Anda di halaman 1dari 62

PERBEZAAN

INDIVIDU DAN
PEMBELAJARAN

Dr. Mashira binti Yahaya

EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN
• M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) ; Child
Development jelaskan PI dr aspek perkembangan. Setiap
Kanak-kanak mempunyai pertumbuhannya tersendiri yang
unik “sesetengah kanak-kanak kelihatan ‘lambat’ buat
beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi
pelajar yang cemerlang”.

• W.W. Cook; Grouping and Promotion in the Elementary


School jelaskan perbezaan individu dari segi pencapaian.
Hampir semua kelas Darjah 6, terdapat sekurang-
kurangnya seorang murid yang berkebolehan membaca
setakat Darjah 2 & seorang lagi yang berkebolehan
membaca sehingga Tingkatan Empat.
KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU
• ‘Semua manusia sama’: ‘sama’ bukannya serupa
sebab manusia dilahirkan tidak sama tetapi
semua manusia adalah sama bebas‟

• Kamus Dewan: keadaan @ sifat yg tdk sama


antara individu kelainan/ ketidaksamaan antara
individu.

• S.A Alsagoff : ketidaksamaan @ ketidakserupaan


di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan daripada
segi ciri-ciri yang telah dikenalpasti.
KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU
• A. Majid (1997): Ciri-ciri pola tingkah laku /cara pemikiran yang
membezakan individu daripada yang lain.

• E.A. Meng: ketidaksamaan di kalangan individu sama ada dari segi fizikal
(tinggi, berat, warna rambut, kulit, mata) mental, sosial dan emosi.

• T.C Yee (1989): Ketidaksamaan beberapa aspek lahiriah dan rohaniah


yang terdapat pada diri seseorang individu. Perbezaan ini adalah nyata
tetapi diabaikan apabila membuat tindakan menyelesaikan masalah.

• Mohd Salleh (1991) : ketidaksamaan yang terdapat pada diri seseorang


dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal,
perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tersebut
adalah yang dapat dilihat dan ada yang tidak dapat dilihat.
KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU
• Santrock (2001): suatu cara yang konsisten di mana
seseorang itu berbeza antara satu sama lain.

• Borich & Tombari (1997): Variasi yang diperhatikan di


kalangan ahli kumpulan berdasarkan sesuatu ciri,
seperti sikap, tahap tenaga, corak persahabatan dan
hubungan ibu bapa-anak.

• Hurn (1976) & Cattell (1971): PI adalah berasaskan


kepada kebolehan diri individu yang dilihat berasaskan
kebolehan akal am (general ability).
KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU
• Dictionary of Psychology (1973): Variasi @
ketidak samaan dari norma kumpulan sama ada
dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku, sosial, bakat @ aspek yang lain mungkin
terdapat sesama individu dalam satu kumpulan.
• Kesimpulan : Setiap ind unik, berbeza lahiriah /
rohaniah dan mempunyai ciri tersendiri.
• Kembar seuri (seiras): dikatakan sama tetapi
tidak 100 % .
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk


badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.

Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-


ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan rumah, serta komuniti
masyarakat.

Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks


pengajaran dan pembelajaran.

Kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar


belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa,
jantina, bakat dan minat.
Aspek-aspek Perbezaan Individu

• Fizikal
• Kognitif
• Sosio emosi
• Latar belakang murid
• Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas
Aspek-aspek Perbezaan Individu

• Personaliti/sahsiah
• Bangsa/bahasa
• Kesihatan/penyakit
• Lokasi tempat tinggal
Aspek-aspek Perbezaan Individu
• Kecerdasan
• Aspirasi/motivasi
• Status sosio-ekonomi
• Sistem nilai/norma
• Gaya kognitif atau gaya belajar
• Sosial
• Budaya dan world view
1. FIZIKAL
RUPA PARAS, SUSUK TUBUH, JANTINA
KEMAHIRAN FIZIKAL DAN
, KEBOLEHAN KERJA TANGAN

Fizikal dan tingkah laku lelaki lebih kasar dan agresif berbanding perempuan.
Faktor yang mempengaruhi perbezaan fizikal:
1.Keturunan
2.Kesihatan
3.Pengambilan Makanan
4.Status ekonomi keluarga
FIZIKAL
• CONTOH : PERBEZAAN LELAKI DENGAN
PEREMPUAN UMUR, PERBEZAAN LELAKI &
PEREMPUAN; Saiz bayi lelaki lebih besar
daripada bayi perempuan dan berterusan
hingga ke sekolah rendah.
- dari segi ketinggian dan kematangan.

• Perempuan capai kematangan lebih cepat dan


lebih tinggi berbanding lelaki
• Faktor:
1. Pewarisan kelenjar / neurologi tentukan perbezaan
saiz, bentuk badan dan kadar pertumbuhan fizikal.
2. Baka (unik / kombinasi ciptaan baru daripada
generasi terdahulu) dan permakanan (seimbang) alat
rangsangan (latihan fizikal).
Kesan alami lambat pertumbuhan: pemalu, takut,
rendah diri, tidak berkeyakinan untuk berinteraksi,
konsep kendiri yang rendah.

MMBI COPYRIGHT 2016


5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU
Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu:
a) Faktor baka
b) Faktor persekitaran.

a) Faktor Baka
Setiap manusia mewarisi sifat ibu atau bapa melalui gen
ibu dan bapanya. Baka terjadi hasil daripada
percantuman sel sperma 23 kromosom (lelaki) dansel
ovum 23 kromosom.

Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan


berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dengan
wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3
daripada anak mereka akan bermata coklat dan 1
bermata biru).
b) Faktor Persekitaran
Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu
bapa, pengaruh adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru,
bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi,
masyarakat dan rumah ibadat.

Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.


a) Autoritarian (peraturan & hukuman)
• Mengenakan peraturan dan hukuman kepada anak-anak
mereka,
• Mahukan anak-anak patuh dan hormati mereka
• Peraturan lisan antara ibu bapa dengan anak adalah terhad
dan tidak digalakkan.
• Anak yang dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat
bersosial dengan baik, bimbang tentang pertandingan,
kurang inisiatif dan kurang mahir dalam komunikasi.
b) Authoritatif (kebebasan terbatas)
• Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit
kawalan
• Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan
dengan ibu bapa yang menyokong perkembangan
mereka.
• Anak yang dibesarkan begini menunjukkan tingkah
laku bersosial yang baik, berdikari, bersosial
dengan baik, bersabar dan harga diri yang tinggi.
c) Abaikan (tiada penglibatan)
• Bertindak permisif – tidak terlibat
dalam kehidupan anak mereka.
• Sibuk dalam hal lain – tidak sedar
tingkah laku anaknya.
• Anak-anak begini tidak dapat
bersosial dengan baik, tidak dapat
mengawal diri dan tidak bermotivasi.
d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)
• Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi
kurang mendisiplinkan anak.
• Mereka percaya, anak mereka akan kreatif
dan berkeyakinan tinggi.
• Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri
dlm masyarakat.
FAKTOR PENYEBAB PERBEZAAN
INDIVIDU
• BAKA: Sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-
moyang, keturunan seperti warna kulit, rambut,
bentuk badan dll.
• Baka tentukan ciri-ciri fizikal (warna rambut, kulit,
mata)
• Ibu bapa cerdik – lahirkan anak cerdik.
• Perangai kanak-kanak dipengaruhi baka.
• Ibu bapa cepat hilang akal lahirkan anak yang kurang
stabil emosi (pemarah).
• Kembar seuri yang dipelihara secara berasingan
menunjukkan kecerdasan & temperamen yang
diwarisi.
2. KOGNITIF

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID,


PENGALAMAN, LATAR BELAKANG,
KEBOLEHAN AKAL, KEUPAYAAN
BELAJAR, KADAR KEBOLEHAN
BERTINDAK, KEBOLEHAN MENINJAU
MASA HADAPAN DAN KEBOLEHAN
BERBAHASA
2. KOGNITIF
KOGNITIF
• Kecerdasan mental individu berbeza
(keupayaan berfikir logik, belajar, mengingat,
menaakul, menganalisis, kebolehan
berbahasa, mengira dan berimaginasi,
kebolehan bertindak cepat, berfikiran
kehadapan, pengetahuan sedia ada,
pengalaman latar belakang kreativiti).
3. SOSIO EMOSI

• (struktur emosi yang menjadi sebahagian


personaliti) berbeza dalam situasi yang sama .
• Kecenderungan yang disedari untuk ke arah
@ menjauhi objek dan diiringi dengan
perasaan fizikal tertentu.
• Perasaan @ reaksi afektif
3. SOSIO EMOSI

• Libatkan 4 aspek:
i. Fisiologi: Perubahan fizikal yang aktif (degupan jantung, mata
terbeliak, berpeluh)

ii. Kognitif: Pemikiran, kepercayaan, ekspetasi

iii. Tingkah laku: Ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada
suara)

Pengalaman Subjektif: Keseronokan/tidak suka kerumitan


perasaan. Kebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan
emosi, ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan
menanggung kekecewaan, kesabaran dan mengawal emosi
(gembira, duka, suka,marah, benci, cinta,kasih sayang,takut dll)
3.SOSIO
SOSIO EMOSI
EMOSI
• Emosi seronok (daya penarik terhadap
sesuatu objek) – kasih sayang, cinta, keinginan
dan kegembiraan.

• Emosi tidak seronok (menjauhi sesuatu objek)


– takut marah, benci / duka.

Bersifat pembawaan (temperaman) (resah &


aktif)
3.SOSIO
SOSIO EMOSI
EMOSI
• Guilford (1959): Menerangkan perbezaan sosial
mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan
tentukan samaada individu itu pemalu, pendiam,
mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala
minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta
temperamen juga mempengaruhi individu.
• Bandura (1997): Menekankan pengaruh model ke atas
tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu
melalui pemerhatian terhadap org lain.
• Cara kehidupan tersendiri (termasuk dalam satu
keluarga).
4. LATAR BELAKANG MURID
• Perbezaan dari segi agama (kepercayaan)
budaya, sejarah mempengaruhi kehidupan,
cara berfikir, sikap pergaulan dan pencapaian
akademik.
• Boleh berinteraksi dengan ahli masyarakat &
persekitaran.
• Walter Mischel (1973, 1979) : Kemukakan
konsep dalam menjelaskan reaksi unik
individu terhadap situasi.
4. LATAR BELAKANG MURID
• Melalui pembelajaran & pengalaman, individu
dapat satu set kecekapan kemahiran yang unik
untuk mengatasi masalah dalam pelbagai situasi.
• Individu mempunyai cara yang unik dalam
mengamati & mengkategorikan pengalaman.
Individu mungkin mengkod lihat satu situasi
sebagai mengancam tetapi yang lain sebagai
cabaran.
• Melalui pembelajaran, individu perolehi
perbezaan jangkaan. Jangkaan tentang ganjaran
@ dendaan utk pelbagai jenis tingkah laku.
4. LATAR BELAKANG MURID

• Latar belakang kerohanian berbeza


• Minat membaca: Pengaruh rakan, ibu bapa
datang dengan sendirinya
• Bakat @ kebolehan semulajadi
4. LATAR BELAKANG MURID

• Perwatakan: Pemalu, pendiam, pemarah,


nakal, hyperaktif dll.
• Penguasaan Bahasa:
• BI – sekolah luar bandar – pencapaian rendah
• Penguasaan bahasa, dialek daerah,
kenegerian bahasa pasar, bombastik dll.
4. LATAR BELAKANG MURID

• Pelbagai kebolehan khas (IQ /potensi)


berbeza.
• Pelbagai budaya daripada pelbagai
agama/kaum.
• Alami proses sosialisasi berbeza (interaksi di
rumah, guru, rakan)
• Berbeza lokasi (bandar /luar bandar)
setinggan, pendalaman.
5. Kanak-kanak Berkeperluan Khas
• Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Keadaan mereka adalah
berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, pertumbuhan
dan perkembangan otak, emosi dan sosial mereka yang
tidak sama dengan kanak-kanak biasa.

• Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua


bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa.

• Tingkah laku mereka adalah tersendiri dan berbeza


mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami.
• Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama
dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme
berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang,
sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
• Murid-murid tersebut tidak dapat mengikuti
pelajaran seperti murid-murid biasa kerana
tempuh mereka belajar adalah lebih lambat
daripada murid-murid biasa.

• Murid-murid tersebut memerlukan perhatian


khas serta pemulihan.
TEORI KECERDASAN STERNBERG
• Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg (1995)
telah mengemukakan teori kecerdasan
kejayaan (successful intelligence) yang
menyatakan bahawa kelakuan kecerdasan
adalah hasil daripada aplikasi strategi
pemikiran, penanganan masalah dengan
kreatif dan penyesuaian konteks dengan
memilih dan mengubah persekitaran.
TEORI KECERDASAN STERNBERG
• Kecerdasan kejayaan terdiri daripada tiga kecerdasan iaitu
kecerdasan analitik (komponential), kecerdasan
pengalaman dan kecerdasan praktikal (kontekstual)
(Sternberg, 1995).
i. Kecerdasan komponential merujuk kepada keupayaan
untuk memikir secara abstrak dan memproses maklumat
(kecerdasan analisis).
ii. Kecerdasan pengalaman pula merujuk kepada keupayaan
untuk membina idea baru dan menggabungkan idea lama.
iii. Kecerdasan praktikal (kontekstual) merujuk kepada
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan konteks
tertentu dengan membentuk semula persekitaran
berkenaan.
TEORI KECERDASAN STERNBERG
• Orang yang mempunyai kecerdasan kejayaan juga merupakan
orang mempunyai kecerdasan emosi (Nelson & Low, 2003 ).

• Persamaan antara dua konstruk kecerdasan ini membolehkan sifat-


sifat orang yang mempunyai kecerdasan kejayaan dijadikan rujukan
kepada sifat-sifat orang yang mempunyai kecerdasan emosi.

• Kecerdasan kejayaan membolehkan seseorang itu mempunyai sifat-


sifat seperti berikut:
(i) selalu memulakan sesuatu dengan motivasi diri yang tinggi
(ii) dapat mengawal naluri dan melengahkan kepuasan
(iii)berteguh dan mencuba untuk mengatasi masalah peribadi
(iv)dapat kotakan katanya dalam tindakan dan tidak degil
TEORI KECERDASAN STERNBERG
(v) menyiapkan kerja seperti yang dijanjikan
(vi) tidak takut mengambil risiko, bertanggungjawab
(vii) berdikari dan berfokus pada matlamat diri yang
bermakna
(viii) mengimbangi pemikiran (kognitif dan emosi)
(ix) mempunyai keyakinan dan efikasi diri yang
tinggi
TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER
• Teori kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) oleh Gardner(2000) mendasari
dua prinsip asas iaitu:
i. Manusia mempunyai kecerdasan yang
pelbagai
ii. Semua orang dapat mengembangkan
kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang
kompeten.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
HOWARD GARDNER
• Terdapat sepuluh kecerdasan yang dikenal
pasti (Gardner, 2000) iaitu;
i. kecerdasan matematik logikal
ii. kecerdasan linguistik
iii. kecerdasan visual – spatial (ruangan)
iv. kecerdasan muzik
v) kecerdasan fizikal atau kinestatik,

MMBI COPYRIGHT 2016


TEORI KECERDASAN PELBAGAI
HOWARD GARDNER
vi) kecerdasan intrapersonal,
vii) kecerdasan interpersonal,
viii) kecerdasan naturalistik,
ix) kecerdasan eksistensial dan
x) kecerdasan spiritual

MMBI COPYRIGHT 2016


TEORI KECERDASAN GOLEMAN
• Goleman (1998, pg: 317) “…kecerdasan emosi
adalah kemampuan untuk mengawal dan
mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari
aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia
juga merupakan tindakan dan kepintaran
untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku
bersesuaian dengan masa dan keadaan.”
• Terdapat lima dimensi dalam konstruks
kecerdasan emosi, iaitu kesedaran kendiri,
pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan
kemahiran sosial.

MMBI COPYRIGHT 2016


TEORI KECERDASAN GOLEMAN

• Menurut Mayer dan Salovey (1997),


kecerdasan emosi mendefinisikan sebagai
keupayaan untuk mengawal emosi diri dan
orang lain, untuk membezakan antara emosi
tersebut dan menggunakan kefahaman untuk
memantau pemikiran dan tindakan diri.
PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

a) Kaedah Kumpulan
Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari
segi keupayaan dan memudahkan guru
menyediakan latihan serta bahan sumber
pembelajaran.
b) Program Pengayaan dan Pemulihan
Aktiviti ini dijalankan selepas PdP.
c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia
Perisian e-learning dalam komputer bersesuaian
dengan kebolehan murid.
d)Pengajaran Koperatif
Dalam sesuatu kumpulan terdiri daripada
murid heterogeneous supaya mereka
bantu membantu.

e) Peneguhan Positif dan Negatif


Semasa p & p guru harus memberi
peneguhan untuk membentuk tingkah laku
murid.

MMBI COPYRIGHT 2016


f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan
Keupayaan
Tugasan ini diberi sesuai dengan tahap
keupayaan murid.

g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu


Bimbingan individu kepada pelajar yang lemah.

MMBI COPYRIGHT 2016


h) Mempelbagaikan Bentuk Penilaian
Guru boleh menilai murid semasa aktiviti
PdP.

i) Mempelbagaikan Strategi P & P


Strategi p & p haruslah menarik.

j) Mempelbagaikan Bahan Bantu Belajar


Bahan bantu mengajar yang menarik
boleh merangsang minda pelajar
untuk berfikir.
PERANAN GURU
1. Mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan
sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap (G.
Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson:
Terjemahan Noran Fauziah, 1994 ).

2. Memahami & buat persediaan cara untuk


menghadapi & menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul daripada perbezaan individu dengan
berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM/ ABM)
tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan &
kemampuan individu (Mohd Salleh, 1991).
PERANAN GURU
3. Guna kaedah /strategi yang berbeza:

G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson; menyatakan


sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja
dengan kumpulan & tidak dengan murid secara individu.

Robert Gayne : The Conditions of Learning mempercayai


setiap jenis pembelajaran perlu keadaan & kaedah yang
berlainan untuk perkembangannya. Oleh itu, program
pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.

Kamaruddin Hj. Hussin (1990), kaedah berkumpulan dapat


memberikan kesan yg baik kpd murid & guru..
PERANAN GURU
4. Glasser (1971): penggunaan sudut pembelajaran di
kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu
dapat memberi keselesaan & meningkatkan minat
mereka untuk belajar.

5. Rancangan Dalton (1920) : Murid bebas sediakan


tugasannya & guru sebagai pembimbing murid sahaja.

6. Rancangan Winnetka (1919); pula tidak terdapat


kegagalan kerana kanak-kanak diukur mengikut
kebolehan masing- masing & bukannya mengikut
pencapaian murid-murid yang lain (Crow, 1980).
• 7. Guru perlu kesedaran / kefahaman tentang
masalah perbezaan individu.

• 8. Peka pada faktor penyebab PI / beri


perhatian serius pada perbezaan individu.

• 9. Terima hakikat bahawa setiap individu itu


berbeza.
• 10. Mendapatkan Maklumat Latar Belakang:
Ketahui latar belakang, kekuatan &
kelemahan, minat, matlamat, aspirasi & sikap
murid-murid dan dapatkan maklumat melalui:
kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku,
perbincangan dengan murid, berkongsi
pendapat & pengalaman, mentadbir ujian
psikologi & diagnostik (sikap, nilai kerja, minat
kerjaya).
• 11. Menggunakan ABM Modul: memudahkan
pembelajaran arah kendiri, menarik minat
murid tumpuan pelajar meningkat, jimat masa
dan beri tumpuan kepada murid-murid yang
perlukan tumpuan.

• 12. Pusat Pembelajaran: Pusat pembelajaran


untuk murid belajar sendiri seperti Pusat
Akses Kendiri dalam pembelajaran BI di
sekolah.
• 13. Kepelbagaian Kurikulum Sekolah:
Pelbagai kurikulum/kokurikulum untuk penuhi
PI. Mata pelajaran elektif beri peluang
mengurus minat khusus dalam pelbagai
disiplin/memilih kursus.

• 14. Tugasan Yang Berbeza Untuk Pelajar:


Beri aktiviti berlainan untuk kumpulan @ murid
yang berbeza. Adakan aktiviti pemulihan /
pengayaan dan Aktiviti berbeza kesukaran.
15. PENDEKATAN MENANGANI
PERBEZAAN INDIVIDU(Huitt, 1995)
PERTAMA: MENGUBAHSUAI STRUKTUR ARAHAN
Pendekatan arahan langsung dalam pengajaran yang
guna kajian ke atas penguasaan lateralisasi otak dan
gaya pembelajaran untuk kenal pasti peristiwa arahan
yang spesifik yang menarik kepada pelajar tertentu.
KEDUA: PEMBELAJARAN MASTERI
• Pembelajaran berasaskan pengetahuan sedia ada.
Guru cuba menstrukturkan persekitaran pengajaran
agar pelajar membina masteri kemahiran asas sebelum
mereka mulakan pelajaran baru.
KETIGA: PEMBELAJARAN KOPERATIF:

• Bantu-membantu (koperatif) untuk dapatkan


kemahiran.
• Dapat memberikan kesan dramatik ke atas
pencapaian.
• Ambil kira kadar pembelajaran yang berbeza
antara individu.
• Guna arahan komputer (CAI).
IMPLIKASI TERHADAP PROSES
PEMBELAJARAN
• Implikasi Kecerdasan Emosi dalam Pendidikan
kecerdasan emosi boleh meningkatkan
pencapaian, motivasi, optimisme,
kegembiraan dan matlamat daripada kerja-
kerja sarjana.
• Hal ini memberi kesan iaitu masyarakat kini
lebih sedar dan bersedia untuk mempelajari
kecerdasan emosi.
IMPLIKASI TERHADAP PROSES
PEMBELAJARAN
• Kursus-kursus kecerdasan emosi telah dibangunkan
dan ditawarkan kepada masyarakat umum sebagai
kursus perkembangan diri.
• Dalam bidang formal, perubahan polisi berlaku
supaya elemen kecerdasan emosi diterapkan dalam
sistem pendidikan. Sebagai contohnya, Kementerian
Pendidikan Britain dalam “Curriculum 2000” telah
menggariskan polisi untuk menekankan
perkembangan sosial dan personal remaja di
samping menghendaki guru memperoleh kesihatan
emosi yang ditetapkan (Tomlinson, 1998).
IMPLIKASI TERHADAP PROSES
PEMBELAJARN
• kurikulum kecerdasan emosi adalah untuk
melahirkan orang dewasa yang produktif,
seimbang dan gembira (Davies, 2000).
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU KPD P&P

• a) Kesediaan belajar
Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan
kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan
ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya.

• b) Objektif P &P
Guru perlu merangka objektif PdP sesuai dengan kebolehan yang
pelbagai murid di dalam kelas.

• c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran


Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dalam PdP sering
mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga
murid tingkah laku bermasalah positif.
d) Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
• Setiap murid mempunyai gaya belajar yang berbeza
seperti audio, visual, proses maklumat secara global
dan analitikal.

e) Perbezaan Personaliti
• Perbezaan personaliti murid seperti pintar tetapi
pendiam, bersendirian pendiam, pintar ramai kawan,
peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka
dan riang.
KESIMPULAN
• Manusia dilahirkan dengan kecenderungan
masing-masing menyebabkan berlaku
perbezaan individu.
• PI dipengaruhi oleh berlainan latar belakang
keluarga dan budaya.
• Aspek fizikal PI dikatakan diwarisi daripada
ibu bapa, datuk, nenek-moyang.
• Aspek sosial, rohani dan emosi PI dipengaruhi
oleh persekitaran.
TAMAT

MMBI COPYRIGHT 2016

Anda mungkin juga menyukai