Anda di halaman 1dari 2

Puisi Tradisional

(Seloka Si Luncai)
Maksud

Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai
contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan
tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian
kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.
Tema
Sikap negatif menyebabkan kerugian
Persoalan
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.
Bentuk
1. Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan baris 1)
Gaya bahasa
1. Anafora
Contoh:
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi
Contoh:
Biarkan...biarkan

3. Unsur bunyi
Contoh:
Asonansi Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal a)
Aliterasi Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan
n)
Nilai

1. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

2. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.


2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

Latihan
1. Gambarkan sikap Si Luncai seperti dalam Seloka Si Luncai.
2. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada Seloka Si Luncai.

Jawapan
1. Si Luncai seorang yang tidak bertanggungjawab dan pemalas.
2. Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab.Kita juga mestilah rajin
mengusahakan tanah.

Anda mungkin juga menyukai