Anda di halaman 1dari 11

Berikut adalah contoh-contoh soalan beserta jawapan mengikut bahagian-

bahagian dalam Penilaian PKSK.

Tips Menjawab Soalan PKSK

Sebagai membantu calon membuat persiapan, disediakan tips-tips am bagi


menjawab soalan-soalan penilaian PKSK seperti berikut:

1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ): Calon


hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-
nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
2. Bahagian B: IQ, Penyelesaian Masalah: Calon perlu memberikan
jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan
3. Bahagian B: Pengetahuan Am: Calon haruslah merujuk buku
teks Sejarah tahun 6 serta Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau
menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa
Penjelasan lanjut EQ, SQ, SSQ dan IQ
 EQ – Emotional Intelligence: Kecerdasan emosi bagi
mengenalpasti, menggunakan, memahami serta menguruskan
emosi ke arah yang lebih positif
 SQ – Spiritual Quotient: Kecerdasan bagi mengukur
kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral
dan akhlak
 SSQ – Social Skills Quotient: Kecerdasan bagi mengukur
kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
 IQ – Intellectual Quotient: Kecerdasan bagi mengukur
kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian
masalah (matematik)
Contoh Soalan-Soalan PKSK

Bahagian A: (Soalan SQ, EQ dan SSQ)


1. Soalan: Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?
Jawapan: Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab
mengapa tak sesuai
2. Soalan: Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
Jawapan: Telefon, tulis surat, hantar mesej
3. Soalan: Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
Jawapan: Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
4. Soalan: Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan
yang perlu anda buat?
Jawapan: Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
5. Soalan: Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan
anda
Jawapan: Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah
tersebut kepada kita
6. Soalan: Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
Jawapan: Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru
displin
7. Soalan: Apakah tindakan jika dibuli kawan
Jawapan: Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
8. Soalan: Apakahtindakan jika rakan facebook ajak temujanji
Jawapan: Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
9. Soalan: Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
Jawapan: Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat
masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti
buat bising
10.Soalan: Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda
Jawapan: Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu
ibubapa

Bahagian B: (Soalan IQ dan Pengetahuan AM)


1. Soalan: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8?
Jawapan: YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
2. Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia
Jawapan: Kuala Lumpur
3. Soalan: Apakah tema Hari Kebangsaan 2020?
Jawapan: Malaysia Prihatin
4. Soalan: Siapakah pengasas facebook
Jawapan: Mark Zuckerberg
5. Soalan: Adat perpatih negeri mana
Jawapan: Negeri Sembilan
6. Soalan: Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja,
Exora, Iriz, Aruz adalah produk keluaran?
Jawapan: Proton
7. Soalan: Wau dari negeri mana?
Jawapan: Kelantan
8. Soalan: Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
Jawapan: Negara China
9. Soalan: Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
Jawapan: 16 September 1963
10.Soalan: Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
Jawapan: Neil Amstrong
11.Soalan: Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
Jawapan: Tasik Kenyir
12.Soalan: Siapa pencipta jalur gemilang
Jawapan: Allahyarham Mohamed bin Hamzah
13.Soalan: Labu sayong asal dari negeri mana?
Jawapan: Perak
14.Soalan: Namakan bapa pemodenan Malaysia
Jawapan: Dr. Mahathir Mohamad
15.Soalan: Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De
Langkawi
Jawapan: Sukan berbasikal
16.Soalan: Siapakah pengasas Apple?
Jawapan: Steve Jobs
17.Soalan: Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
Jawapan: video masakan
18.Soalan: Huraikan tentang fotosintesis
Jawapan: Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
19.Soalan: Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang
Sayang
Jawapan: Negeri Melaka
20.Soalan: Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
Jawapan: The rocket pocketman
21.Soalan: Nama pemain bolasepak Spanyol
Jawapan: Nacho, Sergio Ramos
22.Soalan: Kaum terbesar di Sabah?
Jawapan: Kaum Kadazan dusun
23.Soalan: Pulau Pangkor terletak di mana?
Jawapan: Perak
24.Soalan: Nama Bendera Malaysia?
Jawapan: Jalur Gemilang
Bahagian B: Penyelasaian Masalah

Bagi soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan


mengikut silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut
sebagai persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK ianya adalah ujian
penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan
membuat latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk
peperiksaan UPSR. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam
ujian Artikulasi Penulisan PKSK adalah:

1. Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari


wabak tersebut?
2. Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP
(Perintah Kawalan Pergerakan)
3. Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila
melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
4. Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang
tempoh pkp dijalankan dimana sekolah ditutup.
5. Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan
bagaiman anda menyesuaikan diri dengan norma tersebut?

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


tersebut kepada masyarakat.
Tema: Perintah kawalan Pergerakan (PKP)
Kunci Soalan: Kesan-kesan PKP kepada masyarakat

Sejak tahun 2019, wabak penyakit berjangkit COVID-19


telah melanda negara kita sehingga mengakibatkan kes penyakit
tersebut meningkat pada saban hari tanpa titik
noktahnya dan mengancam nyawa rakyat. Untuk memutuskan
rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia, perdana menteri
Malaysia yang ke-8, iaitu Muhyiddin Yassin telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sesungguhnya, PKP meminta rakyat duduk di rumah masing-
masing dan mengurangkan kali keluar dari rumah. Sayang
seribu kali sayang, pandemik COVID-19 datang seperti
ribut, pergi seperti semut. Selain itu, pandemik di negara kita
sepanjang masa PKP diterukkan lagi oleh COVID-19 bervariasi
Delta. Memandangkan PKP tersebut telah lama dijalankan
selama lebih daripada 1 tahun, persoalan yang muncul dalam
gawang minda saya ialah apakah kesan-kesan PKP kepada
masyarakat?

Kesan negatif perdana PKP kepada masyarakat ialah PKP


telah mengakibatkan kadar pengangguran di negara kita
meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana PKP
telah memandatorikan rakyat untuk duduk di rumah dan tidak
mampu bekerja di luar rumah terutamanya pekerja dari sektor
pembuatan dan sektor perkhidmatan. Selain itu, negara kita juga
mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. Masyarakat
turut menerima tempiasnya apabila berjuta-juta pekerja di
Malaysia terpaksa dipecat pekerjaan dan banyak syarikat
yang gulung tikar. Contohnya, majikan yang terasa tertekan
dari segi kerugian syarikat yang besar akan terpaksa untuk
mengurangkan bilangan pekerja. Dengan itu, golongan pekerja
yang hilang pekerjaan mereka akan terdesak untuk melakukan
jenayah supaya mempunyai wang bagi menyara keluarga
mereka. Tegasnya, PKP mengakibatkan ramai orang
menganggur.

Selanjutnya, PKP turut menjejaskan kehadiran murid ke


sekolah untuk belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
penyakit COVID-19 mudah menular dalam keadaan yang
mempunyai ramai orang. Hal ini telah mendatangkan perubahan
kepada sektor pendidikan apabila pembelajaran di kelas diubah
menjadi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
sepanjang PKP. Misalnya, para guru dan murid perlu
menggunakan aplikasi-aplikasi perjumpaan seperti Google
Meet, Zoom, dan Microsoft Team untuk menjalankan PdPR.
Walau bagaimanapun, bukan setiap keluarga mampu membeli
alat peranti untuk menjalani PdPR, terutamanya keluarga yang
mempunyai kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Selain itu, sesetengah murid tidak
menumpukan perhatian ketika menjalani PdPR. Natijahnya,
PdRP tidak efektif berbanding dengan pembelajaran di kelas.
Tuntasnya, PKP menyebabkan pembelajaran tidak boleh
dijalankan di sekolah.

Sementalahan, PKP juga mengakibatkan kesihatan


masyarakat terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana PKP
yang lama mengawal pergerakan masyarakat akan
menyebabkan tekanan emosi dan mental masyarakat. Hal ini
akan menyebabkan masyarakat mudah mengalami penyakit
kemurungan. Selain itu, masyarakat juga kurang mempunyai
peluang untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah di luar
rumah. Contohnya, PKP tidak membenarkan rakyat bersenam
di luar rumah kerana bimbang akan penularan penyakit
COVID-19. Akibatnya, hal ini akan menjejaskan kecergasan
tubuh badan masyarakat kerana kurang pergerakan otot-otot
badan. Risiko masyarakat menghidapi penyakit kronik seperti
sakit jantung turut akan meningkat. Teganya, kesihatan
masyarakat akan terjejas jika PKP dijalankan dengan begitu
lama.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa PKP


banyak mendatangkan kesan kepada masyarakat. Walau
bagaimanapun, PKP merupakan langkah pihak kerajaan yang
tidak dapat dielakkan untuk membendung penularan penyakit
COVID-19. Lantaran itu, semua pihak patutlah menggembleng
tenaga bagai aur dengan tebing untuk mengawal penularan
penyakit tersebut. Dalam hal ini, kita yang bergelar
warganegara Malaysia patut mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) supaya dapat mengurangkan risiko menghidapi
penyakit tersebut. Selain itu, kita patut menyahut seruan pihak
kerajaan untuk mengambil vaksin kerana “lindungi diri lindungi
semua”. Semoga penyakit COVID-19 dapat dibendung dengan
secepat mungkin supaya negara kita dapat berpulih daripada
segala kerugian yang dialami.
Kebaikan dan Keburukan Pembelajaran dalam talian
Pelaksanaan e-pembelajaran merupakan kaedah baharu di Malaysia, terutama semenjak
pandemic COVID-19 melanda seluruh dunia. Semua sekolah telah melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) supaya pembelajaran boleh diteruskan. Pembelajaran
dalam talian kini menjadi keperluan kerana mempunyai kelebihan sendiri. Namun begitu,
terdapat keburukan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Mudah dan selesa semasa pembelajaran


Kaedah e-pembelajaran lebih mudah dan selesa kerana murid dapat belajar di rumah atau di
mana-mana sahaja asalkan mempunyai komputer serta dapat mengakses Internet. Selain itu,
murid dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berulang-alik ke sekolah dan jadual
pembelajaran pula fleksibel.

Kaedah pembelajaran yang dapat berkomunikasi


Murid-murid juga dapat mempelajari kaedah pembelajaran baharu seperti sidang video, kuiz,
permainan dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga mendapat maklumat balas dengan
segera daripada para guru. Murid dan guru dapat berkomunikasi di alam maya bagi
memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dan pembelajaran tidak tertangguh.

Tidak mempunyai komputer dan akses Internet


Namun demikian, e-pembelajaran sukar dilaksanakan oleh murid yang tidak mempunyai
komputer dan akses Internet. Hal ini dialami oleh segelintar murid yang kurang
berkemampuan dan tinggal di luar bandar atau pedalaman. Mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran dan sudah tentu tidak dapat mengikuti pembelajaran ini. Pembelian komputer dan
pemohonan akses Internet akan menjadi beban yang besar terhadap keluarga yang miskin ini.

Tidak berinteraksi secara bersemuka


Selain itu, bukan semua maklumat pembelajaran yang dimuat naik oleh guru dapat difahami
oleh murid-murid. Murid-murid mungkin berasa susah untuk bertanya soalan kerana tidak
berinteraksi dengan guru secara bersemuka. Hal ini menyebabkan sesetengah murid tidak
menguasi pelajaran tersebut.

Penutup Karangan E-Pembelajaran


Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian memberi manfaat dan juga mendatangkan
keburukan kepada pelajar. Usaha-usaha yang relevan perlulah dijalankan oleh pelbagai pihak
agar semua murid dapat menjalani e-pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan pembelajaran
kini.

Post Tags:#E-Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai