikan
tanda halal JAKIM.(H) Ini kerana makanan yang baik menjamin
kesempurnaan.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha memberi
kesedaran kepada umat Islam agar menjadi pengeluar produk Muslim.(K)

57 | P a g e MFCK,SMKPAHI
MAKAN KETIKA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.

Pada pandangan anda, mengapakah amalan pemakanan di atas patut


diamalkan dalam kehidupan kita. Berikan hujah anda.

BAHAGIAN HADIS
Jawapan :
( MAKANAN YANG
BAIK ) Amalan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang perlu
diamalkan kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW(I) yang bertujuan
mendidik kita supaya berdisiplin dalam pengambilan makanan.(H)
Seterusnya ia akan menjadikan tubuh badan kita sihat dan dapat
beribadah dengan sempurna serta mengelakkan obesiti.(HL) Sebagai
umat Islam kita perlulah makan mengikut masa dan kadar yang sesuai
supaya tidak mengganggu ibadah dan urusan seharian.(K)

Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

Buktikan kebenaran pernyataan di atas dengan mengemukakan hujah


anda.

BAHAGIAN HADIS
Jawapan :
( MAKANAN YANG
BAIK ) Sesungguhnya Islam membenarkan kita memakan sesuatu yang haram
ketika darurat.(I) Contohnya, diharuskan memakan daging babi jika tidak
( SPM 2016 ) terdapat makanan yang halal ketika itu.(H) Kesannya, keadaan ini dapat
menyelamatkan nyawa seseorang daripada mati kebuluran.(HL) Oleh itu,
kita hendaklah meyakini bahawa Islam adalah agama yang suci dan tidak
menyusahkan penganutnya sama ada dalam makanan, musafir dan
pakaian.(K)

58 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BERSATU
KITA TEGUH
BERCERAI
KITA ROBOH

BAHAGIAN HADIS
Berdasarkan slogan dan pemahaman hadis di atas, bagaimana perpaduan
( PERPADUAN TERAS dapat diamalkan dalam kalangan murid di sekolah.
KEJAYAAN ) Huraikan.

Jawapan :
( SPM 2016 )
Sesungguhnya perpaduan dapat diamalkan melalui aktiviti gotong-
royong di kalangan pelajar.(I) Contohnya, bersama-sama membersihkan
kelas atau kawasan sekolah.(H) Kesannya, keadaan ini dapat
mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan.(HL) Oleh itu,
kita hendaklah bersatu-padu antara satu sama lain agar hidup menjadi
aman damai.(K)

Isu penindasan terhadap masyarakat Islam secara berterusan oleh musuh


Islam di beberapa negara Islam seperti Palestin, Syria, Pattani dan
beberapa negara lain, dilihat sebagai satu kegagalan umat Islam
menangani masalah ini. Huraikan hujah anda yang menyokong pernyataan
tersebut.

BAHAGIAN HADIS Jawapan :

( PERPADUAN TERAS Umat Islam seperti kuasa besar di Timur Tengah hanya menyaksikan
KEJAYAAN ) sahaja peperangan dan penindasan terhadap orang Islam di negara lain.
(I) Ini kerana tiadanya ukhuwwah dan rasa persaudaraan yang kuat di
kalangan umat Islam.(H) Sebagai contohnya Mesir yang menutup pintu
negaranya kepada rakyat Palestin.(HL) Jelas terbukti isu penindasan dan
peperangan di negara Islam telah menunjukkan bahawa umat Islam
sudah semakin terhakis ukhuwwahnya dan masing-masing tidak
menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.(K)

PERPADUAN SANGAT PENTING KEPADA KESTABILAN BANGSA


DAN NEGARA.

BAHAGIAN HADIS Bagaimanakah perpaduan tersebut boleh dicapai. Berikan hujah anda .

( PERPADUAN TERAS Jawapan :


KEJAYAAN )
Perpaduan dapat dicapai melalui pergaulan seharian(I) seperti
mengamalkan sikap bersopan santun ketika berbual sesama masyarakat.
(H) Hal ini dapat menjamin keamanan dalam komuniti masyarakat. (HL)
Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan sifat mahmudah dalam kehidupan
seharian supaya semangat perpaduan sentiasa terjalin(K).

59 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Merujuk kepada petikan akhbar di atas, masyarakat muslim terdedah
dengan pelbagai isu muamalah khususnya jual beli sehingga menimbulkan
BAHAGIAN HADIS perselisihan faham dan pergaduhan.
( PERPADUAN TERAS Pada pendapat anda, sejauh manakah umat Islam telah didedahkan
KEJAYAAN )
dengan ilmu muamalat Islam seperti jual beli, sewa, gadaian dan
sebagainya.

Jawapan :

Umat Islam hanya mendapat maklumat dan pendedahan asas tentang


muamalah Islam(I) seperti asas dalam urusan jual beli dan pinjaman.(H)
Walau bagaimanapun dalam urusan seharian mereka lebih terikut
dengan emosi dan nafsu sehingga mengabaikan batasan hukum syarak.
(HL) Sehubungan itu, pendedahan tentang muamalah Islam perlu lebih
kerap diadakan melalui media cetak dan elektronik.(K)

BAHAGIAN HADIS

( PERPADUAN TERAS
KEJAYAAN )

( SPM 2015 )

Jawapan :

Sifat negatif seperti hasad dengki(I) akan meyebabkan seseorang tidak


senang dan tidak berpuas hati dengan kejayaan orang lain.(H) Ini akan
menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk
menjatuhkan orang lain.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah menjauhi
segala sifat keji dan negatif supaya hidup diberkati oleh Allah.(K)

60 | P a g e MFCK,SMKPAHI
BAHAGIAN HADIS

( PERPADUAN TERAS
KEJAYAAN )
Jawapan :
( SPM 2015 )

Umat Islam diperintahkan saling mengasihi antara satu sama lain kerana
kita mempunyai akidah yang sama/umat Islam adalah bersaudara.(I)
Umat Islam yang hidup bersatu-padu dan tolong-menolong akan
menjadikan kehidupan mereka sentiasa aman dan bahagia.(H)
Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim “
…..َ ‫ ْوُن ُك َو‬,‫ًنا ْخ ِإ ِ لهال َب اَد ِع ْوا‬,‫ وا‬.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah
saling menyayangi sesama Islam agar maruah Islam dipandang tinggi.(K)

61 | P a g e MFCK,SMKPAHI
62 | P a g e MFCK,SMKPAHI
           
            
  

          


         
       

             


           
BAHAGIAN HADIS
 
( PERPADUAN TERAS 103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan
KEJAYAAN ) janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu
ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah
( SPM 2017 ) mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-
orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu
Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

(Surah Ali“Imran : 103)

Pada pendapat anda mengapakah umat Islam perlu berpegang teguh


kepada ayat di atas dalam memastikan kelangsungan ukhuwah umat Islam
terus terjamin.

Jawapan :

Sesungguhnya umat Islam perlu berpegang teguh kepada ayat tersebut


supaya kehidupan masyarakat menjadi aman damai (I). Hal ini kerana
masyarakat saling tolong-menolong dan mengelakkan pergaduhan
antara satu sama lain (H). Kesannya hubungan silaturahim antara umat
Islam akan bertambat erat (HL). Oleh itu, kita hendaklah bersatu padu
dalam setiap perkara kebaikan agar hidup diberkati oleh Allah (K).

63 | P a g e MFCK,SMKPAHI
TINGKATAN 5
( BAHAGIAN HADIS )

SOALAN KBAT.

Budaya melepak dan berpeleseran semakin menular di kalangan remaja hari


ini. Pusat membeli belah, cyber café dan pusat hiburan menjadi tempat
perkumpulan remaja yang ingin mencari keseronokan.

Apakah akibat kepada masa depan negara jika golongan ini tidak diberi
BAHAGIAN HADIS kesedaran tentang masa depan mereka.

( KEHIDUPAN DI Jawapan :
DUNIA IBARAT
SEORANG Negara akan mundur dan mudah dikuasai oleh kuasa asing(I) kerana
PERANTAU ) remajanya yang leka dengan hiburan dan mengabaikan pendidikan.(H)
Negara-negara yang mundur di dunia adalah kerana warga negaranya
terutama remaja tidak berilmu dan tidak mahu berubah.(HL)
Kesimpulannya, sebagai semua pihak perlu bekerjasama menangani isu ini
seperti penguatkuasaan undang-undang, melalui program motivasi dan
kerohanian serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.(K)

           


          


       


      
BAHAGIAN HADIS
Maksud ayat : Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar
( KEHIDUPAN DI dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
DUNIA IBARAT mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati
SEORANG kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
PERANTAU ) (Surah al-Asr : 1 – 3 )

( SPM 2015 ) Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah orang yang tidak menghargai
masa itu orang yang rugi?

Jawapan :

Sesungguhnya orang yang tidak menghargai masa adalah orang yang rugi
kerana masa itu emas.(I) Hal ini kerana masa yang sudah berlalu pasti tidak
akan kembali lagi.(H) Contohnya seseorang yang menghabiskan masa
dengan perkara negatif seperti melepak dan berfoya-foya, sudah tentu masa
depannya akan musnah.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah menggunakan
64 | P a g e MFCK,SMKPAHI
masa yang diberikan oleh Allah sebaik-baiknya agar kita menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat.(K)

65 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Pengurusan masa yang efektif menjamin kejayaan seseorang

BAHAGIAN HADIS
Huraikan pernyataan di atas dengan mengemukakan hujah yang bernas.
( KEHIDUPAN DI
Jawapan :
DUNIA IBARAT
SEORANG Sesungguhnya pengurusan masa yang baik dapat mendisiplinkan diri
PERANTAU ) seseorang (I). Hal ini kerana ia menjadikan kehidupan seseorang menjadi
lebih teratur dan sistematik (H). Kesannya seseorang itu akan mendapat
( SPM 2018 ) keputusan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi (HL). Oleh
itu, kita hendaklah menggunakan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah
agar hidup diberkati oleh Allah (K).

