Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat
illahi kerana dengan izinNya saya berjaya menyempurnakan tugasan kursus
Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012) yang diberikan kepada kami.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Datin Hajah Wan
Roslina kerana sudi meluangkan masa, member bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya untuk menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, mungkin proses
menyiapkan kerja kursus ini tidak berjalan dengan lancar.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana tidak putus memberi kata kata
motivasi yang menjadi penyuntik semangat bagi saya dalam menyiapkan tugasan
ini.
Segulung penghargaan ingin saya berikan kepada rakan-rakan saya kerana
telah member tunjuk ajar, sokongan serta sudi berkongsi ilmu pengetahuan
bersama-sama dengan saya.
Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
pelaksanaan kerja kursus ini, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. ISI KANDUNGAN
3. ANALISIS BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN BERBAHASA
4. 1.0 PENGENALAN
5. 2.0 KONSEP KESANTUNAN
2.1 SANTUN
2.2 KESANTUNAN
6. 3.0 ISU PENDIDIKAN
3.1 PELAJAR TIDAK MENGHORMATI GURU
7. 4.0 ISU MEDIA
4.1 PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
4.2 PENGARUH NEGATIF BUDAYA BARAT
8. 5.0 ISU GEJALA SOSIAL
5.1 GEJALA VANDALISME
5.2 GEJALA PONTENG SEKOLAH
9. 6.0 PENUTUP
10. LAMPIRAN CERPEN
ANALISIS BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN BERBAHASA

Bil. Contoh Bentuk kesantunan


1. “Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. “ Kesantunan verbal

2. “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik Kesantunan Verbal


bonda saya?”
3. Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya Kesantunan Nonverbal
Menjaga buku-buku itu dengan baik
4. Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang Kesantunan Nonverbal
hamper memusnahkan negara ini.

5. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang Kesantunan Nonverbal


malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai
anak-anak sebangsa saya.

6. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum Kesantunan Nonverbal


Kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab
lama yang hamper lusuh dan tertanggal kulitnya.

7. Selepas saya memperkenalkan diri, di mula Kesantunan Nonverbal


tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya
masuk. Kami bersalaman erat.

Bil Contoh Jenis kesantunan


1. “Mel, bonda merestui kamu berhijrah ke ibu kota. Kesantunan Lisan
Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua
perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu
abaikan…Pleriharalah bahasa ibunda kita kerana
itulah sahaja warisan kita yang tinggal…”
2. “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang Kesantunan Lisan
tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan
mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan
kesilapan kali kedua…”
1.0 PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, nilai-nilai kesantunan bahasa semakin tenggelam
dalam kalangan generasi muda. Mereka menganggap budi bahasa sebagai sesuatu
yang remeh bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Namun demikian, isu ini terus
menjadi kebimbangan rakyat Malaysia mutakhir ini. Keruntuhan akhlak manjadi
tunjang kepada pembentukan sahsiah yang tidak bermoral seperti mencarut,
ponteng sekolah, vandalisme dan sebagainya. Saban hari, di dada-dada akhbar,
terpampang isu-isu remaja yang rosak sikapnya. Di corong-corong radio dan di kaca
televisyen, terdapat berita-berita yang menggambarkan generasi muda pada masa
kini makin bertambah liar. Hal ini semua berpunca daripada kemerosotan budaya
kesantunan bahasa dalam kangan anak muda. Tegasnya, isu-isu kesantunan
masyarakat Malaysia haruslah dibanteraskan dari peringkat akar umbi lagi

2.0 KONSEP KESANTUNAN


2.1 Santun
Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau
budi pekerti, beradab atau sopan. Berbahasa dengan santun ialah menggunakan
bahasa secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan dan berusaha
menghindari konflik antara pertutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

2.2 Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): kesantunan bermaksud perihal santun, kesopanan,
kehalusan dalam budi bahasa atau budi pekerti. Awang Sariyan (2007) memberi
definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara.

