Anda di halaman 1dari 7

sayangi keluarga membawa bahagia Bismillahirrahmanirrahim. Asslamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara pengerusi, kombinasi kehakiman, hadirin dan hadirat yang saya muliakan. Dalam hidup saya dan anda semua, banyak perkara yang boleh kita pilih kecuali 1 perkara iaitu asal usul kita. Kerana disinilah kita bermula, kita menumpahkan taat setia dan semuanya tentang pengorbanan kepada keluarga. Maka hari ini, saya mengajak anda semua, untuk sama-sama mula percaya betapa, keluarga bahagia, masyarakat sejahtera. Saudara dan saudari, Keluarga bahagia ialah apabila ibu,ayah dan adik beradik hidup dalam keadaan penuh ceria, bersulamkan rasa kasih dan sayang. Masyarakat sejahtera pula, merujuk kepada komuniti manusia yang sihat fikirannya, erat ukhuwwahnya dan matang tindakannya. Tuntasnya, keluarga bahagia masyarakat sejahtera berkehendakkan kita untuk mentafsir daripada hati kepada hati tentang harga yang dimiliki oleh keluarga dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Justeru, saya akan cerakinkan pidato ini, kepada tiga perspektif utama. Pertama, keluarga, asal usul kita. Kedua, dimanakah letaknya bahagia sebuah keluarga. Dan ketiga, kemanakah haluan masyarakat kita. Saudara dan saudari, Sudah sekian lama kita didendangkan dengan pelbagai konsep keluarga bahagia. Keluarga sakinah, baiti jannati, rumahku syurgaku, syurga ditelapak kaki ibu! Namakan apa sahaja konsep keluarga bahagia. Saya pasti, kita semua sudah mendengarnya. Namun persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham dan menterjemahkannya dalam kehidupan? Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 15 minit, stau pasangan islam bercerai di Malaysia! Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 5 hari, seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa! Dan, jika benar kita memahaminya, mengapa setiap hari, 2 orang remaja kita lari dari rumah? Semua perkara ini berlaku kerana kita tidak pernah faham tentang apa yang kita dengar, tentang apa yang kita ungkapkan. Sesungguhnya, falsafah disebalik nama dan ungkapan keluarga, bukan hanya tentang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Bukan juga soal menambah zuriat semata-mata. Tetapi, lebih daripada itu. Keluarga bahagia adalah soal kebergantungan setiap entitinya.

Saudara dan saudari, Agama mengajar kita betapa baik buruknya seseorang manusia dan bangsa adalah bergantung kepada warna hatinya. Dan warna hati ini, ditentukan menerusi didikan ibu bapa dan keluarganya. Maka, lakarkanlah dengan nilai murni, corakkan dengan budi pekerti, dan warnakan dengan sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini, mungkin tidak boleh kita baca, tetapi boleh kita rasa dengan jiwa. Waktu kita dilahirkan, ibu berdepan kesakitan tiada tandingan. Namun, semua rasa sakit, perit dan derita itu bukan apa-apa. Kerana saat menatap wajah kita, di situ ibu jumpa makna bahagia. Saat melihat kita membesar dengan sempurna, hasil penat lelahnya berkerja. Itulah erti bahagia untuk ayah. Dan bagi adik beradik, hidup tidak akan lengkap kalau tidak bertengkar dan bertikam lidah. Kerana di situlah kita belajar beralah, kita mengenal sucinya sebuah hubungan darah. Dunia juga telah membuktikan, Hellen Keller yang dilahirkan pekak, buta dan bisu, atau Michael Oher yang berketurunan Afrika, atau Riced Brenson, seorang kanak-kanak disleksia. Mereka semua takkan membesar menjadi sumber inspirasi dan tokoh dunia, tanpa pengorbanan keluarga yang berhati suci, yang menerima mereka seadanya. Di sebalik warna kulit yang berbeza, di sebalik jasad yang tidak sempurna, dan disebalik sejarah hidup yang hina, rasa syukur dan ikhlas sebuah keluarga, membawa mereka semua merasa erti bahagia. Kisah ini kisah mereka. Bagaimana dengan kita? Ramai yang menikmati hidup di rumah besar tapi yang mereka rasa hanya kosong, dan ramai yang hidup di rumah kecil, tapi mereka temui syurga di dalamnya.. Ingatlah, menikmati sebuah kebahagiaan tidaklah begitu mahal, Kerana harganya cumalah kasih sayang, masa bersama dan kesudian berkongsi rasa. Kita semua mampu membayarnya.. Saudara dan saudari, Tuhan merakamkan kisah keluarga Imran dalam kitab suci Al-Quran. Kenapa? Kerana..keluarga Imran adalah keluarga contoh yang merasa risau akan zuriat mereka. Bukan risau soal makan, minum dan tempat berteduh. Bukan juga soal pakaian dan hiburan. Tapi keluarga Imran risaukan nasib zuriatnya, andai mereka gagal dibentuk menjadi sebenar-benar insan. Dalam kitab sejarah Ennels, karya Tesites, kisah masyarakat Rom Purba telah dinukilkan. Pada tahun ke seratus, hidup atau mati seorang anak kecil, bergantung pada belas ihsan seorang ayah. Bagi wanita berada, yang mereka dahulukan adalah kemewahan, dan anak-anak diserahkan pada hamba yang paling hina. Lebih dahsyat, seks rambang dan arak adalah kelaziman buat seorang anak lelaki. Waktu itu rasa hormat pada orang tua, juga telah mati. Tidak hairanlah, anak muda berpaling tadah saat Juliyes Sizer menyeberangi Rubikon untuk menjajah. Sebuah kerajaan akhirnya rebah.

Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa? Istitusi keluarga, Yang lebur, yang hancur yang terkubur itu apa? Sahsiah rakyatnya, Dan yang goyah, yang parah, yang rebah dan musnah itu apa? Sebuah empayar dan negara. Betapa keluarga bukan hanya soal pengorbanan kita sesama saudara, tetapi soal tanggungjawab kita, untuk membina sebuah masyarakat, dan negara yang sejahtera. Maka sama-samalah kita cari makna bahagia kerana jelaslah, hanya keluarga sakinah menjadi penentu kesejahteraan ummah. Sebelum mengakhiri pidato ini, Buat umi, ayah dan keluarga. Rumah kita tidak besar, tapi itulah syurga saya. Wang kita tidak banyak, tapi saya temui makna cinta. Dan harta kita tak seberapa, tapi saya rasa nikmat kasih dan mesra. Hari ini, saya menjadi diri saya dan saya merasa nikmat bahagia. Terima kasih umi, terima kasih ayah dan terima kasih keluarga. Sekian.

Perpaduan Asas Pembangunan Negara Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Seri Indah; Pemanis kata selamat datang, Salam sejahtera pembuka madah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.Salam sejahtera saya tujukan. Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Perpaduan Asas Pembangunan Negara. Sidang hadirin sekalian, Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu. Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar kepada kemajuan sesebuah negara seiring dengan gelombang modenisasi. Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat akan memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu akan menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja. Perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan siasia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara. Sidang hadirin yang dihormati, Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran kita tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan sebagai akibatnya demonstrasi, pergaduhan, keganasan dan lain-lain berlaku pada setiap hari.Perkara yang menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak berdosa melayang begitu sahaja.Lihatlah juga keganasan yang berlaku di Madura, Indonesia pada beberapa ketika yang lalu. Penduduk di situ diseksa dan diperkosa untuk orang-orang yang mereka kenali. Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara dan kemaslahatan di kedua-dua lokasi ini tidak memberi sebarang erti lagi akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan serta tidak wujud perpaduan yang mantap dalam kalangan rakyat yang berlainan agama, bangsa, budaya, kepercayaan dan pandangan.

Para hadirin yang dimuliakan, Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan dihormati di mata dunia. Kecermelangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa menyebabkan negara lain cemburu dengan pencapaian negara kita. Malah, negara Malaysia telah dijadikan negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga. Biarlah mereka cemburu melihat pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi. Pepatah Melayu ada mengatakan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Para hadirin yang dikasihi, Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha beliau untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu slogan yang akan menjadi identiti rakyat negara ini. Hasrat Perdana Menteri kita untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan padu semua lapisan masyarakat negara ini. Mengikut beliau, segelintir masyarakat perlu membuat anjakan paradigma daripada masyarakat yang terkongkong dengan pemikiran yang dangkal, cetek dan pesimistik kepada masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat Satu Malaysia, Wawsan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat direalisasikan. Sedang hadirin sekalian, Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik ini, saya berharap agar nilai perpaduan dan patriotisme akan disemai dan dibajai dalam diri anak-anak muda. Jangan biar titik hitam 13 Mei 1969 berulang semula dalam sejarah negara kita supaya negara dapat terus berkembang dan maju mengikut acuan kita sendiri. Akhir kata, Bersatu teguh bercerai roboh, Bermuafakat bertambah berkat, Bersatu bertambah mutu; Ala bisa tegal biasa, Berbahasa kita berbangsa.

