Anda di halaman 1dari 4

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar ,Syagul Yuhanis Bin Mohd Yusof
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
1) PK Pentadbiran,Salwati Bt Mokhtar
2) PK Hal Ehwal Murid, Mohammad Fisol Bin Ibrahim
3) PK Kokurikulum, Mohammad Syahrin Bin Samsuddin

4) PK PPKI , Ruzliana Bt Romali

Yang Dikasihi lagi disayangi, rakan-rakan pendidik dan murid-murid yang


sentiasa dirahmati Allah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi


kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan
berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan
______________ untuk melafazkan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR.


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri Perlis , lagu
sekolah dan Lagu Sekolahku Sejahtera. Semua guru dan murid diminta berdiri
tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik.

Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.


 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar
yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS.


Seterusnya, untuk makluman semua guru bertugas pada minggu ini adalah
saya sendiri Cikgu Intan Dzulhailah Bt Dzulkefle dan Ustazah Noraiza Bt
Rozelan. Jika ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan kami berdua.

TEMA MINGGUAN ( MALAYSIA TANAH AIRKU)

Apabila menyebut Malaysia, sudah pasti perkara pertama yang terlintas di


fikiran adalah ia tanah air kita, keamanan, kemajmukan, makanan yang sedap
dan sebuah negara kerdil yang terletak di hujung benua Asia. Mungkin jerebu
juga muncul, maklumlah musim jerebu sekarang.
Tapi sedihnya sekarang, ramai di antara kita terutamanya generasi muda
tidak menyedari bahawa tidak mudah sebenarnya untuk Malaysia sampai ke
tahap yang ada pada hari ini.

Dilahirkan dari pengorbanan dan darah moyang kita dengan sejuta harapan
supaya cucu-cicit dari semua kaum boleh hidup aman di tanah bertuah ini,
maka wujudlah negara Malaysia yang cukup unik.

Keunikan Malaysia diiktiraf dunia terutamanya keharmonian kaum yang tiada


tandingan di bahagian dunia lain. Malaysia juga sering menjadi contoh negara
luar mengenai toleransi kaum yang tinggi. Semuanya dicapai bukan sekelip
mata.

Perpaduan yang ada di Malaysia hari ini dicapai kerana semua kaum bersikap
sederhana dan mengalah. Tidak ada kaum yang boleh dapat semua yang
dikehendaki. Jika kita menyedari hakikat ini, maka satu kestabilan boleh
dicapai dan semua kaum boleh menerimanya.

Atas keyakinan ini, maka wujudlah kontrak sosial seperti yang dipersetujui
oleh bapa-bapa kemerdekaan kita. Betapa bijaknya bapa-bapa kemerdekaan
Malaysia, mereka telah membuat satu tapak kukuh dan landasan yang cantik
untuk diikuti oleh pewaris negara ini. Insya-ALLAH jika kita menghayatinya,
maka Malaysia akan terus kekal aman dan maju selamanya.

Tapi hari ini, kita boleh nampak ada cubaan untuk melencong dari landasan
yang sepatutnya. Nasib baik pagar landasan ini terlalu kukuh, maka
lencongan keluar itu tidak berjaya.

Lain pula kisahnya di alam maya, jika kita baca komen, menakutkan! Seperti
keadaan negara sedang kucar-kacir. Nasib baik mereka hanya jadi pahlawan
papan kekunci, jika di dunia sebenar, pahlawan papan kekunci ini tidaklah
segagah jari mereka.

Alhamdulillah kewarasan rakyat Malaysia cukup tinggi bila melibatkan kaum,


agama dan Raja. Kewarasan rakyat Malaysia cuma hilang bila ada tular
mengenai makanan sedap dan jualan murah! Sudah pasti majoriti sanggup
turun ke jalan raya!

Kepantasan pihak berkuasa bertindak jika berhadapan isu-isu kaum dan


agama juga adalah antara kunci kepada keamanan negara. Sejak zaman
komunis dan peristiwa hitam 13 Mei, pihak berkuasa sentiasa berusaha
mententeramkan rakyat. Selain itu, keyakinan keselamatan dan keadilan
untuk semua kaum juga membentuk sebuah persepsi positif.

Selain itu, kepelbagaian agama dan adat resam sesuatu kaum haruslah
dihormati dan dipelihara, setiap individu berhak mengamalkan adat resam
kaum masing-masing dengan harmoni seperti cara mereka berpakaian,
amalan agama dan perayaan.

Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum


ini perlu dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini
bukan sahaja menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi
kemesraan antara kaum.

Tapi jika rakyat bawahan sahaja menghayatinya pun tidak ke mana jika
pemimpin atasan sering macam ingat-ingat lupa. Sebagai pemimpin, usaha
memupuk perpaduan sudah pasti ada dalam skop tugasan harian mereka.
Pemimpin tidak harus lupa perkara penting ini.

Minggu lalu, Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee
Lam Thye ada menyebut, tugasan paling mencabar Malaysia sekarang adalah
bagaimana mahu mengekalkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum.

Katanya, kita harus mengekalkan patriotisme dan perpaduan bukan hanya


pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia tapi pada setiap hari.

Kata Lam Thye lagi, sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab, adalah


menjadi kewajipan kita semua untuk mempertahankan keamanan dengan
menahan diri dari melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan
mengakibatkan konflik dan kekacauan.

Oleh itu, menjelang Hari Malaysia hari ini, marilah kita bersama-sama
berusaha mengekalkan keamanan yang ada dan jangan sesekali merobeknya.
Jika sesuatu berlaku kepada negara tercinta kita, ke mana lagi kita mahu
pergi? Belum pasti negara lain menerima kita, maka jagalah Malaysia dengan
sebaik-baiknya.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.

UCAPAN PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik Mohammad Fisol Bin Ibrahim
Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fisol Penolon Kanan HEM sebentar tadi.
Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk
merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa
pengumuman yang ingin saya sampaikan ;

.1) ____________________________________________________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada pagi ini, saya merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Semua Penolong
Kanan,guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan
ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

‫ُسْب َح اَن َك الَّلُهَّم َو ِبَح ْم ِدَك َأْش َه ُد َأْن َال ِإَلَه ِإَّال َأْن َت َأْس َتْغ ِفُرَك َو َأُتْو ُب ِإَلْي َك‬

Anda mungkin juga menyukai