Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Memartabatkan dan menggemilangkan Bahasa Melayu seperti zaman

kesultanan melayu.
Nama Penulis : Yang berbahagia Prof. Diraja Ismail Yahya.
Disediakan untuk : Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarikh :
1. Pengenalan
Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian
agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sri
Wijaya telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan. Bahasa
melayu seterusnya digemilangkan lagi pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19
iaitu ketika zaman kesultanan melayu, telah diangkat martabat sebagai bahasa
tamadun Melayu baharu. Pada zaman ini, bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa
pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah,
bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi,
sehinggakan seorang Sarjana belanda, Francois Valentijn ada mengungkapkan
bahawa kebitaraan bahasa melayu adalah seperti sebuah bahasa yang dituturkan
secara meluas, luasnya melebihi dari Parsi hingga ke timur tanah melayu, iaitu
kepulauan Filipina dan bahasa yang difahami seperti bahasa Perancis atau Latin di
Eropah atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant.
2. Tujuan
Tujuan laporan ini ditulis adalah untuk:
2.1. memberikan beberapa saranan untuk mewujudkan beberapa usaha secara
langsung atau tidak langsung bagi memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia
khususnya, di mana saranan ini harus dimulakan dari institusi pendidikan
dengan mengubahsuai beberapa perkara dalam sistem pendidikan di sekolah.

2.2. menggalakkan bagi meneruskan usaha sedia ada yang telah dijalankan dari
peringkat akar umbi bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa rasmi negara
Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia, bermula dari penglibatan pihak
kerajaan Malaysia, pihak organisasi bukan kerajaan (NGO), masyarakat,
komuniti dan individu.
3. Sinopsis
3.1. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya pepatah melayu atau
perumpamaan ini jika direnungi maksudnya, jika kita hendak melihat apa-apa yang
akan berlaku pada masa hadapan, lihatlah generasi muda kita sekarang. Hal ini
bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk
generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara dan juga memartabatkan Bahasa
Melayu. Pada zaman penjajah di Tanah Melayu, Bahasa Melayu telah dijatuhkan
martabatnya menjadi hanya sebuah bahasa yang boleh digunakan setempat, tidak
boleh melangkaui sempadan antarabangsa, dan hanya boleh dituturkan tidak lebih
hanya sekadar komunikasi sesama bangsa melayu. Peningkatan martabat bahasa
Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan perencanaan
semula dalam beberapa aspek dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan
dasar-dasar yang berkaitan dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati
diri dan maruah bangsa dan negara.
4. Isi perbincangan
4.1. Penegasan dasar bahasa

dan

penguatkuasaan

dasar bahasa

secara

bersepadu, dengan menegaskan supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi
di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu.
4.1.1 Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas
penggunaan bahasa Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini

atau tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu disegerakan. Selain itu,
akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan UndangUndang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara
tegas.
4.2. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu.
4.2.1 usaha ini perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih
tinggi sebagai bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan
rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam
pelbagai media (bercetak dan elektronik).
4.2.2 setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa,
penulisan dan persuratan dalam program ``kursus dalam perkhidmatan''
masing-masing.
4.3 Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.
4.3.1 usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga
peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih
berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan
tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting. Yang pertama ialah
pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses
pemerolehan dan pengembangan ilmu,
4.3.4 kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili
budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran,
buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum.
5. Penutup
Banyak lagi langkah yang perlu dilakukan seperti program pemasyarakatan bahasa
kebangsaan bertaraf kebangsaan, pemantauan berterusan terhadap bidang
penyiaran dan media massa dan lain-lain yang dirasakan perlu kerana pembangunan
negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang

penting diberi perhatian yang sama beratnya oleh semua pihak yang bergelar rakyat
Malaysia, termasuk bidang bahasa dan budaya, sebagai langkah membina
ketahanan jati diri dan maruah bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai