Anda di halaman 1dari 17

Si Luncai dibiarkan dengan sikap malasnya

meskipun dia memilik segala-galanya untuk menjadi


insan yang cemerlang . Antara sikap malas Si Luncai
termasuklah tidak menjaga rumah ,mengabaikan
anak-anak ,tidak menjaga ternakan dengan baik ,dan
tidak mengusahakan kebunnya. Selain itu ,Si Luncai
juga tidak menggunakan kecerdikannya untuk
menyelidik ,tidak belajar hingga sempurna ,tidak
memahami secara mendalam kitab yang dipelajari
,tidak ada pengaruh walaupun berkuasa ,dan tidak
menggunakan kudratnya untuk berusaha. Akhirnya
,Si Luncai tetap dengan dunianya sendiri.

Sikap tidak pandai menggunakan


kecerdikan atau kelebihan yang
dimiliki ke arah kebaikan.
Si Luncai ada segala-galanya sebagai
orang yang boleh berjaya dalam
hidupnya ,iaitu keluarga ,harta ,ilmu
,kuasa ,dan kudrat tapi dia malas.
Akhirnya ,dia gagal dalam hidupnya dan
tenggelam dalam dunianya sendiri.

Tanggungjawab menjaga rumah.


Kegagalan melatih atau mendidik anak-anak dengan
baik.
Malas mengerjakan kebun dan membela haiwan
ternakan.
Tidak menggunakan kecerdikan ke arah yang betul.
Menuntut ilmu separuh jalan.
Berilmu tapi bertindak tanpa menggunakan akal.
Sikap tidak ambil endah terhadap keadaan persekitaran.
Malas menggunakan kudrat untuk berusaha.

Puisi bebas
1 rangkap sahaja
Bilangan baris dalam rangkap : 12
Bilangan kata dalam setiap baris : 4 kecuali

dalam baris ke-11( 2 patah kata ) dan baris


ke-12( 5 patah kata ).
Bilangan suku kata dalam setiap baris : 6-13
Rima akhir : abcdefgbhab ( bebas )

Pengulangan / Repetisi
biarkan,biarkan ( B1 & 11 )
Si Luncai ( B1 & 11 )
Ada & tidak ( B2-9 )
Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan d
Cth : Ada cerdik tiada selidik
Pengulangan bunyi konsonan t
Cth : Ada kuat tiada buat
Pengulangan bunyi konsonan n
Cth : Si luncai pun terjun
dengan labu-labunya.

Asonansi
Pengulangan
bunyi vokal a
Cth : Ada mata
tiada kuasa
Pengulangan
bunyi vokal i
Cth : Ada kaji
tiada mengkaji

Berilmu.

Cth: orang yang berilmu akan bertambah-tambah


mantap ilmu dan pengetahuannya dengan
melakukan pelbagai penyelidikan dan kajian.
Kerajinan

Cth: rajin menuntut ilmu pengetahuan.


Bertanggungjawab

Cth: Si Luncai tidak bertanggungjawab kerana


tidak menjaga anaknya.
Rasional

Cth: Si Luncai tidak bertanggungjawab kerana


tidak mendidik anaknya.

Ibu bapa mestilah melatih dan mendidik anak-anak supaya


mereka dapat berdikari.
Kita hendaklah mengamalkan budaya cucuk tanam dan
berkebun kerana dapat memberi manfaat serta mengelakkan
tanah terbiar.
Kita hendaklah memastikan bahawa haiwan ternakan
dipelihara dengan baik dan tidak dilepaskan bebas.
Kita perlu berminat untuk mendalami sesuatu disiplin ilmu.
Kita hendaklah menggunakan pelbagai kebolehan dan
keistimewaan diri untuk menjana kejayaan yang cemerlang.
Kerja penyelidikan dan kajian mestilah dilakukan bagi
memastikan sesuatu isu atau masalah difahami dan ditangani
dngan berkesan.
Sesuatu yang baik mestilah dilaksanakan sewaktu ada kuasa
kerana apabila kuasa sudah tiada,maka perkara baik itu sukar
untuk dilakukan.
Kita wajar menggunakan kelebihan diri untuk menjamin
masa depan yang cerah.

Contoh Soalan
Berikan maksud cerdik tak cerdik.
Pada pendapat anda ,apakah yang akan
berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anakanak mereka dengan baik?
Pada pendapat anda,apakah
tanggungjawab penting yang perlu
dilaksanakan oleh ibu bapa terhadap anakanak mereka?
Huraikan 3 bentuk seloka ini.

Anda mungkin juga menyukai