Disiplin Menjana Kecemerlangan Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman, yang sudi memberi laluan, barisan panel hakim yang bijaksana, pastinya cendiakawan, para guru yang disanjungi, seterusnya, teman rakan yang disayangi. Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera juga Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kehadrat IIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita dipertemukan dalam majlis pada pagi ini. Izinkan saya para hadirin sekalian untuk beraksi menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Menjana Kecemerlangan. Sidang dewan yang saya muliakan, Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan disiplin merupakan satu latihan pemikiran dan kelakuan supaya seseorang individu dapat mengawal diri dan patuh pada peraturan atau tata tertib. Menjana pula adalah penggerak atau pemacu, manakala kecemerlangan didefinisikan sebagai kegemilangan atau kejayaan yang dicapai oleh individu. Rumusannya; kepatuhan kepada peraturan dan tata tertib dapat menjadi penggerak atau pemacu ke arah kejayaan atau kegemilangan hidup seseorang. Hadirin sekalian, Hujah saya yang pertama. Individu yang berjaya adalah individu berdisipin. Sejarah membuktikan bahawa seseorang yang berdisiplin, yang patuh kepada peraturan dan undang-undang akan mengapai kejayaan. Kenapa saya katakan begitu?? Nik Nor Madhihah contohnya, pelajar cemerlang SPM 2008 membuktikan bahawa seorang individu yang dhaif, serba kekurangan tetapi dapat berada di kemuncak kejayaan kerana memiliki disiplin diri yang tinggi. Beliau bukan sahaja mempunyai jadual yang ketat, malahan amat mematuhi peraturan yang dibinanya sendiri. Kejayaan Nik Nor Madhihah ini membuktikan bahawa, dengan adanya disiplin, kejayaan dapat dicipta dan dibentuk!! Orang yang berdisiplin akan sentiasa mengawal diri dari mengambil pemakanan yang kurang sihat. Demikian hujah saya yang kedua. Pemakanan amat penting untuk melahirkan individu yang bersih diri dan minda. Individu yang berdisiplin akan sentiasa mengelak daripada mengambil makanan berbahan perasa, berpengawet malahan berkarbonat. Pengambilan makanan seperti ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan dan obesiti malahan melemahkan daya ingatan dan menyukarkan proses menghafal. Persolannya sejauh manakah kenyataan ini benar?? Menurut Adi Putera, seorang kanak-kanak genius Matematik ketajaman ingatannya adalah kerana beliau tidak mengambil sebarang makanan ringan tetapi mengamalkan kismis dan kurma!! Nah..., hadirin sekalian apa lagi yang kita fikirkan, tepuk dada tanyalah jiwa.

Sidang dewan sekalian, Individu yang berdisiplin adalah individu bermotivasi tinggi. Di mana a da kemahuan di situ ada jalan. Memilih untuk berdisiplin, anda pasti terpimpin. Hendak seribu daya, tak hendak seribu auta. Orang yang bermotivasi sentiasa mempunyai semangat juang dan inginkan persaingan. Sekiranya kita berada dalam zon selesa, tanpa sebarang persaingan, mana mungkin kita dapat membina kejayaan! Contohnya saudara-saudari sekalian, saya tidak akan berdiri di sini kalau saya tidak ada motivasi! Saya tidak akan menyertai pertandingan ini jika saya tidak ingin merasai nikmat persaingan! Melalui pertandingan ini saya belajar berdisiplin. Mana tidaknya?? Saya perlu menghafal, perlu mencari isi, perlu belajar berintonasi? Perlu menghilangkan rasa gentar. Perlu juga membahagikan masa. Jadi dengan adanya motivasi diri yang tinggi saya dapat membentuk disiplin diri. Orang yang berdisiplin tinggi seperti Dato Lee Cheong Wei, Dato Nicol Ann David, Dato' Sharifah Mazlina dan Dato Dr, Sheikh Muzaffar contohnya adalah individu berdisiplin dan mempunyai kemahuan tinggi. Sedarkah anda bahawa percubaan dan ujikaji ribuan kali dilakukan oleh Thomas Adison untuk mencipta lampu yang dapat kita nikmati faedahnya sehingga kini dan ratusan kali Colonel Sanders menguji resepi KFCnya sehingga kita semua menjamahnya sekarang sampai menjilat jari. Kepatuhan kepada disiplin telah membolehkan mereka mengharumkan nama negara. Siapa sangka seorang wanita seperti Datuk Mazlina dapat menawan Antartika? Siapa sangka Dato Dr. Sheikh Muzaffar boleh sampai ke angkasa? Siapa sangka semua mereka ini boleh berjaya. Lihatlah saudara, lihatlah dunia orang yang berdisiplin, kejayaan milik mereka!! Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnya. Hadirin sekalian, Resepi kejayaan telah saya suapkan, ambil, kunyah dan telan dalam diri. Akhir kata sebelum mengundurkan diri saya tegaskan sekali lagi, disiplin diri yang jitu mampu membawa seorang individu ke gerbang kejayaan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata!! Sekian, wabillahitaufik walhidayah WSLM

Anda mungkin juga menyukai