Anda di halaman 1dari 2

APAKAH RAHSIA KEKUATAN KATA KATA?

Rahsianya yang aneh itu bukan dalam kilatan kata-katanya, bukan dalam irama kalimat-kalimatnya. Ia tersembunyi
dalam KEKUATAN IMAN yang ditunjukkan oleh kata-kata dan apa yang di belakangnya. Rahsia itu terdapat dalam
tekad yang kuat untuk mengubah kata-kata yang tertulis itu MENJADI GERAKAN YANG HIDUP, MENGUBAH
PENGERTIAN YANG DIFAHAMI MENJADI KENYATAAN YANG DAPAT DIGARAB.
Di sinilah tersembunyinya rahsia kata-kata itu, dan juga pada suatu yang lain:
DALAM KENYATAAN BAHAWA KATA-KATA ITU TERAMBIL DARI HATI NURANI RAKYAT, DARI PERASAAN MANUSIA, DARI
JERITAN UMMAT DAN DARI DARAH PEJUANGPEJUANG YANG BEBAS.
Ia bukan setiap kata-kata yang disampaikan kepada hati orang-orang lain, lalu digerakkannya hati itu,
dikumpulkannya dan didorongnya. Ia adalah kata-kata yang mengucurkan darah, kerana ia adalah getaran jantung
manusia yang hidup.
Setiap kata-kata yang hidup menggetarkan jantung manusia. Tetapi kata-kata yang lahir di bibir, yang dilontarkan
lidah, dan dengan demikian TIDAK SAMPAI KEPADA SUMBER ILAHI YANG HIDUP, adalah kata - kata yang dilahirkan
mati, tidak satu jengkalpun dapat mendorong manusia ke depan. Tidak seorangpun mahu mengambilnya, kerana ia
telah dilahirkan mati. Orang tidak mahu memungut anak-anak yang mati.
Para penulis sebenarnya mampu berbuat banyak. Tetapi ada satu syaratnya:
MEREKA MATI AGAR FIKIRANNYA DAPAT HIDUP.
Fikiran mereka itu harus diberi makan dengan daging dan darah mereka sendiri. Mereka harus mengatakan apa
yang mereka percayai benar, dan mereka mahu menyerahkan darah mereka sebagai tebusan dari kebenaran itu.
Pemikiran dan kata-kata tetap akan merupakan mayat yang kaku, sampai kita mahu mati untuk kepentingannya
dan kita sirami ia dengan darah kita. Lalu ia tumbuh menjadi hidup, dan hidup di antara orang-orang yang hidup.
Maka kepada orang-orang yang duduk di meja tulis, yang bekerja keras untuk bakat mereka, memilih kata-kata yang
indah, mengukir kalimat-kalimat yang berbunyi keras, menciptakan kata-kata yang penuh khayal yang gemilang,
kepada orang-orang seperti ini, saya ingin memberikan nasihat:
JANGANLAH BERSUSAH PAYAH SEPERTI ITU, KERANA KILATAN JIWA, CAHAYA HATI, YANG DIDAPAT
DENGAN HATI YANG SUCI, API KEIMANAN KEPADA GAGASAN, INILAH SATUSATUNYA YANG
MENIMBULKAN KEHIDUPAN, KEHIDUPAN KATA-KATA DAN KEHIDUPAN KALIMAT-KALIMAT.

nukilan Ash shahid syed qutb dustur al-islam (beberapa studi tentang islam) dalam bab kekuatan kata kata m/s
105

Anda mungkin juga menyukai