Anda di halaman 1dari 15

HIDUP DI DUNIA MEMANG SUSAH (1).

Perangai Ikut Diri Sendiri


Seorang kenalan menyukarkan hidupnya. Perkara yang senang disusah – susahkan sehingga
menimbulkan keresahan apabila dia berhadir. Inilah karektor sesetengah yang bermasaalah dalam cara
berhadapan dengan orang ramai baik teman ataupun kenalan.

Mungkinkah kita juga memiliki sifat yang buruk, peribadi yang sukar dimengerti,
menjadi masaalah apabila berada disamping orang ramai.

Perhatikan diri sendiri, sentiasa mencambuk hati supaya menambah kepekaan jiwa. Hakikat diri sendiri
yang didorong oleh perangai jelek sememang rumit kerana diri sendiri enggan menerima kritikan pedas
ke atas dirinya. Mungkinkah selalu berdiri dihadapan cermin - cermin songsang yang menampakkan
kebagusan dari refleksi yang salah. Mungkinkah juga kita terpenjara dengan sikap dan perangai buruk
sebegitu lama lalu sifat tersebut menjadi darah daging, sebati dalam jiwa raga. Menjadi peribadi yang
sukar ditukar semitsal daki lama yang berkarat, yang melekap dibadan. Perlu disental lama, dibilas
dengan berus gosok sehingga menjelma kembali keaslian diri sendiri.

Kaya Miskin Bukan Ukuran Perangai Jelek.


Hidup ini sememangnya susah, tidak saperti sang raja yang berada dalam mayapada yang dibuai syurga
indera loka. Kata – kata yang ampuh daripada Anthony Burgess dalam buku karangannya tentang raja
dan orang melayu, The Long Day Wane. Beliau bersinggah di sebuah istana Johor lalu memasuki HAREM,
kawasan larangan raja dan menceritakan apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Sentiasa
mahu ditatang persis menatang minyak yang penuh oleh bidadari – bidadari sahaya dunia. Di dalam
Harem menyemarakkan suasana Putera Yardhoharta sebelum berubah menjadi gautama budha. Hidup
yang dibuaikan keindahan syurga indera loka. Semua remaja, cantik dan tiada cela. Itulah kekayaan.

Kekayaan merupakan sebuah habuan yang cuma dimiliki oleh golongan yang
sedikit. Harapan sebenar adalah sekeping hati yang saliim.

Kekayaan adalah tompangan. Kita seringkali menyalahkan kemiskinan dan kesukaran hidup terzahirnya
peribadi buruk yang kita miliki. Itulah alasan yang diberikan. Orang kaya juga tidak kebal dengan
perangai buruk yang bersabit dengan harta. Diantaranya sapertimana unjuran Ibnul Khaldun dalam kitab
Muqadimmahnya, “ orang kaya boleh mempengaruhi dengan hartanya para penguasa dengan
membengokkan undang – undang menurut kehendaknya”. Selain itu, perangai jelek manusia yang
hodoh adab, walau tampan fizikal dan luarannya yang mempersonakan.

Perangai tengit bukan jalinan akibat tercungapnya hidup atau asakkan susah yang merundung
kehidupan sehingga merudum semangat jiwa raga. Ianya juga bukan berpaksi kepada punca sebenar,
kesan – kesan akibat malang mahupun senang sapertimana ‘hikayat malin kundang’. Daripada susah
menjadi senang lalu senangnya juga sementara. Pengakhiran yang tidak bermanfaat. Menjadi derhaka
pada orang tua. Perangai buruk walaupun sudah dibekalkan kekayaan

Apakah sebenarnya yang mendorong kepada perangai yang jelek.

Tuhan Menguji Seseorang Menurut Kemampuannya


Seterusnya, hidup ini sememang berhadapan dengan rentetan ujian. Yang biasa kita disogokkan, Tuhan
menguji seseorang menurut kemampuannya. Bagaimana logiknya ujian Tuhan dengan kemampuan
manusia. Bagaimana ukurannya ujian itu di atas kemampuan seseorang. Satu teka – teki yang
menampilkan fiqh syariat dengan realiti logik sebuah kehidupan. Bolehkah kita katakan, seseorang yang
diduga berhasil atau kecundang atas alasan – alasan tertentu. Tentunya disana adanya ‘benchmark’ atau
kayu ukur kepada hakikat ujian tersebut. Ujian yang sama kepada dua orang yang berbeda juga tidak
serupa natijahnya. Seorang ibu yang berhadapan ujian adalah untuk dirinya dan bersesuaian dengan
tahap penerimaan. Tidak mungkin realiti seorang pemuda disogokkan dengan ujian seorang ibu lalu
berjaya menanggani ujian tersebut.

Ujian semestinya bersesuaian dengan realiti seseorang. Tidak mungkin benih


anggur mengeluarkan buah epal. Itulah hakikat apabila Tuhan menguji seseorang
menurut kemampuan yang ada padanya dengan realiti, keadaan yang
bersesuaian atau kondusif untuk diri masing - masing. Tuhan sajalah yang Maha
Mengetahui sedangkan makhluk tidak mengetahui sepenuhnya.

Itu sebenarnya adalah hakikat ilmu. Takrifan yang sebenar, menemukan sesuatu yang tidak diketahui
lalu menjadi tahu. Itulah ilmu pengetahuan.

Ada orang yang pernah mengungkapkan, biarlah Tuhan mengujiku didunia agar aku terlepas ujian
akhirat. Bagaimana mungkin Tuhan mengujinya dan dia tetap istiqamah sementara ujian yang bakal
mendatang tidak ada dalam pengetahuan dan ilmunya yang sedikit tentang masa depan. Langsung
diperbetuli ringkas oleh sang nabi, katakanlah, Tuhanku berikanlah kebagusan di dunia ini dan akhirat
juga kebaikan. Jauhkan aku dari azab neraka.
Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang

Teringat kepada kata – kata bernas dulunya saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1975. Kerajaan sibuk
membina bangunan mencakar langit sementara rakyat mencakar bumi mencari makan.

Hari ini lihatlah dengan mata kepala sendiri, pembangunan yang hebat yang tertinggi didunia satu masa
dahulu, Menara Berkembar Petronas, kemudiannya disaingi tidak beberapa lama oleh negara lain.
Sekarang ini semakin banyak bangunan tinggi mencakar langit dan rakyat semakin terhimpit mencakar
bumi. Hidup ini sememang susah kerana adanya para pemimpin yang jelek. Tugas politik bukan untuk
menjaga rakyat tetapi lebih kepada menjaga kuasa supaya tidak terlepas ke tangan orang lain selain
dirinya dan kuncu – kuncunya. Itulah politik, taarifnya yang tepat, yang cucuk dengan realiti semasa
perkembangan politik tanah airdesawarsa ini.

Begitulah perkabaran yang kurang dimengerti oleh penguasa. Kerajaan yang memerintah melihat
kezaliman yang ada padanya sapertimana seekor lalat yang menghinggap hidung, lalu dijentik dan lalat
itupun terbang. Nasib rakyat tidak diperduli. Yang banyak, adalah bicara kosong, menguar - uarkan janji
– janji dan membilang berulang – ulang apa yang telah mereka lakukan dan akan lalukan kepada rakyat
dalam bentuk yang sifar. Janji – janji kosong.

Hidup ini sememang susah kerana ramai yang memilih untuk hidup susah. Dahulunya semasa kempen
pilihanraya ke – 13 pakatan pembangkang sudah membuat komitmen. Kalau menang pilihanraya, tol
akan ditarik,harga minyak akan diturunkan. Ramai yang tetap memilih kerajaan yang ada hari ini. Sampai
bilakah rakyat mahu hidup susah dengan pemilihan yang menyusahkan hidup mereka.

Kehidupan ini harus mendapat dokongan kerajaan dalam pelbagai aspek kemudahan kerana negara ini
kaya dengan sumber. Rakyat jelata mendapat sedikit daripada habuan khazanah negara sementara
golongan yang sedikit mendapat laba, habuan yang besar, menjadikan mereka kaya raya hasil daripada
bumi ini, melalui karier politik melambakkan harta untuk diri sendiri dan kroni disekelilingan. Mereka
menggunakan kuasa untuk memenuhi tembolok hawa nafsu yang tidak berkesudahan.

Kais pagi makan pagi adalah resmi ayam kerana bergantung pada kakinya mencari sumber makanan.
Orang melayu tidak perlu hidup secara rasmi ayam kerana bumi ini memberikan hasil yang lumayan.
Cumanya kerana kita memberi kuasa kepada golongan yang tidak boleh diharapkan. menjadikan segala
kekayaan dikaut oleh segelintir. Bilakah bangsa ini mahu bangun dan mengambil miliknya menjadi
pusaka untuk semua.
Kasih Sayang Seumur Hidup

Seorang ayah memberikan nasihat kepada anaknya sebelum melakukan akad nikah. Kebiasaan yang
berlaku qadhi yang bertauliah memberi ucapan. Seorang ayah bukannya sebarangan ayah. Dia mahu
berbicara dengan nasihat ampuh. Yang mengenali realiti seorang anak serta bakal menantu yang mahu
melangkah kepada alam berumah tangga. Mungkin juga ceramah seorang qadhi begitu retorik
ucapannya kerana sering berucap benda yang sama. Professionnya menjadi usaha yang remeh. Yang
mahu berkahwin pula memerlukan nasihat yang betul – betul ampuh.

Hidup di dunia sememang susah andaikata memiliki seorang suami atau isteri yang bermasaalah. Itulah
sebenarnya peranan seorang ayah, memberikan bimbingan sebagaimana perkataan imam Ghazali
kepada anak perempuannya yang mahu berkahwin.

Anakku! Engkau akan berpindah dari rumah tempat kamu dibesarkan. Kamu akan beradu ditempat tidur
yang tidak pernah engkau bermalam sebelumnya bersama rakan hidup yang tidak pernah kamu terbiasa
dengannya. Itulah suami kamu.

Jadilah kamu sebagai hamparan tanah untuknya. Dia akan menjadi selebar langit untuk kamu.

Jadikanlah kamu laksana lantai kepadanya, nescaya dia kamu boleh harap untuk menjadi tiang – tiang
yang mengukuhkan.

