Anda di halaman 1dari 3

Peribahasa Untuk Karangan

Budi Bahasa Bagai kacang melupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongya Bagai melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Merendah diri Berkata peliharakanb lidah Hati hati dengan setiap pertuturan Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati menginggalkan namaSetiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati Budi yang diterima tidak dapat dibalas seumur hidup Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak Orang yang elok dan cantik tetapo tidak berbudi bahasa Kata biar dikota Janji atau kata- kata diucapkan hendaklah ditunaikan Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkanSangat berbesar hati menerima nasihat atau pertolongan orang lain Kasih Sayang/ Perhubungan Air dicincang tidak akan putus Perbalahan antara adik- beradik tidak akan berpanjangan Anak di pangkuan dilepaskan, kera di riba disusul Melebikan orang lain daripada keluarga sendiri Bagai menatang minyak yang penuh Melayan seseorang dengan baik Baik sangka Rasa muhibah Bersatu teguh, bercerai roboh Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita berpecah- belah, kita akan lemah Bukit sama didaki, luruh sama dituruni Perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan

Carik- carik bulu ayam, lama- lama bercantum juga Berselisih faham sesame keluarga akhirnya berbaik semula Gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga Perselisihan faham kadangkala berlaku antara suami isteri dan sanak saudara Hilang di mata, di hati jangan Walaupun berjauhan tetap ingat di hati Macam berlangkas Tidak boleh dipisahkan

Perbuatan yang sia- sia Ada sampan hendak berenang Sengaja menyusahkan diri sendiri Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki Kalahjadi abu menang jadi arang Dua pihak yang berkelahi sama sama menanggung kerugian

Kutu embun Orang yang suka merayau- rayau hingga larut malam Mencurahkan garam ke laut Melakukan pekerjaan yang sia- sia Mengajar itik berenang Mengajar seseorang yang sudah pandai Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh malah keunutungan yang dimiliki turut habis hilang

Putih mata Kecewa Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal , sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Sudah terhantuk, baru tengadah Setelah mendapat kesusahan

Daya Usaha Ala bias tegal biasa Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah apabila sering berlaku Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Jika berusaha dengan gigih, orang yang bodoh akan berjaya juga Berakit- rakit dahhulu, berenang renang ke terpian, bersakit- sakit dahulu, bersenangsenang kemudian Menghadapi kesusahan dahulu untuk mendapat kesenangan pada hari kemudian Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika ada keinginan atau cita- cita pasti ada cara untuk mencapainya Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Jika dikehendaki pelbagai usaha boleh dilakukan tetapi jika tidak mahu pelbagai alas an diberikan Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Kejayaan tidak akan dicapai jika tidak disertakan usaha Sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain Sesuatu pekerjaan akan selesai akhirnya jika dilakukan dengan tekun dan sabar

Semangat Patriotisme Bahasa menunjukkan bangsa/ Bahasa jiwa bangsa Bahasa menjadi lambing dan identity sesuatu bangsa Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki Hilang bahasa, lenyaplah bangsa Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri senditi Sebaik- baik Negara orang tidak sebaik negara sendiri

Pemuda tonggak Negara, pemudi harapan Negara Golongan belia ialah agen pembangunan Negara yang utama

Penyesalan Buang yang keruh, ambil yang jernih Buang yang jahat dan ambil yang baik Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi

Keberanian Berani kerana benar, takut kerana salah Berani kerana berada di pihak yang benar Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada menganggung malu Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal Mengukur baju di badan sendiri Berbelanja mengikut kemampuan sendiri Pandu cermat jiwa selamat Memandu kenderaan dengan berhati- hati Tepuk dada tanya selera Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik- baik Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Berhati- hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain Sediakan paying sebelum hujan Berjaga- jaga sebelum ditimpa bencana Kepentingan Ilmu/ Pendidikan Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai Hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul Ibu bapa yang cuba membetulkan kesalahan anak tetapi mereka juga melakukan kesalahan Kecantikan Bagai bulan dipagari bintang/ Emas baru disepuh Cantik

Nasib Malang Bagai laying layang putus tali Sudah putus harapan ( bergantung pada nasib) Terlepas mulut buaya masuk mulut harimau Baru terlepas daripada kemalangan atau bahaya yang kecil terkena pula kemalangan atau bahaya yang lebih besar Antan patah lesung hilang/ Sudah jatuh ditimpa tangga Kemalangan yang dialami bertimpa- timpa Tanam padi tumbuhnya lalang Orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaiman yang diharapkan Untung sepanjang jalan, malang sekelip mata Kemalangan datang secara tiba- tiba

Ada kemayan sebesar lutu jika tidak dibakar tak akan berbau Orang yang banyak mempunyai ilmu tetapi tidak menggunakannya tiada faedah yang diperoleh Memeras otak Berfikir atau belajar dengangigih Seperti katak di bawah tempurung Orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak mengetahui perkembangan semasa

Anda mungkin juga menyukai