Anda di halaman 1dari 24

Cikgu Semasa Dulu, Kini dan Insyaallah Selama-lamanya Cikgu

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat... Wednesday, 11 May 2011 Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1) Definisi Ketaksamaan Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan

2)Jantina Gender Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan. Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami. Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.

Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa. Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku Tingkah laku terbias Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman. Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka? Kerencatan mental Masalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi Kecacatan penglihatan Kecacatan fizikal Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal a) Autisme - ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling. - biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan. - gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi. Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme; Suka menyendiri Masalah bahasa & komunikasi Asyik dengan aktiviti sendiri Ketawa tiba-tiba Tidak rasa sakit apabila jatuh Tidak takut pada bahaya Menangis/marah tanpa sebab Mengulangi kata-kata Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal Tidak bertentangan mata semasa bercakap Menunjukkan dgn jara arah yang disukai Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi; Pakar jiwa. Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.

Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya. Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down Sindrom Down - kecacatan mental dan fizikal. - Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang. - Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%.

Ciri-ciri; Fizikal Kepala bulat Hidung kemik Berbadan pendek Mata sepet Rupa hampir serupa Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia Kecerdasan IQ rendah daripada 50 Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot. Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot. Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.

Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja. Terjejas pusat kawalan otok di otak. Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan. Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelan Punca; Kerosakan otak Deman kuning yang teruk selepas lahir Deman panas Kelahiran awal Kecederaan, pembengkakan otak & selaput Jangkitan rahim Pendarahan sebelum kelahiran Rawatan; Mengajar kebolehan asas. Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille. Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang. Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang. Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca; Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.

Keturunan Jangkitan kuman semasa mengandung. Kekurangan vitamin A. Termakan bisa Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan. rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam. Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata. Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala. e) Kecacatan Pendengaran Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat. Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri; Lambat menjawab pertanyaan Lain ditanya lain dijawab Gangguan dalam sebutan Sukar menguasai kosa kata Menyendiri

Punca; Baka

Jangkitan kuman semasa mengandung Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah Lahir tidak cukup bulan Demam campak Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun. Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas. Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif Bising/merayau Mengganggu orang tanpa sebab Nakal & tidak takut pada hukuman Tidak mendengar kata Tidak menumpukan pada kelas Tidak menyiapkan kerja sekolah Suka membuat rekaan Suka merosakkan harta orang Kasar Resah Tidak disukai orang lain Punca; Kurang kasih sayang

Minta perhatian Pengaruh cerita Pengaruh keluarga Kerosakan otak Sifat semula jadi Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil Kebimbangan tinggi Deraan Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran Masalah Pembacaan (Dyslexia) sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan. mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya. otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik. mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan. Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri; Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak. Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira. Melakukan banyak kesilapan ejaan. Lambat atau terhenti-henti ketika membaca. Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d. Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.

Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi. Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar. Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif. Ingatan yang baik. Cepat menguasai kemahiran baru. Menunjukkan bakat luar biasa. Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru. Menyusun turutan secara logik. Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah. Boleh berbincang & menghuraikan idea. Minat menulis & membaca. Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari. Inisiatif & mahu bekerja sendiri. Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar. Menunjukkan kepintaran & kelucuan. Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal. Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh. Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN ) merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) A) Pengenalan Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Jurang bandar dan luar bandar

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.

Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).

Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

4. Cabaran KPM Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.

Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN

KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut; a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) c) Bantuan Makanan Asrama. d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid e) Jaket Keselamatan f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) j) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk.

Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan muridmurid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.

Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Rakyat bawahan@marhain

Golongan pembesar Golongan istana

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Kelas sosial masyarakat: Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah: Golongan petani Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Kemudahan peralatan fizikal di sekolah Kelas tambahan@tuisyen Pembiayaan kewangan Bahan-bahan rujukan Peluang-peluang melanjutkan pelajaran Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar.

Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak. Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei. Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.

Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara. manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.

memikirkannya secara konseptual. mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.

Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.

Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002)

Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.

`Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih. Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.

Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.

Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.

Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). Posted by Syed Ismail at 01:28 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Labels: Budaya dan Pembelajaran 3 comments:

HAPIZAH1 August 2012 19:24 saya minta izin utk mengambil beberapa nota dari sini. Moga ilmu tuan mendapat keberkatan. Terima kasih daun keladi kalau perlu lagi saya ambil lagi......

Reply

Syed Ismail6 August 2012 00:35 tak adalah masalah,ambil dan gunakanlah untuk kebaikan bersama...

Reply

Anonymous23 September 2012 22:27 version BI ada tak cikgu? kami TESL kena jwb dlm bi.....:-)tq

Reply

Load more... Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) ::Hasil Karya::

::Hasil Karya::

~Jom Singgah~ Org Sdg Tgk Blog Sy

~Masa Itu Emas~

~Laman Utama~

Budaya dan Pembelajaran Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Pedagogi Kemahiran Belajar Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme... Murid dan Alam Belajar Guru dan cabaran Semasa Sembang Praktikum Penulisan Buku dan Artikel Pengantar Pendidikan ~About Me~

Syed Ismail Bahan yang saya kemukakan dalam blog ini adalah khas untuk golongan pendidik yang ingin berkongsi maklumat,khususnya berkaitan pendidikan demi memajukan anak bangsa. Antara bidang yang dibincangkan adalah Subjek Kemahiran Belajar,Pengantar Pendidikan, Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik darjah dan Tingkah Laku, Budaya dan Pembelajaran, Guru dan Cabaran Semasa, dan Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme bagi pelajar PISMP IPG KPM dan Subjek Ilmu Pendidikan khusus bagi pelajar KPLI IPG KPM dan IPTA amnya.Gunakanlah blog ini untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat untuk anda...Dari PENDIDIK, UNTUK PENDIDIK...SELAMAT MENDIDIK... View my complete profile ~Followers~

Kandungan Blog 2012 (21) 2011 (38) May (38)

Guru dan Cabaran Semasa: Bab 3: Gangguan Emosi Dal... Guru dan Cabaran Semasa: Bab 2: Guru dan Perundang... Guru dan Cabaran Semasa: Bab 1: Isu dan Cabaran Pe... Kemahiran Belajar:Bab 2:Proses Kemahiran Belajar Kemahiran Belajar:Bab 1:Pengenalan Kemahiran Belaj... Murid dan Alam Belajar : Bab : Pembentukan Persek... Murid dan Alam Belajar : Bab 6 : Motivasi dan Pemb... Murid dan Alam Belajar : Bab 5: Perbezaan Individu... Murid dan Alam Belajar : Bab 4 : Model,Pendekatan,... Murid dan Alam Belajar : Bab 3 : Teori-teori Pembe... Murid dan Alam Belajar : Bab 2 : Konsep Pengajaran... Pengantar: Tema 2: Tajuk 5:Globalisasi dan Cabaran... Pengantar: Tema 2: Tajuk 4:Pendidikan dan Pembangu... Pengantar: Tema 2: Tajuk 3:Permuafakatan dan Pemba... Pengantar: Tema 2: Tajuk 2:Kepelbagaian Murid dan ... Pengantar: Tema 2: Tajuk 1:Pendemokrasian Pendidik... Pengantar: Tajuk 3:Guru Sebagai Satu Profesion Pengantar: Tajuk 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan... Pengantar: Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat ... Budaya: Bab 7 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitar... Asas Kepemimpinan: Nota Bab 8: Perkembangan Profes... Asas Kepemimpinan; Nota Bab 7: Struktur Organisasi... Asas Kepemimpinan: Nota Bab 5: Peranan Guru Sekola... Asas Kepemimpinan: Nota Bab 4: Peringkat Perkemban... Asas Kepemimpinan: Nota Bab 2: Etika Keguruan dan ...

Asas Kepemimpinan:Nota Bab 1: Konsep Mengajar Seba... Murid dan Alam Belajar : Bab 1 : Alam Belajar Tema Hari Guru Kerjaya dan Kenaikan Pangkat Guru Soalan EDU 3106 Budaya: Bab 7 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitar... Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah ... Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan Budaya: Bab 3 Implikasi Kepada Kepelbagaian Sosio ... Budaya: Bab 2 Kesedaran kepelbagaian Sosio Budaya Budaya: Bab 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di ... Soalan EDU 3104 ~Chit Chat Corner~

Feedjit

~Jom Dengar Lagu Dulu~

Create a playlist at MixPod.com Total Pageviews 103,000

Travel template. Template images by molotovcoketail. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai