Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1

Sosiolinguistik merupakan suatu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bahasa di dalam
kemasyarakatan, hubungan bahasa dengan apa yang terjadi di dalam kelompok masyarakat tutur
serta fungsi bahasa dalam masyarakat. Bahasa merupakan suatu medium atau alat utama yang
membolehkan manusia berkomunikasi dengan manusia lain. Sungguhpun begitu, wujud
pelbagai bahasa yang berbeza mengikut kelompok masayarakat di dunia ini serta memiliki
keunikannya yang tersendiri. Sesuatu bahasa itu bukanlah merujuk kepada persamaan cara
pertuturan yang bagi pelbagai situasi tetapi wujud perbezaan mengikut individu yang
menuturkan, kepada siapa ia dituturkan dan dan mengenai apa sesuatu itu dituturkan. Semua ini
akan memberi pengaruh kepada bentuk bahasa yang ditutur. Melalui bahasa dan pertuturanlah
manusia boleh saling berkomunikasi, menyampaikan maklumat dan pandangan serta menyatakan
perasaan. Secara asasnya, bahasa dilihat berfungsi sebagai alat perhubungan yang bertujuan
untuk menjamin dan mengekalkan hubungan di baik di dalam masyarakat sosial yang berbeza-
beza budaya dan fahaman.

Bidang sosiolinguistik adalah satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan
masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Ia juga bertujuan untuk mendapat pemahaman
yang lebih baik tentang struktur bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi. Oleh itu, terdapat
beberapa faktor yang memberi kesan kepada bahasa yang digunakan antaranya ialah latar ahli
masyarakat iaitu dari segi daerah tempat tinggal, taraf pendidikan, taraf sosial, jantina dan juga
peringkat umur. Pengetahuan di dalam bidang ini amat penting kerana ia dapat dijadikan
panduan dalam berkomunikasi dengan menunjukkan bahasa, gaya atau ragam bahasa yang sesuai
yang harus digunakan apabila berbicara dengan individu tertentu. Hal ini akan menjadikan
anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati.

Perkaitan antara bahasa dan bangsa dilihat amat penting dalam mengeratkan perpaduan
kaum. Sebagai contoh di negara ini bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dan
bahasa pertuturan utama di mana semua lapisan masyarakat, umur dan juga budaya haruslah
menguasai serta memahami bahasa Melayu bagi meyokong dan memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu serta mengeratkan lagi hubungan antara kepelbagaian budaya di sesebuah negara.
Namun begitu, masyarakat lain masih bebas menggunakan serta menuturkan bahasa ibunda
mereka. tidak dinafikan bahawa pelbagai budaya yang wujud mempunyai keindahan bahasa
mereka yang tersendiri dan setiap bahasa itu tetap diangkat sebagai sesuatu yang yang bernilai
dan penting serta menjadi satu alat pengenalan terhadap sesuatu bangsa. Melalui pendidikan di
sekolah pula, bahasa juga mampu menjadi salah satu alat perpaduan di mana pelajar akan belajar
memahami bahasa dan budaya lain melalui pelbagai aktiviti yang diwujudkan di sekolah. Jati diri
sesuatu bangsa dipelajari melalui pelbagai aktiviti ini. Bidang sosiolinguistik dilihat amat berkait
rapat dengan paerkaitan antara bahasa dan bangsa.

410 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai