Anda di halaman 1dari 21

DISEDIAKAN OLEH:PN MASIAH BT AHMAD PN NORHAFIZAH BT YAHAYA EN ABDULLAH BIN OTHMAN EN ABDUL RASID BIN KASIM

SMK CHUKAI SMK GELIGA SMK BINJAI SMK BINJAI

KERTAS 2 BAHAGIAN C - KARANGAN RESPONS TERBUKA(40 markah) KRITERIA KARANGAN CEMERLANG

MELEBIHI 180 PATAH PERKATAAN SEBAIK-BAIKNYA 250 PATAH PERKATAAN 6 PERENGGAN PENDAHULUAN - ISI (1 ISI 1 PERENGGAN) - PENUTUP SETIAP PERENGGAN SEBAIK-BAIKNYA 7-8 BARIS DAN SELANG SEBARIS SETIAP PERENGGAN KARANGAN PERLU DISOKONG DENGAN PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA, PEPATAH, BIDALAN ATAU FRASA MENARIK TULISAN ANDA MESTI KEMAS

APA YANG PERLU SAYA FIKIRKAN UNTUK MENULIS KARANGAN? PENDAHULUAN Mutakhir ini, Sejak akhir-akhir ini, Pada masa ini, Baru-baru ini, Sejak kebelakangan ini, Pada alaf globalisasi ini, Sebelum saya membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, Memang tidak dapat dinafikan bahawa,

ISI AYAT 1 ISI UTAMA MULAKAN DENGAN: Antara usaha yang dapat dijalankan Terdapat pelbagai usaha atau langkah Antara faktor Langkah lain yang dapat dilaksanakan

AYAT 2 HURAIAN MULAKAN DENGAN: Hal ini demikian kerana Hal ini terjadi disebabkan oleh Dengan kata lain 2

Sejajar dengan perkara tersebut Berdasarkan hal yang dihuraikan itu Walaupun begitu Langkah ini perlu dilaksanakan memandangkan

AYAT 3 CONTOH MULAKAN DENGAN: Sebagai contohnya, Sebagai misalannya, Umpamanya, Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kempen Penghayatan Rukun Negara.

AYAT 4 PENEGASAN ISI MULAKAN DENGAN: Jelaslah bahawa Sebagai kesannya Sebagai impaknya Seharusnya Memanglah Oleh hal yang demikian Anda boleh menyisipkan peribahasa pada bahagian ini.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN 1 Ibu bapa mempunyai peranan yang penting untuk mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial. Berikan pendapat anda. LANGKAH 1 MENGANALISIS SOALAN Jenis karangan Tema Soalan Kata Kunci Kehendak Soalan Karangan tidak berformat Pendapat Kekeluargaan Peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial. Memberikan pendapat tentang peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial.

LANGKAH 2 MEMBINA PENDAHULUAN Permasalahan sosial yang melanda golongan remaja amat membimbangkan masyarakat tidak seharusnya berlaku kerana mereka bakal menerajui barisan kepimpinan negara

LANGKAH 3 MEMBINA ISI-ISI PENTING 1 2 3 4 5 Sebagai asas utama institusi kekeluargaan, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak dengan sebaik-baiknya- tidak sepatutnya bersikap lepas tangan Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mendorong anak-anak menjauhkan diri daripada melibatkan diri dalam masalah sosial demi menghargai kasih sayang ibu bapa Memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak memyebabkan anakanak sentiasa mengawal tingkah laku untuk menjadi anak yang soleh atau anak yang solehah Menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk melahirkan insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia mendorong anak-anak sentiasa bijak dalam mengawal tingkah laku Mengawasi tingkah laku dan pergerakan anak-anak membimbing anak-anak agar bersikap bijak dalam memilih kawan mengenal rakan-rakan anak

LANGKAH 4 MEMBINA PENUTUP Kesimpulan ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting untuk menjauhkan anak-anak daripada terjebak dalam masalah sosial melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak dengan sebaik mungkin CONTOH PENDAHULUAN LENGKAP Pada masa kini, pelbagai masalah sosial melanda golongan remaja. Hal ini amat membimbangkan masyarakat di negara kita. Remaja yang menjadi harapan negara untuk menerajui barisan kepimpinan negara pada masa hadapan telah terjebak dalam masalahmasalah yang boleh menghancurkan masa hadapan mereka. Masalah sosial yang melanda golongan remaja seperti kegiatan mat rempit, penagihan dadah dan pergaulan bebas tanpa mengira jantina memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara. (54 patah perkataan) CONTOH ISI LENGKAP Dalam menangani permasalahan ini, ibu bapa sebagai asas utama institusi kekeluargaan terpaksa berdepan dengan cabaran yang besar untuk mendidik anak-anak. Oleh hal yang demikian, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin contohnya ibu bapa perlu menghadiri kursus keibubapaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Tegasnya, mereka tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan melaksanakan tanggungjawab tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga. (55 patah perkataan)

CONTOH KESIMPULAN LENGKAP Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa anak-anak mereka tidak terperangkap dengan pelbagai permasalahan sosial yang menjadi kudis masyarakat. Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih baik jika ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan payung sebelum hujan, iaitu melaksanakan tanggungjawab tersebut terhadap anak-anak dengan sebaik mungkin. (48 patah perkataan) CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN 2 Alam sekitar amat penting dalam kehidupan kita seharian. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan pendapat anda tentang cara-cara mendidik remaja dalam memelihara alam sekitar. LANGKAH 1 Sekiranya tugasan melibatkan kata kunci cara-cara, usaha-usaha, langkah-langkah murid-murid boleh menggunakan teknik jari. LANGKAH 2 Isi 1 ibu bapa-memainkan peranan dalam memberikan didikan secara formal dan tidak formal di rumah-ibu bapa sebagai suri teladan-melentur buluh biarlah dari rebungnya -menyediakan keperluan material Isi 2 sekolah- melalui proses pengajaran dan pembelajaran-pendidikan moral, pendidikan Islam, pendidikan sivik dan kewarganegaraan -pendidikan kokurikulum membentuk sahsiah dan disiplin pelajarpenggemblengan tenaga antara guru dan murid isi 3 rakan sebaya-pujangga menyatakan jika berkawan dengan si penjual minyak wangi kita akan berbau wangi-rakan yang baik akan bersama-sama membawa kepada kebaikan-saling mengingat antara satu sama lainkeprihatinan masyarakat sekeliling-cubit paha kiri paha kanan terasa juga isi 4 negara-peranan negara menguatkuasakan undang-undang-pelaksanan undangundang dijalankan dengan baik -kempen melalui media massa

BAHAGIAN D - NOVEL 10 MARKAH KRITERIA JAWAPAN CEMERLANG Sebut nama novel Jawab dalam perenggan Isi sekurang-kurangnya 3 isi Selang sebaris setiap perenggan

CONTOH SOALAN NOVEL

CONTOH 1 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 1 2 dan 3 seperti berikut.
(i)

(ii) (iii)

Limpahan Darah di Sungai Semur Timulak Kapal Perang Ekspedisi

Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di bawah.

Kigigihan dan ketabahan sering difokuskan oleh pengarang dalam karya sebagai persoalan yang penting.

CONTOH 2

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR WATAK UTAMA JAMALUDDIN

TIMULAK KAPAL PERANG WATAK UTAMA ANDAYU

PERWATAKAN

EKSPEDISI WATAK UTAMA HADI

Berdasarkan novel-novel di atas, berikan ciri perwatakan yang berkaitan dengan watak utama dalam novel tersebut.

CONTOH 3

Masyarakat bertanggungjawab

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 1 2 dan 3 seperti berikut.


(i)

(ii) (iii)

Limpahan Darah di Sungai Semur Timulak Kapal Perang Ekspedisi

Nyatakan contoh peristiwa yang berkaitan dengan latar masyarakat bertanggungjawab dalam setiap novel di atas.

CONTOH 4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh yang telah anda kaji di tingkatan 3.

EKSP EDIS Karya I Mohd G h az Toche ali h

Berdasarkan novel diatas, nyatakan tiga teknik penceritaan. Bagi setiap teknik penceritaan tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

KERTAS 1 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Baiki kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. 1. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia. 2. Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniakan badan yang sihat dan rezeki yang melimpah. 3. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. 4. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu. 5. Seorang dari peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri. 6. Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak. 7. Kehidupan Pak Amin yang dahulunya susah, sekarang sudah sangat senang-lenang setelah semua anaknya bekerja. 8. Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. 9. Tiga orang anak-anak laki-laki Encik Manzur berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke universiti. 10. Kita perlu minum dua liter air pada setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. 11. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 12. Buah mangga yang masak ranum itu kami telah petik untuk dibuat jus.

13. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita. 14. Penduduk Kampung Sejagat sentiasa mengamalkan sikap saling bantu10

membantu bila diadakan majlis perkahwinan. 15. Kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat saya telah perakukan berdasarkan mutu kerjayang ditunjukkan. 16. Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. A. sama luas gelanggang B. sama seluas gelanggang C. seluas dengan gelanggang D. sama luas dengan gelanggang. 17. Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada dalam buku panduan. A. berdasarkan nota B. berdasar kepada nota C. berdasarkan pada nota D. berdasarkan kepada nota 18. Ibu pejabat persatuan itu terletak antara perpustakaan dan balai polis. A. di antara perpustakaan dengan balai polis. B. di antara perpustakaan dan balai polis. C. antara perpustakaan dengan balai polis. D. antara perpustakaan dan balai polis. 19. Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana berpindah ke sini dan belum ramgai kawan. A. tidak sombong tetapi pemalu B. tidak sombong bahkan pemalu C. bukan sombong tetapi pemalu D. bukan sombong bahkan pemalu 20. Gadis itu membelikan hadiah banyak untuk diberikan kepada rakanrakannya. A. membeli hadiah banyak B. banyak membeli hadiah C. banyak membelikan hadiah D. membelikan hadiah banyak 11

21. Allahyarham Mokhtar Dahari ialah di antara pemain-pemain boleh sepak yang berkaliber di rantau Asia suatu ketika dahulu. A. ialah antara pemain B. adalah antara pemain C. adalah antara pemain-pemain D. ialah di antara pemain-pemain 22. Pegawai Jabatan Kesihatan mempertonton klip video tentang influenza A kepada para pelajar. A. mempertonton video klip B. mempertontonkan klip video C. mempertontonkan video klip D. mempertonton klip video

23. Amran tidak boleh hadir temu duga itu kerana dia nenghidapi deman panas secara tiba-tiba. A. tidak boleh hadir temuduga itu B. tidak boleh hadiri temuduga itu C. tidak dapat menghadiri temu duga itu D. tidak boleh hadir temu duga 24. Ibu terpaksa mengejutkan adik daripada tidur kerana kawankawannya sudah lama menunggu untuk ke kelas tambahan. A. mengejut adik dari tidur B. mengejut adik daripada tidur C. mengejutkan adik dari tidur D. mengejutkan adik daripada tidur 25. Demi memperolehi banyak pendapatan, ayah terpaksa bekerja lebih masa sehingga larut malam. A. Untuk banyak memperolehi pendapatan B. Demi untuk memperoleh banyak pendapatan C. Untuk memperoleh pendapatan yang banyak D. Demi memperolehi banyak 12

pendapatan Pilih ayat-ayat yang betul. 26. I Puan Zaharah memasukkan dua setengah gelas tepung ke dalam adunan itu. II Beratus orang telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat selepas kejadian rebut itu. III Program Bacalah Sayang yang dianjurkan oleh belia di kampung itu melibatkan semua kanak-kanak prasekolah. IV Datuk mewasiatkan separuh daripada bahagian sahamnya dalam syarikat itu didermakan.

A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 27. I II III IV Majlis itu disudahi dengan bacaan doa. Saya ayah belikan kasut sukan sempena hari jadi yang ke-15. Buku yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman sehari. Kegagalan saya dalam ujian itu menyebabkan saya kena marah.

A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja 28. I Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. II Masyarakat pada zaman purba suka berpindah dari satu tempat ke satu tempat. III Hiasan dalaman di pejabat Rncik Rajendran amat cantik dan menarik. IV Gadis ayu yang berselendang merah itu anak siapakah? A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I dan IV sahaja. 29. I Pesuruh-pesuruhjaya negara ASEAN yang bermesyuarat di negara kita diraikan dalam satu majlis makan malam. II Mesyuarat permuafakatan antara sekolah menengah dengan sekolah rendah turut dihadiri oleh guru-guru besar. III Ketidakpuasan hati penduduk setempat terhadap pemaju kawasan perumahan itu telah disuarakan kepada wakil rakyat. 13

IV Pergambilalihan syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan syarikat. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 30. I Beberapa pintu rumah kedai telah musnah dalam kebakaran yang berlaku kelmarin. II Pak Husin memasukkan anak ayam yang baru dibelinya ke dalam kurungan. III Sungguhpun dia terlalu letih, Azrul tetap ingin teruskan lariannya. IV Rumah besar yang terletak di tepi sungai itu siapakah miliknya? A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 31. I Kita harus bertanggungjawab atas apa-apa yang kita lakukan. II Adik begitu lancar bila menyebut perkataan yang diucapkan oleh ibu. III Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat. IV Pihak sekolah berusaha meningkatkan tahap pelajaran khususnya yang lemah dalam bidang akademik. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 32. I Pak Mustafa telah mengingatkan kami agar tidak mengusik lembu-lembu peliharaannya. II Syahmin lari lintang-pukang sambil meminta tolong apabila dikejar oleh anjing itu. III Segala kesalahan yang terdapat dalam latihan itu kamu mesti betulkan dan hantar pada hari ini juga. IV Berpuluh orang murid yang mengalami keracunan makanan telah dihantar ke hospital. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 33. I Mak Cik Fatimah gembira kerana anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya. II Saya tidak mengetahui perkembangan terbaharu itu oleh kerana berada di seberang laut. 14

III Pengetua menghadiahi pelajar itu pen kerana pencapaiannya yang cemerlang. IV Cik Hanim menyematkan roset pada baju tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 34. I II III IV Mana pandangan anda tentang isu kenaikan harga petrol? tanya pemberita itu. Kenapakah awak tidak memberitahu saya hal itu? keluh Encik Darmendra. Sila jangan buat bising di sini,tegur pengawas perpustakaan itu. Alahai, lambat betul bas tiba!rungut Saleha.

A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 35. I II III IV Hujung jari pengantin itu kelihatan kemerah-merahan setelah dibubuh inai. Kira berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita semua dengan rahmat-Nya. Rimbunan pokok di tepi sawah itu menjadi tempat berteduh para petani. Kerajaan telah menyediakan kemudahan asas yang lengkap sama ada di bandar atau di luar bandar.

A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja 36. I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I dan IV sahaja 37. I II III IV Adik saya pucat lesi setelah melihat tragedi itu. Sekembalinya ke tanah air, cara hidup Halil lebih ke barat. Dalam pasukan bola sepak sekolah kami, dialah yang termuda. Pokok-pokok cili Pak Abu terbantut pertumbuhannya kerana diserang penyakit.

A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja 15

C. I, II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja 38. I II III IV Nurul tidak bersalah dalam hal itu, benarkah? Pameran sains dan teknologi itu sungguh menarik perhatian para pengunjung. Penglibatan belia dalam bidang pertanian mendapat sokongan daripada kerajaan. Semasa majlis Hari Ibu melangsung, adik Shafiq menghadiahkan sejambak bunga kepada ibunya.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 39. I II III IV Janganlah kita merajuk bila dimarahi oleh ibu kita. Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu. Latihan bola sepak akan tetap diteruskan walaupun hujan lebat. Buatlah kerja sambilan dahulu sementara mendapat pekerjaan tetap.

A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 40. I Semua guru yang sedang berkhidmat di sekolah yang baru dibuka itu. II Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput. III Penemuan barang-barang lama di kawasan itu sangat penting kepada ahli-ahli sejarah. IV Kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah itu dijangka menelan perbelanjaan yang besar. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja. 41. I Di Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir kilat. II Kerja Kursus Geografi telah disiapkan oleh kami pada pagi tadi. III Sali mengalami kesedihan yang amat sangat setelah kematian ibunya. IV Dengan berpandukan cahaya bulan mereka meredah malam yang gelita. A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. III dan IV sahaja 16

D. I, III dan IV sahaja 42. I II III IV Basah meja itu kerana ketumpahan kuah gulai. Sudah berkurun lamanya harta karun itu tertanam di dasar laut. Anak kucing kesayangan ibu terlanggar oleh sebuah kereta Proton Waja. Subri baru sahaja membelikan sebuah buku cerita kepada adik bongsunya.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja 43. I Untuk mencapai kata sepakat, mereka perlu berbincang tentang perkara itu dengan segera. II Novel yang dibacanya itu ialah novel yang ditulis oleh penulis terkenal. III Budin mendapat asuhan yang secukupnya daripada ibu bapa sejak kecil lagi. IV Sikap Ahmad yang rajin dan berusaha menyebabkan dia mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja 44. I Ibu memasakkan sambal tumis bilis untuk hidangan makan tengah hari. II Bandar raya Kuala Terengganu bermandikan cahaya sempena Tahun Melawat Terengganu 2008. III Atas perhatian daripada pihak tuan, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. IV Walaupun kehidupan Pak Harun serba kekurangan tetapi kesemua anaknya berjaya di dalam pelajaran. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 45. I Kakak mengidam untuk makan bulan mempelam semasa mengandungkan anak sulungnya. II Setiap orang suka akan pemuda itu yang sentiasa ringan tulang membantu orang kampung. III Jarang dapat kita lihat pelajar belajar secara berkumpulan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. IV Zaidi berjoging tiga setengah kilometer pada setiap hari untuk kecergasan badannya. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja 17

C. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 46. I II III IV Kedua-dua orang sahabat itu saling bersalaman setelah lama tidak bertemu. Bintang-bintang di langit berkerlipan pada malam yang syahdu itu. Baju sekolah saya belum terbasuh lagi walaupun sudah terendam dua hari. Sukri membeli lima biji jagung rebus untuk adik-adiknya.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja 47. I Lelaki yang mencurigakan itu mundar-mandir di kawasan itu sejak sejak dari semalam. II Guru menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran. III Pengacara yang membuat lintas langsung itu melaporkan dari Stadium Negeri. IV Setelah setahun berkenalan, akhirnya Hamid memperisteri Hamidah, rakan sepejabatnya. A. I dan III sahaja B. I dan IV sahaja C. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja 48. I Tembakan anggota polis kena pada kaki perompak itu. II Ayah menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit sempena hari lahirnya ke-15. III Tak usahlah kamu membangkitkan perkara yang terlalu remeh-temeh dalam perbincangan ini. IV Salamah menanti rakannya di sekolah hampir satu setengah jam. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, III dan Iv sahaja D. II, III dan IV sahaja 49. I II III IV Ayah kamu pergi ke Kuantan sampai bilakah? Pelajar cemerlang yang menerima hadiah daripada pengetua. Pembakaran sampah secara terbuka mesti dielakkan orang ramai. Setiap tetamu mendapat cenderamata bunga telur daripada tuan rumah.

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

18

50. I II

Gadis yang bertudung itu amat baik sekali tingkah lakunya. Lukisan pemandangan Pulau Kapas yang tergantung di dinding rumahnya sangat cantik. III Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Cikgu Ahmad. IV Mekanik itu berusaha membaikkan kereta Puan Fazidah yang selalu meragam. A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja.

KENAL PASTI AYAT YANG BETUL. 51. I. Setiap orang pelajar harus bergiat dalam aktiviti kokukrikulum. II. Penduduk negara kita terdiri daripada berbagai kaum. III. Setengah orang yang tinggal di kawasan pendalaman masih belim mendapat bekalan air dan elektrik. IV. Kedua-dua orang pelajar itu adik-beradik. 52. I. Aku berharap semoga kamu dapat menyesuaikan diri di rumah ini. II. Telah kukatakan bahawa aku tidak mengambil barang itu, kata Lim kepada Rifaat. III. Kami berjaya mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan, kata Syukri kepada ibunya. IV. Dia dianugerahi pingat kebesaran bersempena dengan hari keputeraan Sultan Terengganu. 53. I. Kami akan menjemput Pak Usu Halim di Lapangan Terbang. II. Berita perkahwinan selebriti terkenal itu sudah tersebar ke seluruh negara. 19

III. Wang syiling itu saya telah masukkan ke dalam tabung. IV. Air kopi ini masih panas kerana ianya baru dibancuh oleh ibu.

54.

Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar. A. B. C. D. Membawa banyak kesan-kesan negatif Membawakan banyak kesan negatif Banyak membawa kesan negatif Membawa banyak kesan negatif

55. Cikgu Amir mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar dalam menjayakan majlis itu. A. B. C. D. Dengan kerjasama yang diberikan Atas kerjasama yang diberikan Pada kerjasama yang diberikan Di atas kerjasama yang diberikan

56. itu. A. B. C. D.

Saya akan sertai pertandingan menulis cerpen remaja bertemakan kemerdekaan Akan saya menyertai Akan disertai oleh saya Akan saya sertai Saya akan sertai

Analisis betul atau salah

20

57. Projek pembinaan kilang di kampung ini kami akan tentang kerana pencemaran alam yang bakal berlaku. 58. 59. 60. Kerja rumah yang cikgu Ahmad suruh itu belum dibuat oleh kami lagi. Barang-barang keperluan harian di kedai itu mahal-mahal harganya. Pak Mat gembira kerana anak-anaknya pandai-pandai belaka.

70. Taman bunga itu diperindahkan dengan pelbagai pokok bunga oleh tukang kebun untuk memperelokkan keceriaannya. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. Dia begitu lemah longlai sekali setelah bekerja seharian di tapak pembinaan itu. Wak Jono akan membeli anaknya sebuah basikal. Ibu kamu dari pasar sudah pulangkah? Persatuan itu menghadkan bilangan ahlinya kepada 100 orang sahaja. Pak Mail memperisteri anak bongsunya dengan Fahrin Ahmad. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok. Adik saya sudah boleh menunggang basikal. Ali ingin membina sebuah kehidupan yang bahagia dengan isterinya, Liza. Pemberita itu melaporkan dari Keningau berita tentang nahas helikopter Nuri. Untuk berjaya, kita perlu mengketepikan perkara yang remeh-temeh.

21

Anda mungkin juga menyukai