Anda di halaman 1dari 2

TEKS PIDATO

SK ABANG MAN

SITI SURIANI BINTI SAIRI

Assalamualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh, sambutlah salam sejahtera, semarak kasih,


sekalung budi Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijak sana, penjaga
masa yang setia pada saat dan ketikanya, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda
yang saya muliakan. Tajuk pidato saya ialah Keluarga Harmoni, Masyarakat Berkualiti

Keluarga harmoni adalah apabila ibu, ayah dan adik beradik hidup dalam keadaan
penuh ceria, bersulamkan rasa kasih dan sayang. Masyarakat berkualiti pula, merujuk kepada
komuniti manusia yang sihat fikirannya, erat ukhuwwahnya dan matang tindakannya.
Tuntasnya, keluarga harmoni masyarakat berkualiti berkehendakkan kita untuk mentafsir
daripada hati kepada hati tentang harga yang dimiliki oleh keluarga dalam melahirkan
masyarakat yang berkualiti.

Hadirin sekalian,

Sudah sekian lama kita didendangkan dengan pelbagai konsep keluarga harmoni. Keluarga
sakinah, baiti jannati, rumahku syurgaku dan syurga di bawah telapak kaki ibu! Namakan apa
sahaja konsep keluarga harmoni. Saya pasti, kita semua sudah mendengarnya. Namun
persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham dan menterjemahkannya
dalam kehidupan? Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 15 minit, satu pasangan
islam bercerai di Malaysia! Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 5 hari, seorang
bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa! Dan, jika benar kita memahaminya, mengapa setiap
hari, dua orang remaja kita lari dari rumah? Tepuk dada tanyalah iman.

Warga dewan yang budiaman,

Agama mengajar kita betapa baik buruknya seseorang manusia dan bangsa adalah bergantung
kepada warna hatinya. Dan warna hati ini, ditentukan menerusi didikan ibu bapa dan
keluarga. Maka, lakarkanlah hati ini dengan nilai murni, corakkan dengan budi pekerti, dan
warnakan dengan sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini, mungkin tidak boleh kita baca, tetapi
boleh kita rasa dengan jiwa.

Ingatlah, menikmati sebuah kebahagiaan tidaklah begitu mahal, kerana harganya cumalah
kasih sayang, masa bersama dan kesudian berkongsi rasa. Saya yakin kita semua mampu
membayarnya.
Saudara dan saudari,

Tuhan merakamkan kisah keluarga Imran dalam kitab suci Al-Quran. Kenapa?

Kerana keluarga Imran adalah keluarga contoh yang merasa risau akan zuriat mereka. Bukan
risau soal makan, minum dan tempat berteduh. Bukan juga soal pakaian dan hiburan. Tapi
keluarga Imran risaukan nasib zuriatnya, andai mereka gagal dibentuk menjadi sebenar-benar
insan.

Dalam kitab sejarah Ennels, karya Tesites, kisah masyarakat Rom Purba telah dinukilkan.
Pada tahun ke seratus, hidup atau mati seorang anak kecil, bergantung pada belas ihsan
seorang ayah. Waktu itu rasa hormat pada orang tua, juga telah mati. Tidak hairanlah, anak
muda berpaling tadah saat Juliyes Sizer menyeberangi Rubikon untuk menjajah. Sebuah
kerajaan akhirnya rebah.

Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa? Istitusi keluarga,

Yang lebur, yang hancur yang terkubur itu apa? Sahsiah rakyatnya,

Dan yang goyah, yang parah, yang rebah dan musnah itu apa? Sebuah empayar dan negara.

Betapa keluarga bukan hanya soal pengorbanan kita sesama saudara, tetapi soal
tanggungjawab kita, untuk membina sebuah masyarakat, dan negara yang berkualiti. Maka
sama-samalah kita cari makna harmoni kerana jelaslah, hanya keluarga harmoni akan
menjadi penentu masyarakat yang berkualiti.

Sebelum mengakhiri pidato ini,

Saya menyeru kepada anda semua, untuk sama-sama kita mencari makna harmoni dan sama-
sama kita menjalankan dasar keluarga negara. Marilah kita bangunkan negara dan
membangunkan keluarga kita. Keluarga Harmoni Masyarakat Berkualiti. Sekian..

Anda mungkin juga menyukai