Anda di halaman 1dari 2

Jika Saya Seorang Raja

Aku hanyalah seorang budak lelaki yang hanya dari keluarga yang sederhana. Aku

bukanlah dilahirkan seperti pewaris takhta seumpamaPutera William, pewaris takhta

United Kingdom. Namun aku mempunyai cita - cita yang luar biasa dan mustahil

untuk mencapainya. Walaupun begitu, aku akan sentiasa berfikiran positif dan aku

fikir tidak salah untuk menggapai impian tersebut demi manfaat semua pihak, tidak

kisah sama ada untuk rakyat biasa mahupun raja yang bersemayan di atas takhta

imaginasi luar biasaku ini sentiasa berlegar di dalam mindaku yang mengungkapkan

impian itu adalah Jika Aku Seorang Raja.

Jika Aku Seorang Raja, aku bukan sahaja ingin berpakaian segak. Aku

berhasrat ingin menjadi raja yang berjiwa rakyat. Idolaku adalah Saidina Umar Al -

Khattab, khalifah atau pemimpin dunia islam yang kedua. Kalimah yang sangat

masyhur yang pernah diungkapkan oleh beliau adalah " Kalau rakyat kelaparan, aku

ingin menjadi orang pertama yang merasakan. Kalau rakyatku kekenyangan, aku

ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya. Aku ingin semua rakyatku

mempunyai rumah, makanan dan minuman dan pekerjaan. Justeru itu, aku juga ingin

rakyatku hidup dengan gembira. Aku akan selalu mencemar duli, melihat dan juga

mendengar segala luahan hati rakyat - rakyatku.

Seterusnya, jika aku seorang raja, aku akan sentiasa memastikan negara

maju dan rakyat - rakyatku hidup dengan tenang, aman dan makmur. Aku akan

berusaha sedaya - upaya untuk mengelakkan pengangguran berlaku pada pemuda-

pemuda yang baru sahaja habis belajar. Aku akan sentiasa berusaha untuk

membantu semua rakyatku yang mempunyai masalah. Aku akan mengarahkan lebih
ramai askar untuk menjaga sempadan dan perairan supaya tiada penceroboh yang

berniat jahat. Aku akan berusaha demi memodenkan setiap negeri yang ada di

negara ini. Akan tetapi, aku tidak akan meminggirkan nilai-nilai yang murni dan

pandapat setiap rakyat jelataku. Berikutnya pula jika aku ini seorang raja, aku akan

menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar. Aku akan mengurangkan peranan

kenderaan dan menggalakkan rakyatku menggunakan kenderaan awam untuk pergi

ke tempat kerja dan sekolah. Aku juga menggalakkan ramai orang berkongsi

kenderaan untuk pergi tempat kerja. Aku memelihara hutan yang sedia ada dan

memulihara hutan yang telah ditebang sebelum ini. Aku akan menggalakkan segala

rakyat - rakyatku sentiasa bersenam dan kekal sihat. Aku akan berusaha menjadi

seorang raja yang adil dan berdedikasi. Aku akan mengikut berjuang demi

mempertahankan negara daripada anasir-anasir yang jahat.

Demikianlah yang akan kulakukan jika aku ini seorang raja, hakikatnya

aku hanyalah rakyat biasa yang serba kekurangan. Namun begitu, aku

tetap menginginkan sebuah pemerintahan yang adil, amanah dan menjaga

kebajikan rakyat. Aku begitu bersyukur sultan yang bertakhta di tanah

airku begitu bertanggungjawab dan mendahulukan rakyat jelata. Daulat

Tuanku.

407 patah perkataan.

Nama : Mohamad Khalimi bin Abdullah.

No.kp & no.sijil lahir : 070701080909 & 2889/2013

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Jalan Maharani,

36000 Teluk Intan, Perak.

Anda mungkin juga menyukai