Anda di halaman 1dari 6

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA, BANDAR SERI BEGAWAN

BAHASA MELAYU MENENGAH LIMA KERTAS 1 (1201/1)

MEI 2011 MASA: 1 JAM 30 MINIT

______________________________________________________________________

PILIH SATU DARIPADA TAJUK-TAJUK KARANGAN DI BAWAH INI DAN


BUATLAH SEBUAH KARANGAN YANG PANJANGNYA TIDAK KURANG
DARIPADA 350 PATAH PERKATAAN. PERTIMBANGAN MARKAH AKAN DIBERI
KERANA GAYA BAHASA, ISI KARANGAN DAN SUSUNANNYA.

1. Pembentukan sikap dan tingkah laku seseorang anak itu banyak bergantung
kepada keadaan di rumah. Bahaskan.

2. Anda akan mewakili sekolah anda dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan tersebut ialah “Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab
bersama”. Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya.

3. Bincangkan punca-punca berlaku masalah ponteng sekolah dan cara-cara


mengatasinya.

4. Bincangkan cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar.

5. Kampung anda telah dilanda banjir setelah hujan turun dengan lebatnya.
Ceritakan suasana banjir yang berlaku di kampung anda.

6. Bincangkan kesan-kesan rasuah dan cara-cara mengatasinya.

7. “Nasi sudah menjadi bubur”. Tuliskan satu cerita tentang peribahasa tersebut.

*Semoga Berjaya*
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA, BANDAR SERI BEGAWAN

SKIMA JAWAPAN BAHASA MELAYU 1


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PADA BULAN MEI 2011

SOALAN 1
Pembentukan sikap dan tingkah laku seseorang anak itu banyak bergantung kepada
keadaan di rumah. Bahaskan.

Pendahuluan
- Pembentukan sikap dan tingkah laku seseorang anak itu banyak bergantung
kepada keadaan di rumah.
- Menyatakan pendirian sama ada setuju atau tidak dengan pernyataan di atas.
- Saya bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ibu bapa merupakan orang
yang pertama mendidik anak-anak mereka sejak anak itu dilahirkan.

Isi
1. Tingkah laku anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang
tinggal bersama mereka. Contohnya dari segi pertuturan dan penggunaan
bahasa sehari-sehari.
2. Suasana di rumah yang harmoni akan melahirkan anak-anak yang sentiasa
gembira dan ceria. Mereka juga dapat menjalinkan hubungan dengan orang lain
dengan suasana yang harmoni.
3. Ibu bapa dan ahli keluarga yang berdisiplin akan melahirkan anak yang
berdisiplin dan bertanggungjawab.
4. Keadaan persekitaran rumah yang tidak kemas dan kotor menjadikan anak-anak
mengamalkan sikap yang sedemikian semasa di sekolah.
5. Sikap saling menghormati semasa di rumah akan mempengaruhi tingkah laku
seseorang anak.

Penutup
- Kesimpulannya, tingkah laku seseorang anak memang dapat diketahui daripada
latar belakang seseorang anak itu. Ini adalah kerana keadaan di rumah
seseorang anak itu akan member pengaruh yang besar terhadap tingkah laku
seseorang anak itu.
SOALAN 2

Anda akan mewakili sekolah anda dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan
tersebut ialah “Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama”. Tuliskan
teks syarahan itu selengkapnya.

Karangan mesti ditulis mengikut format syarahan.

Pendahuluan
- Kata-kata aluan.
- Nyatakan tajuk syarahan.

Isi
a) Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama
i. Pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan jalan raya.
ii. Pejalan kaki mesti menggunakan laluan melintas jalan atau jejantas
semasa menyeberang jalan raya.
iii. Pemandu kenderaan mesti memastikan kenderaan berada dalam
keadaan baik sebelum memandu.
iv. Pihak kerajaan perlu membaiki kerosakan jalan raya dengan segera.
v. Pemandu kenderaan mesti menumpukan sepenuh perhatian semasa
memandu seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Penutup
- Masalah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika semua pihak mengambil
berat tentang keselamatan di jalan raya.
- Sekian, terima kasih.

SOALAN 3
Bincangkan punca-punca berlaku masalah ponteng sekolah dan cara-cara
mengatasinya.

Pendahuluan
- Masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang dihadapi oleh semua
sekolah dan masalah ini semakin membimbangkan kerana masalah ini akan
menimbulkan pelbagai masalah lain.
- Punca-punca berlaku masalah ini perlu dikenal pasti dari akar umbinya bagi
mencari jalan mengatasi masalah ini.

Isi
a) Punca-punca berlaku masalah ponteng sekolah
i. Pengaruh daripada kawan-kawan.
ii. Pengajaran guru yang membosankan dan pelajar tidak mempunyai minat
untuk belajar.
iii. Kawalan disiplin di sekolah yang tidak ketat.

b) Cara-cara mengatasi masalah ponteng sekolah


i. Pelajar-pelajar harus diberi kaunseling dan kesedaran tentang pentingnya
pelajaran.
ii. Ibu bapa harus mengawasi pergaulan anak-anaknya.
iii. Pihak sekolah harus membuat kawalan disiplin yang lebih ketat.
iv. Guru harus bijak menarik minat pelajar untuk belajar.

Penutup
- Pelbagai punca berlakunya masalah ponteng sekolah yang dikenal pasti di atas
akan dapat membantu untuk mencari jalan mengatasi masalah ini.
- Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.

SOALAN 4
Bincangkan cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar.

Pendahuluan
- Memberi maksud pencemaran alam sekitar dan keadaan pencemaran alam
sekitar yang berlaku pada masa sekarang.
- Pencemaran alam sekitar mendatangkan banyak kesan negatif dan perlu diatasi
dengan segera.

Isi
a) Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar
i. Kerajaan patut menguatkuasakan hukuman yang berat kepada sesiapa
sahaja yang mencemarkan alam sekitar.
ii. Mendidik masyarakat supaya mencintai dan menjaga alam sekitar sejak
mereka masih kecil lagi.
iii. Peranan media massa memberi kesedaran kepada masyarakat.
iv. Peranan ibu bapa.
v. Peranan pihak sekolah.

Penutup
- Alam sekitar yang bersih penting untuk meneruskan kehidupan yang sihat.
- Semua pihak harus bekerjasama menjaga alam sekitar.
SOALAN 5
Kampung anda telah dilanda banjir setelah hujan turun dengan lebatnya. Ceritakan
suasana banjir yang berlaku di kampung anda.

Pendahuluan
- Kampung yang terletak di kawasan yang rendah sering berlaku banjir.
- Banjir akan berlaku apabila hujan turun dengan lebat tidak berhenti-henti dalam
jangka masa yang lama.

Isi
- Ceritakan bagaimana banjir berlaku dan keadaan anda serta penduduk kampung
semasa menghadapi banjir tersebut.
- Pengembangan cerita mengikut urutan penting untuk member gambaran yang jelas
tentang suasana banjir yang berlaku di kampung anda.

Penutup
- Keadaan selepas banjir dan kerugian yang dialami akibat banjir.
- Harapan anda agar banjir tidak akan berlaku lagi serta pihak berkenaan perlu
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi banjir tersebut.

SOALAN 6
Bincangkan kesan-kesan rasuah dan cara-cara mengatasinya.

Pendahuluan
- Pengertian rasuah
- Rasuah mendatangkan banyak kesan negatif kepada masyarakat dan Negara.
- Usaha-usaha mengatasi perlu dilakukan dengan lebih berkesan untuk
memastikan negara bersih daripada gejala rasuah.

Isi
a) Kesan-kesan rasuah
i. Menjejaskan kemajuan dan pembangunan Negara.
ii. Masyarakat hilang kepercayaan terhadap undang-undang negara.
iii. Menjejaskan pelaburan asing dan ekonomi negara.

b) Cara-cara mengatasi rasuah.


i. Pendidikan tentang bahaya rasuah sejak di bangku sekolah lagi.
ii. Member kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai program dan
ceramah-ceramah.
iii. Mengenakan hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah.
Penutup
- Masyarakat berperanan menjauhi kegiatan rasuah kerana kegiatan rasuah
banyak memberi kesan buruk terhadap masyarakat dan negara.
- Semua pihak mesti berganding bahu membantu Biro Mencegah Rasuah
mengatasi gejala rasuah.

SOALAN 7
“Nasi sudah menjadi bubur”. Tuliskan satu cerita tentang peribahasa tersebut.

Pendahuluan
- Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tepat
dan mengandungi pengertian yang tertentu sebagai kiasan, bandingan, teladan
dan pengajaran.
- Peribahasa “Nasi sudah menjadi bubur” bermaksud sesuatu yang telah berlaku
tidak dapat dibetulkan lagi.

Isi
- Karangan jenis peribahasa ini memerlukan calon menceritakan kisah seseorang
yang telah melakukan kesilapan dalam hidupnya dan sudah terlambat untuk
membetulkan kesilapannya apabila dia sedar tentang kesilapannya.

Penutup
- Berikan nasihat atau pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai