Anda di halaman 1dari 17

Peranan sastera dan bahasa kebangsaan – wadah budaya, nilai, dan etos bangsa – bukan sahaja bersifat

instrumental untuk tujuan ekonomi dan komunikasi, tetapi juga memiliki fungsi alat pemerkasaan sosial.
Ia merupakan lambang kebangsaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermasyarakat,
berbangsa dan bernegara. Bahasa dan sastera memiliki peranan penting sebagai wahana untuk
membina kesepakatan dan persefahaman. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan, sastera pernah
dijadikan wadah untuk menyalurkan idea nasionalisme antipenjajah, idea kemerdekaan, dekolonialisasi
dan pembangunan. Bagi para pejuang berkenaan, sastera memang menjadi wahana penting bagi
pembebasan bangsa daripada belenggu penjajahan. Selepas kemerdekaan dicapai dan Malaysia
ditubuhkan, bahasa dan sastera diyakini dapat turut diangkat sebagai wahana untuk merealisasikan
impian bangsa, termasuk mencapai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Ia dipercayai dapat
memainkan peranan sebagai pemersatuan, dan “sebagai ramuan yang tidak boleh tiada untuk membina
kesedaran kolektif, membentuk bangsa dan mencorakkan destinasinya. Bahasa, budaya dan sastera
amat penting bagi sesuatu bangsa untuk mengukuhkan dan meningkatkannya dalam komuniti bangsa-
bangsa yang merdeka dan berdaulat di dunia.”(Abdul Rahman Embong, 2000: 51-53).

Sarana komunikasi efektif; untuk mempersatukan pelbagai etnik, budaya yang berlainan, berbeza
diletakkan di atas bahu bahasa kebangsaan. Ia merupakan sarana pertahanan bangsa daripada ancaman
perpecahan; disintegrasi. Selain mempunyai peranan instrumental, dengan menjadi alat untuk
memajukan negara, yang tidak kurang penting, bahasa Melayu juga mempunyai peranan integriti yang
menyatupadukan kita semua.

Dengan ini, bahasa Melayu dapat muncul sebagai bahasa kebanggaan sejati untuk semua, tanpa
mengira latar belakang etnik dan budaya, dan seterusnya benar-benar menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rakyat jelata yang melata penggunaannya. Jika sastera dan bahasa sukuan bertindak sebagai
identiti etnik dan digunakan oleh sesuatu etnik untuk menonjolkan dan memperagakan identiti
etniknya, bagi memudahkan etnik lain mengidentifikasikan etnik itu, maka sastera dan bahasa Melayu
memainkan peranan lebih daripada itu. Berbeza daripada bahasa dan sastera etnik, bahasa dan sastera
Melayu, sesuai dengan kedudukan dan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
ini, memainkan peranan yang merentasi sempadan ras dan etnik. Dalam masyarakat berbilang etnik
dan berbilang budaya seperti di negara ini, penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan, dijadikan
sebagai dasar dan agenda negara, bagi memupuk identiti nasional demi mengintegrasikan rakyat yang
bersifat heterogenus (Watson, 1980: 147).

Peranan bahasa dan sastera sebagai petanda identiti berbeza daripada peranan petanda atau petunjuk
identiti lain seperti pakaian, makanan, agama dan seumpamanya. Hal ini demikian, kerana bahasa
mempunyai kesan dan pengaruh yang lebih kuat, mendalam dan menyebat di dalam diri rakyat. Bahasa
bukan sahaja menjadi alat pemikiran, tetapi berperanan untuk meruntuhkan tembok prasangka dan
seterusnya menjalin hubungan etnik yang padu.
Tidak dinafikan bahawa satu bahasa yang sama dapat menyediakan wadah kepada rakyat pelbagai etnik
untuk berkongsi dan terbabit dalam simbol dan pengalaman budaya bersama, sesuai dengan hakikat
bahawa bahasa dan sastera juga, merupakan khazanah dan perantara budaya (Jacob & Beer, 1985: 1).
Bahasa dan sastera Melayu memiliki peranan penting dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan
bernegara. Peranan ini jelas dalam kehidupan bermasyarakat di pelbagai daerah, negeri dan wilayah di
Malaysia. Komunikasi perhubungan bagi pelbagai kegiatan masyarakat perlu memanfaatkan
sepenuhnya bahasa Melayu, selain bahasa daerah sebagai saranan dan wahana untuk membangun
persefahaman, kesepakatan dan kesatuan.

Bahasa Melayu salah satu unsur terpenting dari segi penyatuan bangsa — tali pengikat kesatuan
bangsa. Kesatuan dalam kepelbagaian — identiti nasional atau budaya kolektif menjalinkan rakyat
pelbagai etnik, negeri dengan negara bagi membina negara bangsa. Kita tidak dapat lari daripada hakikat
bahawa sebuah bangsa wujud bersama-sama dengan bangsa lain untuk melahirkan sebuah negara
bangsa sehingga ada sarjana yang menyifatkan Malaysia sebagai “a state with several nations’/plural
society nations” (Shamsul, 1992) dan “state-nations, rather than nation-states” (Leo Suryadinata, 1997).

Kesepaduan sosial dan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa akhirnya adalah terletak di
fikiran rakyat semua. Bahasa Melayu/sastera Melayu/kebangsaan bersifat supra etnik yang melampaui
garis etnik untuk menyatupadukan pelbagai etnik. Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang
paling efektif dan mutlak untuk negara persekutuan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan wilayah. Ia
merupakan wadah perhubungan dan pemersatuan antara wilayah, daerah, Semenanjung

Bagaimanakah bahasa Melayu khususnya dapat menjadi alat pemersatuan dalam sebuah negara
pelbagai etnik di bawah sistem persekutuan? Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan dapat menyatukan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Boleh dikatakan ganjil dan tidak
patut untuk dua peringkat kerajaan menggunakan dua bahasa yang berbeza. Keadaan ini bukan sahaja
menjejaskan dan mengganggu kelancaran pentadbiran, tetap memberi kesan langsung terhadap
kesatuan dan perpaduan staf dan rakyat.

Dengan menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, pentadbiran kerajaan dapat berjalan dengan
lancar. Justeru, secara langsung, keadaan ini akan dapat menyatupadukan kakitangan kerajaan, syarikat
berkaitan kerajaan dan sebagainya melalui bahasa Melayu. Dari segi ini, negara ini sudah mencapai
kemajuan yang membanggakan meskipun terdapat ruang untuk terus memperbaiknya. Yang menjadi
masalah adalah di sektor swasta. Masalah ini dijangka akan berlarutan selagi ekonomi negara ini
dikuasai oleh etnik Cina dan kebanyakan syarikat swasta didominasi oleh golongan berkenaan.
Disebabkan oleh sejarahnya yang panjang dan sudah menjadi lingua franca di rantau ini, bahasa Melayu
tidak syak lagi, sudah hampir menyebat dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam kalangan rakyat
bumiputera pelbagai etnik di negara ini.
Dari segi ini, bahasa Melayu bertindak sebagai bahasa penghubung dan bahasa pemersatuan antara
pemimpin dengan rakyat dan antara kelas atas dengan kelas bawah. Malah, inilah juga bahasa yang
menjadi pengikat antara kota dengan desa. Tidak dapat dibayangkan juga, bahasa lain selain bahasa
Melayu, yang dapat mengambil tempat tersebut. Bahasa Inggeris tidak akan dapat memainkan peranan
dengan baik dan berkesan di desa dan luar bandar. Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
etnik dan budaya, bahasa penghubung yang berkesan amat diperlukan. Bahasa itu ialah bahasa Melayu.
Kesatuan dalam kepelbagaian hanya dapat dimungkinkan melalui bahasa Melayu, kerana bahasa
Melayu adalah mudah lentur, mudah dipelajari dan mudah diamalkan.

Lagipun, bagi sesetengah etnik di negara ini, bahasa Melayu mempunyai kedekatan linguistik dengan
dialek dan bahasa suku kaum peribumi sehingga mereka dengan mudah dapat mempelajari dan
menuturkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan antara pelbagai
zaman dan generasi. Generasi terdahulu dengan generasi kini berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan
generasi muda dan generasi tua juga perlu berkomunikasi dengan bahasa Melayu. Akan berlaku
rencatan komunikasi jika bahasa itu tidak digunakan.

Selepas merdeka dan berada di bawah bumbung Malaysia untuk sekian lama, tidak harus ada lagi rakyat
Malaysia, khususnya daripada kalangan generasi muda dan baharu, tidak menguasai bahasa Malaysia.
Keadaan ini bukan sahaja mengejutkan dan memalukan, tetapi dapat menjejaskan aspirasi negara.
Bagaimanakah golongan ini dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan etnik lain? Semua etnik
sepatutnya tidak lagi meragui dan mempertikaikan kedudukan bahasa dan sastera Melayu; sebaliknya
perlu menerimanya sebagai satu entiti penting dalam kehidupan bernegara. Nasionalisme etnik yang
keterlaluan dan sikap etnosentrisme yang melampau, serta keengganan untuk mempelajari bahasa itu
dengan tekun, antara faktor yang menyebabkan mereka gagal menguasai bahasa kebangsaan – bahasa
yang menjadi salah satu lambang kerakyatan.

Bahasa kebangsaan wajib diketahui dan dikuasai secara bestari, tentunya pada tahap tinggi oleh rakyat
kita. Tidak seharusnya berlaku lagi gejala, rakyat bercakap dalam bahasa Melayu yang tergagap-gagap
atau langsung tidak menguasainya, kerana keadaan ini dapat menjejaskan interaksi, dan seterusnya
integrasi sosial dan nasional. Ada sebilangan rakyat yang gagal menempatkan diri mereka dalam negara
ini, dengan menganggap bahawa bahasa Melayu tidak penting, apatah lagi bagi golongan ini, bahasa itu
tidak menjamin kemakmuran pekerjaan dan ekonomi mereka. Bagi mereka, bahasa itu tidak lebih
sebagai lesen untuk mendapatkan sijil dalam peperiksaan. Memang tidak salah mendukung identiti
budaya etnik, tetapi rakyat kita perlu bertindak realistik dan pragmatik, sesuai dengan aspirasi nasional,
bahawa mereka juga perlu menjunjung identiti nasional yang menjadikan lambang dan proses
sosiobudaya Melayu sebagai tunjangnya. Sama sekali tidak ada alasan dan tidak boleh diterima alasan
apa-apa pun untuk mereka yang menggelar diri sebagai rakyat Malaysia, untuk tidak dapat bertutur dan
memahami bahasa Melayu.
Pada tahun 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah
ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan
dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini membawa bersama
perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Bagi
sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum,agama dan budaya, perpaduan adalah
sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Perpaduan merupakan intipati yang sering
dilaungkan oleh pemimpin dalam menjamin kelangsungan keamanan negara. Rentetan itu banyak
medium yang digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan khusunya di Malaysia sebagai
langkah memastikan negara tidak kucar- kacir akibat persengketaan antara kaum dan antaranya adalah
menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara kepada perpaduan kaum. Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Faktor sejarah dimana bahasa Melayu
merupakan lingua franca di zaman kepulauan Nusantara telah melayakkan bahasa Melayu dijulang
sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan secara rasmi di negara. Selaian itu bahasa Melayu mudah
dipelajari dan difahami serta mempunyai bilangan penutur majority di Malaysia (Nazarudin hj. Mohd
Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid (2001:165) Atas pertimbangan
yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid telah bersetuju menjaga nilai sejarah Bahasa Melayu dan
keunikannya yang yang nyata digunapakai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejarah juga
telah membuktikan bahasa kesanggupan masyarakat plurality menggunapakai satu bahasa sebagai
bahasa pengantar telah mewujudkan satu keadaan perniagaan dan kehidupan berkomuniti yang
harmoni. Atas dasar inilah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan iaitu bahasa yang mudah
difahami oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada rasa prasangka. Namun begitu persoalan timbul
apabila penggunaan Bahasa Melayu adalah tidak menyeluruh dikalangan masyarakat Malaysia yang
terkandung di dalamnya pelbagai etnik.

Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan
perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan
Mary Tan Swee Ee (2004)

“Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa
Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan
Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua
kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.”
Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah
dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata
pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di
sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar
sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa
mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang
sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha
kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.

Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/)

“Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi
Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan
bersatupadu.”

Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain.
Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat.
Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan
yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat
yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti
memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling
kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui
Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara
langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat.

Strategi Pendidikan – membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan dan mengeratkan
perpaduan – melalui kurikulum, aktiviti kokurikulum.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan – boleh berkomunikasi.

Strategi Agama
Strategi Kebudayaan – Kebudayaan Nasional

Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat

Bab 9

Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat

2 Hasil Pembelajaran

Menjelaskan peranan kerajaan, masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

3 Pengenalan

Usaha pemupukan perpaduan dan mengeratkan hubungan etnik dilaksanakan oleh kerajaan khususnya
dan disokong oleh pelbagai pihak seperti sektor swasta, NGO mahupun rakyat sendiri.

4 Peranan Kerajaan dalam Konteks Hubungan Etnik

Antara usaha kerajaan ialah:

Penubuhan JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada 1 Julai 1969 di bawah perintah MAGERAN selepas peristiwa
13 Mei 1969.

Ia pernah diletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan kini di
bawah JPM.

5 Beberapa dasar sosioekonomi yang berkaitan dengan perpaduan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, DEB, DPN, DWN dan Dasar Sosial Negara.

Usaha lain – Rukun Negara, penubuhan BN.

6 JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional telah merancang pelbagai usaha dari
aspek:

Strategi Politik – Persefahaman (perlembagaan dan bangsa Malaysia)


Strategi Ekonomi – mengimbangkan kedudukan taraf ekonomi dan mengurangkan identifikasi kaum
dengan pekerjaan.

7 Strategi Pendidikan – membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan dan mengeratkan
perpaduan – melalui kurikulum, aktiviti kokurikulum.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan – boleh berkomunikasi.

Strategi Agama

Strategi Kebudayaan – Kebudayaan Nasional

8 Strategi Integrasi Wilayah – penambahbaikan perhubungan kebangsaan dan pengangkutan; lawatan


pemimpin.

Strategi Keselamatan – pencegahan dan pemulihan.

Strategi Pembangunan Kawasan – Rukun Tetangga, penyediaan prasarana (dewan) dan mengandungi
pembangunan bercampur.

9 Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Strategi Media Massa

Strategi Kesukanan

Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

Strategi Pertubuhan Sukarela

Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

10 Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik

Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri (JKPPN)

Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan.


11 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah perpaduan tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis
kebangsaan.

Sekolah kebangsaan – insititusi utama bagi memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional.

12 Sekolah Wawasan

Membina 2 atau 3 jenis sekolah rendah yang belainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam
kawasan yang sama – berkongsi kemudahan asas.

13 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Berteraskan Rukun Negara

Diperkenalkan pd 16 Februari 2004.

Mempunyai kurikulum multidisiplin – Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan
Modul Khidmat Komuniti.

Bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan, perwatakan positif, semangat


kesukarelaan, dan melahirkan generasi yang cergas, cerdas dan keyakinan.
PERANAN KERAJAAN PENGGUNAAN BAHASA
KEBANGSAAN
Pada tahun 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia.
Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang
Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

Bahasa Melayu salah satu unsur terpenting dari segi penyatuan bangsa iaitu tali pengikat
kesatuan bangsa. Kesatuan dalam kepelbagaian adalah identiti nasional atau budaya kolektif
menjalinkan rakyat pelbagai etnik, negeri dengan negara bagi membina negara bangsa. Kita
tidak dapat lari daripada hakikat bahawa sebuah bangsa wujud bersama-sama dengan bangsa
lain untuk melahirkan sebuah negara bangsa sehingga ada sarjana yang menyifatkan Malaysia
sebagai “a state with several nations’/plural society nations” (Shamsul, 1992) dan “state-
nations, rather than nation-states”

Bahasa Melayu/sastera Melayu/kebangsaan bersifat supra etnik yang melampaui garis etnik
untuk menyatupadukan pelbagai etnik. Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang paling
efektif dan mutlak untuk negara persekutuan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan wilayah.
Ia merupakan wadah perhubungan dan pemersatuan antara wilayah, daerah, Semenanjung

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dapat menyatukan kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri. Boleh dikatakan ganjil dan tidak patut untuk dua peringkat
kerajaan menggunakan dua bahasa yang berbeza. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan dan
mengganggu kelancaran pentadbiran, tetap memberi kesan langsung terhadap kesatuan dan
perpaduan staf dan rakyat.

Bahasa kebangsaan wajib diketahui dan dikuasai secara bestari, tentunya pada tahap tinggi
oleh rakyat kita. Tidak seharusnya berlaku lagi gejala, rakyat bercakap dalam bahasa Melayu
yang tergagap-gagap atau langsung tidak menguasainya, kerana keadaan ini dapat menjejaskan
interaksi, dan seterusnya integrasi sosial dan nasional. Ada sebilangan rakyat yang gagal
menempatkan diri mereka dalam negara ini, dengan menganggap bahawa bahasa Melayu tidak
penting, apatah lagi bagi golongan ini, bahasa itu tidak menjamin kemakmuran pekerjaan dan
ekonomi mereka. Bagi mereka, bahasa itu tidak lebih sebagai lesen untuk mendapatkan sijil
dalam peperiksaan.
Memang tidak salah mendukung identiti budaya etnik, tetapi rakyat kita perlu bertindak
realistik dan pragmatik, sesuai dengan aspirasi nasional, bahawa mereka juga perlu menjunjung
identiti nasional yang menjadikan lambang dan proses sosiobudaya Melayu sebagai tunjangnya.
Sama sekali tidak ada alasan dan tidak boleh diterima alasan apa-apa pun untuk mereka yang
menggelar diri sebagai rakyat Malaysia, untuk tidak dapat bertutur dan memahami bahasa
Melayu.

Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat
perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004)

Lagipun, bagi sesetengah etnik di negara ini, bahasa Melayu mempunyai kedekatan linguistik
dengan dialek dan bahasa suku kaum peribumi sehingga mereka dengan mudah dapat
mempelajari dan menuturkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang
digunakan antara pelbagai zaman dan generasi. Generasi terdahulu dengan generasi kini
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan generasi muda dan generasi tua juga perlu
berkomunikasi dengan bahasa Melayu. Akan berlaku rencatan komunikasi jika bahasa itu tidak
digunakan.

Peranan Bahasa

#ahasa Melayu adalah bahasa negara. 8anya ber ungsi sebagai bahasa rasmi dan
bahasakebangsaan, maka statusnya menjadi amat penting sebagai bahasa pengantar system
pendidikan kebangsaan. 9ungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan'leh
Akta  endidikan / 6/, lanjutan penegasan perundangan terhadap  enyata ;azak /   6

3asil yang diper'leh agakmembanggakan. #ahasa Melayu terbukti dapat menjadi bahasa
pengantar pendidikan-setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. #ahasa Melayu telah
berjaya diangkat dan bertindak sebagai bahasa ilmu. #ahasa Melayu digunakan di peringkat
sek'lah rendah,menengah dan sebahagian besar daripada pengajian di peringkat tinggi. Di
Malaysia mulaitahun / 1  semua institusi pengajian tinggi a%am menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar, sesudah / tahun Dasar #ahasa Kebangsan ditegaskan semula
dalam+istem  endidikan Kebangsan

ekuatan bahasa juga akan menjamin kelangsungan peradaban. #ahasa Kebangsaan ialah
pemersatu dan alat k'munikasi rakyat yang sangatutama. ;an)angan Malaysia Ke- telah
menetapkan agenda nasi'nal yang mesti didukungdengan )ita-)ita pembangunan tamadun dan
m'dal insan Malaysia, sesuatu keseimbanganantara keperluan jasmaniah dengan r'haniah
sebagaimana harapan asal daripada matlamatke%ujudan sesebuah kebudayan kebangsan
Malaysia.

+esebuah *egara tentulah memerlukan satu bahasa negara yang menjadi alat bagi semuatujuan
pembangunan dan )itra keperidian nusa.  eranan bahasa Melayu untuk keperluandalam negara
sebagaimana yang ditakri kan daripada kehendak undang-undang bermakna bahasa Melayu
menjadi bahaasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa
kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama dan  alsa  ah, bahasa ek'n'mi, perniagaan,
perdagangan dan industri, bahasa ilmu tinggi, sains dan tekn'l'gi. eranan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi ialah bahasa k'munikasi lisan dan tulisan yangdigunakan bagi semua
maksud rasmi kerajaan, memenuhi  ungsi k'munikasi perkhidmatana%am, yakni k'munikasi
dalam jabatan dan antara sesama jabatan sekt'r a%am, antara jabatan sekt'r a%am dengan
sekt'r s%asta dan k'rp'rat atau sebaliknya dan k'munikasiantara jabatan sekt'r a%am dengan
'rang a%am atau sebaliknya. Kita juga harus melihat peranan utama dan peranan k'munikati 
bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasakebangsaan, bahasa Melayu ditakri kan mempunyai
peranan utama, yang antara lainnyamenjadi lambang atau )itra Malaysia. 8a dibuktikan dengan
penggunaannya di tempat a%am, penggunaan nama khas dan melalui media massa berstatus
negara, menjadi %ahana pemersatuan %arganegara dan rakyatnya dengan k'nsep =satu bahasa
kebangsaan bagi seluruhnegara bangsa Malaysia.> +elain itu, bahasa Melayu menjadi %ahana
k'munikasi umum (lisandan tulisan! antara kel'mp'k masyarakat penutur bahasa dan kegunaan
umum antara indi?idu berlainan etnik. #ahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan
budaya yangmenggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. #ahasa dan
sastera tidak 'leh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah
satudaripadanya tiada maka yang satu lagi akan pin)ang.#ahasa Melayu juga mempunyai
peranan sebagai alat k'munikasi antara kerajaan dengan'rang ramai, antara sekt'r a%am dengan
s%asta dan k'rp'rat. #egitu juga sekt'r s%asta dank'rp'rat dengan pelanggan dalam negeri atau
sebaliknya. #ahasa Melayu tidak ketinggalandigunakan dalam penyampaian maklumat bagi
segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman,arahan dan seumpamanya dipamerkan di
tempat a%am atau di khalayak ramai atau siaranmelalui media massa. A. Aziz Deraman (2006!
dalam kertas kerjanya bertajuk "Kebudayaan, endidikan dan #ahasa Melayu& menyatakan
baha%a bahasa Melayu sudah mengambiltempat yang se%ajarnya dan dimartabatkan sebagai
bahasa nasi'nal *egara-negara serumpunselepas kemerdekaan 8nd'nesia (/    ! , Malaysia
(/   7 ! dan #erunai Darussalam (/ 1  ! .#ahasa Melayu berjaya dalam banyak lapangan
kehidupan sebagi bahasa ilmu, alatk'munikasi dan pemersatuan rakyat. Dalam tempuh
relati nya singkat, baik di Malaysia atau8nd'nesia, bahasa Melayu dengan )epat mengambil alih
bahasa 8nggeris atau bahasa #elandasebagi alat pemersatu bangsa dan bahasa yang begitu
terbuka berkembang maju mengikutkeperluan negara.#ahasa Melayu juga berpengaruh dan
berperanan yang besar dalam memupuk kesenian bangsa dengan penghayatan dan penyertaan
yang menyeluruh. <amadun silam seperti yang pernah dilalui 'leh 'rang  unani-;'ma%i,
tamadun 8slam, tamadun 8ndia dan tamadun ina banyak mengekalkan ikiran dan perasan
kesenian bangsanya melalui bahasa.  eranankesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan,
terletak di sini. #ahasa memupuk resam, nilaidan n'rma sesuatu bangsa. Dalam situasi p'litik-
ek'n'mi dan s'sial yang berubah, bahasatetap mampu mengisi keperluan sesebuah tamadun.

Peranan Sastera

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun /   7 .


Matlamatnyauntuk memb'lehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menji%ai unsur dan
nilai murnidari segi ker'hanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, ke
%arganegaraan,menanam perasaan bangga dan )inta akan tanah air dalam satu %a%asan
budaya kebangsaanyang dihasratkan ter)apai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan
Melayu dapatmen)erminkan masyarakat kesenian yang kreati, mampu mengkaji keindahan
karya sasteradan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. eranan sastera
terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupanmanusia. 3al ini amat
bertepatan dengan k'nsep membina =m'dal insan> yang diharap-harapkan 'leh pemimpin
negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti r'b't yangtidak mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apayang kita b'leh lihat sekarang,
ramai bijak pandai dalam bidang sains dan tekn'l'gi tetapisayang mereka gagal dalam usaha
melahirkan pemimpin yang berm'ral, berjati diri danmempunyai nilai-nilai kemanusiaan.
 emimpin yang tidak berji%a seperti di atas, merupakanmanusia yang hilang pertimbangan
ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah,keruntuhan m'ral sehingga memba%a
kepada kemusnahan alam dan manyusahkanmasyarakat. @usteru mengembalikan nilai sejagat
yang bersiat kemanusiaan sebenarnyaterkandung dalam sastera.Di peringkat sek'lah
Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu )abang ilmu dansenjata yang dapat
meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengank'nsep bahasa merentas
kurikulum. +ementara itu di peringkat pengajian tinggi pelajardidedahkan dengan teknik
penulisan ilmiah, ren)ana dan penulisan kreati dan pelajar juga

diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat
pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.+elain itu, sastera juga berperanan
dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan bahasa Melayu %ajar dipertingkatkan
kepada semua peringkat usia pembelajaran dan pengajarn. Dengan )ara ini, pr'ses
pembentukan jati diri dan )inta akan khazanah negaradapat diatur, dilentur, dibentuk dengan
sebaik-baik mungkin.  r'ses pengayaan ini merupakan pr'ses yang berterusan dan menjadi
agenda utama dasar pentadbiran negara.+hahn'n Ahmad (/   7 : 2 ! menyatakan baha%a
kesusasteraan berperanan sebagai satu)abang kesenian yang berteraskan )inta. inta di sini
maksudnya )inta kepada keindahan dan)inta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan di)ipta
'leh para sastera%an untukmembangunkan peribadi manusia supaya )inta akan keindahan dan )
inta akan kebenaran. A.+amad +aid (/   7 :   ! pula menyatakan baha%a peranan sastera
sebagai rakman danrenungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka.
+etiap karya yangter)ipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian
ke)il )akera%ala<uhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesam makhluk yang
sama-samamen)ari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum 'leh getir-getar
kehidupan.4leh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda
manusia.Manakala sman A%ang (/7: /! menjelaskan baha%a peranan sastera meliputi
semuaaspek kehidupan manusia se)ara luas. <iada sesiapapun yang b'leh mendak%a baha%a
diamempunyai m'n'p'li terhadap budaya Malaysia. #udaya bersama kita hanya akan
lahirdaripada penghidupan bersama semua rakyat bukan )'nt'h angkuh daripada sebilangan
ke)ilg'l'ngan kaya dan istime%a.
Konsep bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring
dengan penekanan “budaya ilmu” pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat melibatkan
diri baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di
setiap kesempatan. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep tersebut lebih dikenali sebagai
“bahasa Ilmiah” ( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan 1987 ). Bahasa Ilmu ialah bahasa yang
mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi
dan ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini
terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor
yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan
sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar
ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi
asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu
juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat
yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah
negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi
lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu
telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum
kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi
merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman
perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. Dengan ini, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan hendaklah memainkan peranan yang penting untuk
meyatupadukan semua kaum di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Garvin dan Mathiot
( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi
penyatuan. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan
penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama, dan dengan
sedemikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Hasil daripada
penyatuanpaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.
Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam
politik dan agama sahaja. Akan tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat
untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya.
Dalam hal ini, bahasa Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.
Bahasa Komunikasi Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan
dan tulisan yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi
perkhidmatan awam, yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam,
antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta dan korporat atau sebaliknya dan
komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang awam atau sebaliknya. Kita juga harus
melihat peranan utama dan peranan komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai peranan utama, yang antara lainnya
menjadi lambang atau citra Malaysia. Ia dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam,
penggunaan nama khas dan melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana
pemersatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh
negara bangsa Malaysia.’ Selain itu, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi umum (lisan
dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu
berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan budaya yang
menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera tidak
boleh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah satu daripadanya
tiada maka yang satu lagi akan pincang. Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat
komunikasi antara kerajaan dengan orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan
korporat. Begitu juga sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau
sebaliknya. Bahasa Melayu tidak ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi
segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di
tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui media massa. Bahasa jiwa bangsa.
Tidak sesiapa yang dapat menyangkal bahawa bahasa adalah tunggak jati diri bangsa. Jika
hilang satu bahasa, maka lenyaplah satu bangsa. Menurut Tunku Abdul Rahman, “adalah wajar
bahawa sebagai satu Negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri”.
Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa ( Wong & Ee 1971:
78 ). Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, bahasa Inggerislah telah digunakan seluas-
luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Tidak ada usaha yang konkrit dijalankan
untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Namun demikian, keperluan untuk menubuhkan
sebuah bahasa kebangsaan semakin mendesak selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Pada masa itu, hanya lebih kurang 10% daripada bilangan penduduk negara ini yang
berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Untuk membolehkan penduduk Malaysia
menjalankan hal-hal ehwal pentadbiran negara sendiri, sebuah bahasa yang luas dipergunakan
amat diperlukan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah
sebuah bahasa kebangsaan diwujudkan untuk melambangkan identiti yang sama bagi semua
kaum yang tinggal di Malaysia. Justeru itu, keperluan untuk menubuhkan bahasa kebangsaan
amat mendesak pada ketika itu. Setiap negara yang merdeka memiliki sebuah bahasa
kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selain itu dapat memenuhi keperluan
sebagai lambang penyatuan, penubuhan, satu bahasa kebangsaan juga timbul ekoran daripada
desakan semangat kebangsaan. Dalam hal ini bahasa Melayu dipikir selayaknya dipilih sebagai
bahasa kebangsaan kerana jika diikut peratusan bilangan penduduk, penduduk Melayulah
paling ramai iaitu 43%, manakala penduduk Cina dan India masing-masing 36% dan 8%.
Tambahan pula bahasa Melayu yang dituturkan pada masa itu mempunyai keseragaman dan
teratur dan semua mampu menggunakannya. Dengan itu bahasa Melayu secara langsungnya
termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan melambangkan identiti
kebangsaan sehingga kini. Bahasa Rasmi Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam
situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara,
urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan
fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah
Negara. Namun demikian, bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan semat-mata
kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang
tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan sejak tahun 1957 hingga 1969, tetapi dalam urusan rasmi,
dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa
Melayu, malahan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu dalam konteks urusan sesebuah
Negara. Walaupun bagaimanapun, mulai 1969, bahasa Inggeris hilang kedudukannya sebagai
bahasa rasmi dan temapatnya digantikan dan telah diisi oleh bahasa Melayu. Selepas
kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan telah digunakan sepenuhnya sebagai urusan bahasa
pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan Perundangan
Negeri umpamanya. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan mahkamah,
kedudukan bahasa Melayu sebagi bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen 8 Akta
Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan
misalnya dalam surat-mesyuarat rasmi, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan yang lain
termasuk Akta, buku rancangan pembangunan Malaysia, ucapan belanjawan Menteri
Kewangan, dan sebagainya. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan
penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara152
ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta
bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi
satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat
memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.
Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang
memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yangdemikian, dengan
termaktubnya Perkara 152 mendapatinegara mempunyai asas yang kukuh untuk membina
sebuah negara. Selain itu, Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa
dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara
ini, BahasaMelayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat
diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun
dengan bahasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis
dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayumemainkan peranan sebagai
lambang Negara Malaysia dipersada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan
sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut
acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan2020. KESIMPULAN Secara jujur, perlu
diakui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang belum cukup mantap
dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku, melalui peristiwa-
peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di peringkat
kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan negara
dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan daripada
bahasa ibunda kita sendiri. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa
Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Perlu ditegaskan bahawa
bukan isu antibahasa asing diperbahaskan tetapi prinsip kita jelas dan tegas mengatakan
pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan
kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai