Anda di halaman 1dari 9

ebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai tajuk syarahan pada hari ini, eloklah terlebih dahulu

sekiranya saya menjelaskan maksud dan definisinya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka m/s 122,
BANGSA bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Selain itu juga, bangsa ditakrifkan sebagai
suatu kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan. Manakala, bahasa pula bermaksud sistem lambang
bunyi suara yang diguna pakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu
juga, bahasa boleh diertikan sebagai tutur kata dan percakapan yang dipraktik dalam kehidupan seharian. Dalam
menghuraikan tajuk Bahasa Jiwa Bangsa, jelasnya terdapat beberapa perspektif ide dan pendapat yang perlu
dibentuk dahulu untuk memudahkan kefahaman kita untuk mendalami tajuk ini.
Hadirin sekalian,
Pembentukan suatu keperibadian yang mulia bermula daripada tutur katanya. Lantaran dalam berkomunikasi,
susun atur bahasa yang diungkap akan menonjolkan siasah diri dalam khalayak ramai. Dengan bahasalah kita
akan dinilai dan gaya bahasa akan mencerminkan akar keturunan kita. Peri penting bahasa dalam berkomunikasi
tidak boleh dipandang enteng malah jika kita memperlekehkannya, maka akan buruklah nama keluarga kita.
Tuntasnya, kita sewajarnya menekankan penggunaan bahasa yang baik dan sopan seperti mana yang kita selalu
perkatakan, Bahasa Jiwa Bangsa, kerana dengan tutur kata menggambarkan keturunan kita.
Daripada aspek ketatanegaraan, sesebuah negara hanya mampu mencapai perpaduan dengan menggunakan
medium bahasa yang sama. Bangsa Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar yang efisien. Malah, sering kali apabila para pelancong asing dating ke sini,
mereka setidaknya akan mempelajari bahasa Melayu seperti perkataan Terima Kasih dan Jumpa Lagi.
Biarpun penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas, namun bahasa Melayu masih lagi menjadi keutamaan
warga Malaysia dalam pertuturan tidak kiralah di mana-mana sahaja. Fokusnya, dengan wujudnya pendekatan
bahasa, perpaduan dapat dibentuk sekaligus merealisasikan semangat kebangsaan warga Malaysia.

Pada kita bahasa itu jiwa bangsa. Tapi tahukah anda maksud sebenar kata- kata itu Maksudnya, bahasa
(komunikasi) itu menunjukkan kita ini dari keturunan bagaimana. Dalam konteks psikologi, ianya bermaksud jika kita
berkomunikasi, secara terus menunjukkan apa trait peribadi di warisi oleh anda dari keturunan (keluarga) anda. Mari
kita berbahasa, sebaiknya. Jika bahasa anda buruk, keturunan anda juga buruk. Malah, bangsa yang di lambangkan
sebagai keturunan itu, merujuk kepada peribadi ibu bapa anda jua. Anda sebenarnya menconteng arang di muka
mereka, kerana bahasa. Marilah kita berbahasa sebaiknya Sopanlah dalam bahasa, tak sedikitpun anda rugi, kerana
bahasa anda, merujuk pada peribadi anda Mari berbahasa sebaiknya.

Ikat jerami muat ke kandar,


Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.

Batang halban dibawa ke huma,

Hendak dirikan sebuah taman;


Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.

Terbang tempua ke semak berduri,


Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.

Berbanjar cemara di tanah rata,


Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu
bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhirakhir ini bagi membicarakan identiti Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah
rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa
Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia.
Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia
dalam kalangan masyarakat?
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan suratmenyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini,
jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi
berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang
menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka
persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu,
pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak
harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa
Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak
mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan
'melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang
efektif demimembejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak
harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika
dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar
dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak
dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua
rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda
secara holistik.
Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari

rakyat rencamangolongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat
umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa
anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang
berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang
sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan
terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan
jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan
penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya
untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk
tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi
menyedarkan pihak berkenaan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuahwadah mainan
komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporariyang
berpegang teguh dengan bahasa ibunda.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat Bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai
bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai
pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa
Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah
kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan
'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.
597 patah perkataan
-oleh Amirul Rezza
Sempena Minggu Bahasa Kebangsaan
peringkat sekolah

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang
menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa.
Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat
komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu
sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
.0 Pengenalan Peribahasa Melayu ada berkata, bahasa menunjukkan bangsa. Maksudnya, daripada bahasa orang
dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. Bahasa dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem
linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan
dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa
sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik
untuk mengkaji bahasa dari segi itu daripada mengkaji bahasa dari segi sistem atau struktur linguistiknya sematamata. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan
orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya. Berdasarkan kajian terhadap etnik Jawa
memang terdapat kekerabatan bahasa Jawa dengan bahasa Melayu. Terlebih dahulu sebelum kita mengkaji dengan
lebih lanjut lanjut lagi cuba kita faham apa itu kekerabatan.Kekerabatan atau kekeluargaan merupakan hubungan
antara manusia yang memiliki asal usul salasilah yang sama, baik melalui keturunan biologis sosial mahupun budaya.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Teks Pidato Bahasa Jiwa Bangsa


Terima kasih saudara/i pengacara majlis.
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Dif-dif kehormat.
Rakan-rakan seperjuangan.
Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara.
Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia.
Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa
Melayu pada zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar
mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat mengangkat martabatnya
Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin
menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui
mauduk pidato saya BAHASA JIWA BANGSA.
Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA, BERMAKSUD
nyawa atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud, kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa
secara total merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, yakni BM.
Persoalannya sidang dewan sekalian, mengapakah bahasa itu dikatakan jiwa @ roh
bangsa? Apakah keistimewaan BM kita yang sekian lama diagung-agungkan dalam
adikarya seantero dunia. Marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini satu
persatu melalui empat nirmala kata, inspirasi mahakarya.
Sidang hadirin sekalian
Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek
kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai
dan budaya mereka kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, bahasa
menunjukkan bangsa. Hatta, saya rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya
yang pertama; BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI
BANGSA MALAYSIA.
Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan
sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah
bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah
bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan
iaitu Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman mereka semua adalah bangsa Swiss.
Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan yang dituturkan olah
masyarakat pelbagai keturunan tanpa
was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai
cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin yang saya muliakan.

Nirmala kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.
Prof. Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan bahawa BM pernah mengungkapkan
ilmu dalam zaman kegemilangannya. Catatan-catatan Melayu Kuno dalam prasasti
Funan dan Champa seawal abad ke-7 mengandungi ilmu-ilmu asas dalam bidang
sains dan matematik. Bahasa ini kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, teknologi, undang-undang, sastera dan agama.
Sehingga mutakhir ini, BM telah berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap
dengan laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak hairanlah jika BM kini
sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia. Sebagai
pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan mata memandang, apatah lagi telinga ini
mendengar, setiap bait kata yang dilafazkan oleh para peserta Pertandingan Pidato
Antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini. Inilah citra BM sebagai bahasa ilmu.
Meniti kita kepada nirmala kata saya yang ketiga; BAHASA MELAYU PEMANGKIN
PERPADUAN.
Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama negara di bawah
Gagasan 1 Malaysia. Dengan bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang
agama, adat resam dan budaya yang berbeza. Selepas negara mencapai
kemerdekaan, BM telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
BM juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari segenap ceruk rantau, kesatuan
dan persatuan, sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma dalam perjuangan
membebaskan Tanah Melayu dari belenggu kolonial serta meredakan kemelut
perkauman dalam era pasca kemerdekaan. Bukankah Herodotus ada berpesan
bahawa, bangsa yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah. Oleh itu, fikirfikirkan.
Nirmala kata saya yang keempat dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS
PEMBINAAN NEGARA BANGSA.
BM telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut
Prof. Dr Teo Kok Seong, maruah bangsaMalaysia terletak pada martabat bahasa
Melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini kerana, BM
telah mendukung peranan penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun tinggi
pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran dan undang-undang.
Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan Machiavelli
yang membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah dan darah. Cukup
sekadar, memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan sebagai ramuannya.
Sidang dewan sekalian
Ingin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi,
untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra

penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan
kecemerlangan bangsanya.
Akhir kata dari saya.
Untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang tinggi
Yakinlah, Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.
Posted by Salwana at 05:39

Teks Pidato Bahasa Jiwa Bangsa


0

Terima kasih saudara/i pengacara majlis.


Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Dif-dif kehormat.
Rakan-rakan seperjuangan.
Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara.
Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia.
Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa Melayu (BM) pada
zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak
mungkin dapat mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh
iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui tajuk
pidato saya BAHASA JIWA BANGSA.
Sidang hadirin sekalian
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai tajuk pidato pada hari ini, eloklah terlebih
dahulu sekiranya saya menjelaskan maksud dan definisinya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka m/s 122, BANGSA bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Selain itu juga,
bangsa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan. Manakala,
BAHASA pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang diguna pakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu juga, bahasa boleh diertikan sebagai tutur kata
dan percakapan yang dipraktik dalam kehidupan seharian. Dalam menghuraikan tajuk Bahasa Jiwa

Bangsa, jelasnya terdapat beberapa perspektif ide dan pendapat yang perlu dibentuk dahulu untuk
memudahkan kefahaman kita untuk mendalami tajuk ini.
Hadirin sekalian,
Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek kehidupan
manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka kepada
bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, bahasa menunjukkan bangsa. Hatta, saya rangkumkan
frasa ini dengan katakunci saya yang pertama; BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI
BANGSA MALAYSIA.
Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan
manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri
yang menentukan jati diri sesebuah bangsa. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa
kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan tanpa
was-was. Bangsa
Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar yang efisien. Malah, sering kali apabila para pelancong asing dating ke sini, mereka
setidaknya akan mempelajari bahasa Melayu seperti perkataan Terima Kasih dan Jumpa Lagi.
Biarpun penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas, namun bahasa Melayu masih lagi menjadi
keutamaan warga Malaysia dalam pertuturan tidak kiralah di mana-mana sahaja.Tuntasnya, realiti
Bahasa Melayu sebagai cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin yang saya muliakan.
Katakunci kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.
Prof. Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan bahawa Bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu
dalam zaman kegemilangannya. Catatan-catatan Melayu Kuno dalam prasasti Funan dan Champa
seawal abad ke-7 mengandungi ilmu-ilmu asas dalam bidang sains dan matematik. Bahasa ini
kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, undang-undang,
sastera dan agama. Sehingga mutakhir ini, Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa akademik
yang lengkap dengan laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak hairanlah jika Bahasa
Melayu kini sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia. Sebagai
pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan mata memandang, apatah lagi telinga ini mendengar, setiap
bait kata yang dilafazkan oleh para peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu barubaru ini. Inilah citra Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Katakunci saya yang ketiga dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS PEMBINAAN NEGARA
BANGSA.
Bahasa Melayu telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut Prof.
Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak pada martabat bahasa Melayu yang menjadi
lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini kerana, Bahasa Melayu telah mendukung peranan
penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman
kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti
pentadbiran dan undang-undang. Malaysia tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan Machiavelli yang

membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah dan darah. Cukup sekadar,
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai ramuannya.
Sidang dewan sekalian
Ingin saya simpulkan, bahawa Bahasa Melayu bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk
semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra penuturnya. Daripada
bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan bangsanya.
BAHASA JIWA BANGSA!
Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.

KONSEP 1 Malaysia jelas bertujuan menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum di negara kita, bukan sahaja bangsa majoriti, iaitu Melayu, Cina dan India tetapi
merangkumi semua suku kaum dan etnik di seluruh negara. Antara wadah yang dapat
menyatupadukan kita dan telah terbukti berjaya dilaksanakan selepas zaman penjajahan ialah
penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara dan hal ini telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun, dalam keadaan tertentu, ungkapan 1Malaysia seperti disalahtafsirkan oleh golongan
tertentu atau memang mereka benar-benar tidak memahaminya. Apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan 1Malaysia? Adakah bermakna setiap bangsa di negara kita boleh
menuturkan bahasa ibunda masing-masing untuk menyatakan maksud yang sama bagi sesuatu
perkara, dikatakan 1Malaysia? Sememangnya tidak menjadi kesalahan apabila bangsa Cina dan
India menuturkan bahasa masing-masing terutama dalam konteks tidak rasmi seperti yang
ditonjolkan dalam iklan oleh sebuah syarikat besar negara. Tetapi jika situasi demikian kerap
diketengahkan, dikhuatiri rakyat negara ini akan menganggap kebebasan bertutur dalam bahasa
masing-masing dalam apa-apa keadaan sekalipun melambangkan 1 Malaysia. Apabila keadaan
ini timbul, di manakah nanti peranan bahasa Melayu yang sewajarnya dijunjung oleh setiap
warganegara Malaysia?
Sempena sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos, kita wajar menyingkap semula
beberapa perkara yang sepatutnya berada pada kedudukan yang sedia ada dan sewajarnya
termasuk bahasa Melayu supaya tidak dieksplotasikan oleh golongan yang mengambil
kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat. Dalam keghairahan merealisasikan konsep 1

Malaysia, hal-hal yang melibatkan perpaduan kaum tidak boleh diabaikan, diganggu-gugat atau
dibuat tafsiran yang baharu.
Pemahaman tentang konsep 1 Malaysia perlu diperjelaskan kepada rakyat agar benar-benar
memahaminya supaya tidak ada pihak yang dapat menghilangkan peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.
Dewan bahasa dan Pustaka institusi negara yang diberi tanggungjawab untuk membina dan
mengembangkan bahasa Melayu sentiasa menjalankan peranan, misi dan visi dalam apa-apa
jua keadaan dan rintangan yang timbul. Namun usaha ini memerlukan sokongan semua pihak
awam dan swasta selain pihak pemerintah agar bersama-sama memelihara bahasa Melayu
bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa pengantar negara. Oleh itu, semua pihak boleh
sama-sama menyemarakkan lagi kecintaan rakyat terhadap negara dengan mengobarkan jiwa
bahasa.

Anda mungkin juga menyukai