Napoleon pernah berkata :


“ Rahsia kemenanganku di medan peperangan tersembunyi di sebalik
kelemahan musuhku yang tidak tahu nilai masa lima minit ”

BAHAGIAN HADIS
Bagaimana pernyataan di atas boleh mendorong anda untuk mencapai
( KEHIDUPAN DI kejayaan? Huraikan.
DUNIA IBARAT
SEORANG Jawapan :
PERANTAU )
Sesungguhnya saya akan menggunakan masa dengan bijak dan efektif
( SPM 2019 ) seperti menyediakan jadual waktu belajar(I). Hal ini kerana ia menjadikan
kehidupan saya menjadi lebih teratur, sistematik dan berkualiti (H).
Kesannya saya dapat menyiapkan sesuatu kerja mengikut waktu yang telah
ditetapkan dan memudahkan saya mencapai cita-cita yang diinginkan (HL).
Oleh itu, kita hendaklah memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik
mungkin agar hidup diberkati oleh Allah (K).

Sejarah membuktikan bahawa Alahuddin al-Ayyubi telah mencapai


kemenangan besar dalam Perang Salib. Rahsia kemenangannya
ialah beliau hanya memilih tentera yang melazimi qiamullail.

Merujuk pernyataan di atas, huraikan hubung kait antara amalan qiamullail


dengan kejayaan seseorang individu muslim dalam kehidupan.
BAHAGIAN HADIS
Jawapan :
( ORANG BERIMAN
KEKASIH ALLAH ) Sesungguhnya orang yang melazimi qiamullail adalah orang yang tinggi
disiplin dirinya (I). Hal ini kerana seseorang itu sanggup bangun di tengah
( SPM 2018 ) malam semata-mata untuk beribadat kepada Allah (H). Kesannya,
seseorang itu akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kerana
kehidupannya diberkati oleh Allah (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
melakukan amalan sunat seperti qiamullail agar jiwa sentiasa tenang (K).

66 | P a g e MFCK,SMKPAHI
Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya Allah SWT
tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada
manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim
ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai
akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka,
dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan
orang yang lain. - (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan
BAHAGIAN HADIS cara dimatikan para alim ulama; ataupun ulama itu dimatikan fungsinya,
seperti digam, atau ditarik balik tauliah mengajarnya; atau memang ada
( ORANG BERIMAN orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.
KEKASIH ALLAH )
Pada pandangan anda, mengapakah umat Islam sendiri memusuhi para
ulama dan menyekat dakwah mereka, sedangkan Allah telah memberi
ancaman yang keras kepada sesiapa yang memusuhi walinya.

Jawapan :

Hal Ini terjadi disebabkan iman mereka lemah(I) kerana remajanya asyik
dengan hiburan dan tidak bertamadun(H) sehinggakan mengabaikan
pelajaran dan tidak memahami tanggungjawab sebagai rakyat.(HL)
Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya,
terutama menyedarkan remaja hari ini tentang pentingnya menuntut ilmu.
(K)

BAHAGIAN HADIS

( ORANG BERIMAN
KEKASIH ALLAH )
Petikan akhbar di atas menggambarkan masalah keruntuhan moral remaja
di Malaysia. Bagaimanakah iman yang sempurna mampu menyelesaikan
masalah di atas.

Jawapan :

Iman yang sempurna akan menjadi benteng kepada seseorang daripada


melakukan maksiat(I) bahkan ianya mampu membezakan antara mana
yang baik dan buruk.(H) Keadaan ini akan mendorong seseorang untuk
melakukan kebaikan dan terhindar daripada godaan syaitan.(HL)
Kesimpulannya, kita hendaklah mendalami ilmu agama dan beramal soleh
agar iman kita bertambah mantap.(K)

67 | P a g e MFCK,SMKPAHI
SEL M T M JU J Y

BUAT YANG TERBAIK UNTUK PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020

KAMI DOAKAN KAMU SEMUA AGAR SENTIASA SIHAT, TEKUN


BELAJAR DAN MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG.

IN-SYA ALLAH A+ DALAM GENGGAMAN

66 | P a g e MFCK,SMKPAH I

Anda mungkin juga menyukai