3.0 ISU PENDIDIKAN


3.1 Pelajar Tidak Menghormati Guru
Golongan remaja sekolah kini didapati mula mengabaikan nilai kesantunan
berbahasa ketika berinteraksi. Fenomena ini sering berlaku kerana hilangnya rasa
hormat pelajar terhadap guru atau orang yang lebih tua dari mereka. Contohnya, kes
yang dilaporkan berlaku di Kota Kulai pada 23 Mei 2014 dimana seorang pelajar
Tingkatan Dua tergamak menumbuk gurunya apabila ditegur supaya diam di surau.
Isu ini telah membuktikan bahawa kesantunan dalam diri pelajar kian luntur saban
hari. Dalam hal ini (Yahya Othman ,2005)menyatakan bahawa institusi sekolah tidak
terkecuali daripada persoalan amalan budi bahasa, terutama dalam kalangan
pelajar. Hal ini dapat dilihat melalui pertuturan serta tingkah laku yang tidak sopan
yang berlaku dalam kalangan pelajar terhadap guru mereka sendiri. Amalan
kesantunan dan berbudi bahasa haruslah diterapkan dalam diri pelajar sejak kecil
lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila ibu bapa
sudah mendidik anak-anak untuk menghormati guru dan orang yang lebih tua dari
kecil, maka secara tidak langsung anak-anak akan memelihara kesantunan dengan
guru-guru mereka.

4.0 ISU MEDIA


4.1 Penyalahgunaan media sosial

Pada era globalisasi kini, tidak hairanlah majoriti anak muda mempunyai platform
media sosial untuk berkomunikasi atau mendapat maklumat. Contoh aplikasi media
sosial yang sering digunapakai adalah Whatsapp, Twitter, dan Facebook.
Malangnya, ramai dikalangan anak muda menyalahgunakan kemudahan media
sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah seperti melayari
web lucah, melakukan jenayah siber, dan mengamalkan plagiarism. Kesannya,
ramai anak muda runtuh akhlaknya kerana menggunakan media sosial kearah
negatif. Hal ini juga akan melahirkan rakyat Malaysia yang lemah dalam
pembelajaran kerana menonton adegan lucah serta meniru semasa menyiapkan
tugasan.

4.2 Pengaruh negatif budaya barat

Semakin ramai golongan pemuda hari ini mengejar gaya hidup global yang ditandai
oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Mereka didedahkan dengan pelbagai adegan dan
kata-kata yang tidak senonoh melalui filem barat dan gaya hidup orang barat di
media sosial. Contohnya, mereka terpengaruh dengan aksi yang ditayangkan dalam
filem yang berunsurkan seksual. Kesannya, penggunaan bahasa yang kesat dan
tidak baik menjadi ikutan generasi muda pada masa kini. Selain itu, mengakibatkan
lelaki dan perempuan tidak segan silu mempamerkan adegan yang memalukan di
khalayak ramai kerana terikut dengan budaya barat. Oleh itu, kesantunan bahasa
tidak dapat dikekalkan dan lama-kelamaan menjadi semakin pudar ditelan arus
pemodenan kerana hilangnya sifat malu dalam diri anak muda. Tuntasnya, ibu bapa
haruslah mengawasi anak- anak dengan mengehadkan penggunaan alat gajet yang
berlebihan supaya lahirnya anak muda yang bermaruah.

5.0 ISU GEJALA SOSIAL


5.1 Gejala Vandalisme

Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam
atau persendirian. Punca utama berlakunya peningkatan dalam isu vandalisme
adalah pengaruh rakan sebaya yang tidak baik. Bagi kumpulan remaja yang tidak
bermoral, akan timbul idea untuk menconteng dan merosakkan harta benda awam.
Vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tiada niai etika dan hanya mahu
mendapatkan kepuasaan diri sendiri. Kesannya, pemandangan di sekitar kawasan
tercemar dengan contengan yang tidak senonoh. Imej negara juga terjejas kerana
pelancong asing melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat Malaysia. Selain itu,
perbuatan tidak bermoral ini akan menyebabkan pihak awam dan swasta terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki dan menggantikan kemudahan yang
telah dirosakkan. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dengan kerjasama pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) haruslah mengambil inisiatif untuk membanteras isu
vandalisme ini dengan memperkuatkuasakan peraturan sekolah agar aktiviti pelajar
dapat dikawal. Selain itu, pihak kaunselor wajarlah mengadakan sesi kaunseling atau
ceramah kesedaran gejala sosial dari masa ke masa supaya dapat menanamkan
budaya kesantunan dalam diri anak muda.

5.2 Gejala Ponteng Sekolah


Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab
atau tugas tanpa kebenaran. Dalam konteks ini, ponteng sekolah merujuk kepada
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
musnasabah. Didapati pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah semakin
bertambah hari ini terutama sekali di kawasan bandar. Punca utama berlakunya
peningkatan dalam kes ponteng sekolah adalah kerana pengaruh buruk rakan
sebaya. Pelajar seringkali ponteng sekolah secara berkumpulan kerana terpengaruh
dengan ajakan kawan. Hal ini akan bertentangan dengan nilai kesantunan kerana
melanggar peraturan seiring melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. Jika gejala
ponteng sekolah tidak dibanteraskan hingga ke akar umbi, maka pelajar ini juga
berisiko untuk melakukan gejala sosial yang lebih merbahayakan nyawa seperti
merokok dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa haruslah menasihati anak-anak untuk tidak memonteng sekolah agar dapat
melahirkan generasi yang bermoral dan tingkah laku baik.

6.0 PENUTUP
Sudah terang lagikan bersuluh, dapatlah disimpulkan disini bahawa terdapat
pelbagai isu kesantunan yang harus diberi maksima perhatian mulai sekarang.
Semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha membanteras isu kesantunan
yang semakin kritikal ini. Kita haruslah mengambil langkah pragmatik dan kritis
supaya dapat mananamkan sifat kesantunan dalam diri generasi akan datang.
Generasi pada hariini perlu digilap agar menghargai pegangan nilai budi bahasa dan
kesantunan yang diwarisi sejak turun-temurun. Generasi muda juga perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan norma ini tidak hanyut ditelan zaman bak
kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
RUJUKAN

‌Dee-dylrianye-d. (2015, December 26). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Dokumen.Tips;

Unknow. https://dokumen.tips/documents/kesantunan-masyarakat-malaysia-

568103c15ba75.html

Hisyam, A. (n.d.). Bentuk dan Jenis Kesantunan (GSB 1012). Www.Academia.Edu. Retrieved

October 23, 2020, from

https://www.academia.edu/40217247/Bentuk_dan_Jenis_Kesantunan_GSB_1012_‌

khidhir uzair. (2020). kesantunan masyarakat. Academia.Edu.

https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat

Majid, K. A. (2019, July 8). Kesopanan berbahasa kian terpinggir. Berita Harian; Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07/582368/kesopanan-berbahasa-

kian-terpinggir

Pertama sekali saya ingin


memanjatkan kesyukuran yang
tidak terhingga kepada
Tuhan kerana dengan izinNya
saya berjaya menyempurnakan
tugasan kursus
Kesantunan Masyarakat Malaysia
( GSB 1012 ) yang diberikan
kepada kami
dalam tempoh 2 minggu.
Jutaan terima kasih saya tujukan
kepada pengarah Institut
Pendidikan
Guru Kampus Tuanku Bainun
diatas dorongan dan sokongan
yang beliau
berikan kepada kami sepanjang
melaksanakan kerja kursus ini.
Saya juga ingin turut
merakamkan ucapan terima
kasih kepada Encik
Mohd Nasser Bin Md Isa kerana
sudi meluangkan masa, member
bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk
menjayakan tugasan ini. Tanpa
bantuan beliau,
mungkin proses menyiapkan
kerja kursus ini tidak berjalan
dengan lancar. Tidak
lupa juga kepada ibu bapa saya
walaupun mereka jauh daripada
saya kerana
tetap member kata kata motivasi
yang menjadi penyuntik
semangat bagi saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Segulung penghargaan ingin
saya berikan kepada rakan-
rakan saya
kerana telah member tunjuk
ajar, sokongan serta sudi
berkongsi ilmu
pengetahuan bersama-sama
dengan saya. Tanpa bantuan
mereka, saya tidak
akan mampu menyelesaikan
tugasan kerja kursus dengan
sempurna.
Kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak
langsung
dalam pelaksanaan kerja kursus
ini, saya ucapkan setinggi-tinggi
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai