Anda di halaman 1dari 2

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bicara saya yang seterusnya ialah mengenai strategi-strategi memperkasakan martabat


bahasa melayu dalam dunia teknologi yang kian canggih masa kini. Berikut merupakan
strategi-strategi bagi meningkatkan penggunaan bahasa melayu lebih cemerlang pada masa
akan datang.

Izinkan saya meneruskan bicara ini dengan mengemukakan strategi pertama.

Strategi yang pertama bagi memartabatkan kembali bahasa melayu, ialah pihak kerajaan
perlu mewujudkan “kumpulan pakar” dalam kalangan generasi muda sebagai pemikir, dan
pelapis daripada pelbagai latar belakang pendidikan atau kelulusan sama ada institusi
pengajian tinggi, agensi kerajaan, organisasi dan orang awam yang berminat dalam usaha
untuk meningkatkan pengembangan dan penggunaan bahasa melayu dalam era teknologi
ini. Inisiatif ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kerjasama yang strategik dan sinergi
dengan pusat penyelidikan dan universiti sama ada di dalam mahupun luar negara,
termasuk juga universiti yang memiliki Penyandang Kursi Bahasa Melayu. Oleh sebab itu,
usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan bahasa melayu dikatakan dapat
dilipatgandakan lagi dengan lebih berkesan.

Strategi yang kedua ialah dengan menggunakan kata kunci, pihak media massa
berperanan penting dalam memastikan capaian mudah bagi khidmat rujukan bahasa melayu
secara atas talian selari dengan perkembangan dan prasarana teknologi maklumat dan
komunikasi. Sebagai contoh, istilah, kamus, ensiklopedia dan bahan rujukan bahasa atas
talian perlu dipelbagaikan lagi. Oleh itu, bagi memantapkan lagi capaian ini, bahan rujukan
bahasa dan persuratan Melayu perlulah disebarkan melalui aplikasi telefon dan komputer
kerana peranti seperti ini merupakan saluran utama bagi pelajar di pengajian tinggi, remaja
dan golongan profesional untuk berinteraksi secara maya. Natijahnya, melalui kaedah ini,
khidmat rujukan bahasa melayu dapat diperluaskan kepada pelbagai lapisan masyarakat
setempat kerana lebih cepat, mudah dan berkesan.

Strategi yang ketiga pula dengan kata kuncinya, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
perlu bekerjasama dengan media cetak dan elektronik ke arah meningkatkan
peranannya dalam pembudayaan Bahasa Melayu. Secara logikalnya, kemungkinan
besar usaha ini belum cukup mapan dan berkesan dalam membendung fenomena
bahasa rojak, slanga dan segala bentuk bahasa yang mewakili reality sosial yang
ada. Antara bukti yang sudah jelas dalam penggunaan ruang siber yang serba luas
ialah penghasilan istilah-istilah baharu Bahasa Melayu dalam internet. Tamsilnya,
perkataan-perkataan seperti kang, waalaikum dan persal. Oleh sebab itu, peranan
pihak DBP sangat ditekankan disini bagi menyelamatkan bahasa melayu
daripada tenggelam di telan oleh arus kemodenan. Pihak media massa boleh
mewujudkan sebanyak mungkin portal online bagi menyebarkan bahan berbahasa
melayu di laman sesawang. Contohnya laman untuk merujuk Kamus Peribahasa
Melayu Digital dalam internet, dimana kamus ini membolehkan pencarian
peribahasa melayu mengikut makna dan kategori.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa
kita sebagai  satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa
kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa
kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan
kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.

Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatu

Anda mungkin juga menyukai