Jadikanlah ibarat khadam kepadanya. Dia juga akan menjadi khadam kepada kamu. Janganlah
membentak – bentak dalam memohon sesuatu daripadanya. Kelak dia akan merasa benci
dengan perangai kamu.
Elak menjauhkan diri daripadanya kelak dia melupakan kamu. Kalau dia pula mengelak jauh
lantaran marah atas sebab tertentu, jauhkan diri ketika dia marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Jangan biarkan dia menghidu melainkan yang harum,
mendengar daripada kamu, perkataan yang baik. Malah melihat kamu melainkan yang cantik
belaka

Inilah pedoman kehidupan yang susah untuk menjadi realiti. Kehidupan ini susah untuk
disantuni. Diri akan merasa tertekan, paksaan kerana semuanya mesti tekun dengan kesabaran
yang harus melimpah ruah dari diri sendiri.
Suami isteri mesti biasa mencari cinta sebelum regang. Mencari bibit bibit kasih sayang
sebelum hilang. Cinta bukannya hanya untuk momen hari ini tetapi untuk ketika akan datang.
Bila hati sudah mula pudar dalam diri dua orang. Kata orang, suami isteri itu bercinta berkali -
kali dalam hidup ini untuk kekal abadi dalam rumah tangga. Kita mahu bina kehidupan bahagia
akhir hayat bukan membangun istana pasir yang ranap bersama desiran ombak. Ombak itu
tidak pernah hilang dalam kehidupan ini. Sentiasa ada ditepian kehidupan berumah tangga.
Kehidupan itu adalah mencari redza Ilahi dalam meyantuni suami bersama isteri dan isteri
bersama suaminya.
Dari mula saling kenal, suka dan mula jatuh cinta. Cinta itu berjuta rasanya. Begitulah kata –
kata primadona titiek puspa dalam lirik semasa mula, kemudiannya berakhir dengan nista
kerana hati sudah tidak secucuk untuk bersama. Diciptakan lagu seterusya tentang CINTA yang
menghilang.
Apa - apapun kehidupan itu sentiasa ada ruang dan peluang hatta dilambung padah. Ketika
musibah melangkah sapertimana perkataan Saidina Ali karamullah hil wajhah, ketika musibah
baru kamu kenal siapa sebenar kawan kamu. Ada suami atau isteri ketika senang boleh
bersama. Semasa susah menjadi celaka. Ada pula dalam susah ikatan kasih sayang sungguh
erat. Apabila senang menjadi kendur terus regang. Bahwa cinta itu bukannya menurut susah
dan senang tetapi menurut tautan hati yang diikat dengan ikhlas menuruti kedalaman kasih
sayang.
Ada seorang kawan yang sangat suka berseloroh tentang kahwin banyak. Bila ditanya
kepadanya kenapa tidak kahwin lebih daripada satu. Jawabannya amat ringkas tetapi
bermakna. Kasihan, tidak mahu isteri patah hati.
Ada pula seorang yang lain mahu kahwin lagi. Isterinya enggan bermadu. Langsung
diceraikannya walaupun sudah berkahwin selama 30 tahun dengan anak yang ramai.
Itulah secebis kisah kasih sayang dan cinta. Cuma sedikit yang dipaparkan walaupun
banyaknya cerita yang boleh dihimpunkan menjadi pengajaran untuk semua. Mungkin boleh
disambung dilain ketika dalam suasana yang multazim.
Tujuan sebenar daripada kalam ini adalah buat peringatan untuk anak – anak muda yang mahu
bertunang terus ke jinjang pelamin. Membina cinta yang berjuta sehingga ke akhir hayat
bertalak mati. Untuk yang sudah berkahwin mencari damai dalam hati, menjadi contoh yang
ditauladani. Cinta untuk sehidup semati.

BIJAK PANDAI ISLAM TIDAK BOLEH DUDUK BERSAMA

Suara – suara yang memanggil umat Islam dari jauh dan dekat. Marilah kita bersama -sama dalam
melaksanakan tanggung jawab keislaman dalam pelbagai sudut. Tidak ketinggalan nas – nas dari hikmat
kata – kata nabi yang ummi, mengajak kepada kesatuan, wehdah.
Semuanya hari ini cumalah umpama desiran angin yang berlalu, mengutip pasir – pasir kering lalu
mengubahnya kepada kedudukan yang lain. Tidak lebih dari itu. Masuk telinga kanan dan keluar telinga
kiri. Tidak langsung melintasi pemikiran dan hati manusia – manusia untuk bertaqwa demi bersepakat,
kerukunan dalam kebersamaan. Slogan melebihi muafakat membawa berkat sapertimana perkataan
lazim yang diketengahkan. Laungan kosong yang bergema sebagai slogan politik yang tidak berbekas.
Masuk angin keluar asap.

Bagaimana mungkin bijak pandai agama, cakap yang berdegar – degar dengan ilmu yang dipelajari dari
shaikh – shaikh muktabar, tetap tidak memberi kesan kepada taqwa. Bagaimana boleh berlakunya
pergeseran demi pergeseran walau dalam skala yang kecil memungkinkan perteligahan yang
memanjang.

Kenapa kita tidak boleh bersama sebagai satu ummah, adanya wehdah dalam kerja – kerja keislaman.
Adakah keistimewaan atas kumpulan, satu diantara lainnya lebih benar dengan yang lagi satu. Masing –
masing - masih membawa bendera masing – masing. Seolah – olah sememang kita tiada langsung
kesamaan. Kesamaan yang besar, yang banyak lagi dekat diantara satu sama lain. Batas kasih sayang
yang mencari ceruk, sudut yang kecil, berlegar untuk kumpulan sehingga yang bukan dari kumpulan
menjadi ‘double standard’ atau kelas kedua.

Hidup ini sememang susah tetapi lebih menyesakkan lagi apabila bijak pandai agama melebarkan
perbedaan yang kecil sehingga menjadi debat yang berpanjangan. Kesamaan yang banyak menjadi sepi
lalu tidak menampakkan keislaman yang sebenar.

Kita mengaku memiliki tokoh pimpinan. Setiap kumpulan melantik tokoh untuk memimpin. Setiap
pimpinan pula memimpin di atas muafakat demi keberkesanan kepimpinan. Seandainya sedemikian
tahap kepimpinan yang lestari, kenapa keadaan umat islam tidak terpimpin oleh tokoh – tokoh yang
mendakwa pemimpin bagi umat. Adakah dia cuma tokoh untuk kumpulan masing – masing sahaja.
Kemudian daripada itu berlaku pula pemintasan dalam kumpulan. Kumpulan berpecah menjadi dua dan
seterusnya berpecah lagi. Inilah scenario jamaah yang ada dan setiap dari mereka menganggap tidak
bersama – sama dengannya sebagai pengkhianat, perompak dan segala kata – kata kesat yang tidak
memartabatkan akhlak keislaman dalam diri masing – masing.

Kita berhadapan dengan tokoh – tokoh ilmuan islam yang kehilangan taqwa. Cuma yang ada pada
mereka adalah ilmu islam sebagai sebuah mata pelajaran yang mereka pelajari untuk habuan dunia.
Persis sebagaimana perkataan yang keluar daripada kalimat yang lembut basan tanpa mencela siapa –
siapapun.

SEMUANYA ADALAH KERANA DUNIA SEMATA – MATA. ISLAM CUMA TOMPANGAN KATA – KATA
LAKSANA KENDERAAN UNTUK SAMPAI KEPADA TUJUAN. CITA – CITA MEREKA HANYALAH DUNIA
WALAU MENDABIK SEMANGAT JUANG, DALAM LINGKUNGAN KEPOMPONG KEISLAMAN.

Hidup seharusnya dengan ujian yang diberi bukan mencari pasal dengan rintangan yang diharungi
dengan sengaja atas alasan terpaksa atau dipaksakan ke atas seseorang.

JANGAN MENJADI LAKSANA SI TUKANG SERU YANG MENGUBAH SARANAN, PARAI DAI’ YANG BERTUKAR
MENJADI ORANG POLITIK DIPENGHUJUNG HAYAT, MENJADI PENGUASA YANG KEHILANGAN ARAH.
POLITIK NOMBOR SATU DAN AGAMA MENJADI NOMBOR DUA
Kerajaan dipenghujung hayat

Falling in love is a never ending endeavor.

HIDUP DI DUNIA MEMANG SUSAH (4).


Antara Ayam Jantan dan Manusia Yang Jelek
Teringatkan saya akan sebuah kisah benar yang berlaku ke atas seorang setiakawan. Dia mempunyai
sepasang ayam hutan yang menginap disebuah reban mewah. Harga reban yang dibuat mencecah
RM2,000 . Yang betinanya bertelur dan mengeram lama. Ayam jantan yang tidak tahan dengan kerenah
ayam betina mematuk bertalu – talu sehingga mati betinanya. Kokoknya mendayu – dayu selepas
kehilangan ayam betina. Ayam jantan sudah naik gila.

Atas kasihan terhadap malang yang dicarinya sendiri umpama bebal kisah Pak Pandir, begitulah keadaan
nya Mak Andeh mati dipukul secara tidak sengaja. Itu ceritera manusia, Ayam tidak ada hukum sabit
perbuatannya. Maka dicari seekor lagi betina untuknya. Ayam betina juga mengeram dan menetas
beberapa ekor anak. Memang ayam jantan ini tidak belajar dari kesilapan bekas balu betina yang sudah
mati di patuk. Sijantan mematuk sibetina. Akhirnya sibetina tidak tahan, merajuk, lalu lompat pagar
halaman rumah dan menghilangkan diri.

Aduh! Anak ayam yang baru menetas itu diambil tuannya,dibela supaya tidak mati. Ayam jantan sekali
lagi naik gilanya, kokok mendayu – dayu dengan kehilangan betina. Keesokkan harinya ayam jantan juga
lompat pagar halaman rumag dan menghilangkan diri. Tinggallah anak – anak ayam menjadi yatim piatu,
dibela oleh anak tuan rumah. Dipelihara dalam biliknya yang berhawa dingin dalam desas desus
kemewahan.

Selang beberapa hari selepas itu, ayam jantan dan betina kembali semula kepangkuan rumah lalu
memasuki semula reban mewah. Kata sang isteri tuan rumah, pandai pula ayam jantan memikat,
memujuk kembali betinanya supaya pulang kepangkuan. Kini ayam jantan dan betina tinggal direban
mewah. Anak tuan rumah masih membela anak – anak ayam tersebut supaya sijantan tidak
‘stress’dengan perangai betinannya dan mengamuk lagi.

Bagaimana susahnya hidup didunia ini, sehinggakan ayam juga mengambil perangai manusia. Naluri
dunia ada saja yang tidak kena dan mencukupi. Walau berada dalam kemewahan masih juga dirundung
dengan perangai jelek. Itu jenis haiwan yang dibela, diberi makan dan ada tempat tinggal yang tetap.
Seekor ayam jantan mencukupi untuk sepuluh ekor betina sementara dua ekor ayam jantan tidak boleh
berkongsi dengan seekor betina. Pergaduhan menjadi lumrah, lantaran seekor bakal tumpas dan
menjadi mangsa suasana. Itulah realiti kehidupan.

Cerita ini bukan rekaan atau diubah suai. Ianya kisah yang dikisahkan lalu mereka yang ada
disekelilingan bergelak ketawa, menghilai dalam keheningan malam. Hidup ini sememang susah hatta
ayam juga mengalami stress dengan cara hidup yang dicari pasal, seolah – olah hidup dalam realiti
manusia yang jelek. Perangai ikut diri sendiri. Kalau mahu berubah boleh saja kerana ayam jantan pun
boleh keluar pagar dan memujuk betinanya. Boleh ubah demi kelestarian kehidupan yang lebih baik.
Manusia ada yang tidak boleh diubah kerana perangai yang tidak mahu berubah walhal batu yang saban
hari di atas titikan setitis air bakal melekuk tetapi hati manusia yang sememang berkeras tidak berbekas
sama sekali.

Hidup ini sememang susah di atas sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Sebagaimana sajian yang
memberi erti. Sebaik – baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain dan mereka
yang berada disekelilingan tidak padah dengan perangai dan tindakannya.

Selang beberapa hari selepas itu, rupa – rupanya sibetina bertelur sebiji lagi………

ABY – 12/7/2017

HIDUP DI DUNIA MEMANG SUSAH (5).


Menilai sesuatu dengan neraca syara.

Maka berkumandangnya kalimah yang jitu, AL MAR’ U MA A MAN AHABBA - seseorang yang
sangat mencintai orang yang dicintainya.

Hidup ini menular dengan kasih sayang yang tidak terduga. Kesan kasih sayang yang melampaui batas
sehinggakan neraca syara menjadi lenglong dan lari dari ketentuan Ilahi. Jangan menjadi selaku hidup
didunia ini sapertimana kisah Laila dan Majnun semasa zaman khalifah Aminar Rashid yang banyak
dikisahkan dalam hikayat. Cerita yang bercampur baur antara benar dan rekaan. Walaupun demikian ia
masih memberi kesan kehidupan bahwa hidup ini memang susah dan manusia menjadi durjana
hanyasanya kerana meninggalkan nilai.

Nilai yang tidak syara menjadi pemikiran lalu mencambuk kesan yang tidak betul. Manusia bertelegu
dengan pemikiran yang salah hatta menjadikan kehidupannya terpaku dengan nilai yang rosak.
Mencemari kehidupannya dengan susuk yang tidak betul, yang berlawanan dengan nilai syara.

Kadang – kadang orang yang terpilih untuk hidup secara islam juga menjadi cemar kerana dihinggapi
dengan pemikiran yang salah. Pemikiran sentiasa perlu kepada pembersihan. Kena reset minda dan
perbaiki diri sendiri.

Kembali kepada kisah Laila dan Majnun. Khalifah Aminar Rashid setelah mendengar desiran angin yang
membawa berita kecantikkan Laila dan cinta majnun yang mengukir sajak – sajak cinta di atas lembaran
padang pasir, kegilaannya terhadap Laila. Khalifah terpesona dengan kisah keduanya lalu mengarahkan
orang – orangnya mencari Laila. Maka Laila pun diketemukan dengan khalifah. Khalifah memang
terpegun dengan kecantikkan Laila. Maka khalifah sekali lagi mengarahkan orang -orangnya mencari
Majnun. Selepas sekian lama mencari diceruk rantau, jauh dan dekat, akhirnya dipenghujung cerun
padang pasir, terserempak dengan sekujur bayang – bayang yang menukilkan sajak – sajak cinta Laila.
Dipersembahkan dihadapan lifdah, diri yang cengkung, tidak bermaya. Kusut masainya menyelubungi
tubuh badan dengan sebuah kehidupan yang tengit penuh kesusahan. Orang yang gila dengan cinta
kepada Laila. Maka khalifah pun berkata, inikah orang yang engkau cintai, sekujur badan yang kusut
masai dengan serba kekurangan.

Sememang inilah orangnya yang serba daif dan kekurangan. Engkau melihatnya dengan pandangan
mata kamu. Engkau tidak melihat Majnun dengan pandangan mataku.

Khalifah tersentak dengan perkataan Laila. Bahwa sanya kita terbiasa melihat dengan kaca mata diri
sendiri tanpa melihat pada kaca mata orang lain. Yang mencintai dan dicintai. Gabungan hati yang dekat
walau jauh dimata tetapi mendekat dihati.

Buah pauh delima batu


Anak sembilang ditapak tangan
walau jauh beribu batu
jauh dimata, dihati jangan

Hidup ini sememangnya susah, sesak bingit kerana cara berfikir yang salah.
ABY – 12/9/2017

Ledakkan amal soleh ad dukhaan.


TUHAN SUDAH MATI PADA MEREKA YANG HIDUP.

HIDUP DI DUNIA MEMANG SUSAH (6).


Kiamat Sudah Dekat, Kita Di Usia Senja.
Berbicara sahabat saya, tentang Putera Muhammad Bin Salman atau terkenal dengan singkatan MBS.
Reaksi MBS terhadap eksploitasi keluarga Saud dengan rentetan peristiwa terkini menyemarakan
pengamatan bahwa kiamat sudah dekat. Satu peristiwa akan secara deras menjelma lalu peristiwa lain
pula mengikuti dengan pantas (escalate) sehingga perasan kita mula gelisah. Akan berlakukah tanda –
tanda besar sebentar lagi semasa masih ada umur dikandung badan. Takutnya jiwa raga sekiranya
berlaku semasa hayat kita ini.

Ada teman sehati sejiwa yang selalu menukil retorik dalam ‘What App group’ - kita diusia senja. Tidak
habis – habis itulah pesanannya pada semua. Sudah tua tidak bermaya atau menjadi pelawat setia
musalla. Walaubagaimanapun terima kasih diucapkan kepada beliau kerana menginggatkan ‘otai – otai’
what Apps group tersebut, KITA DI USIA SENJA.
Dunia sudah terbalik. Demikianlah sebuah siri pembacaan kanak – kanak yang sempat terbaca semasa
remaja belasan tahun. Buku tersebut mengisahkan tentang dunia yang menjadi lintang pukang. Begitu
juga sebuah pembacaan tentang sebuah novel AHAD. Penulisnya Awang Had Salleh, mantan reKtor
UITM. Juga semasa meningkat lebih dewasa adanya SRENGENGGE karya Shahnon Ahmad era tujuh
puluhan. Kemudiannya diketemukan dengan THE CHANGING OF COLORS karangan Lothrop Stoddard
pada tahun tujuh puluhan juga.

Kini semua semakin jelas bahwa pemikiran perlu kepada proses pendewasaan sehingga apa yang kita
dapat dalam pembacaan perlu dinilai dengan cara berfikir yang betul. Pengalaman tentang Tarbiah
Islamiah Harakiah pula adalah sejarah sepanjang hayat yang belum habis. Hanya kematian yang akan
menamatkan dan kini dititipkan dalam ‘Tajribah Tarbiah Islamiah Harakiah’ sebuah siri penulisan.
Inilah kita setelah dewasa, matang, kini DI ERA SENJA, di ingatkan oleh sang sahabat bertalu – talu agar
kita tidak melupakan umur itu satu anugerah. Biar kita mati sebelum kiamat yang dekat. Paling kurang
hembusan angin sejuk mematikan setiap jiwa yang ada keimanan dalam dirinya walau sebesar zarah
supaya terlepas daripada kejutan – kejutan kiamat yang sedang mendekat.

Setiap hari hidup kita ini mengingatkan dakwah, kerja – kerja yang mulia dalam ingatan sajak yang
memberi erti dakwah dan kehidupan.

Engkau bertanyakan usiaku.


Memang benar hari ini umurku menjangkau 70an tahun.
Jiwaku meronta – ronta seraya mulutku berkata, aku masih muda
Aku baru ke20an. Aku masih belia, shabab aula

Sedekad kemudian, engkau bertanyakan uisa ku sekali lagi


Walau rambut putih beruban, mungkin botak dikepala
jalannya lemah longlai berkaki tiga
Aku tahu
Aku sudahpun kedelapan puluhan tahun
Jawabanku pada mu tetap saperti dahulu
Aku masih remaja, masih dalam dua puluhan

Sedekad kemudian, kita berjumpa sekali lagi


Aku sudahpun mencapai kesembilan puluhan ketika itu
Engkau sambil lewa bertanyakan usia ku
Aku masih muda remaja kataku
Aku memang tua dari kacamatamu
Akupun memang tua dalam usiaku
Tapi dalam kehangatan dakwah, dai’ tidak mengenal usia
Walau tua masih bergegas kerja
Berkaki tiga tetap langkah menghayun
Kerja dakwah tidak henti berbelah bagi
Aku adalah remaja, jiwaku merangsang cinta
Cinta tugas para nabi
Berdakwah sampai mati

Aku berjiwa remaja dalam ranjau dakwah ini


Tulang temulang kian rapuh dimamah usia
Jiwaku senantiasa bergejolak
Merangsang dakwah ini
Aku tidak boleh tua
Sentiasa remaja dalam cinta sejati

Gunung sudah kudaki, lurah sudahpun aku turuni, lautan api sudahpun aku renangi
Dalam usia yang masih berbaki
Jari jemari masih bertasbih menulis dairi
Dakwah dan bahana pendakwah musim ini

Demi dalam catatan ku hari ini


Para belia yang masih muda
Jangan lengahkan masa
Bekerja, bekerja sebelum terlambat
Taburkan jasa sebelum mati
Jasa tidak binasa
Sentiasa remaja dalam cinta sejati
Cinta tugas para nabi

Catitan ABY untuk Ahmad Muhammad Ar Rashid yang sentiasa melakarkan dairi dakwah tidak terbeban
dengan usia diketika senja.
ABY – 1/10/2017
Bangsa Yang Merdeka Dengan Dakwah Yang Mapan.

Teringat kami akan sebuah antologi sajak bikinan Chairil Anwar, dinukilkannya pada 1959 yang bermadah
dengan bahasanya yang tajam lagi sinis, lalu mengemukakan perkataan yang padah.

Aku
Kalau sampai masanya
Aku tidak mahu seorangpun yang merayu
Tidak juga kamu
Aku tidak mahu sesiapa menangis sedih lagi pilu

Aku adalah binatang jalang


Daripada kumpulan yang terbuang
Biar peluru menembusi kulit- kulitku
Aku tetap akan menerajang
Biar luka dan racun memamah jiwaku
Biar memamah jiwaku
Sehingga lukanya hilang

Dan aku tidak peduli


Aku mahu hidup seribu tahun lagi

Itulah kata – kata seorang pejuang daripada rumpun bangsa Melayu, orang Jawa dari Indonesia. Umurnya
pendek, mati sekitar berusia cuma menjangkau 27 tahun tetapi telah mengobarkan jiwa satria dalam
mengembangkan inspirasi satu bangsa merdeka. Mudah – mudahan matinya merupakan kerehatan abadi
lagi mulia disisi Tuhan Rabbul Jalil.

Bahawasanya matlamat kita adalah cerah malah lebih cerah daripada suria tengahhari. Apakah bagi
mereka yang berjuang untuk agamanya dan bangsanya demi merubah kepada sebuah masadepan yang
cerah lalu membina dirinya.

Binalah Islam dalam diri kamu nescaya kelak akan tegaknya islam
dinegara kamu.Itulah semboyan daripada kata – kata keramat Hassan al
Hudhaibi Mursyidul Am gerakan IM yang menggantikan Imam As Shahid
Hassan Al Banna.

Apakah habuan sehinggakan dakwah menjadi natijah untuk membenarkan kefasadan berleluasa tanpa
memperbaiki keadaan. Kerosakkan yang melata sehingga melingkupkan generasi walhal terdapatnya
ramai orang – orang baik yang berdiam diri. Hatta melihat yang tidak baik didepan mata tetapi
membiarkan lalu tidak menyantuni dengan tegur sapa. Rasanya berat untuk berkata lagi menjalankan
tanggung jawab.

Seorang yang bersinggah di lapangan terbang sebelum berlepas kedestinasi. Dari jauh dia terpandang
seorang anak muda melayu muslim sedang melayani pelanggan disebuah kiosk menjual arak. Selepas
melihat kelapangan dari gangguan pelanggan beliau menyapa anak muda tersebut. Anak muda tersebut
senyum melerek kerana kenal peribadi yang mendekatinya. Berlakulah dialog tentang arak dengan anak
muda. Diakhir cerita peribadi tersebut berdoa agar pemuda itu diberikan keberkatan dengan rezeki yang
baik – baik. Selepas itu peribadi tersebut beredar dari pemuda tersebut dengan redza. Mungkinkah ia
Cuma mengingatkan sementara yang lain cuma melihat dan membiarkan.

Orang yang hidup untuk dirinya sendiri pasti hidupnya itu adalah kerdil dan matinya juga kerdil. Orang
yang hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain, hidupnya adalah besar dan matinya juga besar.
Itulah hikmah daripada Said Qutb yang hidup d bawah lembayung Al – Quran.
Pemikiran yang salah.

Kembali kepada realiti dengan cerita yang benar. Bukannya rekaan atau ada sedikit kebenaran bersadur
cerita bikinan. Pemikiran yang salah adalah punca kepada rongrongan. Walau orang yang berkeduk
dengan tarbiah bergelumang dengan pentarbiahan secara tubi sekiranya masih berfikir secara salah
maka madrasah tarbiah tidak mengubah dirinya.

Itulah pesan orang – orang lama, ahli hikmah dan pendita bangsa bahwa perangai bakal ikut diri sendiri.
Tidak kira seorang itu adalah alim ulama, cendikiawan islam malah para tokoh sarjana. Semuanya pasti
menjurus kepada pemikiran yang betul - betul berintima dengan islam. Selainnya akan membawa cara
berfikir yang salah dan menyebabkan kacau bilau. Terdapatnya dalam realiti hari ini, orang agama yang
menjadikan dirinya bermasaalah, menimbulkan masaalah hanyasanya kerana cara berfikir yang salah
yang dianutinya walau ilmunya tentang agama melambung tinggi. Justeru, jangan jadikan diri sendiri
dengan perangai yang compang camping sementara ilmu yang ada tidak memberi bekas kepada
pembinaan peribadi luhur.

Kami perihalkan tentang fe’el yang tidak secucuk dengan tarbiah yang diterima. Ramainya yang
menerima didikan islam tetapi masih dengan perangai yang mengikut diri sendiri.

Terdapatnya manusia yang berulang – alik beribu batu ke Mekah dan Madinah demi mencari redza Allah
swt. sementara jaraknya dengan rumah simiskin hanya disebelah rumahnya sahaja. Adakah dia tidak
tahu atau tidak mahu mengambil tahu. Kadang kadang kita berfikir dengan cara yang salah,
menyukarkan diri sendiri kerana memandang enteng kebajikan didepan mata, mahu melonjak jauh demi
dirahmati. Itulah perangai sesetengah manusia sehingga diberitahu.

Uwais Al Qarni hanya dihormati selepas ceritanya diberitahu oleh Umar. Sebelumnya dia diperlekeh,
diperbodoh, cuma seorang miskin melarat yang tidak dipandang oleh sesiapa. Rumahnya dikunjungi
selepas itu demi doa yang dipinta kepadanya supaya dimakbulkan tuhan. Mereka mendatangi untuk
habuan tetapi sebelumnya tidak di endahkan.

Ada pula isteri seorang sahabat yang menalipon ditempat kerja. Apartmennya sejuk dan memohon
untuk membuka suis haba untuk dirinya dan anak yang kesejukkan semasa musim sejuk. Suaminya
suruh tunggu sehingga beliau balik. Kita buka suis haba bersama – sama. Suaminya bekerja dalam
suasana haba yang baik sementara isteri dan anak terpaksa bersejukkan kerana mahu menjimatkan duit
lektrik.
Dirinya didahulukan dalam banyak perkara bersekitar kehidupannya sementara isteri dan anak
mendapat cebisan daripada ihsan yang diberikan. Walau duduk dalam tarbiah tetapi perangai suka ikut
diri sendiri. Ini yang dimaksudkan cara berfikir yang salah. Malangnya ramai berfikiran saperti ini.
Adakah kita juga merupakan sebahagian yang menimbulkan masalah dengan cara berfikir yang salah.

Perkara yang diperkatakan adalah remeh kerana melibatkan peribadi – peribadi kecil dalam batu bata
rumah islam. Bagaimana pula kepada pimpinan umat islam dalam posisi ketua kepepimpinan. Pasti
perangai ikut diri sendiri akan menjadi refleksi lalu biasnya bakal merosak masyarakat. Dalam
keislamannya membawa pendekatan yang compang camping. Yang aneh ketua pantang ditegur bahkan
mereka yang berada disekelilingan membiarkan keadaan daripada memberi bimbingan apalagi
menunjuki kesalahan. Itulah realiti umat hari ini, seolah olah pemimpin ada ‘superpower’ kata – kata
nya mesti diterima walau pun buruk.

Dalam satu unit usrah, ada seorang naqib atau ketua yang keras kepala, menjadi ketua yang tidak boleh
ditegur. Cakapnya saja yang mesti dipatuh. Kalau membantah diselar tidak patuh dan tidak mentaati
qiyadah. Kes ini telah dikemukakan kepada jawatankuasa tertib tetapi tidak diendahkan. Akhirnya salah
seorang anggota mengambil tindakan nekad penuh berhimmah. Apabila bermula usrah, diketika
perangai sang ketua menjadi sukar, dikeluarkan mainan budak sebuah ‘bullozer’ . diketengahkan
didepan. Semua orang diam, tersentap. Dibiarkan sebegitu. Apabila naqib perangainya elok diambil
semula. Apabila perangainya nampak buruk diketengahkan semula. Maka naqib pun bertanya perihal
‘bulldozer’ tersebut. Jawabannya ringkas, katanya teringat anaknya yang keras kepala dan seorang lagi
yang kepala batu. Teringatkan saja dia akan mengelurkan bulldozer’ tersebut dan terus berdoa semuga
Allah swt memberi pertunjuk.

Akhirnya naqib mendapat maksud yang sebenar dan mula berubah. Bagaimana perubahan boleh
berlaku dengan pengaruh seseorang.

Begitulah kisah yang dimaksudkan oleh seorang sahabat nabi saw. yang amat marah kepada anak
buahnya yang tidak mendengar perintah. Lalu dikerahkan membangunkan unggun api dan dibakarnya.
Seterusnya diminta mereka memasuki api yang semarak itu. Mereka tergamam. Salah seorangnya
berkata. Nabi saw mahu mengeluarkan kita daripada api sementara ketua yang marah tadi menyuruh
kita masuk kedalam api yang membakar. Mereka enggan. Apabila bertemu rasulullah saw diceritakan
peristiwa tersebut. Maka kata sang nabi. Sekiranya mereka mendengar dan masuk kedalam api tersebut,
mereka tidak akan keluar selama – lamanya.

Bagaimana cara berfikir yang salah boleh menjerumuskan manusia dalam kalang kehancuran. Begitulah
kedudukan pemikiran yang salah merosakkan ummah kerana adanya kepimpinan dengan cara
berfikirnya yang salah. Harus ditegur dan nasiht menasihati supaya umat islam terarah kepada cara
berfikir dengan pemikiran yang betul.

Anda mungkin juga menyukai